BAB 3

                                    KEDUA-DUA mereka merebahkan diri mereka berdua ke atas kerusi sofa kampung itu. Mungkin penat bertafakur dekat masjid tadi. Muzzakir menjeling ke arah Nooroo yang meregangkan tubuh dalam kain sembahyang yang masih disarungnya.
 
   "Kalau betullah kau cakap, macam mana kau ada dekat sini?" tanya Muzzakir sementera 'mama' sibuk berbual dengan jiran sebelah rumah.
 
   Nooroo memandang terharu Muzzakir. "Kau... kau percayakan aku?"
 
  "Cepat jelah cerita. Kang aku tarik balik kepercayaan aku kang."

  "Okey macam ni ceritanya..." Nooroo menghela nafas panjang, konon-kononnya mahu menceritakan cerita yang berat dan panjang. "Masa aku..."

  Fikirannya kosong.

  Nooroo tergamam sendiri. Kepalanya cuba mencari memori-memori yang tersisa. "Ah... macam mana aku kena langgar kapal terbang, ya?"

  "Kau kena langgar dengan kapal terbang  Kau dekat airport ke apa?" Muzzakir mengerut dahi mendengarnya.

  Nooroo memegang pelipis dahinya sambil menggeleng. "Entahlah. Itu je yang aku ingat. Yang pastinya kapal terbang tu nak terhempas dekat aku. Tapi aku tak pasti aku dekat mana..."

   "Kau amnesia ke apa?" Muzzakir menyoal. Mana tahu ini mungkin punca otak si Nooroo ini jadi tak betul.

  "En... entahlah." Nooroo buntu sendiri. Cepat-cepat dia sarungkan senyumannya kembali. "Tapi yang penting aku hafal jalan cerita novel ni!"

  "Kau tak rasa pelik ke?" Muzzakir berasa tidak senang dengan sikap bersahaja Nooroo itu. Macam tak kisah pun kalau memorinya hilang atau tidak.

  "Pelik? Kenapa?"

  "Yalah, memori kau tiba-tiba hilang macam tu je. Dan aku tak rasa mak bapak kau nak namakan kau Nooroo. Pelik betul nama."

  "Eh, jaga sikit! Tu nama pena aku kot!" Nooroo terdiam sendiri. Eh? Dia menghela nafas berat. "Aku rasa aku cuma ingat fasal novel aku je."

  "Kau tak pura-pura hilang ingatan, kan?" Muzzakir mula menaruh rasa sangsi terhadap Nooroo.

  "Kenapa aku nak pura-pura pula?" Nada suara Nooroo berubah tegang melihat sikap Muzzakir.

  "Aku betul-betul tak ingatlah!" Nooroo memejam matanya. Entah kenapa setiap kali dia hendak mengingati dirinya yang sebenar, otaknya langsung tidak menunjukkan apa-apa.

  "Okeylah kalau macam tu." Muzzakir malas hendak bergaduh. Dia sambung merehatkan matanya dan juga mindanya setelah apa yang terjadi.

   Memandang Muzzakir seakan-akan ingin terlelap, pantas Nooroo membuka mulut. "Aku rasa... kalau kita habiskan jalan cerita novel ni, mungkin kau boleh balik ke masa lalu kau. Dan aku boleh balik ke dunia sebenar aku."

  "Sekurangnya aku hilang ingatan, bukan hilang akidah." Sempat lagi Nooroo berseloroh.

   "Yakinnya kau." Muzzakir bersuara bernada spektikal. Dia berhenti menyandarkan belakangnya. "Jadi apa rancangan kau?"

  "Rasanya mula kita kena dekati diri kau masa kecil dulu. Sebab tujuan novel ni pun untuk kau berdamai dengan diri sendiri." Muzzakir automatik menggengam tangannya sendiri mendengarnya. "Kau tahu apa-apa ke fasal masa silam aku?"

