BAB 5

                                           PELANGGAN perempuan itu menyirup air kopi lalu melepaskan nafas lega. Ah, memang perkenakan air berkafien sambil menyendu menyiapkan tugasan pensyarah merupakan cara terbaik sekali!

   Matanya memandang kembali ke realiti. Pensyarah ini pun, penat buat jadual. Suruh reka plan perniagaan tapi semua kena tolak. Haih... kenapalah aku ambil jurusan ini!

  Baru sahaja dia berlagak mahu menyelerakkan mejanya sebagai tanda protes, matanya bertentang sama mata anak tuan kedai. Bukan pandangan romantik tetapi habis ketar ketir lutut lihat lelaki itu merenung tajam seolah mahu menikamnya. Terus dia mencapai komputer lantas menyambung kerjanya.

   Ga... garang betul abang itu...

   "Ding!"
 
   Bunyi loceng akibat dedaun pintu itu ditolak menghentikan aura kegelapan antara pelanggan dan anak kedai itu. Balqis kelihatan janggal memerhati ruang cafe itu.
 
  "Jomlah. Balqis nak beli apa?" Nooroo menjadi orang pertama melangkah maju. Padahal dua orang kawannya duduk terpacak menghalang muka pintu kedai. Nooroo berpaling ke arah mereka berdua, hairan. "Eh, kenapa jadi patung dekat situ? Balqis pun, kata nak beli sesuatu."

   Kedua-duanya terpaksa berjalan akur ke arah Nooroo. Lagaknya bagaikan anak-anak yang dipaksa datang beraya rumah kawan ibu sahaja.
 
   Nooroo mendekati pameran berkaca itu. Mahu terkeluar air liur dari mulutnya melihat semua makanan yang dipamerkan. Ada kek coklat, kek cawan, roti.... air! "Wah, banyaknya! Murah-murah pula tu!"

  "Benar itu..." Seorang perempuan usia 40-an menjatuhkan kepala sambil tersenyum manis. "Kami ada bikin promosi sempena cuti sekolah. Satu bekas kek cawan ini dari 10 ringgit, udah jadi 5 ringgit  aja."

   'Macam mahal lagi je..." detik Nooroo di dalam hati. Dia membiarkan Balqis lalu di tepinya, menjenguk setiap makanan yang ada.

  "Nak order apa?" Satu suara garau menegur mereka. Habis meremang bulu roma masing-masing melihat aura menyeramkan keluar daripada anak lelaki itu. Haih, muka itu kalau boleh memang mahu berkerut lagi!

   *Syazrin, jangan garang sangat! Durang itu kan pelanggan kita." Tuan kedai itu memukul lembut belakang anaknya. Syazrin mengeluh seketika. Matanya memandang dua budak perempuan yang sudah pucat mukanya.

"Ya... adik-adik nak bali apa?"

  Tidak payah senyum, bang! Makin seram!

  "Balqis nak order apa?" Nooroo menunduk memandang Balqis. Balqis bermain-main bibirnya sebelum menunding ke arah kek cawan yang dipromosikan tuan kedai tadi. "Mau yang ini saja."

  "Bulih..." Tuan kedai menjawab, lembut. Dia mengeluarkan kotak untuk meletakkan kek cawan sementara Balqis membawa keluar dompet barbienya.

   "Kau pula... nak order apa, Muz?" Nooroo berpaling ke belakang. Muzzakir terkedu seketika mendapat pertanyaan berikut. Mukanya diketatkan kembali.

  "Kau bawa duit tak?" soal Muzzakir. Bukan boleh parcaya sangat Nooroo ini.

  "Ah..." Nooroo meraba-raba poketnya. Lambat-lambat dia menarik poketnya lalu keluarlah sekeping duit sepuluh ringgit yang datang entah dari mana. "Eh? Ada duit?"

  "Eee, DARI MANA KAU DAPAT BENDA TU?"
 
