PART 23

( INFO : Dia tinggal hospital ni dah satu minggu naaa )

Kttak!

Pintu dibuka. Seseorang berjalan masuk ke biliknya.

“Aku taknak makan.” Ucap Syu tanpa memandang siapa yang masuk.

“Aku Q.”

“Q?”

“Aih siapa pula yang mesej ni?” Rungut Daniel.

“Adik kau mungkin dalam bahaya.” Mesej tersebut.

“Syu dalam bahaya?”

“Daniel, aku nak keluar jap. Nak pergi pasaraya.” Beritahu Husna yang menceroboh bilik Daniel.

“Eh kau ni, terkejut aku.” Ujar Daniel.

“Sorry. Aku pergi dulu. Husna mengundur diri.

“Husna, kejap.” Arah Daniel.

“Apa?” Soal Husna hairan.

Mesej di telefonnya ditunjuk kepada Husna. Mereka saling berpandangan.

“Kau buat apa dekat sini?” Soal Syu.

“Salah ke melawat kawan aku.” Perkataan kawan di tekan.

“Kawan? Hahaha.” Syu gelak kuat.

“Bila masa kau jadi kawan aku?” Perli Syu.

“Entah.” Jawab Q ringkas.

“Anyway, kenapa mama kau mati? Kau yang bunuh dia kan?” Gelak Q.

“Ma-mama?” Riak muka Syu pucat.

“Bukan kau yang pancung kepala mama kau?” Soal Q sengaja.

Kau nak test aku ke Q?

“Ha! Aku yang pancung kenapa?!” Teriak Syu sambil gelak kuat.

“Syu!” Panggil seseorang dari luar pintu. Pintu di buka dengan kasar.

“Syu tak apa?” Soal Husna.

Q di sisi Syu membuat riak selamba.

“Kau siapa?” Soal Daniel.

“Kawan.”

“Siapa kawan kau sial?” Marah Syu.

“Syu, sabar.” Papa menenangkan Syu.

Ya, bab-bab menenangkan diri ni mesti papa punya kerja.

“Boleh keluar kejap?” Pinta Husna kepada Q.

“Memang nak balik dah pun.” Ujarnya lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

Oh ya, sebelum dia jalan berlagak cool waktu nak keluar dari bilik tu. Dia hampir tersadung kaki sofa. Kesian.

“Hahahaha.” Gelak Syu, muka Q memerah panas. Perasaan malu bercampur marah bersatu. Dia hanya keluar dari bilik itu dengan muka menyampah tanpa sebarang kutukan atau cacian. Bagus budak ni.

“Syu, tak baik buat macam tu.” Pesan Husna.

“Baru tahu ke?” Sinis Syu berkata.

Husna memandang Syu kosong, di dalam hatinya... hanya penulis sahaja yang tau.

Andainya hati Husna bersuara ~ Pastinya, dia akan berkata ~

“Aku nak pergi pasaraya lah. Bukan nak jenguk kau pun. Benci ah, dah la kena tipu dengan mesej tu.” Katanya.

Syu bangkit.

“Eh nak gi mana ni?” Soal Daniel.

“Nampak sofa tu?”

Dugaan seorang abang.

“Kami balik dulu ya.” Papa memberitahu Syu.

“Lah baru sakit hati sikit dah tak tahan ke? Alalala hahahaha.” Tawanya menyebabkan Husna nak tengking Syu.

“Silakan.” Syu membuka pintu biliknya, mempersilakan mereka bertiga keluar melalui pintu itu dan bukannya tingkap.

Husna merungut lalu membuka langkah untuk keluar dari hospital tersebut. Rungutannya di balas papa.

“Maafkan Pak Long ya Husna. Pak Long tak sangka Syu boleh macam tu.” Papa memohon maaf terhadap tindakan Syu.

“Tak apa, dia kan sakit.” Jawab Husna sedikit tenang.

“Cet! Kacau la, aku baru nak beramah mesra.” Marah Q.

“Kenapa family dia datang pulak! Ada orang bagitahu yang aku datang melawat dia ke?” Fikir Q.

“Aku yang bagitahu.” Ya, suara tersebut merupakan gadis berjaket hitam yang tanpa nama.

“Aku, ada nama.” Beritahunya.

Q hanya memandang ingin tahu ke arah gadis tersebut. Macam mana Q tahu yang dia tu gadis? Sebab Q usya tangan gadis tu.

“Apa?” Soalnya.

“Sab.” Beritahu gadis itu.

“Nama penuh?” Soalnya terburu-buru.

“Nanti kau tahu juga.”

“Teringin nak makan daging manusia.” Syu menelan air liurnya.

“Doktor, nak jalan-jalan.” Beritahu Syu.

“Err ok.”

“Marsyaira, dia nak pergi mana?” Soal Doktor Hashim.

“Jalan-jalan katanya.”

“Pergi la teman dia. Tak pasal nanti dia buat benda lain.” Arah Doktor Hashim, selaku doktor yang menjaga Syu.

“Baik tuan.” Segera Marsyaira, jururawat itu mengikut Syu dari belakang.

“Nak follow aku, follow tepi aku. Apa barang follow belakang.” Katanya sambil senyum sinis.

“Maaf, saya tak ada niat.”

“Huh.” Syu menghela nafas berat.

“Kenapa aku masuk sini?” Soalnya sendirian.

Marsyaira hanya terdiam sepi.

“Oi aku tanya ni!” Tengking Syu.

“Sa-saya ke?” Soal Marsyaira.

“Habis tu siapa?” Syu menyoal dengan nada menyampah.

“Ma-maaf.”

“Maaf maaf. Lembik kau ni, selalunya orang melawan. Kau minta maaf.” Ucap Syu menghala jalan ke tangga.

“Eh nak turun bawah ke? Lif kan ada.”

“Kuruskan badan, apa salahnya.” Beritahu Syu.

“Baiklah.”

“Kau!” Jerkah Syu.

“Ya sa-saya.” Tergagap-gagap Marsyaira menjawab.

“Turun dulu.” Jawabnya.

“Eh kenapa?” Soal Marsyaira hairan.

“Turun je la.”

Syu tersenyum.

_______________________________
22 FEBRUARI 2017
6:20 PM
- Nananana 🎈 -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top