BAB 6
BEBERAPA JAM SEBELUM...
"BYE! bye!" Balqis melambai ke arah dua orang remaja itu. Nooroo menghayunkan tangannya dengan penuh semangat manakala Muzzakir melambai dengan penuh terpaksa. Haih... tak sabar betul nak balik rumah, mandi, apa semua.
"Dah, jom balik." Muzzakir berpusing arah sebalik sahaja Balqis berjalan menjauhi mereka.
Nooroo pantas berjalan mendahului Muzzakir. "Eh, Muz. Jomlah kita beli air milo sekejap."
Dahi Muzzakir berkerut. "Eee, tak payahlah. Balik jelah rumah. Kacau air milo sendiri. Kau bukan ada duit lagi pun." Penat betul melayan si Nooroo tadi. Sudahlah beriya-iya korek rahsia dia tadi.
"Alaaaaaa, temanlah." Nooroo memujuk Muzzakir sambil tangannya sibuk memeriksa poket. Siapa sangka, terdapat tiga keping seringgit di dalam poketnya. "Ha, ini ada duit!"
Muzzakir kehilangan kata melihat tiga keping duit itu digoyang-goyangkan di hadapan mukanya. Giginya diketap. "Eh, kau curi duit orang en?"
"Mana ada. Kerja menuduh je kau ni!" bidas Nooroo. Dia yang cek poket dia, dah ada duit. Dia ambil sahajalah.
"Meh sini, aku cek poket kau. Nanti tetiba keluar seratus pula." Nooroo menjauhi apabila Muzzakir menghampirinya.
"Tak adalah! Dasar peragut tak bermaruah!" Muka Nooroo berubah. Sengaja dia ukirkan senyuman mengusik kepada Muzzakir. "Cakaplah kau nak beli air milo juga kan? Aduh... malu-malu pula."
"EH, SINI KAU!"
...
MIRZA memandang kosong ke arah jalan raya di hadapannya seraya tangannya mengusap air mata sendiri. Ingatkan dapatlah juga hirup air milo, namun siapa sangka duitnya dicuri orang. Entah siapalah mahu mencuri duitnya.
(Eh, aku tak curi en.)
Fikirnya, lepas dia hilangkan dahaga, dia boleh terus balik rumah. Tetapi kakinya sudah menggeletar. Tubuhnya terasa penat untuk terus melangkah lagi.
"Anu, adik..."
Wajahnya diangkat.
"Adiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..."
Matanya terbeliak. Tidak semena-mena wajah seseorang itu bertukar kepada wajah rakan lelaki sekelasnya. Mereka berbisik-bisik sebelum datang ke arahnya sambil menayangkan wajah jijik.
"Wey, Mirza. Benar ka yang kau ni dulu kena..."
Mirza pantas menutup telinganya. Dia menggeleng laju dengan harapan dapat memadamkan suara-suara yang bermain di dalam kepalanya.
Lelaki itu bertambah risau akan riak perubahan Mirza. Seperti disampuk makhluk halus sahaja. Bahu kanak-kanak itu dipegang lembut. "Adik? Adik bikin apa sini surang-surang? Mana mama' ayah adik?"
Tangan lelaki itu ditepisnya. Dia mengundurkan beberapa langkah ke belakang hinggalah belakangnya bertemu dengan pondok telefon. Matanya takut memandang wajah lelaki tersebut. Suara-suara mula terasa teralih ke arahnya. Sama... sama macam hari itu!
"Mirza, jom balik." Seorang nenek mencapai tangan Mirza yang jauh termenung. Mirza hanya menyambutnya namun badannya masih terkaku bersandarkan dinding.
"Tak apa, Mirza. Tok ma ada. Jomlah balik, sayang." Nenek itu tidak berputus asa memujuk cucunya di luar bilik makhamah. Ia langsung tidak berbuahkan hasil. Malah, cucunya membuang pandangan yang mati ke arah lantai.
