Bab 3
Suasana pada malam itu terasa sungguh dingin. Badannya yang kecil segera dipeluk apabila angin malam menyapu belakangnya.
"Iyan. Kamu kena ingat. Jangan salah gunakan kelebihan kamu." Nasihat seorang lelaki tua. Dia memakai serban dan jubah berwarna putih.
Iyan mengangguk lemah.
"Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sabar, yakin dan sentiasa ingat pada Allah." Tambahnya lagi.
"Baik ustaz." Iyan menjawab lalu memandang tangannya yang mula terasa kebas akibat suhu di luar rumah.
Iyan menggaru kepalanya yang gatal menyebabkan kedudukan songkok yang dipakainya menjadi senget. Ustaz yang berada di hadapannya tersenyum melihat anak muridnya yang masih muda itu.
"Malam ni kita teruskan dengan membaca surah Al-Baqarah. Mari masuk." Ajak Ustaz itu. Mereka berdua segera melangkah masuk ke dalam sebuah rumah teres.
"Ustaz.... Kenapa orang lain takda kelebihan macam Iyan?" Soal Iyan, menunggu jawapan dari gurunya. Kain pelikatnya dibetulkan setelah dia bersila di lantai ruang tamu rumah itu.
"Setiap kelebihan yang manusia dapat merupakan anugerah daripada Allah. Jadi, kita perlu bersyukur dan menggunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin.
Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya seperti daya ingatan kuat. Setengah orang mahir menghafaz manakala yang lain tidak. Mungkin mereka mahir membuat perkara lain.
Kita tak boleh bandingkan diri kita dengan orang lain." Terang Ustaz membuatkan Iyan terangguk-angguk mendengar.
"Oh.. Kalau macam tu, Iyan nak tolong oranglah! Bolehkan macam tu Ustaz Wan? Iyan nak buat seeeemuuuuaaaa orang gembira!" Iyan berkata dengan mulutnya tidak habis dimuncung ke depan.
Ustaz Wan tergelak kecil mendengar ayat budak kecil itu. Comel sungguh Iyan ni! Dia berbisik di hatinya.
"Boleh Iyan.. menolong tu amalan yang sungguh murni." Dia memberikan senyuman buat anak muridnya itu lagi.
Iyan mengangguk laju lalu membalas senyuman Ustaz Wan dengan sengihan lebar.
"Dah jom. Kita baca sama-sama." Ajak Ustaz Wan. Iyan segera membuka Al Quran.
"Wafiq. Lain kali aku tak bagi kau ikut aku kalau tempat tu keras. Penat kau nanti. Benda ni bukan main-main. Kesihatan kau penting." Iyan menempek cool fever yang baharu pada dahi Wafiq. Dia baru sahaja lepas mengubati rakannya.
"A.. aku okey.. tak lama lagi a.. aku sihat.." Wafiq membalas dengan lemah. Matanya masih tertutup rapat.
Tok tok tok
"Kejap aku tengok sapa datang." Iyan bangkit. Langkahnya diteruskan menuju ke pintu rumahnya.
"Hey Iyan!" Seorang gadis berpakaian sekolah menegurnya dengan sebuah senyuman manis sekali.
"Eh lah. Ana, bila kau balik? Anyway masuklah." Iyan membuka pintu pagar. Kebetulan Mak Senah berada di dapur sedang memasak sesuatu bagi dijamah oleh Iyan dan rakan-rakannya.
Ana melangkah masuk ke dalam rumah. Begnya serta merta terlepas selepas melihat Wafiq terlantar di atas sofa bertempekkan cool fever.
"Wafiq!!!! Kenapa ni?!" Ana berlari mendapatkan Wafiq. Wafiq menutup kedua belah telinganya.
"Hish dia ni. Dah datang dah!" Wafiq mengerut dahi lalu memusing ke arah bertentangan dari Ana. Ana menjuihkan mulutnya. Pandangannya dialihkan pada Iyan menunggu jawapan.
"Dia nampak hantu. Aku dah bagi warning tapi dia yang degil nak ikut. Tu lah padahnya." Iyan duduk di sebelah sofa berdekatan Wafiq. Ana mengambil tempat duduk di sebelah Iyan.
"Oh.. hmm anyway tadi ada kuiz ICT. Aku dapat 96%. Cikgu bagi coklat sebagai hadiah. Kau nak?" Ana mengeluarkan satu bar coklat dari beg sekolahnya.
