PART 22

"Assalammualaikum."

"Masuk la." Jemput Syu.

"Pak Long mana?" Soal Husna, merangkap sepupu Syu yang menetap di luar negara.

Syu berjalan pergi tanpa menjawab soalan yang di tanya oleh sepupunya itu.

"Eh, Husna. Meh la sini." Ajak Encik Rizal, Pak Long Husna.

"Kenapa Syu jadi macam tu?" Soal Husna hairan.

"Jadi macam apa?" Soal papa.

"Sombong je dengan Husna." Jawab Husna.

"Doktor kata dia..." Belum sempat papa jawab, Husna mencelah.

"Doktor?"

"Haah, doktor kata dia mungkin ada masalah mental."

"Biar betul? Psiko?" Soal Husna bertubi-tubi.

"Ya." Jawab papa ringkas.

"Tak rawat dia dekat hospital ke?" Cadang Husna.

"Setakat ni, dia tak bertindak agresif lagi. Jadi, selamat mungkin." Jawab papa sambil memegang dahinya.

"Pak Long, benda kecil boleh jadi besar tau. Means Syu tu boleh bertindak agresif bila-bila masa saja. Pak Long tak boleh biar Syu macam tu, at least bawa dia ke unit kaunseling dekat hospital tu." Panjang Husna bercakap.

"Maksud kau, Syu tu memang gila?" Daniel mencelah.

"Daniel bukan tu maksud aku." Terang Husna.

"Habistu? Siap nak berkaunseling bagai." Tanya Daniel.

"Daniel, cuba fahamkan apa yang aku nak sampaikan ok? Pak Long kata Syu ada masalah mental kan? Masalah mental tu la yang jadikan Syu gila. Tolonglah faham apa yang aku kata. Dia boleh buat apa yang dia nak. Sekarang ni pun, dia mungkin boleh cuba bunuh diri." Ujar Husna panjang lebar.

Papa dan Daniel hanya mampu terdiam.

"Argh!" Jerit Syu dari dalam bilik.

"Syu?" Ujar mereka bertiga lalu segera menaiki tangga ke bilik Syu.

"Syu!!!" Teriak Daniel.

"Syu, buka pintu. Sabar Syu, jangan buat benda bahaya." Tenang papa.

"Kunci?" Soal Husna kepada Pak Long nya dan Daniel.

Segera Daniel bertindak ke dalam bilik papa nya untuk mengambil kunci di dalam laci.

Depa takdak la nak kalut pahtu jadi bodo pi hentak pintu tu sedangkan dah ada kunci. Lain la kunci tu takdak ka hilang, boleh la buat aksi pintu terkeluaq ka apa.

"Syu, kenapa sayang?" Tanya Husna.

"Sakit..." Ujar Syu.

Husna menarik tangan Syu yang di sembunyikan dalam kain bajunya.

"Ya Allah, Pak Long." Segera Husna mencari baju milik Syu yang berdekatan dengannya.

"Daniel, angkat Syu." Arah papa.

"Syu, kenapa hiris tangan Syu?" Soal Daniel.

"Hahahahaha." Gelak Syu.

"Salah ke?" Soalnya menyebabkan mereka tergamam.

"Aku nak mati! Buat apa aku hidup! Mama dah tak ada! Papa dah tak ada! Hiks Hiks." Gelak Syu.

Papa memandangnya dengan pandangan terkejut.

"Papa dekat sini Syu." Beritahu papa.

"Papa? Aku mana ada papa!" Teriak Syu.

Husna di sisinya cuba menenangkan Syu.

"Sakit..." Pergelangan tangannya di pegang kuat.

"Jangan tekan Syu." Husna menarik tangan Syu yang menekan kuat tangan Syu sendiri.

"Nak mati tu mesti la sakit kan, hiks hiks." Gelak Syu lagi.

Syu memandang Husna hairan.

"Kau! Siapa?" Soal Syu.

"Husna, sepupu Syu. Syu ingat tak?" Tanya Husna, cuba mengingatkan sepupunya.

"Jangan sentuh aku!" Marah Syu.

Syu pandang Husna, Husna pandang Pak Long, papa pandang Daniel. Daniel memandang papa, menghantar isyarat untuk membawa Syu ke Hospital Pakar Sakit Jiwa.

"Encik Rizal?" Tanya jururawat yang ada di situ.

"Ya, saya." Sahut papa.

"Isi borang ini." Beritahu jururawat yang bertugas itu, tertera nama di nametag nya, Marsyaira.

Nama penuh pesakit : Amelina Syuhada Binti Rizal
Waris / Penjaga : Rizal Bin Ahmad Rashid
Hubungan dengan pesakit : Bapa
Tarikh lahir pesakit : 2 September 1995
Tindakan pesakit : Cubaan membunuh diri
Sejak dari : Kematian ibu

* Idk la dia punya borang *

"Sebentar ya." Pinta jururawat itu.

10 minit kemudian...

"Pendaftaran anak encik sudah diluluskan. Ikut Doktor Hashim ya." Beritahu Marsyaira.

"Syu, jom." Ajak Husna.

"Buat apa dekat sini? Nak aku duduk sini kan?"

"Bukan macam tu Syu." Ujar Daniel.

"Jujur je la. Aku tau la niat korang semua ni." Syu berlari mengikut arah Doktor Hashim.

"Mana tempat aku hah?" Soal Syu kasar.

"Bilik ni." Beritahu doktor itu.

"Huh, bilik? Bukan orang macam aku ni sesuai masuk tempat macam penjara?" Provok Syu.

"Masuk." Arah Doktor Hashim.

Usai Syu masuk, Doktor Hashim mempersilakan Encik Rizal dan mereka berdua masuk.

"Tekan butang ni kalau anak Encik Rizal buat benda pelik." Pinta Doktor Hashim lalu mengundur diri.

"Puas?" Soal Syu dengan nada menyakitkan hati.

"Jaga diri ya." Pesan papa.

"Biar la aku nak mampos ke apa. Tak guna kau hantar aku sini sebab nak aku jaga diri. Tempat ni kan neraka." Ucap Syu.

Husna hanya mampu mengucap di dalam hatinya. Manakala Daniel memandang Syu dengan perasaan penuh berharap Syu akan sembuh.

Papa? Tiada kata-kata daripadanya. Mungkin terkejut dengan perkataan yang di keluarkan oleh Syu sebentar tadi.

"Keluar!" Arah Syu.

Mereka yang lain hanya mampu menurut permintaan Syu tanpa sebarang perkataan.


"Di sebabkan aku sayang nyawa aku, aku tak nak la korbankan nyawa aku untuk dia je." Beritahu Q.

"Sebenarnya kau takut kena bunuh kan?" Gadis berjaket hitam itu tersenyum sinis.

"Tak la." Jawabnya ringkas.

"Ok. Aku blah dulu." Baru sahaja dia hendak mengundur diri. Q bertanya sesuatu.

"Bagitahu aku Syu dekat mana."

"Hospital Pakar Sakit Jiwa."

Burung berkicauan riang, di dalam bilik itu Syu memandang luar pemandangan melalui tingkap.

"Kan bagus kalau boleh bunuh burung tu. Sibuk je nak bunyi." Monolog Syu.

Lamunan Syu terhenti apabila seseorang masuk ke biliknya.

"Aku taknak makan." Ucap Syu tanpa memandang siapa yang masuk.

"Aku Q."

_______________________
21 FEBRUARI 2017
12:48 PM
- Slow Update ✨ -

- ✨🎈 -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top