PART 19

"Papa rasa kita kena bawa Syu jumpa pakar psikologi." Cadang papa.

"Tapi pa, takkan sebab itu papa nak hantar dia pergi rumah sakit jiwa?" Soal Daniel tidak puas hati.

"Kita kena terima hakikat Daniel, kalau Daniel tak setuju sekurangnya bawa dia jumpa doktor ya?" Rayu papa.

"Kalau macam tu baiklah, Daniel ikut papa." Ujarnya sambil memandang adiknya, Syuhada yang nyenyak tidur.

"Syu anak papa, ini sahaja jalan yang terbaik untuk pulihkan anak papa." Gumam hati Encik Rizal.




"Syu, jom jalan-jalan." Ajak Daniel.

"Tak nak." Syu menolak ajakan abangnya.

"Jom la." Pujuk Daniel sambil memandang papa yang siap sedia menunggu.

Ya, hari ini merupakan hari perjumpaan Syuhada dengan doktor. Walau apa sekali yang berlaku, mereka berdua akan tetap menyokong Syuhada untuk pulih semula dengan pelbagai cara.

"Nak mama, taknak kau." Syu menolak.

"Syu." Panggil Daniel.

"Aku kata tak nak tak nak la!" Tengking Syu sambil membaling bantal yang ada di katilnya kecuali seekor patung beruang miliknya yang di anggap seperti mamanya.

"Jom jalan-jalan. Kita pergi jumpa mama." Papa cuba memujuknya pula. Syu hanya berselubung di dalam selimut. Akhirnya ajakan papa di terima oleh Syu.

"Janji eh?" Syu menyoal dengan penuh kepercayaan.

"Janji."



Hospital Pakar Sakit Jiwa.

"Eh." Mata Syuhada meliar sekeliling bangunan hospital itu.

"Betul ke nak jumpa mama?" Soalnya sambil memegang patung beruang di sisi piggangnya.

"Ya." Daniel hanya mampu menjawab sepatah perkataan sahaja kerana takut di tolak ke jalan pula jika memanggil Syuhada, adik. Sudahlah di tolak ke almari dan di baling bantal. Dia sudah penat melayan karenah Syuhada, walaupun sedemikian dia masih menyayangi adiknya.

"Jom, mama tunggu kita." Papa mengajak masuk ke dalam hospital itu.

Suasana di sana hingar bingar, di sebelah kanan Daniel terdapat doktor yang cuba menenangkan pesakit mental yang ingin melarikan diri.

Bukan semua pesakit mental berbahaya, hanya segelintir sahaja yang ingin membuat perkara yang berbahaya. Jika ada ramai pesakit mental yang terlalu agresif, pasti sahaja di hantar di ruang seperti penjara, bukannya di ruang kaunter pertanyaan dan sebagainya.

"Hai awak."

"Ihik ihiks awak comel la."

"Tunggu kau, aku pastikan aku bunuh kau."

"Awak.. awak yang tolak abang saya jatuh sungai kan?"

Pelbagai lagi perkataan yang di katakan oleh pesakit mental. Seorang budak lelaki berlari menghampiri kami. Hampir saja Syuhada jatuh ke lantai. Tidak cukup lagi, budak itu cuba menangkap kaki Syuhada.

"Adik, adik tak boleh buat macam ni." Doktor yang lain cuba mengunci badan budak lelaki itu.

"Kakak yang muncul dekat asrama saya kan? Akak cuba tolak saya?" Soal budak lelaki itu dalam keadaan tidak selesa kerana doktor mengunci pergerakannya.

"Bu-bukan saya lah!" Jerit Syuhada yang masih dalam keadaan trauma.

"Ka--" Belum sempat budak itu bercakap, doktor yang lain terlebih dahulu mengangkat dia pergi ke bilik dia.

Secara tiba-tiba Syuhada menangis.

"Kenapa ni?" Soal papa.

"Bukan saya yang buat." Syuhada menangis dengan kuat sehingga pesakit yang lain memandangnya.

"Encik Rizal ke? Boleh masuk ke dalam bilik kedua ya." Beritahu penjaga kaunter.

"Oh, arah mana ya bilik dua?" Soal Daniel.

"Ok cik, pandang ke atas sedikit, sebelah kiri cik nampak apa?"

"Signboard."

____________________________________
14 FEBRUARI 2017
4:15 PM
- Tq sudi baca sampai sekarang-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top