PART 2 [REMAKE]
Lunch time~
Aku dan Riana berjalan ke arah locker besi biru. Katanya hendak mengambil buku rujukan. Wah, memang pelajar rajin!
Ketika kami sedang rancak berborak, kedengaran bunyi tapak kasut yang turut sama naik bising. Mana tidaknya perempuan bimbo berkasut tumit 10 inci itu berjalan seperti meraih perhatian orang ramai. Tudia dia mai dah!
“Hoi!” Jerit seseorang ku kenali.
“Dia datang~ Dengan muka ketatnya~ Dia datang~” Riana menyanyi lagu yang digubahnya dengan selamba.
“Kat sini you rupanya,” ucapnya dengan nada sinis.
“Er- ya? Aku kat sini, bukan atas bumbung...?”
“Beli makanan dekat I now,” arahnya sebelum menanggalkan kaca mata hitam.
Bodoh.
“Kau ni memang tak pandai bersyukur eh?” Aku memandangnya menyampah.
"Asal pulak?"
"Tuhan dah bagi kaki dengan tangan serta mulut tu.Tak pandai guna? Kau ingat aku ni maid kau ke Fay?"
"Eh I dah kata kan..you akan jadi maid I selagi you tak bayar duit ganti kan?" Terang Fay. Ya, perempuan tu nama Fay.
“Tak mau aku.” Bantah Syu.
"Wait! Duit apa pula ni? Asal aku tak tahu?" Sampuk Riana. Ish minah ni.
"Lah, Syu tak bagitahu you ek? Perempuan ni la yang langgar kereta I dari belakang tu. You know what? Kereta I tu mahal. Bukan macam dia ni. Myvi jer." Amboi minah ni. Melebih.
“Oh wait. Berita ni yang hot satu kolej ni.” Riana mengangguk kecil.
“Kau langgar?” Riana bertanya dengan cara berbisik.
Aku senyum kekok.
“Bisik apa la tu.” Fay menyampuk.
"Haaa.. Aku dah kata kan haritu yang aku tak sengaja. Kalau Syafiq tak ganggu aku, tak ada maknanya nak langgar. Anyway, aku guna Myvi ker, Kancil ke.. at least aku bersyukur, tak macam kau. Walawei~ Myvi aku tu guna duit aku. Kau? Setakat BMW bapak kau yang bayar, tak guna la." Muka Fay dah berubah merah. Riana yang tadi menyampuk, la ni blur ja.
"Bapak, bapak jangan main eh." Suaranya mula bergetar. Eh eh nak nangis ler tu. Cry bebeh.
"Alolo siannya dia." Aku memprovok dia.
"Dah lah." Fay beredar setelah mengucapkan dua patah perkataan itu.
“Anyway Fay kasut tumit 10 inci!” Panggil Syuhada.
Dia kalih ke belakang. Ya itu gelaran Fay.
“Aku dah bank in duit la! Check sendiri! Tak sempat nak jadi maid kau!” Jerit Syu dari jauh.
“Ish! Dah la tak nak kacau kau!” Marah Fay.
Menda la, marah lembut semacam. Tak apa lah, at least dia ni kaya pon...berlagak sekali pun. Kalau hutang dah selesai dia tak kacau dah orang tu.
“Apa cerita sebenarnya kau dengan Syafiq?” Riana menyoal.
“Haritu dia tumpang aku. Masa kat traffic light , boleh pulak dia main game Slendrina. Kau faham en, aku ni suka tengok orang main game. Aku pun usya-usya la dia main. Lampu dah hijau aku jalan la.” Panjang Syu bercerita.
“Pastu? Kenapa dengan Fay?” Soal Riana.
“Tetiba jalan jam. Aku tak perasan pulak kereta depan tu kereta dia. Aku tak sempat brek, langgar. Ala tapi sikit ja. Aku kan bawak kereta slow, tak ada lah sampai bonet kereta tu hancoq pun. Kemek sikit ja.” Tedia Syu cerita.
“Oh.”
Riana diam, cuba membayangkan situasi.
"Jom lunch." Aku menyentakkan lamunan Riana.
"Jom. Lain kali bagitahu dekat aku la. Kenapa rahsiakan? " Riana mencebik.
"Hahaha aku berahsia bukannya selalu kan." Aku memujuknya.
"Ehem. Denda." Riana bersuara.
"What?" Redho lah gamaknya.
"Belanja makan." Nasib baik. Ingatkan denda apa tadi.
"All right."
****
💣 .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top