PART 26

Syu senyum. Dia berbisik secara perlahan apabila jururawat tersebut berjalan pergi.

“Memang lah sedap. Darah orang kan?”

“Tahniah Syu.” Ucap papa dan Daniel.

“K.” Jawab Syu sepatah.

“Syu ok duduk sini?” Soal Daniel.

“Kalau tak ok tak ada la aku nak join memasak bagai.” Jeling Syu.

“Syu.” Panggil Daniel.

“Apa?”

“Abang dah nak balik rumah abang.” Beritahu Daniel.

“Balik lah. Macam aku kisah? Siapa adik kau?” Soal Syu kejam.

“Syu, jaga percakapan sikit.” Papa menegurnya.

“Ok sikit.” Jawabnya.

“Maafkan papa Syu, kalau papa ada mesti mama tak pergi dari hidup kita.”

“Mama? Jangan sebut panggilan tu boleh tak? Pergi? Mama aku ada lagi ok!” Tengkingnya.

“Syu, papa ni. Jangan jadi anak derhaka.” Nasihat Daniel.

Syu mengambil pasu kecil di dalam biliknya.

“Memang aku derhaka pun kan!” Pasu pertama di balingnya. Mereka mengelak.

“Aku kan gila! Kalau tak mesti la aku tak duduk sini!” Di balingnya pasu kedua. Hampir sahaja terkena papa yang cuba menghampiri Syu.

“Bodoh punya manusia. Hahahaha.” Syu gelak jahat. Pasu ketiga di pegangnya erat. Dengan bilangan 1,2,3  dia menghayunkan pasu itu ke arah mereka berdua.

Malang nasib Daniel, pasu tersebut mendarat ke kepalanya. Daniel memegang kepalanya yang mengalir darah tidak henti-henti. Cubaan papa menenangkan Syu amatlah sia-sia. Butang kecemasan di tekan oleh papa. Doktor Hashim bersama pembantunya laju kaki melangkah.

“Ya Allah.” Jururawat Afrina menutup mulutnya yang terbuka akibat terkejut dengan pendarahan yang di alami Daniel.

Perlahan-lahan mata Daniel menutup. Daniel pitam akhirnya rebah ke lantai. Ya, pasu yang di hayun oleh Syu merupakan pasu yang besar. Malangnya lagi di dalam pasu tersebut mempunyai pisau lipat Syu yang di simpan rahsia.

Pisau itu lah yang menyebabkan kepala Daniel berdarah teruk.

“Afrina! Cepat bawa pembalut, panggil nurse yang lain.” Arah Doktor Hashim.

Syu berjalan menghampiri abangnya yang rebah ke lantai. Papa berwaspada dengan tindakan yang bakal Syu lakukan dengan cara memarahinya.

“Syu! Jangan buat benda bodoh!” Tengking papa mengejutkan jantung Doktor Hashim.

Syu meneruskan langkahnya. Lantai di mana mereka pijak di penuhi darah berbau hanyir.

Syu yang kini berada di depan abangnya perlahan-lahan melutut.

“Abang! Maafkan Syu!” Syu mengeluarkan tangisan.

Pisau lipat yang terjatuh di lantai di hadapan Syu, di simpannya ke dalam poket.

Afrina datang dengan dua jururawat yang lain.

“Doktor! Nah!”

“Ok Afrina, Encik Rizal papah anak encik dekat bilik sebelah. Bilik tu kosong.” Beritahu Doktor Hashim.

“Syu, duduk diam dalam bilik ni!” Marah Doktor Hashim.

“A-abang.” Panggil Syu perlahan.

“Bertahan lah Daniel.” Ucap papa.

Hati Syu ingin menyentuh darah abangnya. Dia melambatkan pergerakannya.

“Mesti sedap.” Bisik Syu.


































“Hai.”

“Sab? Macam mana kau tahu tempat aku dengan geng aku lepak?” Soal Q.

“Aku Sab kan.” Dia tersenyum.

“Aku sebenarnya teringin nak tengok muka kau.” Beritahu Q.

“Aku tak ada muka.” Beritahu Sab.

(SAB TU GADIS BERJAKET HITAM YA!)

“Eleh.”

“Aku gerak dulu.” Beritahu Sab.

“Weh.., boleh tolong balas den---” Baru sahaja Q ingin meminta pertolongan. Sab hilang dari radar.

“Eh budak ni.”

“Assalammualaikum~” Seseorang mengetuk pintu.

Syu memandang tajam.

“Kau siapa?”

“Aku Riana, kawan kau la.” Beritahu Riana.

“Hal kau dah selesai ke? Baru hari ni selesai?” Soal Syu.

Riana membuat imbas kembali menggunakan mindanya.

Aku rasa, aku tak boleh la weh.” Riana memuncungkan bibir.

Alo pasepa?” Soal aku kecewa.

“Ada kerja nak kena buat.” Kata-kata Riana membuatkan Syu kecewa.

“Ok la. Baiii, jumpa esok!”

Riana menggeleng kepalanya.

“Sorry!”

Syu membuat muka kambing.

“Kan kita janji nak jumpa esok tu, lepas tu masa tu mama kau mati.” Syu menyebut perkataan mati dengan suara perlahan.

“Apa kau cakap?” Soal Syu sambil memotong kuku di jarinya.

“Tak ada apa, lepas tu kau pengsan. Tup tup kau masuk hospital.”

“K.”

“Buat apa datang sini?” Soal Syu menyampah.

“Nak tukar langsir bilik kau.” Riana melawak.

“Baguslah. Langsir ni pun tak tukar-tukar dari first day aku masuk. Tq.” Ucap Syu.

“ Ish. Nak melawat kau la mangkuk.” Riana membuat muka.

“Hek.”

“Syu, kenapa kau masuk? Aku tengok kau elok je.” Soal Riana.

“Nak aku tunjuk muka gila ke?” Syu segera memberikan pandangan tajam diikuti sengihannya.

“Dah-dah.”

“Papa kau sihat? Abang kau?” Tanya Syu.

“Sihat, abang aku...”

“Kenapa?” Tanya Riana.

“Kepala dia berdarah.” Beritahu Syu.

“Omg, Ya Allah kenapa?” Soalnya lagi.

“Aku baling pasu.” Syu menundukkan kepalanya.

“Tak apa la, kau tak sengaja kan.”

“Hmmm.”

“Aku dengar kau menang pertandingan apa tah.”

“Memasak.” Jawab Syu.

“Wow.” Ucapnya sepatah.

“Nak rasa minuman buatan aku?” Soal Syu berminat.

“Air apa?” Soal Riana lagi.

“Sirap bandung.”

_________________________
23 FEBRUARI 2017
1:00 PM
- Arena ( Rumah Merah ) nombor 3 yo! -
- K bai 😂🎈

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top