"Takpa. Aku dah makan. Bagi kat mamat sebelah kau." Iyan menolak pemberian Ana. Wajahnya menunjukkan dia tiada mood untuk melayan karenah Ana. Gadis di tepinya itu langsung terasa dengan sikapnya.
"Iyan. Kau asal selalu act macam ni? Selalu senyap. Dulu kau tak macam ni. Since korang sekolah sampai dah habis sekolah. Kau dah banyak berubah." Luah Ana dengan nada marah bercampur sedih.
Iyan menatap Ana lalu berpaling ke arah lain.
"Aku memang dari dulu macam ni." Iyan bangun, menonton televisyen di hadapan mereka.
"Tapi kau se-"
"Shh.." Iyan menghalakan tangannya di hadapan gadis itu bagi menyuruhnya diam.
Suatu bayangan mula memasuki mindanya.
"Tolong! Aku tak tahu! Aku tak tahu!"
"Kau cakap! Siapa yang hantar dia!"
Seorang lelaki berbadan sasa menyoalnya. Dia mengenggam kuat kolar baju si mangsa. Terdapat satu tatu naga di dadanya.
"Sumpah aku tak tahu!" Jawab si mangsa ketakutan.
*BANG*
Satu tembakan peluru diberikan oleh seorang lelaki berkaca mata hitam. Dia tersenyum setan.
"Huh. Dasar tak guna." Lelaki sasa itu melepaskan si mangsa yang sudah tidak bernyawa lagi.
"Bos pasni nak buat ape?" Soal lelaki berbadan sasa itu.
"Cari dia."
"Iyan!" Ana menjerit sekuat hati. Iyan terkejut lalu tersedar. Dia pantas melihat gadis yang sedang kepanasan kerana diabai oleh dirinya sebentar tadi.
Wajah Iyan kian bertukar merah.
"Kenapa?!" Iyan meninggikan suara semula terhadap Ana. Ana tersentak. Namun, dia juga tidak mengalah membalas jeritan Iyan.
"Kaulah! Aku panggil kau banyak kali tapi tak dengar!" Ana memarahinya lagi dan lagi sambil menggenggam erat kedua tangannya.
"A..aku.." Iyan tergagap mahu menjawab.
'Tak. Kau tak boleh bagitahu siapa-siapa pasal ni. Jangan Iyan. Jangan percayakan sesiapa.'
"Aku teringat kenangan dulu." Bohong Iyan. Ana melepaskan keluhan kecil. Dia duduk semula di atas sofa.
"Ada masa kau okey, ada masa kau tak okey. I really wish that I could understand you more, you know...." Ana meluahkan isi hatinya.
"Kau tunggu sini dengan Wafiq. Aku nak keluar." Iyan meninggalkan mereka berdua seperti kata-kata Ana langsung tidak didengarnya.
Cool fever yang berada di atas dahi segera ditarik. Wafiq bangun dengan perlahan lalu menyandar badannya pada sofa.
"Ana. Kau kena faham. Dia memang macam tu." Ujar Wafiq dengan lemah. Bibirnya kering kerana kekurangan air.
Air mata Ana mula bergenang di tubir mata.
"Wafiq.. Kau.. Kau tahu kan aku suka dia?" Ana pusing ke kanan, memandang Wafiq.
"Aku.. aku tahu. Ana.. tolong jangan nangis.. kita kan mema-" Wafiq tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Ana berlari ke belakang rumah.
Mak Senah yang baru sahaja tiba di ruang tamu menjadi keliru dengan apa yang baru terjadi.
"Takpa. Letak ja dekat situ Mak Senah." Ujar Wafiq. Mak Senah meletakkan dulang di atas meja lalu berlalu pergi. Wafiq mengeluh kecil. Dia berasa kasihan pada rakannya seorang itu.
----------
Ana telah lama mempunyai perasaan terhadap seorang senior di sekolahnya. Sejak dia mula berpindah di Taman Rintis lagi. Matanya hanya tertumpu pada seorang, Muhd Daiyan Akmal yang lebih dikenali sebagai Iyan.
Iyan mempunyai seorang rakan baik iaitu Wafiq. Mereka berdua tua 2 tahun daripada Ana. Ana sering cuba untuk mendekatkan diri dengan mereka namun sentiasa gagal.