   Nooroo kehilangan kata. Ah... erm. Jarinya dibuat-buat menggaru kepala.  "Aku... tak ingat sangatlah. Aku ingat jalan cerita je. Tapi aku tak ingat backstory sesiapa."

   Muzzakir terdiam. Kalau betul apa yang dia katakan itu, baguslah. Sebaliknya jika Nooroo tipu... macam mana?

  "Oh, ya! Aku tak boleh spoiler akhir novel aku, tetapi yang aku ingat... lepas kau berbaik dengan diri kau, kau kena langgar dengan lori," ujar Nooroo dengan cerianya. Tak rasa bersalah langsung!

   Berkerut dahi Muzzakir mendengarnya. "Apa punya cerita kau buat ni?"

  "Eh, habis tu... takkan kena langgar dengan lembu pula untuk kembara masa? Ni mesti tak kenal genre isekai ni." Nooroo menyangkal cercaan Muzzakir terhadap idea novelnya.

  "Sekurangnya buatlah cara normal sikit!"

  "Eh, karang sendirilah!"

  Kini, mereka berdua berlawan mata dengan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain! Aduh, tidak tumpah bagai kucing liar yang bercakaran! Yang pastinya aku kucing dan Muzzakir tu kucing liar.

  Muzzakir berpaling ke arah berlainan. "Jadi apa rancangan kau nak dekatkan aku dengan 'budak' tu?"

  Wah, berani dia suruh aku fikir sendiri, detik si Nooroo. Nooroo membetulkan kotak suaranya berkali-kali. "Okeylah, idea aku. Kita boleh jumpa dia kat sekolah rendah. Kau pun muka macam budak pandai, jadi tak mustahil kau nak poteng sekolah."

  "Itu rancangan kau?" Suara Muzzakir seakan-akan menyindir Nooroo.

  "Habis tu kau ada rancangan lain ke?" Nooroo membalas soalan sama soalan. Haih, aku yang kena fikir... dia tak habis-habis merungut sahaja lebih!

  "Kau rasa kita duduk rumah goyang kaki ke? Mesti kita pergi juga sekolah. Macam mana kalau kita ada kelas tambahan? Kita pun tak tahu umur kita berapa sekarang ni." Panjang lebar Muzzakir berikan untuk mematahkan idea Nooroo tadi.

   "Ah... tak silap aku... umur 'Muzzakir' ni... 16 tahun. Dan kita kembar. Maksudnya kita dua-dua 16 tahunlah." Nooroo menggunakan kuasa penulisnya untuk mematahkan bantahan Muzzakir pula.

  "Ini kau ingat pula."

  "Kan aku kata... aku ingat fasal novel aku je. Apa kau tak puas hati dengan aku, huh?"

   Bunyi tapak kasut di luar halaman rumah menghentikan tikam lidah antara mereka. Dedaun pintu kayu ditolak masuk ke dalam telinga mereka. Mama menjenguk kepalanya ke dalam. "Eh, kenak kamu berdua sik tido lagi? Dengan bau busuknya ."

   Plastik berisi bekas plastik diletakkan di hadapan mereka. "Oh, semangkak town mak Uda beri. Kelak jangan kamu lupa mok makan."

   Berkerut dahi Muzzakir dengar seketika. Dia berbisik ke arah Nooroo. "Eh, semangkak town tu apa?"

Mata Nooroo mengerling ke arah buah potong di dalam bekas tersebut. "Tembikai... kot," bisiknya sebelum beralih ke arah Mama semula.

   "Okey, mama." Nooroo menyahut dengan kepenatan. Yalah, penat gaduh dengan 'abang kembar'nya tadi.

   Mama mengerling ke arah Muzzakir, risau. "Muzzakir sihat ka? Dari tadik Muz diam aja..."

  "Huh... hrm, saya okey je." Muzzakir mengelak pandangan.

  "Benar ka?"

  Muzzakir mengangguk.

  "Ah, Muzzakir penatlah tu, mama. Jangan risau!" Nooroo mengubah perhatian Mama. Risau kalau Mama mengesyaki perangai aneh anak-anaknya.