"Itu ka budaknya..."
Sayup-sayup kedengaran suara orang ramai memberi komen. Bunyi mereka sengaja dikuatkan. Entah perhatian agung mana yang mereka mahu raihkan.
Para wartawan juga dihalang dari jauh. Dari lagaknya mereka berpusu-pusu melaparkan berita baharu untuk dilaporkan. Seorang lelaki tua itu berlalu dari bilik makhamah, memandang isteri dan cucunya. "Mari pulang, Mirza."
"Itu adik Mirza, kan. Yang kena..."
Jantung anak kecil itu berdegup kencang.
"Ya Allah, andu bah. Ndak sangka...
Cukuplah! Jangan! Jangan ingatkan lagi dia fasal itu! Semua orang jahat! Semua orang mahu cederakan dia!
"... sanggup buat macam tu."
"Eh? Adik! Tunggu!" Lelaki itu tercengang tatkala Mirza tiba-tiba mencabut diri. Lelaki itu menggaru kepalanya. Apa kena dengan budak zaman sekarang ini?
Tergopoh-gapah Mirza berlari tanpa hala tuju... lagi. Tetapi sekarang dia melarikan diri daripada apa? Hantu? Raksasa? Kakinya tetap melangkah laju seakan merasakan sesuatu bahaya mendekatinya.
Ketika dia masuk ke lorong sebelah, kakinya membuat brek kecemasan. Lidahnya terkelu melihat seekor anjing tidak semena-mena muncul di hadapannya. Secara kebetulan anjing itu macam kena tolak dengan kekasih hati hari ini!
"Woof! Woof!"
Meskipun disalak begitu kuat, kaki Mirza masih terpacak pada pusat graviti. Dia terlalu takut hendak bergerak. Dia rasa nak nangis.
"Woof! Woof!" Dengan air liur yang menitik dari mulut anjing itu, gigi yang tajam dan matanya hitam, anjing itu berlari terus ke arah Mirza bersama niat ingin menerkamnya.
"Semua sebabkan kau! Kalau kau tak lahir, semua tak akan jadi macam ni... KAU TAHU TAK!"
Semua ni salah dia! Semua ni salah dia!
Dia melindungi kepalanya. Makin lama dia berada di dalam posisi itu, bahkan tiada apa pun yang terjadi. Lambat-lambat dia menurunkan tangan daripada mukanya. Jelas kelihatan, anjing itu berlari ketakutan.
"Eh, dasar anjir. Tengok, nak panggil nama kau pun kira mencarut tau hari ini. Semua salah anjing." Remaja perempuan itu menghempaskan batang kayu ke tanah. Tidak fasal-fasal anjing dipersalahkan.
"Adik... adik okey?"
Mirza menoleh ke arah remaja lelaki itu. Permandangannya kabur. Tubir matanya mulai panas. Sekelip mata, dia sudah meraung dan menangis teresak-esak.
"Muz..." Nooroo terkedu seketika. Matanya terpaku pada Mirza yang terus memeluk Muzzakir lalu menangis tersedu-sedu. Lambat-laun, dia mengorak langkah menuju ke arah mereka berdua. Bersama-sama memujuk Mirza.
"Tik... tok... tik..."
Sudah acapkali dia merenung pergerakan jam, namun bayang-bayang cucunya masih belum menjenguk di hadapan mata. Ombak laut dilihat dari luar tingkap langsung tidak menenangkan hatinya. Neneknya menyaut tudungnya. Tidak boleh jadi, dia perlu keluar mencari sendiri demi menyedapkan hatinya.
"Ya Allah, mana Mirza? Cucu aku ni..." Nenek itu mengeluh, risau. Pintunya dikatup ratap serta dikunci.
Baru sahaja dia mahu meneruskan niatnya, alangkah leganya hati tua itu melihat cucunya di hadapan mata! Muzzakir mengendong diri kecilnya yang sudah terlelap. Mungkin kerana terlebih kuat menangis tadi.
