Bab 1
"Wafiq! Sini! Sini!" Jerit seorang budak kecil yang sedang mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.
Wafiq mengangkat muka memandang kawannya, Iyan lalu terus menendang bola ke arahnya.
Dengan tangkas Iyan mengambil bola tersebut menggunakan kaki kanannya. Dia bergerak menuju ke pintu gol.
Langkahnya semakin lama semakin laju. Dia mula menghampiri pintu gol. Satu sepakan diberikan olehnya, Dan....
"Gol!!" Jerit pasukan Iyan diikuti Wafiq. Mereka semua berlari mendapatkan Iyan lalu memeluknya membuatkan Iyan tergelak kecil.
"Weh! Ada polis dekat rumah sana!" Jerit Mail yang datang bersama basikalnya menghampiri padang secara tiba-tiba. Sempat juga dia menunding jari ke satu arah.
"Kat mana!!! Jom tengok!" Jerit Fakrul. Mereka semua yang sedang keletihan bermain bola sepak terus berasa semangat ingin tahu apa yang sedang berlaku.
"Jom korang!" Jerit Yoyi pula. Mereka semua saling berpandangan buat seketika lalu mengangguk setuju.
Mail segera menunggang basikal barunya itu sambil diikuti oleh rakan-rakannya yang berada di belakang.
-------
"Aku peliklah. Macam mana alat yang penjenayah tu guna takda. Dah penat cari. Aku ni sepatutnya tengah berehat kau tahu. Tiba-tiba dapat call. Habis kacau." Kata seorang jejaka tinggi yang lengkap memakai uniform sedang memeriksa kawasan halaman rumah itu.
"Manalah aku tahu. Dah tak cukup orang nak buat macam mana. Kau tu janganlah asyik nak bebel. Sakit telinga aku ni." Balas sahabatnya yang sedang memegang kanta pembesar.
"Psst! Abang dua tu tengah leka! Kita ada can nak masuk!" Bisik Wafiq kepada Iyan yang sememangnya terkenal akan sikap nakalnya.
"Em, wokay! Jom!" Iyan dan Wafiq mula melangkah masuk, memasuki halaman rumah melalui semak samun di bahagian tepi rumah yang agak nipis itu.
"Aku nak ronda jap tau. Kau tunggu sini." Arah Wafiq. Iyan hanya mengangguk.
Dia memandang rakannya meninggalkannya. Seketika kemudian, matanya terpandang akan lukisan cat putih di atas tanah. Kelihatan seperti lukisan seseorang terbaring.
"Wah..." Iyan memerhati lukisan cat itu dengan teliti.
Ini merupakan kali pertama buat Iyan untuk melihat perkara seperti ini. Dia tidak pernah ingin mengambil tahu hal itu. Iyalah, budak kecil. Mana tahu apa-apa!
"Eh, Iyan!" Seseorang menghampiri Iyan. Iyan mengangkat mukanya.
"Hai abang Topek!" Iyan tersenyum.
"Buat apa dekat sini? Iyan tak boleh datang sini lah. Meh abang tunjuk jalan kelu-"
"Weh lari! Ada abang polis nampak aku tad-" kata-katanya terputus selepas terpandang seorang anggota polis di hadapan rakannya.
Gulp!
"Ha. Ni abang Topek. Itu kawan saya, Wafiq." Ujar Iyan sambil menunding jari ke arah rakannya. Wafiq berdiri di tempatnya seperti patung. Wajahnya semakin menjadi pucat.
"Dah-dah. Yang kat sana tu.. jom ikut abang. Kalau tak... nanti hantu ikut!" Jenaka abang topek.
"H..hantu?" Bulu roma Wafiq meremang. Dia segera mendekati Iyan dan abang Topek.
"Ni lah mangsa pembunuhan tu. Dia terbaring kat sini." Abang Topek menunjukan ke arah lukisan cat di atas tanah itu.
"Oh, maksud abang yang dekat belakang abang tu ke?" Soal Iyan kehairanan. Matanya sedari tadi tidak lepas dari memandang di bahagian belakang abang itu.
Topek segera memusing ke belakang. Namun tiada sesiapa di situ.
"Mana ada sapa-sapa dekat situ Iyan. Dah jom. Kejap lagi ayah kamu datang. Kang dia marah." Ajak abang Topek.
"Adalah... tu abang Imran." Balas Iyan lalu menunjuk ke arah angin.
'Nama mangsa.' Bisik hati Topek. Rasa hendak tahu mula membuak-buak di dalam dirinya.
"Dia kata apa?" Soal Abang Topek.
"Abang Imran kata dia tengah siram pokok bunga. Lepastu ada orang serang dia dari belakang. Dah, itu je. dia tak ingat apa-apa dah lepastu." omel Iyan lalu dia mengukirkan sebuah senyuman.
Topek mula berasa pelik. Macam mana pulaklah budak ni boleh tahu pasal kes ni? Fikirnya.
