Promot2-Seram ( Terperangkap Dalam Gelap)
#DudukRumah
Aku kaku melihat skrin komputer riba aku, apabila ia mati secara tiba-tiba. Bilik yang asalnya terang, kini telah menjadi gelap.
"Mujur ada lampu meja yang boleh beri sedikit cahaya," gumamku perlahan.
Sejak awal tadi aku leka bermain permainan seram dalam komputer riba sehingga aku tidak sedar jam sudah menitik pada angka pukul tiga pagi. Apabila jam di atas meja aku ambil dan dekatkan pada cahaya lampu meja.
Selepas beberapa saat kemudian, telinga aku terdengar bunyi sesuatu yang menakutkan.
Skreeettt.... Skreeettt...
Aku mendekatkan diri pada meja. Kedua tapak tangan naik menutup telinga. Adrenaline meresap laju mengikut saluran darah. Terasa jantung dipam dengan begitu laju. Nafasku terasa sesak, membuat aku termengah-mengah. Diri ini tidak suka pada keadaan yang amat gelap serta gangguan bunyi itu kembali mengacau hidup aku.
Tiba-tiba bunyi itu senyap.
Aku menurunkan tangan ke bawah. Anak mata yang terbias ketakutan itu meliar memerhati sekeliling. Terasa sesuatu yang mendekati aku. Sepantas mungkin badanku kalih. Ekoran mata jelas terlihat bayangan hitam berlari-lari dengan ketawa sinis.
"Siapa engkau? Apa yang engkau mahu dari aku!" pekikan aku memecah kesunyian.
Selepas aku berkata. Kedengaran bunyi hentakan dan deraian kaca.
'Kenapa begitu jelas di telinga aku?' ujarku di dalam hati.
Semakin lama bunyi itu semakin kuat. Aku menoleh ke arahnya. Mulut yang melopong aku tekup dengan tapak tangan. Seakan tidak percaya apa yang sedang aku lihat. Manakah mungkin sesuatu sedang merangkak keluar dari komputer riba aku!
Akibat ketakutan yang melampau, aku berundur ke belakang tanpa melihat. Membuatkan mukaku jatuh tersembam ke atas marmar. Wajah terasa sakit dan pedih aku hiraukan.
Telefon dalam kocek dikeluarkan. Torchlight ditekan. Bilik disimbahi sedikit cahaya yang terang. Aku berlari ke muka pintu dan bagaikan ingin tercabut aku memulas tombol pintu tetapi seakan tersekat dan terkunci dari luar.
Mahu diketuk tidak berguna. Mahu menjerit minta tolong, tiada sesiapa yang mendengar. Aku terduduk pasrah lemah dan tidak berdaya.
Hilaian ketawa terdengar jelas di cuping telinga. Aku memejam mata serapat yang boleh.
"Tiada sesiapa yang dapat menolong kita, melainkan diri sendiri. Ingatlah Allah... Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung." Kata-kata ustza Zakwan seperti kaset yang memutar kembali di fikiran. Aku mengangkat tangan menandah untuk berdoa.
"Bismillahirahmanirohim..."
Nafas aku tarik dan dilepaskan.
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasani..."
"Diam! Panas! Panas! Manusia tak guna!"
Lolongan suara jeritan dan pekikan marah bergema. Terasa sekeliling aku bergegar dan bergoncang. Sehingga barang-barang tergantung jatuh ke bawah. Aku tetap meneruskan bacaan.
"Ya, Allah... hanya pada-Mu aku meminta pertolongan dan hanya pada-Mu aku berserah serta bertawakal. Antara hidup dan mati. Antara manusia, jin dan syaitan yang dilakhanat Allah...
Aku berlindung dengan kebesaran-Mu
ya rabbiku. Ampunilah segala dosa-dosa kedua orang tuaku, aku, guru, sahabat-sahabat yang aku kasihi serta saudara muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia."
Sesudah bacaan doa, wajahku raup. Perlahan mata dicelikan. Bilik yang tadi gelap kini terang. Komputer riba aku mati juga sudah hidup kembali. Air mata mengalir. Tak terucap syukur di hati. Semuanya telah berakhir.
#DudukRumah
[ 499 patah perkataan ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top