"Ya Allah, Mirza! Mana kau pergi? Risau tok ma! Kenapa balik lewat sangat?" bebel Tok Ma kepada Mirza yang masih dalam lenanya. Muzzakir perlahan-lahan membongkok membelakangi Tok Ma, memberikan peluang untuk Tok Ma mendukung cucunya.
"Kami jumpa Mirza kena serang dengan anjing tadi. Ah, tapi nenek jangan risau. Dah puas saya halau anjing tu tadi. Mesti dia tak akan datang sini lagi dah." Penjelasan panjang lebar Nooroo dihentikan dengan sikuan Muzzakir. Banyak cakap pula dia ini.
"Oh..." Nooroo menambah. "Kita orang ada jumpa alamat rumah dekat keychain dia. Sebab tu kita orang bawa balik terus," bohongnya. Walaupun memang ada, tapi mereka ke rumah Mirza dengan berpandukan 'Mirza' itu sendiri.
"Terima kasih, nak. Nenek tak tahu nak balas apa. Terima kasih selamatkan cucu nenek." Ucapan terima kasih demi terima kasih itu cuma membuatkan Muzzakir semakin sayu. Dia mengelakkan pandangan daripada neneknya itu.
"Tak adalah. Bukan kita orang sampai kena bertumbuk dengan anjing tu. Setakat berdebat adalah." Ha, makin merepek pula si Nooroo ini. Jangan layan dia, nek!
Tok Ma tertawa kecil. "Kamu nak minum air-air dulu?"
"Ah... bo..." Muzzakir laju memintas. "Tak perlulah, tok... nenek. Nenek nak saya tolong letakkan dia ke? Mesti nenek dah kunci pintu tadi kan?"
"Ah, buat susah-susah sahaja. Terima kasih. Tapi panggil sahaja Tok Ma." Tok Ma menyerahkan cucunya kepada Muzzakir. Janggal Muzzakir cuba mendukung dirinya sendiri.
Tok Ma memulas kunci, membuka semula pintu rumahnya. Kedua-dua remaja itu memberikan salam ketika menjejak masuk ke dalam rumah kayu terapung itu. Muzzakir meletakkan Mirza ke atas tilam seperti mana diarahkan oleh Tok Ma. Beg sekolah budak kecil itu pula Nooroo sandarkan pada dinding.
Tok Ma menghantar mereka ke muka pintu. "Terima kasih, banyak-banyak. Nanti singgahlah lagi. Apa nama kamu?"
"Muzzakir. Abang kembar saya ni. Saya pula Nooroo." Nooroo selaku pengacara tidak berbayar, memperkenalkan mereka berdua. "Dan kekadang dia ni asyik badmood je. Tertelan singa ke apa."
"Hoi."
Nooroo dan Tok Ma sama-sama tergelak kecil akan teguran tidak puas hati Muzzakir.
"Tapi ingat cakap Tok Ma. Kalau ada apa-apa, datanglah melawat." Tok Ma mula selesa menganggap kedua-dua itu sebagai cucunya. Lambat-lambat Muzzakir membalas senyuman itu.
"Okey, tok ma. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Kedua-dua mereka berjalan pada titi panjang, menjauhi rumah nenek dia tersebut. Sempat juga Nooroo perasan bahawa sesekali Muzzakir akan curi-curi menoleh ke belakang... ke arah rumah neneknya.
Nooroo melukiskan senyum.
"Wey, jom balik."
Muzzakir berpaling ke depan.
"Jom."
PROTECTING YOUR CHARACTER!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
.
.
.
Maka, dengan tertaipnya di sini...
Maka, cerita ini terhenti pada bab ini dan bersambung di dalam Webtoon!
Jadi, apa kau orang tunggu lagi?
Pergilah jenguk Webtoon aku sekarang!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top