Tiba-tiba Iyan melarikan diri ke arah pintu belakang yang sedang dijaga oleh rakan-rakan Topek.
"Eh Iyan!" Sapa seorang jejaka yang berlesungkan pipit di kedua-dua belah pipinya.
"Tepi! Tepi!" Iyan berlari keluar lalu berhenti di hadapan satu longkang yang berdekatan di rumah mangsa.
Longkang itu kelihatan dalam dan dipenuhi semak samun. Mereka semua yang berada di situ segera berlari ke arahnya dan memandangnya dengan kehairanan.
"Kenapa ni Iyan?" soal Wafiq yang tercungap-cungap selepas berlari untuk mendapatkan rakannya itu.
"Ha'ah. Kenapa ni Iyan" soal Topek.
Iyan berdiri di situ buat beberapa minit lalu bersuara.
"Abang topek, suruh kawan-kawan abang tengok dekat bawah sana. Ada benda dekat situ. Tadi Iyan dapat gambar dalam otak Iyan." Suruh Iyan.
Topek menggarukan kepalanya dan segera mengarah rakan-rakannya untuk memeriksa longkang yang bersaiz besar itu.
Beberapa minit berlalu...
"Topek! Kitorang jumpa ni!" Jerit seseorang dari longkang. Topek segera mencapai benda yang dihulur oleh rakannya.
"P...penukul ?" Topek kehairanan.
"Woi tepi-tepi! Bagi aku periksa!" Jerit kawan Topek diikuti rakannya sambil berlari datang menerpa ke arah mereka. Dia segera mengeluarkan kanta pembesarnya lalu memeriksa penukul tersebut.
"Beb takda apa-apa ah" katanya dengan nada kecewa selepas memeriksa penukul itu dengan teliti.
"Ish. Iyan tak puas hati! Bagi Iyan turun!" Kata Iyan lalu meloncat turun ke arah semak samun yang kekeringan di dalam longkang itu.
"Eh Iyan! Keluar!" Pekik Topek. Iyan mengendahkan sahaja pekikan abang topek lalu berjalan mencari benda yang hendak dicarinya.
Rakan-rakan Topek yang berada di dalam longkang besar itu cuba untuk mendapatkan Iyan tetapi pergerakan Iyan terlalu pantas menyukarkan mereka untuk menangkapnya.
Iyan berhenti di satu sudut lalu mencangkung.
"Dah jumpa!" Jerit Iyan kegembiraan selepas melompat. Seorang jejaka yang berbadan tegap dengan pantas mengangkat Iyan lalu mengeluarkannya dari longkang tersebut.
"Apa yang kecoh-kecoh ni?" Soal Inspektor Hamas yang baru sahaja tiba di situ.
"Ayah! Ni Iyan jumpa ni!" Jerit Iyan kegembiraan. Di tangannya terdapat satu sepana yang terdapat sedikit kesan merah.
"Oh my god! Itu sepadan dengan apa yang kita cari! Benda yang keras dan kuat! Rupa-rupanya sepana!" Jerit jejaka yang memegang kanta pembesar itu.
"Alhamdulillah, boleh balik awal." Bisik kawan di sebelahnya. Lalu mereka tersenyum.
"Wah bagus-bagus! Kamu di sana! Ambil sepana tu!" Arah Inspektor Hamas. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu diberikan kepada Iyan.
"Lap tangan kamu." Kata Inspektor Hamas. Iyan mengangguk lalu mengikut arahan ayahnya dengan mengelap kedua tangannya menggunakan tisu basah itu.
"Eh? Wafiq! Kamu pun ada sekali! Dah jom, biar pakcik hantar kamu balik." Inspektor Hamas memegang bahu Wafiq. Wafiq yang kebetulan sedang memerhati longkang itu terus terkejut.
"Er... boleh.. boleh.." Wafiq tersengih.
"Inspektor. Apa yang patut saya catat untuk laporan?" Seorang gadis memakai cermin mata datang ke arah mereka sambil memegang buku catatan kecil.
"Iyan.. macam mana kamu jumpa sepana tu?" Soal Inspektor Hamas kehairanan. Dia baru tersedar bagaimana anaknya boleh tahu perkara itu.
"Ada satu gambar lalu dekat otak Iyan. Iyan cepat-cepat ikut gambar tu. Pastu bila Iyan cari sendiri memang sama dengan gambar dekat otak Iyan tadi." Ujar Iyan.
Inspektor Hamas tersenyum lebar.
"Iyan." Panggil ayahnya.
"Ya, ayah. Kenapa?" Jawabnya.
"Kamu ada kelebihan." Balas ayahnya.
"Kelebihan? Kelebihan apa?" Soal Iyan tertunggu-tunggu.
"Kamu seorang Psikik." Inspektor Hamas memberikan sebuah senyuman buat anaknya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top