PART 13
Q's POV :
Aku melangkah keluar dari majlis itu. Menuju ke jalan gelap yang mana aku sendiri tak tahu.
"Sial punya perempuan! Semua plan aku hancur. Sepatutnya jantan tu dah mati!" Teriak Q apabila dia sudah berjalan jauh.
"Eh!" Langkah aku terhenti.
Aku memandang suasana di mana aku berhenti.
"Dekat mana niii?"
"Hutan." Kata seseorang yang berjaket hitam. Muka dia, aku tak nampak.
"Kau siapa?" Soal aku berani.
"Kau tak perlu kenal aku." Jawabnya ringkas.
Aku diam kaku.
"Kenapa kau buat macam tu?" Soal si dia tenang.
"A-aku cuma nak balas dendam." Tergagap-gagap aku menjawab.
"Cerita lah."
"Aku pun tak pasti, cerita ni aku dengar dari mulut orang." Aku pandang ke bawah, ada daun kering dan rumput.
"Apa punya keluarga lah." Gelak dia.
"Cerita dia macam ni, masa tu mama tiri aku ada konflik dengan papa aku. So dia nak minta cerai. Memandangkan Ira..." Belum sempat aku sambung dia menyampuk.
"Ira?" Soal dia kehairanan.
"Ya. Izzati Athirah, nama panggilan Ira. Adik aku." Jawab aku satu persatu.
"Ok." Muka dia masih tidak dapat dilihat.Aku meneruskan penceritaan.
"Memandangkan Ira tak setuju pasal penceraian ni. Ira mengadu dekat peguam bela mama tiri kami. Peguam bela ni rapat dengan mama tiri."
IRA'S SPECIAL POV :
"Ala!! Boleh la Encik Aryan! Saya tak nak keluarga saya berpecah! Tolonglah~" Teriak Ira.
"Tak boleh. Saya tiada hak untuk masuk campur hal rumah tangga orang." Balas Encik Aryan.
"Ish. Habis tu kenapa jadi peguam? Jadi peguam ni pun ibarat masuk campur hal orang!" Bentak Ira.
Seseorang memerhati gelagat mereka. Ya, Izz Irsyad.
"Sial kau perempuan! Tak guna.Keluar dengan jantan lain rupanya. Patutla tak layan aku." Izz pulang ke rumah dengan perasaan geram.
"Hahahaha. Maaflah terlalu kekanakan." Gadis tu menyampuk.
"._."
"Sambung.. sambung."
"Tunggu kau. Satu hari nanti aku akan buat kau sengsara. Cara untuk buat kau sengsara senang je Ira. Kawan kau Ira, Dhia Airis. " Tekad Izz Irsyad.
Beberapa hari selepas kejadian itu.
"Ma dengan pa dah bercerai." Kata Ira kepada diri sendiri. Ira tak mampu untuk hentikan suasana tu.
Kedengaran lagu Dirgahayu Cinta.
( Baby Izz. Answer / No )
Ira tekan button answer dan slide ke kanan.
"Hello." Jawab Ira dalam tangisan.
"Mulai dari sekarang kita dah tak ada hubungan apa-apa lagi."
Ttut! Ttut!
Panggilan di matikan.
Ira terpinga-pinga.
"Kenapa Izz?" Gumam hati Ira.
Aku call semula Izz.
"Awak. Jom jumpa. Tempat biasa." Ajak aku.
Setelah hampir 15 minit Izz datang membawa seorang manusia. Situasi yang tidak di sangka.
"Eh Ira!" Tegur seseorang.
"Dh-Dhi-Dhia?" Aku senyum kelat.
"Buat apa dekat sini?" Soal Dhia, ya dia kawan rapat aku.
Pandangan aku tertoleh pada Izz.
Mata aku mula berair.
"Oh ni siapa ya?" Aku memulakan lakonan.
"Saya Izz, boyfriend Dhia." Perkataan boyfriend di sebut kuat oleh Izz.
"Oh. Dah berapa lama?" Aku menyoal sambil tersenyum palsu.
"Baru je dua ha-" Izz memotong percakapan Dhia.
"Dua tahun. Hahaha." Aku tahu Izz gelak palsu.
"Aku gerak dulu." Izin aku.
Telefon bimbit aku ambil dan mencari contact "Baby Izz".
Aku mesej dia.
"Em. Hubungan kita dah berakhir, terima kasih 😉. " Sengaja aku menghantar emoji kenyit mata.
Nombornya aku block dan delete.
5 hari kemudian...
"Seorang remaja maut dijumpai di tepi hutan. Dikatakan remaja tersebut dikelar leher dan ditikam berkali-kali serta dipotong badannya. Mangsa dikatakan berumur 17 tahun dikenali sebagai Izzati Athirah."
Q terkesima mendengar berita tersebut. Segera dia pulang ke rumah, ya dia berada di markas geng mereka.
Trouble Maker House.
- End Flashback -
"Oh." Dia senyum senget.
"Jadi plan kau hancur?" Soal dia.
Aku hanya mampu memerhati dia.
"Amelina Syuhada penyebabnya?"
Aku angguk.
"Kalau kau nak balas dendam dekat dia, aku boleh tolong." Provok dia.
"M-maksud kau Izz Irsyad?"
"Bukan..." Katanya terjeda.
"Perempuan tu." Sambungnya.
"Amelina Syuhada."
Aku hanya mampu diamkan diri.
"Kalau kau nak la, aku boleh tolong bila masa kau nak."
"Lagipun ni tempat yang sesuai untuk bunuh orang. Tiada siapa tau. "
___________________________________
8 FEBRUARI 2017
3.24 PM
- Esok Cuti Hoo -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top