PART 20

A : Mungkin part ni macam pelik sikit, memandangkan aku tak pernah sakit jiwa. Sakit jiwa tu ada la masa cg bagi kerja tak ingat dunia. Ok, so aku tak ada pengalaman bab² doktor bercakap ni. / Media atas / tu pun aku ambik dari google. Rujuk situ ja la.

“Sejak belakangan ini anak encik ada murung?” Soal doktor....

“Oh maaf saya tak perkenalkan diri, nama saya Hashim.” Perkenal doktor itu.

“Oh Doktor Hashim, tak ada pula dia nak murung. Kalau bertindak agresif tu ada la.” Beritahu Encik Rizal.

“Boleh saya tahu, macam mana tindakan agresif anak encik?” Soal Doktor Hashim, ingin mengenal pasti.

“Lepas je dia pengsan sebab mama saya meninggal, dia bangun-bangun terus meronta. Lepas tu cakap bukan-bukan.” Daniel Farhan menceritakan perkara yang terjadi.

“Saya tak boleh nak kata yang anak awak ini 100% ada sakit mental, tetapi petandanya ada. Saya boleh yakinkan sebagai 50% sahaja. Kita perlukan bukti tindakan dia.” Terang doktor itu.

“Jadi selamat tak kalau saya tak tinggalkan anak saya dekat hospital ini?” Soal Encik Rizal.

“Saya tak jamin, tetapi jika anak encik buat perkara yang berbahaya, segera datang ke hospital ini ya?” Pinta doktor itu.

Doktor itu memandang ke arah Syuhada yang bermain dengan anak patung di dalam bilik khas.

“Syu sayang mama!” Ucap Syu lalu mencium anak patung gebu itu.

“Macam tu lah.” Daniel Farhan berbisik sendirian. Papa hanya mampu memandang anak lelakinya yang menghela nafas berat.

“Kami minta diri dulu.” Daniel Farhan berkata lalu mengajak adiknya di dalam bilik khas itu pulang.

“Mama mana?” Soal Syu.

“Jom makan?” Ajak papa.

“Makan?” Riak muka Syu seperti hampa apabila soalannya diabai.

“Jom makan aiskrim!” Ajak Daniel dengan bersemangat.

Perjalanan dari Hospital Pakar Sakit Jiwa ke gerai aiskrim tidaklah begitu jauh tetapi perjalanannya terasa jauh kerana sepanjang perjalanan tiada sesiapa yang berbual. Kosong.

“Jom.” Ajak papa.

Perlahan-lahan Syuhada memandang di sekelilingnya.

“Mama...” Monolog Syu.

“Syu? Jom.” Lamunan Syu terhenti apabila papa mengajaknya keluar.

Pintunya dibuka oleh abangnya.

“Nak aiskrim apa?” Soal Daniel.

“Strawberi satu, coklat satu, vanila satu.” Pesan Syu.

Syu memandang tajam ke arah mata peniaga itu, tanpa sengaja peniaga itu ter eye-contact dengan Syu.

Ya, Syu sensitif orang luar memandangnya. Kecuali, papanya Encik Rizal. Daniel Farhan pula di anggap sebagai orang luar.

“Apa pandang-pandang!” Teriak Syu lalu berlari ke arah jalan raya. Mujur, Daniel sempat menahannya.

“Maafkan anak saya ya, dia sakit.” Terang Encik Rizal kepada peniaga aiskrim itu.

“Oh tak apa.” Ujar peniaga aiskrim itu.




“Syu!” Panggil Daniel lalu memegang tangan adiknya.

“Apa!” Daniel cuba mengalih pandangan matanya ke arah lain tetapi kesabarannya ada batasnya.

“Syu pandang mata abang, abang ni abang Syu. Syu sedar tak ni?” Marah Daniel. Mujur tiada siapa yang lalu lalang di hadapan mereka. Pasti sahaja Daniel di kecam kerana bertindak kasar terhadap adik sendiri.

“A-abang?” Soalnya dalam nada separuh sedar.

“Bukan!” Nafi Syu lalu berlari ke arah papa.

“Syu ok?” Soal papa prihatin.

“D-dia kata dia a-abang Syu...” Luah Syu dengan nada geram.

Encik Rizal memandang ke arah anak lelakinya yang masih terpinga-pinga.

“Tak apa adik, adik bukannya 100% gila.” Monolog Daniel Farhan, cuba menenangkan dirinya.
_____________________________
16 FEBRUARI 2017
4:34 PM
- Slow Update -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top