PROTECTING YOUR CHARACTER

Ya, benda di atas ialah salah satu punca kenapa aku lambat update Wattpad, walaupun dah habis SPM. Tak, aku tak kerja sebab dekat atas itulah kerja aku huhuhu...

Pada mulanya, aku ingatkan nak terbitkan cerita ni dekat Wattpad sahaja, tetapi sebab aku ni suka tambahkan kerja dekat diri aku... maka aku pun buat keputusan untuk terbitkan kat Webtoon.

Jadi Webtoon Protecting Your Character ni, akan diterbitkan di Webtoon Canvas pada 23 April!

Ya, jadi lepas penat beraya, boleh baca Webtoon aku!

Dan kiranya ini kau orang dapat first previewlah. 😏

⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉

COVER

Malaslah nak warnakan atas tu. 😔Nantilah aku warnakan.

⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉

KONSEP LUKISAN

⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉

SINOPSIS KALAU BACA SEPINTAS LALU TADI

   Kau orang pernah berharap tak... nak kembali ke masa lalu, dan nak pukul diri kau sebab bangang sangat. Ya, inilah apa yang telah dicapai oleh Mirza! Dia telah kembali ke masa lalu, masalahnya sekarang. Dia bukan dalam tubuh dia, tapi dalam tubuh orang lain!

  Aduuuh, dahlah termasuk dalam tubuh orang asing! Terjumpa pula diri dia masa kecil yang memang ingin minta ditampar. Langsung stress dan trauma duduk dalam era ini!

  Namun, terdapat satu kisah silam antara Mirza yang perlu dia rawati antara dia dan zaman kanak-kanaknya. Dapatkan dia menolong diri dia masa lalu sedang dia dalam tubuh orang asing?

   Maka, itulah sinopsis novel yang dirancangkan oleh Nooroo.

  Tapi plot novel itu berubah 360 darjah apabila penulis itu sendiri termasuk dalam novel tersebut! Nooroo kusut kepala memikirkannya. Takkanlah sebabkan sebuah kemalangan di padang sekolah, dia duduk dalam novelnya sendiri pula?

  Ke ini kifarah sebab selalu dia seksa wataknya?

  Apa-apa pun, sekarang dia perlu menolong watak-wataknya untuk mencapai pengakhiran juga membantu dia keluar dari novelnya sendiri.

  Dapatkah Nooroo ni melindungi watak-watak kau orang? Atau makin seksa dia orang?

   Semuanya ada dalam buku dan Webtoon ini!

⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉⑉

PERINGATAN

Tak adalah, bukan nak bagi amaran apa-apa. Tetapi jangan lupa baca Bismillah sebelum baca!

Okey, daripada sini... aku akan cuba lindungi watak-watak kau orang. Hrm, harap-haraplah.

Okeylah, selamat membaca! ( Jangan bakar rumah aku pula kalau tak seronok baca 😔)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top