PART 14
STILL Q'S POV :
“Kau nak bunuh dia?” Soal aku.
“Terpulang.” Jawab dia ringkas.
“Tak. Aku tak nak babitkan orang yang tak bersalah.” Aku berterus terang.
“Jadi tak nak lah ni?” Soal dia.
“Aku bagi kau pilihan untuk matikan sesiapa yang kau nak.”
“Ahli keluarga Amelina?” Soal aku. Dia menggangguk tanda ya.
“Maksudnya aku boleh pilih siapa yang aku nak ahli keluarga dia mati dulu.” Gumam hati aku.
“Ya.” Jawab dia.
Macam mana dia tau fikiran aku?
“Lalalalala~” Gadis itu duduk di atas buaian khas yang di perbuat dari alat-alat tertentu yang di gantung dari dahan pokok.
“Kalau macam tu....”
- END POV -
*******
Setelah Q keluar dari majlis itu, ahli keluarga pengantin meminta maaf atas kekecohan yang berlaku. Aku mengundur diri untuk pulang ke rumah. Sebenarnya aku hendak mengekori Q, tetapi tiada jejak terakhir dia berjalan.
“Balik dulu lah.” Cadang aku.
Aku mencari identiti mama dan papa aku. Di sudut dewan itu.
“Ma, pa, jom balik.” Ajak aku.
“Ok. Sekejap ya sayang.” Pinta papa.
“Ok. Syu jalan dulu.” Beritahu aku.
Seminggu berlalu....
“Assalammualaikum Maa! Syu dah balik!” Teriak aku.
Aik, kosong? Solat mungkin.
Aku berjalan ke dapur untuk meminum air. Peti ais aku buka, aku mengambil satu botol air mineral di dalamnya, dan menutup pintu peti ais.
Seketika, mata aku tertarik dengan nota di peti ais.
“Syuhada, papa ada bisnes dekat luar negara. Maaf tak beritahu Syu awal-awal, papa dah tempah flight pagi tadi. Mama tak ikut, Syu jaga diri ya? Jaga mama sama. Mama tak sihat sejak baru-baru ni. Take care ❤.” - Papa
“Lah patut diam semacam.” Aku mengeluh.
Aku menaiki anak tangga untuk ke bilik aku. Badan dah berbau, aku mengambil tuala dan bersedia untuk mandi. Solat? Ya, aku singgah di masjid tadi.
“Assalammualaikum!” Teriak seseorang dari luar rumah.
“Waalaikumussalam.” Jawab aku.
“Eh mama. Dari mana?” Aku memegang beg tangan mama.
“Dari rumah Cik Yah. Ada meeting hari ini.” Jawab mama.
“Oh, meeting apa pula hari Selasa? Selalunya hari Jumaat?” Soal aku tertarik dengan jawapan mama sebentar tadi.
Oh lupa nak cerita, Cik Yah ni merupakan isteri ketua perumahan dekat sini. Jadi, setiap minggu dia akan adakan mensyuarat kecil-kecilan bersama penduduk wanita yang lain. Peliknya dia akan adakan setiap hari Jumaat, tetapi kali ni hari Selasa pula. Itu yang menambah perhatian aku untuk tahu lebih lanjut.
“Isy, kamu ni. Meeting hari Selasa pun nak kecoh.” Jawab mama sambil berjalan ke dapur.
Yey! Masak.
“Alaaa. Ma nak masak ke?”
“Ya la, habistu Syu tak nak makan malam?” Mama pandang aku hairan.
“Hekhek.” Aku senyum menampakkan gigi.
Mama pandang jam dinding.
6:37 PM.
“Kalau macam tu, malam ni kita keluar ya?”
___________________
8 FEBRUARI 2017
3:54 PM
- Double Update? -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top