Bab 2
"Tak Inspektor. Sekarang ni macam mana pulak Dato' Rafeeq boleh kemalangan? Macam tak lo-"
"Wafiq. Saya tahu apa yang saya tengah rumuskan." Inspektor Hamas memotong percakapan Wafiq. Dia berpaling ke arah kanan, memandang seorang gadis yang berpakaian uniform lengkap.
"Anita, kamu catat apa yang saya rumuskan tadi." Inspektor Hamas mengarahnya dengan nada yang tegas. Mukanya menunjukkan riak serius membuatkan gadis itu tertunduk.
"Baiklah Inspektor." Balasnya, tidak membantah lalu berlalu pergi.
Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemeja hitam berlengan panjang sedang bersandar pada dinding di satu sudut.
Bahagian hadapan rambutnya dibiarkan jatuh terurai di atas matanya. Tali leher jenama Valentino yang bercorakkan stripe dipakai dengan kemas.
Tidak lupa juga hujung baju lengan ditarik sampai ke atas siku, menampakkan sedikit urat pada lengannya.
Sedari tadi matanya tidak berkelip memandang ke luar tingkap sambil tangannya memegang secawan kopi bersaiz kecil.
Anak matanya sentiasa bertukar saiz. Sekejap besar dan sekejap bertukar ke saiz normal. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu, nampak sesuatu.
Wafiq datang mendekatinya lalu memerhati tingkah laku sahabat karibnya itu.
Dia menggelengkan kepalanya buat seketika. Itu sudah menjadi perkara biasa buatnya.
Kalau sahabatnya itu sedang mengelamun atau berdiam diri, 100% rakannya itu akan mendapat sesuatu yang berguna bagi menyelesaikan masalah yang sedang melanda.
"Inspektor Hamas." Panggil jejaka itu membuatkan Wafiq terkejut lalu dadanya terus diurut.
"Ya saya." Inspektor Hamas mengalih pandangannya pada jejaka itu.
"Dia akan serah diri." Jejaka tinggi itu berjalan ke depan, berdiri di hadapan Inspektor yang sedang memandang hairan ke arahnya.
"Siapa?" Inspektor itu menyoal. Ayat jejaka itu membuatnya tertanya-tanya.
"Tu."
Kepala mereka berdua serentak memandang ke pintu utama apabila sebuah kereta volvo berwarna merah berhenti betul-betul di hadapan balai polis.
Seorang lelaki berusia melangkah keluar dari kereta itu lalu menuju masuk menemui mereka.
"Saya serah diri." Katanya lalu menyuruh mereka mengikutnya. Inspektor Hamas segera mengikut lelaki tua itu.
Wafiq melihat Inspektor dan suspek itu menuju ke luar. Dia berjalan mendekati jejaka sebentar tadi.
"Woi. Asal?" Wafiq menyoalnya.
Jejaka itu menghirup kopinya lalu meletakkan cawannya di atas meja berdekatan.
"Aku balik dulu. Penat." Dia berjalan menuju sebuah sofa lalu mencapai kotnya. Setelah itu dia memberikan senyuman buat rakannya sebelum meninggalkannya.
"Eh, kamu nak ke mana?" Inspektor Hamas menegurnya selepas dia menutup rapat pintu kaca balai polis Sg Selasih.
"Balik. Nak rehat." Balasnya malas. Langkahnya dipercepatkan menuju ke arah sebuah kereta.
"Eh, kes kedua belum selesai! Iyan!!!!" Jerit Inspektor Hamas menyebabkan Wafiq berlari keluar.
"Woi! Aku ni?! kau nak taruk mana? Kita dah ah datang dari jauh!" Wafiq bercekak pinggang.
"Aku tidur hotel. Kau tidur ah situ dengan ayah aku!" Iyan melangkah masuk lalu enjin keretanya dihidupkan. Dengan pantas dia keluar dari kawasan balai polis itu.