Sampailah satu hari, Ana mengalami masalah berat. Iyan dapat tahu masalahnya setelah dia memandang ke dalam anak mata Ana buat beberapa saat ketika mereka terserempak di taman sekolah.
"Kau tak bagitahu sapa-sapa pasal ni?" Iyan menyoalnya dengan nada serius selepas mendapat satu bayangan di mindanya.
"Pasal a-"
"You know what i'm talking about. Kau dengar sini baik-baik. Petang ni jumpa aku dengan Wafiq dekat Kafe Cinta Aliyah." Ayat itu membuatkan Ana mengangguk lemah. Iyan mahu melangkah pergi.
Tapi... macam mana dia tahu? Ana mula tertanya-tanya.
"I..iyan.. macam mana kau boleh tahu pasal.. t..tu?" Ana menyoalnya. Iyan memusing ke belakang.
Iyan hanya mengukirkan senyuman manis buatnya lalu beredar.
Dan sejak itulah dia mula berusaha untuk mengenali Iyan dengan lebih dekat. Apatah lagi setelah dia mendapat tahu Iyan seorang psikik.
Selepas sahaja kes beratnya itu selesai, dia, Iyan dan Wafiq terus menjadi rapat sehinggalah sekarang. Hatinya sentiasa berbunga apabila bersama dengan Iyan.
Ada kalanya Iyan seorang periang dan ada kalanya dia seorang yang pendiam. Namun, sejak Iyan dan Wafiq meninggalkan SMK Rintis, kelakuan Iyan sudah mula berubah hari demi hari.
Apatah lagi selepas Iyan mula menolong ayahnya menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis.
Iyan seakan terus cuba menjauhkan diri daripadanya. Adakah dia sudah tahu tentang isi hatinya? Kalau begitu, kenapa dia tidak membalas apa-apa?
Ana menangis teresak-esak. Dengan perlahan dia memeluk tubuhnya lalu kepalanya disandarkan pada dinding.
---------
Iyan menarik nafas sedalam yang mungkin lalu dilepasnya. Matanya memandang bunga-bunga yang berada di taman itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Dia mula teringat sesuatu.
(Imbas kembali)
"Iyan. Boleh tolong ayah selesaikan kes ni?" Soal Inspektor Hamas dengan kerisauan.
"Iyan nak SPM lah ayah." Iyan membalas sambil memegang buku Kimia.
"Please. Ayah betul-betul mati kutu. Dorang minta ayah rumuskan kes ni esok." Inspektor Hamas memujuknya.
"Fine. Fine." Iyan meletakkan bukunya ke bawah.
Mereka berdua segera melangkah masuk ke dalam bilik kerja ayahnya. Terdapat satu peta besar dan banyak tulisan marker terconteng di atasnya.
"Kamu tengok sini. Orang ni datang dari sini.. lepas.."
"Ayah, biar Iyan selesaikan kes ni tanpa ayah beritahu situasi. Boleh?" Iyan menyoal membuatkan Inspektor Hamas mendiamkan diri.
Iyan menyentuh peta itu. Matanya ditutup lalu satu bayangan muncul di mindanya.
3 minit berlalu, dia mula membuka mulut. Menceritakan apa yang dilihat oleh mata keduanya.
"Jadi? Itu sahaja?" Soal Inspektor Hamas. Iyan mengangguk.
"Buat pemeriksaan dekat kedai tu. Ada satu bukti yang boleh dipakai. Dekat dengan tandas belakang." Ujar Iyan lagi dan lagi.
"Baik. Terima kasih wahai anak ku! Kamulah penyelamat ayah!" Inspektor Hamas memeluk anaknya. Iyan memeluk erat ayahnya semula.
"Iyan, apa kata lepas SPM kamu tolong ayah? Ajak Wafiq sekali suruh dia jadi pembantu kamu." Cadang Inspektor Hamas.
"Hm. Good idea. Boleh kot." Iyan membalas dengan nada biasa.
"Bagus!" Inspektor Hamas memeluknya semula membuatkan Iyan tergelak kecil.
"Dah. Iyan nak sambung study Kimia." Iyan salam tangan ayahnya lalu kembali mengulangkaji mata pelajaran Kimia.
(Tamat imbas kembali)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top