Prompt - Terperangkap Dalam Buku✨

–––––––––––––––––––––––

Aku menggosok mata perlahan-lahan. Cahaya terang itu benar-benar menyakitkan anak mataku. 

"Where am I? " soalan pertama yang terpacul dalam benak fikiranku. Aku melihat sekeliling. Tempat apa ni? 

"Hello! " sapa makhluk yang berupa gula-gula kapas itu. Terkebil-kebil mataku memandangnya. 

"Mari manusia, saya akan tunjukkan jalan! " tanpa dipaksa, kakiku melangkah mengikut gula-gula bergerak itu.

Tempat ini dipenuhi dengan gula! Awan daripada gula, jalan daripada gula, semua adalah gula! Ini benar-benar tidak masuk akal!

"Can you explain me, what the hell is going on here?! " dia berhenti melangkah dan memandang aku.

"Well, meet our Queen first. The she will explain it to you. " jawab si gula-gula kapas itu. Kami teruskan perjalanan.

-

"Ini dia utusan tuanku. " gula-gula itu mula mengundurkan diri dan meninggalkan aku berduaan dengan permaisuri mereka. 

Dia berdiri dari sofa yang empuk, perlahan-lahan menghampiri aku.

Entah kenapa wajahnya agak berlainan dari yang lain.

"Welcome to the Candy Kingdom! Beta adalah permaisuri Celsea, beta benarkan kamu panggil beta Celsea. " Celsea menuangkan segelas anggur dan dihulurkan padaku.

"Er, boleh aku tahu apa maksud semua ni? Kenapa semua benda ni berlaku tiba-tiba sahaja. " kataku sambil meneguk air itu. 

"Sebenarnya, sudah lama beta tunggu utusan dari dunia manusia. Kerajaan beta dilanda masalah besar! Hanya manusia sahaja yang dapat membantu kami. " mukanya kelihatan resah. Rambutnya diraup ke belakang. 

Aku ke utusan yang dimaksudkan?

"So, apa yang perlu aku lakukan untuk keluar dari buku pelik ni? " kepala yang tidak gatal digaru, sumpah aku nak balik rumah sekarang! Aku mula rindukan video game yang tersadai dalam bilik. 

"Beta boleh keluarkan kamu dari sini dengan syarat... "

***

Psst.

Aku menoleh ke arah gula-gula pisang itu. 

"Saya Pisyaf, pembantu di raja. Kamu? "

"Panggil saja aku Ray. " endah tak endah sahaja aku menjawab pertanyaan itu. Maaflah aku ni bukan seorang yang banyak mulut.

Celsea meneropong ke luar. 

"Dia dah datang! Quick! Sediakan pengawal candy! " siren kecemasan tiba-tiba berbunyi.

Meremang pula bulu romaku. Siapa dia tu?!

-

"Shit! " aku memegang dada. Mataku terbeliak.

Gila besar semut tu! Silap-silap, aku pun boleh mati dek gigitan semut itu!

"Bantu beta, tolong... " matanya mula berkaca memandang aku. Tipulah kalau aku tiada rasa kasihan. Aku mengetap bibir.

"Dekat sini ada lab tak? "

-

Setelah siap formula itu, aku segera menyerahkan padanya. Harap-harap formula itu berhasil. Ibu pernah berpesan, campurkan baking soda dan gula halus untuk menghalau semut. 

"Lancarkan bom itu! "

123!

Boom!

Streeeeeeet!

Semut itu menjerit kesakitan. Perlahan-lahan ia pergi meninggalkan kerajaan ini.

"Yeay! " kedengaran hiruk-pikuk penduduk kerajaan ini bersorak. Aku tersenyum puas, kerana dapat membantu mereka.

Celsea memegang tanganku.

"Terima kasih kerana sudi menyelamatkan kerajaan beta! Sebelum ini, ramai rakyat beta akan terkorban. " aku memeluknya. Air matanya masih berguguran.

"Can I ask you something? " aku melepaskan pelukan kejap tadi.

Dia mengesat air matanya.

"Kenapa kau tak nampak macam mereka? Yeah, I mean kenapa rupa kau macam seorang manusia? "

Dia tersenyum memandangku. 

"Tugas kamu sudah selesai. Sampai kita bertemu kembali, Ray. "

"Sekejap! — "

-

Buku itu direnung lama. Hatiku meronta-ronta, ingin bertemu kembali dengan Celsea.
 

#DudukRumah✨
FantasiMY

♪°•♪°•♪°•♪°•♪°•♪°•♪°

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top