PART 16

Jumaat | Kolej

A : Ya, hari Jumaat. Khamis pi mana? Skip part la. Takkan nak buat sehari sehari. Hampa ni pun. Hang nyanyi pi la lagu Khalifah - Hang Pi Mana sekali pun. Ceq tak buat aih cerita hari Khamis. K stop meroyan lah makhluk.

“Kak Syuhada kan?” Soal seseorang.

“Haah. Kenapa ya?”

“Cik Asya panggil pergi pejabat dia. Lepastu ajak Kak Riana sekali.” Beritahu dia sambil pandang mata aku tepat. Ya, tepat kau. Malam ni aku tak boleh tidur gamaknya.

“Dik, akak kat sebelah ni je.” Sampuk Riana.

“Maaf.” Tersengih-sengih budak tu meninggalkan kami.

“Pasal apa ek?” Riana bertanya kepada aku. Dia expect aku tau benda-benda ni?

“Woi nak aku jadi mind reader cerita baru dua abad lagi la.” Kata aku dengan nada menyampah.

“Hekhek aku rasa Hani tak buat kot cerita macam tu. Kalau buat pun, mungkin sebab dia berangan tu dia.“ Gelak Riana kuat-kuat.

A : Aku hanya mampu redha kerana redha itu pasrah, pasrah itu berserah. Ya, ayat novel mana aku ambil tu. K sambung.

“Okeyh memandangkan dua bulan lepas kita ada buat filem.” Cik Asya memulakan bicara.

Dua bulan. Wah, cepat sungguh masa berlalu.

“Alhamdulillah kita jadi naib juara. Berkat idea kamu berdua.” Cik Asya tersenyum riang.

Entah kenapa aku rasa hati Cik Asya tengah mengutuk kami dua pula.

Pandoamskajdnakow skrip yang aku bagi lebih baik la ajdoanxjalxnalsns kan dah dapat naib juara! Tidak mesti juara asdfghjkl.”

Macam tu mungkin.

“Tak apa lah dapat naib pun kan? Janji filem kita di hargai.” Puji Riana.

“Terima kasih.” Cik Asya memandang kami penuh ikhlas.

Mohon bagi duit raya.

“So malam ni kita adakan dinner ya. Hadir tau! Tak hadir esok kena belanja makan.” Ugut Cik Asya.

Eh eh, gila tak mau mai? Makan kot. Lain la pi mengemas tempat depa. Tudia apabila Amelina Syuhada merungut.

“Aku rasa, aku tak boleh la weh.” Riana memuncungkan bibir.

“Alo pasepa?” Soal aku kecewa.

“Ada kerja nak kena buat.” Kata-kata Riana membuatku tersipu malu amboi amboi amboi. Tok hang nak malu, buat aku kecewa la. Ceh saja kan nak memanjangkan ayat ni.

“Ok la. Baiii, jumpa esok!”

“Ma, malam ni ada dinner dengan kawan-kawan Syu.” Beritahu aku kepada mama.

Ya, mama dah makin sihat dari demam. Semenjak ni, memang musim demam ja. Aku pun hampir kena demam haritu sebab kena hujan, nasib baik mandi cepat-cepat lepas kena tu.

“Oh. Dengan siapa? Dekat mana? Sempena apa?” Soal mama bertubi-tubi.

“Dengan team Syu. Restoran Damai Indah, yang kita makan haritu. Sempena filem yang kami bertanding menang tempat kedua!” Teriak aku gembira. Hampir terkejut mama.

“Agak-agak lah brader nak teriak pun.” Mama menggunakan bahasa menyampahnya. Apa? Mak mak la ni rare dah kot. Hang tak tau? Takpa la, saya simpati.

“Ok ok.” Aku gelak dalam masa yang sama bersama-sama mama. Chemistry wui.

Apa 'ma' banyak sangat ni?

__________________________________
12 FEBRUARI 2017
5:30 PM
- Masa berlalu terlalu pantas -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top