PART 25
"Pertandingan memasak!" Teriak pesakit yang lain.
Excited mungkin.
Sebanyak sepuluh peserta yang menyertainya.
"Pertandingan bermula!" Teriak Doktor Hashim.
"K. Mula-mula rebus daging dulu." Pesan Syu kepada diri sendiri.
"Uish sedap." Syu menelan air liur.
"Sabar, sabar. Masak dulu ya, lepas ni baru makan." Tenang Doktor Hashim.
"Peserta nombor dua!" Panggil Doktor Hashim.
Syu melihat mejanya. Tertera nombor satu. Ah, bukan aku.
"Jangan hentak meja tu kuat-kuat." Pesan Doktor Hashim.
Peserta itu hanya memandang dengan pandangan gila. Terus di tolak barang bersepah ke lantai.
"Doktor Jamil!" Panggil Doktor Hashim.
"Bawa pesakit itu ke biliknya." Arah Doktor Hashim.
"Ceh kau lah ketua." Perli Syu lalu memasukkan bahan-bahan yang lain.
Usai menyediakan semua hidangan. Kini tibanya masa untuk membancuh air.
"Alahlahlah." Peserta nombor lima menyanyi.
Pelbagai karenah pesakit yang menyertai pertandingan ini. Cuma Syuhada saja yang nampak sedikit normal.
Dia membuka botol sirap miliknya. Oh ya, semua peserta kena bawa bahan sendiri untuk bancuhan minuman.
Dituangnya sirap itu ke dalam jag yang di sediakan. Dia memasukkan air panas terlebih dahulu. Selepas dituangnya sirap tersebut, dia meletakkan susu pekat di dalam jag tersebut. Di kacaunya perlahan-lahan.
Siap! Sirap bandung!
Kini masa yang dinantikan telah tiba. Masa menilai telah tiba.
Doktor Hashim membisik sesuatu kepada juri-juri. Mereka bergerak ke peserta nombor sepuluh terlebih dahulu.
"Ayam masak merah?" Soal juri.
"Nampak macam itik?" Soal peserta tersebut semula.
Mereka mencubanya.
"Not bad." Puji juri yang lain.
"Hah?" Soal peserta seperti tidak puas hati.
"Bukan macam tu, ayam ni kalau rebus lama-lama baru sedap sikit." Terang Doktor Jamil.
"Bagi masa satu jam." Peserta tersebut menjulingkan matanya ke atas.
Pesakit yang menonton pertandingan ini ketawa akan karenah peserta nombor sepuluh.
Setelah hampir 20 minit merasa makanan peserta yang lain. Akhirnya masa menilai masakan Syu akhirnya tiba.
"Sedapnya!" Puji jururawat yang lain.
"Macam ini yang kita mahu peserta sepuluh. Rebus lama baru la dapat rasa nikmatnya." Apabila Doktor Jamil berkata. Semua menguap.
"Sirap bandung ais." Beritahu Syu.
Mereka menuangkan sirap bandung tersebut ke dalam cawan. Sedap weh.
( # SAYA KEMPUNAN SIRAP BANDUNG. MOHON BELANJA. )
"Wah, susu jenama apa awak guna ni. Pekat warnanya." Mereka tertanya-tanya.
Syu mengangkat tin susu tersebut.
"Dairy champ." Ujarnya.
( Aku buat free review ni 😂 mohon hargai )
"Tapi saya minat dia punya sirap bandung ni sebab lain daripada yang lain tau. Selama saya buat ni tak ada pula nak rasa macam minuman yang dia buat ni." Puji jururawat Afrina.
"Terima kasih." Syu tunduk hormat.
"Haah kan?" Jururawat Farhanah menyokong kata-kata Afrina.
" Kini masanya untuk mengumumkan pemenang bagi pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Hospital Pakar Sakit Jiwa!" Umum Doktor Hashim.
"Wuuuu."
"Pemenangnya adalah...." Sengaja Doktor Hashim membuat suspens.
"Terima kasih." Ujar peserta nombor enam.
Penonton yang lain tergelak.
"Peserta nombor satu, Amelina Syuhada!" Pengumuman itu membuatkan para penonton menyorak gembira.
"Sirap bandung dia memang sedap nak mampoih woi." Puji Afrina.
Syu menunduk gembira. Di saat sesi ambil gambar, dia tersenyum. Tanpa di duga, Daniel serta papa turut hadir. Husna? Dia dah balik tempat asal dia.
Eh penulis ni menulis macam Husna tu hantu pulak.
"Tahniah!" Ucap peserta yang lain.
"Eleh bandung je pun sedap." Kritik peserta nombor sepuluh.
Syu memandang tajam.
"Sorry, sorry."
Pandangan Syu kembali normal.
"Apa rahsia anda?" Soal peserta nombor dua yang kena tarik tadi.
" Biasa je. " Jawab Syu.
"Tahniah Syuhada. Sirap bandung awak memang peh." Puji Afrina dan Farhanah lagi.
Syu senyum. Dia berbisik secara perlahan apabila jururawat tersebut berjalan pergi.
"Memang lah sedap. Darah orang kan?"
___________________________
22 FEBRUARI 2017
6:20 PM
- Hiks Hiks 👽 -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top