----------
"Maaf encik tapi buat masa ni hotel kami penuh. Maklumlah cuti." Ujar gadis yang bekerja di kaunter. Iyan memandang gadis itu dengan pandangan dalam.
"Bilik lain takda? Bilik khas ke? VIP ke?" Gadis kacukan cina itu terkejut apabila Iyan menyoalnya soalan itu.
"A..ada." jawabnya sedikit terketar.
"So? Cepatlah periksa. Kejap je. Hari ni ngan esok. Lusa keluarlah." Iyan memaksanya. Dompetnya sudah lama berada di genggaman tangan.
"Baiklah." Kata gadis itu lalu memberinya sekeping kad putih. Selepas membuat bayaran, Iyan mengangkat beg galasnya dan terus berjalan meninggalkan kaunter.
Gadis itu memerhati Iyan dari jauh sehinggalah Iyan hilang dari pandangannya.
----------
"Besar jugak bilik ni. Lupa pulak, bilik VIP hohoho." Iyan memerhati seluruh ruang tamu di bilik itu dengan penuh rasa kagum. Segala dekorasi kelihatan sungguh menarik dan kemas sekali. Tidak sampai lima minit dia berada di bilik itu, tiba-tiba hatinya berasa tidak tenteram. Seperti dirinya sedang diperhati dari jauh.
"Jangan risau. Aku datang bukan nak ganggu." Iyan bersuara kuat. Ya, dia bukan keseorangan di bilik itu.
Iyan mengendahkan sahaja perasaan sebentar tadi dan segera masuk ke bilik tidur lalu melabuhkan punggungnya di atas katil yang empuk. Dia melelapkan matanya apabila malam menjelma akibat kepenatan.
Tepat pukul 4.30 pagi, dirinya terasa panas seperti sedang berada berdekatan api. Dahinya mula berpeluh. Badannya tidak dapat digerakkan walaupun telah banyak kali dicuba.
Dadanya semakin lama semakin terasa berat menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Tiba-tiba satu bayangan api membara mula memasuki ruang mindanya. Suara jeritan dan pekikan orang ramai dapat didengari dengan jelas di kedua-dua belah telinganya.
Iyan mahu menggerakkan tangannya untuk menutup telinga tetapi tangannya masih tidak dapat digerakkan. Dengan lafaz bismillah dia membuka matanya.
Terdapat 6 lembaga orang rentung berdiri mengelilingi katilnya, memandangnya dengan mata yang merah.
Ayat kursi segera dibaca lalu dihembus pada lembaga-lembaga itu. Dengan perlahan lembaga itu menghilangkan diri.
"Alhamdulillah." Iyan menarik nafas lega. Dia bangun dari katil lalu berjalan mendekati dinding hotel. Tangannya pantas menyentuh dinding membuatkan mindanya terlihat satu bayangan sebuah banggunan terbakar.
"Ya Allah." Air matanya jatuh. Sungguh... tempat ini telah banyak berlaku kematian pada tahun dahulu. Hanya bilik ini sahaja yang sering menjadi tempat tumpuan bagi makhluk-makhluk halus akibat bilik-bilik yang lain telah dipagar oleh ustaz.
"Memang padan ah minah tu mula-mula tak bagi aku bilik ni. Bilik ni dah ada penunggu." Bisiknya.
Dia segera berjalan ke bilik mandi lalu mengambil wuduk untuk solat isyak yang telah ditinggalnya semalam akibat tidur awal.
Ketika dia mengangkat takbir, ada sahaja bunyi yang menganggu Iyan untuk membuat dirinya menjadi tidak khusyuk. Iyan hanya mengabaikan sahaja bunyi-bunyi itu. Setelah menunaikan solat, dia terus membuat kajian mengenai kes kedua.
----------
"Woi asal kau lambat sangat? Kau tahu tak badan aku sakit semalam tidur dekat sofa?!" Wafiq memarahinya.