   Pinggan berisi kek cawan diletakkan Muzzakir. Meja mereka berkedudukan spesifik, iaitu betul-betul sebelah tingkap... juga belakang pelanggan perempuan yang tengah buat tugasan pensyarah tadi.
 
  "Kau tak nak balik ke? Nanti mak kau risau pula." Muzzakir bertanya tanpa memandang Balqis. Kerusinya ditarik.

   "Ah... oh, saya ada tlepon mem saya tadi. Jangan risau." Balqis naik ke atas kerusi. Kotak berisi kek cawan itu dibuka. Dia tersenyum lebar hinggakan membawa senyuman kepada Nooroo juga.
 
   Tetapi senyuman Nooroo ini ada makna.

   "Balqis rapat dengan Mirza ke? Kejap... dia budak bermasalah dalam kelas, en?" Nooroo mendapat jelingan tajam daripada Muzzakir. Berdesing telinganya mendengar. Apa benda tanya soalan macam itu?
 
   Balqis menggeleng. Kek cawan disuakan ke dalam mulut. "Ah... indak bah. Mirza okey aja. Cuma... dia  selalu nampak sedih."

  "Saya... saya tak adalah rapat sangat sama dia." Dia menyambung mengunyah.

  "Mirza ada kawan tak dekat sekolah?" Nooroo menanyakan soalan lagi meskipun dia makin mendapat renungan tajam daripada Muzzakir. Kek cawan diambilnya.

  "Eeerm. En... tah." Balqis terhenti seketika. "Tapi saya selalu nampak dia rehat surang-surang dalam kelas."

  "Eh, cikgu tak marah ke?" Nooroo sudah menggaru kepala. "Tak ada ke cikgu cuba..."

  "Tch. Kau ni... makan mana boleh bercakap." Muzzakir terus mengigit kek cawan seusai memintas si Nooroo.

  Nooroo menghabiskan kunyahan di dalam mulutnya. Sisa yang melekat di mulutnya dilapkan dengan belakang tangan. Eh, sibuk sahajalah si Mirza besar ini!

  "Dia ada kena buli ke dekat sekolah?" Nooroo menukarkan soalan itu dengan soalan maut.

   Berderau-darah Muzzakir mendengarnya. Matanya terus dialihkan pantas memandang Balqis. Menanti ayat keluar daripada mulut gadis kecil itu.

  Budak kecil itu terdiam seketika. Perlahan-lahan dia mengambil kek cawan seterusnya. Ragu-ragu Balqis ingin menjelaskan. "Tu hari... adalah budak-budak laki ni. Durang datang pada Mirza. Durang bilang, 'betul ke..."

  "Eh, kau tak nak cuba kek coklat ni pula ke? Sedap." Muzzakir menghulurkan kek cawan ke arah Balqis. Terkebil-kebil Balqis akan perlawaan Muzzakir itu.

  "Ndak apa bah. Saya ada kek sendiri." Balqis lembut menolak. Malu sebenarnya.

  "Kalau macam tu, bagi akak sahajalah." Selamba Nooroo mengambil kek cawan itu daripada Muzzakir. Maka habislah kek cawan yang dikongsi dengan Muzzakir itu. Malu bagi Nooroo itu, sesat jalan.

  "Ah!" Nooroo merintih sakit saat kakinya ditendang seseorang.

  "Eh, kenapa ni kakak?" Balqis terbangun dari duduknya, risau pada si Nooroo. Nooroo segera menidakkan. "Eh, tak adalah. Kaki kena gigit semut. Tak ada apa-apalah."

  Muzzakir membuat muka tidak bersalah. Dia menongkat dagu. Pandangannya dibuang ke arah tingkap. Asalkan mulut si Balqis dan si Nooroo tertutup, rahsia dia selamat.

  "Tak apalah. Nanti cubalah Balqis tegur Mirza nanti." cadang Nooroo. Muzzakir laju memandang Nooroo, tidak puas hati.

  "Kau ni..."

