PART 11

Q's POV :

“Dah tiba masanya untuk kau mati Izz.” Setapak aku melangkah.

“Mungkin tujuan kau buat macam tu saja-saja. Perempuan sebelah kau tu tak bersalah pun kau guna dia untuk sakitkan hati adik aku.” Setapak lagi aku melangkah.

“Kalau adik aku hidup balik, dia mesti tak sanggup tengok perempuan tu merangkap sebagai KAWAN DIA sakit hati kan?” Aku memulakan langkah membawa sebuah kotak hitam yang berisi bom berdetikkan 20 minit.

Sempat la kan aku selamatkan isteri dia. Aku cuba menahan air mata demi hidup adik aku.

Aku segera membuka langkah. Selesai.

“Hai Dhia!” Aku menyapa Dhia, isteri Izz, merangkap kawan rapat adik aku; Izzati Athirah .

“Emm siapa ya?” Dhia menyoal hairan. Ya lah dia mana pernah jumpa aku. Aku selalu lepak dengan geng aku. Sejak mummy dah tak ada, hidup aku jadi huru hara. Agama tah ke mana.

“Kakak Ira.”

“Ira.... Dhia minta maaf Kak Nana. Dhia tak sangka Ira boleh jadi macam tu. Patutnya Dhia sokong Ira dari belakang. Sekarang.. semua salah Dhia.” Dhia berkata dengan nada bersalah.

“Janganlah sedih-sedih. Dhia kan ada majlis hari ni. Bukan salah Dhia pun.” Aku tersenyum.

Salah suami kau yang bahlul tu.

Izzati Athirah.

Adik Ira, akak rindu adik. Akak minta maaf sebab buat Ira macam ni. Ira sepatutnya cerita dekat akak dari mula. Kalau tak, Ira mesti bahagia dengan kakak. Mungkin mummy kita yang kandung dah tinggalkan kita buat selamanya, mama tiri kita pula dah abaikan kakak lepas kes Ira. Akak tinggal di rumah mama, akak dah tak lari dari rumah. Kakak kembar Ira je yang masih stay dengan papa.

15 minit lagi.

“Jom makan sama-sama kak.” Dhia mengajak.

Macam tau-tau ja.

Pinggan yang di isi pelbagai lauk pauk aku jamah.

“Sedap kak?” Soal Dhia.

“Sedap. Mana suami Dhia? Nak jugak tengok orangnya. Hahaha.” Aku gelak palsu.

“Oh jap. Sayang, ni kakak kawan Dhia.”

Izz Irsyad memandang aku dengan wajah pelik.

“Dia kenal eh? Bagus la kalau kenal.” Desis hati aku.

“Kenapa sayang?” Soaln Dhia hairan.

“Muka macam abang kenal la. Pernah jumpa ke? Ke followers instagram saya ke. Hahaha.” Izz Irsyad berjenaka.

Aku tumpang gelak palsu.

“Segak orangnya.Sama padan bagus bagus.”

Tapi sayang, perangai tah apa-apa.

“Hahaha terima kasih kak.”

“Eh sayang kata nak makan tadi. Pergi la ambil.” Sembang mereka berdua.

Aku tersenyum kecil. Ada peluang. Izz Irsyad mengambil makanannya dan duduk di sebelah Dhia.

10 minit lagi.

“Eh Dhia, akak sakit perut la pula. Teman akak boleh?” Soal aku.

“Boleh. Sayang makan dulu ya? Dhia teman akak Nana jap.”

Semasa aku berjalan ke pintu tepi, aku ternampak Syu memandang aku tajam.

Takkan lah?

Dia bergerak mengikut langkah aku. Ish kenapa budak ni...

8 minit lagi.

“Oh ni lah tandas. Ok terima kasih Dhia. Dhia boleh la pergi sambut kawan-kawan Dhia.”

“Ok kak. Dhia pergi dulu. ” Dhia mengundur diri.

Syu masuk ke dalam tandas tersebut selepas Dhia keluar.

“Kau..buat apa tadi?” Soal Syu.

Aku diam.

“Q? Dengar ke tak?” Soal Syu tidak puas hati.

“Kau cakap dengan aku ke?” Soal Q sinis.

“Yap.”

Aku kembali berwatakan seperti di dalam kolej.

“Tak buat apa pun. Sibuk kenapa?”

“Ye ke?” Soal dia berunsur acah acah pelik.

“Ha kalau aku ada buat benda pun. Ada kacau kau ke? Tak en. Apasal kau jadi cenni haa? Dekat kolej kau tak tegur aku pun. Kat sini kalut pula kau.” Aku meluahkan segala yang ada.

“Aku tau la kau buat apa. Kau gila ke Q? Kalau kau nak tak puas hati pun tak payah lah sampai macam tu.” Kata Syu.

“Huh? Tak puas hati?” Soal aku.

“Kau cemburu dengan Dhia kan? Sebab tu kau umpan dia makan. Sebenarnya bawah meja tu kau letak dah bom.” Syu memulakan aktiviti siasatannya.

“Lol? Kau buat lawak apa? Tak ada maknanya aku nak cemburu. Fyi, dia tu kawan adik aku ok? Tah apa-apa. Kau taktau cerita tetiba nak masuk dalam kain orang. Kain terkoyak tak reti-reti nak jahit.” Aku menghentak badannya ke dinding. Protes aku.

“Apahal dengan kau? Kau cuba bunuh orang dekat luar sana pastu kau nak salahkan aku pula!” Tengking Syu.

“Bodoh kalau kau nak selamatkan orang, pergi la matikan bom tu bangang! Kau ingat dengan provok aku macam ni, kau boleh ubah fikiran aku?!” Tengking aku semula.

Dia tolak aku jatuh ke lantai. Membuka langkah masuk ke majlis tersebut semula.

Shit la perempuan ni. Aku dah kata jangan masuk campur kan! Aku berlari mengikut jejaknya.
_________________
27 JANUARI 2017
4:42 PM
- Yey Finally Author Berjaya Update!

* K sebenarnya nama Izzati Athirah ni, aku dapat inspirasi dari nama kawan aku yang rapat kemain. Depa ni masuk ayaq pun sama-sama.Beg pun sama colour. Macam² la boleh kena cop lesbi dah pa. Ikutkan aku nak letak nama Dhia tu sebagai Izzati, tapi dah previous part aku dah buat nama Dhia Airis nak buat lagumana. Kalau ubah tak memasai orang komenSapadia pulak Izzati ni author oi?!” Mati aku kena kecam. So, aku gabung nama depa, tapi aku guna nama Ira ja la. Sorry zati! 😂 K tu ja. *

Selamat membaca!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top