"hm." Balas Iyan pendek. Malas mahu layan karenah rakan rapatnya.
"Aku tak kira. Malam ni aku nak tidur ngan kau! Lagi satu, bapak kau tidur dengkur kuat doh." Wafiq membebel lagi dan lagi.
"Hish. Yelah-yelah. Tapi jangan menyesal." Iyan memberi peringatan. Wafiq seperti tidak mengambil serius ayat terakhir Iyan dan hanya mengangguk dalam kegembiraan.
"Ha, lupa bagitahu. Detektif Asri dah selesaikan kes kita." Beritahu Wafiq membuatkan Iyan mengangkat kedua keningnya.
"Pulak? Habistu? Ni nak buat apa? Aku dah tempah bilik hotel sampai esok kut." Soal Iyan. Wafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Haaaaa.. apa kata... kita jalan-jalan dekat bandar Melaka? Aku dengar sini cantik. Kita tengok tempat bersejarah. Alang-alang dah sampai, kau pergi lah tengok zaman-zaman dahulu. Yelah. Psikik katanya..." Wafiq menyindir dan bergurau pada masa yang sama.
"Hm, good idea. Nak tengok jugak askar dulu-dulu. Jom." Balas Iyan dengan nada cool.
----------
Wafiq ketawa berdekah-dekah setelah mereka berdua tiba di bilik hotel. Tangannya juga masih memegang erat gula-gula kapas. Sekali tengok, persis macam budak kecil! Iyan menggeleng kepalanya melihat rakannya seorang itu. Dah serupa kena sampuk hantu!
"Jaga mulut sikit bila masuk bilik ni." Iyan membuka pintu bilik itu.
"Fuyooo. Besar gila bhaiii!" Wafiq melangkah masuk dengan teruja. Matanya bersinar-sinar melihat keliling bilik.
"Bilik VIP." Iyan meletakkan barang-barangnya di atas meja yang telah disediakan.
Wafiq berlari masuk ke dalam bilik tidur lalu meloncat-loncat di atas katil itu dengan gembira.
"Woi. Jangan jakun sangat boleh tak?" Iyan melangkah masuk ke biliknya lalu menolak Wafiq sehingga jatuh dari katil.
"Hehehe. Sorry-sorry." Wafiq tersengih seperti kerang busuk. Iyan menjulingkan matanya ke atas.
Bilik hotel VIP yang telah ditempah oleh Iyan mempunyai tiga bahagian iaitu bilik tidur, dapur dan ruang tamu.
"So, malam ni kau nak suruh aku tidur mana?" Soal Wafiq setelah bangkit akibat jatuh tadi.
"Ruang tamu. Nanti aku call suruh bagi selimut ngan bantal." Balas Iyan. Wafiq mengangguk lalu menyanyi dengan gembira.
----------
"IYAAAAANNN!" Wafiq menjerit kuat selepas Iyan memberi salam terakhir. Pintu biliknya dihempas kuat lalu Wafiq datang memeluknya. Iyan baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Air mata Wafiq mengalir deras membuatkan dirinya terhenjut-henjut.
"Dei! asal ni?" Iyan memandang hairan rakannya. Songkok di atas kepalanya yang telah senget itu dibetulkan.
"K..ki..kita.. a..da.. tetamu.." Wafiq terketar-ketar menjawab. Dia menyembamkan muka pada belakang Iyan.
'Huh? Tetamu?' Bisik hati Iyan tertanya-tanya. Apa benda mamat ni merepek malam-malam ni? Seingat Iyan, dia langsung tidak menjemput sesiapa datang ke bilik mereka pada malam itu.
Tiba-tiba satu helaian ketawa kuat menyapa mereka membuatkan mereka tersentak.
'Oh.. yang tu..' Iyan berkata di hati.
"Kejap." Iyan bangun lalu mengambil sebotol air mineral yang telah disediakan oleh pihak hotel. Wafiq mengikut Iyan seperti budak kecil.
