BAB 4

                              SELAIN bunyi loceng sekolah pada hari Jumaat, bunyi loceng pak cik Aiskrim juga merupakan salah satu lagu merdu di setiap warga rakyat Malaysia. Terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja tua. Misalnya seperti seorang remaja perempuan yang duduk mengintip depan pagar sekolah rendah sekarang.

  "Aduh, terliur pula tengok aiskrim tu. Menyesal pula tak bawa duit." Nooroo sudah mengelap air liur yang sudah mengalir. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja pergi cedokkan aiskrim dari peti Matkool itu. Namun ditahan juga kerana takut jatuhnya maruah.

  Muzzakir menjeling ke arah Nooroo. Sempat lagi budak ini fikir fasal aiskrim. Dia lupa ke tujuan sebenar mereka ke sini. Yalah, mereka cepat-cepat berlari ke sini seusai solat Zuhur. Dengan harapan, dapat bertemu dengan dirinya versi kecil.

  "Aku tertanyalah kan... macam mana kau boleh faham orang cakap dialek Sabah dengan Sarawak kat sini?"

  "Oh?" Nooroo duduk mencangkung. Tidak sangka pula pertanyaan itu datang daripada Muzzakir sendiri. "Entahlah. Aku... aku macam faham sendiri. Ala, macam faham bahasa Melayu juga."

   Huh... jawapan apa macam tu?

  "Tapi tulah kan. Rasanya kau dah balik ke?" soal Nooroo. Dia bangun dari mencangkung tadi lalu meregangkan tubuhnya. "Masalahnya dah beberapa minit kita kot sini. Entah entah kau dah balik."

  Muzzakir mengusutkan rambutnya. "Manalah aku tau. Aku biasa balik jalan kaki je."  Nooroo terbeliak mata mendengarnya. "Eh, seriuslah kau ni? Kenapa tak bagitahu awal-awal. Aduuuh..."

  "Eh, bukan kau penulis ke?" Nada Muzzakir berbaur mengejek.

     "Aku penulis bukannya aku tahu fasal watak tu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tahu perangai kau ni, mesti kau balik tak singgah mana-mana." Nooroo mengeluh seketika. Terpaksa tukar rancangan. "Aduh, boleh pula lupa fasal tu."

  Maklumlah, bab yang ditulisnya 30 bab lebih! Lagi-lagi waktu dia tulis ini waktu cuti sekolah semakin menghampiri. Jadi dia tak adalah ingat mana info-info sekecil ini.

    "Eh, kau nak balik dah ke?" Nooroo tersentak melihat Muzzakir sudah terlebih dulu mendahuluinya. "Kau tak nak tunggu dulu?"

  Muzzakir berpaling ke belakang. "Tengok muka kau pun dah tahu. Balik jelah. Kau sendiri kata yang aku balik terus rumah. Jadi? Balik jelah."  Selamba Muzzakir menjauhi khalayak ramai yang berkumpul di pondok sekolah tersebut, meninggalkan Nooroo terpinga-pinga di situ.

  "Eh, tunggulah." Nooroo berlari anak ke arah Muzzakir yang sudah tiba di penghujung lintasan zebra. "Ha, apa kata kita pergi rumah Mirza?"

  Muzzakir mengerutkan dahi. "Apa kau merepek ni? Lepas tu apa? Menyamar jadi cikgu dia?" Kadang-kadang dia pun tertanya, apa yang berada di dalam kepala Nooroo sebenarnya. Semua ideanya kosong belaka!

    "Tch.. ah." Nooroo menggaru kepalanya. Matanya memandang ke atas mencari ayat untuk dilontarkan. "Boleh bagi buah tangan ke apa? Kann... bijak juga idea tu."

  "Kakak dengan abang cari siapa?"

  Satu suara comel menyapa mereka. Mata mereka automatik menghala ke bawah, iaitu ke arah seorang budak perempuan berambut toncang. Budak perempuan itu tersenyum sambil menyengetkan kepalanya. "Saya Tasha! Akak dan abang cari siapa, en?"

  "Adik, kau tak boleh sesuka hati bagi nama dekat orang tak ke..."

  "Oh, kita orang cari Mirza. Muhammad Mirza. Umur 10 tahun macam Tasha juga. Tasha kenal tak?" celah Nooroo.

  "Ohhh... Mirza." Tasha kelihatan teruja mendengarnya.

  "Kenapa? Tasha kenal ke?" Nurul bertanya, penuh berharap. Ah, sekurangnya rancangan dia tidaklah hancur mana.

  "Ndak, Tasha tak kenal pun." Tasha menayangkan wajah polosnya. Eh, budak ini. Ada yang kena sekeh nanti. Kemudian Tasha boleh selamba badak bertanya pada kawan di belakangnya. "Balqis, kau tau Mirza?"

  Balqis... kejap nama dia, macam pernah dengar. Nooroo memegang kepalanya. Ah... Balqis ni merupakan salah satu watak sampingan dalam novelnya. Bukan sebarang watak sampingan biasa, dialah salah satu watak yang membantu mengeratkan hubungan Mirza dengan masa lalunya.

  Nooroo berbisik ke arah Muzzakir. "Oh, aku kenal dia ni. Dia ni Balqis. Dia ni kira watak penting yang akan tolong kau nanti. Dia ni pemalu sikit. Cuma... fasal mak dia..."