  "Aok la mu kedak ya... " Mama tersenyum pahit. Beliau kemudian membuka kain sembahyangnya lalu disisipkan ke lengan baju. "Oh, lupa mama mok padah. Esok ada tutor berambih gi rumah kedak biasa. Iboh tido akhir gilak kedak Jumaat lepas! Tedah  cikgu ya mok tunggu kamu berdua."

   Nooroo dan Muzzakir saling berpandangan. Satu sebab tak faham. Satu lagi sebab mereka terfikir... yang mereka akan bersekolah di rumah?

  Nooroo memandang Mama yang baru hendak melangkah masuk ke dalam bilik. "Ah... mama. Esok kelas sampai pukul berapa?"

  "Macam biasalah. Sampai pukul 12 tengah hari. Eh, kamu muda muda pun dah pandai lalek." Mama tergeleng kecil. "Jangan kamu berdua lupa mok mandi sebelum tido kelak."

   Pintu bilik Mama dikatup rapat.

  Nooroo berbisik sendirian. "Oh, jadi kalau 12... bolehlah! Kang budak-budak sekolah rendah habis sekolah pukul satu. Bolehlah ni kan, Muzzakir?"

   Muzzakir sudah melintas di tepi Nooroo. Nooroo memanggil Muzzakir. "Eh, Muzzakir? Kau nak gi mana?"

  "Mandilah. Aku bukan busuk macam kau." Muzzakir mengutuk Nooroo sambil memeriksa setiap bilik. Hrm, bilik purple dengan poster anime ini mesti bilik si Nooroo. Dia terus maju ke bilik seterusnya.

   "Eh, cakap orang." Nooroo mengorak langkah menuju ke bilik yang dipulaukan Muzzakir tadi. Matanya terhenti ke arah gambar keluarga mereka bertiga.

  Ada dia... Muzzakir dan mama. Ketika ini, 'kedua-dua kembar' itu berada dalam zaman tadika. Terdapat juga banyak gambar ahli keluarga yang dia sendiri tidak kenal.

  "Tak apalah." Nooroo menepuk pipinya sendiri. "Yang penting fokus jalan cerita!"

 


























PROTECTING YOUR CHARACTER!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
.
.
.

Carta Ketinggian!

Mama - Muzzakir - Aku - Mirza

Oh, ya. Dialek Sarawak itu diterjemahkan khas oleh kawan aku, Iszanirah. Yalah, kalau aku yang terjemahkan... macam orang Semenanjung pula.

Nah... terjemahan dia dekat bawah~

Eh,kenak kitak sik tido gik? Dengan bau busuk nya. = Eh, tak tidur lagi? Dengan bau busuknya.

Oh, semangkak towk mak uda beri. Kelak jangan kitak lupa mok makan. = "Oh ni Mak Uda bagi buah tembikai dekat kita. Nanti jangan lupa makan tau."

Muzzakir, sihat ka? Dari tadik kitak diam jak. =  "Muzzakir sihat ke? Daripada tadi berdiam diri..."

Benar ka? =  "Betul ni?"

Aok la mun kedak ya = "Okeylah kalau macam tu."

Oh, lupa mama mok padah. Esok ada tutor berambih gi rumah kedak biasa. Iboh tido akhir gilak kedak Jumaat lepas! Tedah cikgu ya mok nunggu kita korang. = "Oh, lupa mama nak ingatkan. Esok ada tutor datang rumah macam biasa. Jangan tidur lewat macam Jumaat lepas! Kesian cikgu nak tunggu kamu berdua."

Macam biasa la. Sampai pukul 12 tengah hari. Eh, muda-muda pun dah pandai lalek =  "Macam biasalah. Sampai pukul 12 tengah hari. Eh, kamu muda muda pun dah lupa."

Jangan kitak lupa mok mandi sebelum tido kelak =  "Jangan lupa mandi sebelum tidur."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top