"Mana dia?" Soal Iyan kepada Wafiq.
"Ru...ruang ta..tamu." Wafiq masih menahan dirinya dari terus menangis.
"Dah.. jangan nangis. Aku ada. Ikut aku." Iyan menarik tangan Wafiq.
"Hi hi hi hi..." Satu lembaga perempuan sedang menghadap dinding di atas penjuru bilik hotel itu. Sekali tengok serupa spiderman pun ada!
"Pandang sini." Iyan bersuara tegas.
Lembaga itu ketawa kecil lalu merangkak ke atas siling hotel membuat kedudukannya terbalik. Rambutnya yang panjang jatuh terkena lantai.
"Aku kata pandang sini. Pandang mata aku." Iyan mula meninggikan suaranya. Benda itu terus mengangkat muka menampakkan matanya yang berwarna putih dan hanya bertompok hitam kecil di tengah matanya.
"Ni, hang mai turun sat. Turun aku kata." Iyan mengarahnya. Benda itu masih kekal di kedudukannya. Tidak bergerak walau seinci pun. Wafiq pula sudah menggigil ketakutan di belakang Iyan.
Iyan membuka penutup botol air itu dan mula membaca surah dan ayat Al Quran. Selepas itu, Iyan menghembus pada air tersebut. Air segera dituang sedikit di tapak tangannya lalu dibaling pada lembaga itu.
Lembaga itu menjerit dengan kuat akibat kesakitan membuatkan bilik itu bergema lalu ia terjatuh ke atas karpet. Setelah itu ia sambung ketawa mengilai seperti bermain-bermain dengan Iyan. Iyan menggengam kedua tangannya.
"Hang dengak sini baik-baik. Aku dengan kawan aku nak tidoq malam ni dekat sini. Hang jangan nak ganggu kami faham?! Hang dengaq dak?" Habis keluar loghat Penang Iyan.
"AKU TAK SUKA MANUSIA JEJAK KAKI DEKAT SINI! NI TEMPAT AKU!NI TEMPAT KAMI!" Marah makhluk itu dengan suaranya yang garau dan menyeramkan. Sekali dengar pasti akan ingat sampai bila-bila.
"Baik. Kami paham. Hang dengaq naa. Mula-mula aku pun tak tau kata tempat ni hang punya. Hang dengaq sini, aku dengan kawan aku keluaq dari sini esok pagi. Dengar dak? esok. E.S.O.K." Iyan membalas dengan tidak gentar. Matanya masih memberi pandangan tajam buat makhluk ngeri itu.
Makhluk itu tersenyum setan sebelum menghilangkan dirinya. Wafiq yang berada di belakangnya sudah lama pengsan akibat ketakutan ya amat.
"Dah jom. Malam ni kau tidur dengan aku. Jom. Aku jaga bilik kita malam ni." Iyan mula mengejut Wafiq. Setelah Wafiq sedarkan diri, Iyan terus membawa rakannya masuk ke bilik tidur.
----------
Keesokannya Wafiq mengalami demam panas. Badannya asyik menggigil teruk. Apabila ditanya, dia hanya membalas, "lembaga.. lembaga..." sambil bibirnya terketar-ketar.
Iyan hanya menggeleng kepala melihat rakannya. Dia perlu mengubat rakannya itu setelah tiba di rumah nanti.
"Terima kasih." Ucap gadis yang sama melayani Iyan pada hari pertama di hotel itu.
"Ni dik. Saya cuma nak kata, lain kali jangan bagi bilik hotel yang dah ada penghuni. Tu akibatnya." Iyan menunding jari ke arah Wafiq yang sedang bertempekkan cool fever di dahinya. Gadis itu hanya mendiamkan diri.
"Kalau boleh, bilik tu jangan bagi orang guna. Penghuni tu tak suka." Iyan meninggalkan gadis itu terpinga-pinga.
"Dah jom." Iyan menolong rakannya bangun.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top