  "Erm, kenapa?" tanya Balqis, perlahan.

  "Sebab Mirza pun budak-budak macam Balqis juga. Dan dia budak baik. Tak akan sia-sia nak kawan dengan dia." Nooroo menyuapkan kek coklat yang terakhir ke dalam mulutnya. Sisa-sisa itu dikunyah lalu ditelan.
 
   Ketawa Nooroo pecah "Mana tahu dia sekepala dengan Balqis juga?"

   Muzzakir terkesima sendiri. Kepalanya juga hampir terjatuh dari tongkat lengannya. Matanya bersilih berganti pada Nooroo yang tidak hilang senyumannya, juga Balqis yang mengangguk sebagai janji.

Kakak
Umi, kakak balik lambat.
Ada study group dengan kawan.
Dengan Tasha...

   Skrin telefon  itu dipandang penuh amarah. Kepalanya diangkat, memandang anak perempuannya berbual bersama dua orang remaja tidak dikenali dari cermin kereta.

   Kata pergi belajar? Tapi ini apa?

  Si ibu itu mengetap gigi sendiri.

   "Berani kakak tipu umi..."

...

   Badan Balqis terkaku. Kakinya seakan dipaku pada tapak bumi. Pupil matanya bergetar melihat ibunya sendiri menunggu di tepi pintu pagar rumah. Jantungnya berdegup kencang sampaikan nafasnya terasa tersekat.

   Kenapa umi nampak macam marah sangat...

  "Sini... sini kejap kakak." Ibunya menghampirinya. Lengannya digenggam. Balqis diheret kasar masuk ke dalam rumah oleh ibunya sendiri.

  Menggigil budak kecil itu memandang pintu yang telah dikunci. Ibunya berpusing ke arahnya. Dada Ibu turun naik seakan mengawal baran dan amarah.

  "Kakak pigi mana tadi?"

  "Kakak... kakak pigi belajar sama kawan..." Balqis sedaya-upaya menahan air mata dari tumpah. Dia cuba memandang ibunya sambil tangannya mengesat kelopak mata yang hampir membocorkan air matanya.

   "HABIS TU KENAPA UMI LIHAT AKAK DUDUK SAMA ORANG TAK KENAL TADI?"

  "Umi, akak minta maaf, umi! Akak minta maaf!" Balqis berlari memeluk lutut ibunya. Namun, ibunya menendang-nendang Balqis, rimas dengan kelakuan anaknya.

   Balqis merintih lagi. "Akak janji akak tak ulang lagi dah! Akak minta maaf! Akak minta maaf!"

  "Ambil rotan untuk umi."

  Balqis menggeleng laju. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan. "Tak mahu. Tak mahu! Akak minta maaf, umi. Maafkan akak, bah! Akak minta maaf.."

  "AMBIL ROTAN UNTUK UMI SEKARANG!"

  Nafasnya semakin kencang melihat anaknya sendiri tidak memberikan kerjasama. Kakinya melesong ke dapur. Pisau diambil lalu diletakkan pada lehernya sendiri.

   "Kalau kakak tak mau dengar kata umi, baik umi mati jak! Udahlah baru-baru ni abah tinggalkan umi, kemudian akak pula bikin umi macam ni. Akak mau umi mati, ya?" Pisau itu sengaja ditekan pada lehernya.

  Berlari anak Balqis mendapatkan ibunya. "Akak janji tak buat dah! Janganlah mati, umi! Akak tak buat dah! Akak ndak jumpa dah! Akak minta maaf..." Ayatnya semakin tidak jelas apabila dia sendiri mula tenggelam dalam tangisan.

  Ibu perlahan-lahan menjatuhkan pisau ke sisinya. Dia membelai rambut anaknya yang tidak berhenti menangis. "Jadi, usah tinggalkan umi. Umi ada akak sorang jak... janji?"

  "Janji... umi. Akak minta maaf."

 














PROTECTING YOUR CHARACTER!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top