  "Kenapa dengan mak dia?" Muzzakir bertanya saat ayat Nooroo tiba-tiba tersekat di situ.

  Balqis menyambung. "Mirza? Erm.... Muhammad Mirza, ya? Oh, erm... dia sekelas dengan saya."

  Ha, kan dah cakap dah!

  Si rakan  tadi menjawabi ia terhenti buat seketika. Raut mukanya berubah nakal. "Kenapa awak mau tau fasal dia? Awak suka sama dia kan?"

  Muzzakir menayangkan wajah menyampah sebaliknya si Nooroo terkedu di situ. Eh, budak-budak ini! Nooroo menghampiri sekumpulan budak-budak tersebut. "Taklah, abang dengan akak ni sepupu Mirza. Kita orang ingatkan nak buat suprise dekat Mirza. Tetiba dia tak ada pula. "

  Tidak semena-mena bahunya disiku Muzzakir. "Jangan tipu budak-budak boleh tak?"

  "Eh, kita sepupu apa. Kita kan anak-anak nabi Adam a.s."

  "Hahaha... kepala hotak kau."

  "Tapi... masa cikgu suruh buat peta pokok keluarga. Buat ayah, ibu, adik beradik semua tu. Mirza tak fasal fasal nangis. Dia tak dapat gerakkan pensel pun. Sampai cikgu pun kena bawa dia pergi tempat lain nak tenangkan dia." Balqis menerangkan dengan panjang lebar. Serentak dengan itu Nooroo mengerling ke arah Muzzakir yang elak bertentang mata.

  "Kalau nak cari Mirza, saya tahu mana dia tinggal. Tanya je apa-apa. Saya boleh bantu." Balqis menawarkan bantuan, malu-malu.

  "Oh, M berubah secara langsung dengan punca kuasa tiga N. Nyatakan hubungan M dengan N."

  "Lima!"

  "Salah." Kepala Nooroo ditampar dari belakang. "Kau yang salah!"

  Nooroo berdecit kecil seraya tangannya menggosok kepalanya. "Kata boleh tanya apa-apa je."

   "I... iya pun, saya mau pulang jalan kaki ni. Umah saya sama nenek dia dekat-dekat aja." Balqis mempelawa peluang besar kepada mereka. Belum sempat Muzzakir mahu menyangkal manakala Nooroo mahu bersetuju, Tasha menyampuk. "Tapi, Balqis. Kau tak boleh ikut urang tak kenal."

  "Ala, rumah saya dekat sama masjid. Urang jahat mana bisa dekat sama masjid." Wah, begitu bernas logik si Balqis ini. "Bahkan abang sama akak ni tak serupa orang jahat pun."

  "Akak jelah. Abang ni tak." Nooroo menunjukkan ke arah Muzzakir. "Dia ni kalau terserempak dengan peragut. Dia yang ragut peragut tu."

   "Wah." Muzzakir berbunyi sarkistik.

  Balqis mendekati kawannya, Tasha lalu berbisik-bisik. Entah apalah yang dibisiknya namun si kawan itu mengangguk sahaja. Nooroo berfikir sendiri. Hal budak-budak, kita tidak perlu kacau. Kecuali kalau dia orang rancang hendak sumbat mereka ke dalam balai polis.

  "Okeylah, saya pulang dulu, Tasha." Balqis melambai-lambai ke arah Tasha yang duduk bersebelahan pondok penjaga. Sekarang tahu-tahu sahaja mereka berdua kena ikuti langkah budak tersebut.

  "A... ayuh! Kak! Abang!" Balqis berpusing ke arah mereka. Dia membuat isyarat tangan supaya kedua remaja itu mengikuti langkahnya.

  Nooroo membisu seketika. Tidak silap dia, bukankah dia buat ibu si Balqis ini terlalu tegas orangnya? Takkanlah ibu sedemikian tergamak biarkan anak kecilnya jalan seorang diri ke rumah? Ada apa-apa yang berubah ke?  Eh, ke tukar kategori novel ini? Mana tahu Balqis buat apa-apa dekat ibunya lagak seperti pembunuh bersiri? Ah... apa aku merepek ini?

  "Hei, kau termenung apa?" Suara Muzzakir berjaya mengejutkan Nooroo dari terus tenggelam dalam fikirannya. Nooroo berdalih. "Tak adalah, terfikir fasal masa depan."

  Muzzakir mengerutkan dahinya. Apa benda budak ini merepek lagi?

  "Anu... kenapa ni?" Balqis terkaku di hadapan melihat abang dan kakak itu duduk terpacak jauh darinya. Ke... abang dengan kakak ini betul-betul penculik? Nooroo yang perasan riak perubahan air muka Balqis serta-merta membuka mulut. "Ah... jadi mana rumah Balqis? Balqis dah biasa balik rumah seorang-seorang, en?"

  "Iya, kak. Erm... karang boleh tak kita singgah satu kedai ni? Katanya ada buat promosi dekat situ."

  "Eh, promosi game ke?"

  "Indak bah."

  Muzzakir memerhati Nooroo yang sudah berjalan seiring sama Balqis. Makanya, dia tiada pilihan lain selain terpaksa mengekori mereka berdua. Dia menghela nafas kasar. Haih...

  Macam manalah dia boleh dicampakkan dalam situasi begini?
















PROTECTING YOUR CHARACTER!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
.
.
.

#JusticeForMirzaa.k.aMuz


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top