TEASER DAN BLURB ANNYEL
#beautifulcoverbySyaeinSalleh
#ebookRevamp
ANNYEL pernah terbit versi buku 2020/2021 saya lupa dah. Kini ANNYEL versi ebook REVAMP sudah diedit versi asal dari wattpad. Ada penambahan scene sedikit di dalam versi ebook, Revamp. Dalam buku ending lain. Dalam ebook REVAMP ending lain. Storyline masih sama. Sesiapa pernah beli buku ANNYEL dulu, kini ANNYEL terbit semula versi revamp bersama empat rakan dari team MAMA GOJES.
Ini, antara komen komen lama ANNYEL dari wattpad dan komen terbaru senior mengenai storyline ANNYEL... Bolehlah nak bt rujukan.
♥♥♥
BLURB ANNYEL by AISYLOVE
Di setiap helaan nafasmu adalah milikku...
ALISA, seorang gadis yang malang. Yang sering mengalami mimpi-mimpi aneh sejak kecil lagi. Saban malam, dia mendengar suara pensyair gemersik seseorang bersama alunan indah serunai malam yang sungguh merdu untuk didengari.
Gangguan itu yang membuatkan hidupnya jadi tak tentu arah. Tiap kali dikhabarkan pada kedua orang tua,sama sekali mereka tidak mempercayainya dan menganggap dia hanya berhalusinasi kerana dia tidak suka bergaul dengan orang di sekeliling.
Hanya Zain Khairin satu-satunya lelaki yang sudi berteman dengannya sejak kecil dan diamanahkan papa Lisa untuk menjaga anaknya.
Tak diduga sesuatu yang sering mengganggu Alisa hadir tonjolkan diri buat gadis itu terkelu campur takut.
‘Janji tak dipatrikan anak galang ganti.’ Ayat yang sama sering didengari buat Alisa tertanya-tanya.
“Janji apa?”-Alisa Khalid
Alisa dibawa pergi ke sebuah alam seperti yang dikatakan susuk tak berjisim itu mengejutkan ahli keluarga dan sahabat baiknya Khai.
“Aku akan bawak kau balik, Lisa. Aku janji!“-Zain Khairin
“Kak Lisa, Jennie akan selamatkan akak tak kira apa pun jadi!”-Jannah Khalid
“Semua ni angkara Lisa tu kita semua terjebak sama diperangkap makhluk jahanam tu!”-Baekhyun
Berjayakah mereka keluarkan Alisa dari alam sana? Perjanjian apakah yang disebut-sebut hingga mengganggu emosi Alisa saban waktu?
#AisyLove
#MamaGojes
#EbookAnnyel
♥♥♥
Teaser 1 ANNYEL
Di kala malam tiba
Sang serunai malam menjelma
Merenung dirimu mendampingimu
Kehadirannya mahu menuntut janji
Janji mereka sejak azali
Janjinya yang masih belum terpatri
Demi mengejar cita dan harta
Serunai malam jadi miliknya
Perjanjian hanya seketika cuma
Pulangkan serunai
ke tempat asalnya
Bila masanya sudah tiba
Hingga melepasi pada waktunya
Serunai malam tiada di tempatnya
Beginikah sikap semua manusia?
Bila mereka telah berjaya
Mencapai cita-cita dunia
Mudah alpa dan terleka
Sang serunai malam
Hadir tanpa dipinta
terus menanti akan janjinya
Jika masih tidak tertunai
Anak gadis galang gantinya...
LISA terjaga dari tidurnya tatkala terdengar alunan syair seakan nyanyian gemersik. Dia bangkit dari pembaringan, termangu sendiri sebelum turun dari katil. Gadis tersebut mula tercari-cari datangnya arah suara gemersik itu. Seiring pula dengan bunyi tiupan serunai malam yang sungguh mengkhayalkan.
‘Suara siapa tu ya? Siapa yang tiup serunai malam-malam buta ni? Gemersik sungguh,’desis Lisa.
Si pendusta
Tidak layak memiliki permata
Permata anugerah yang Esa
Si permata anak yang jelita
Si jelita untuk si sempurna rupa
Tegap tubuh sasanya
Bundar matanya
Biru cair manik matanya
Lunak suara dikala dialunkan
Gemersik siulan serunainya
Janji tidak ditepati
Si jelita pasti dimiliki
Tiada yang mungkiri
Kerana itu yang pasti
Cinta yang hakiki bakal terjadi
Itulah padahnya
Tatkala janji tidak dipatri...
Alunan gemersik suara nyanyian pula berkumandang menampar lembut halwa pendengaran sang gadis. Anak mata gadis tersebut meliar ke setiap sudut ruang kamarnya. Sepertinya suara nyanyian gemersik lelaki ghaib itu datang dari arah jendela di hujung katil Lisa.
Lantas dengan perlahan dia menghayunkan langkah menuju ke arah jendela. Tingkap gelangsar dibuka untuk dilihat ke arah luar mencari tuan si empunya suara. Tiada. Sunyi sepi. Barangkali semua penghuni bandar itu sudah terlena dibuai mimpi indah. Hanya dia yang masih berjaga dek kerana gangguan yang menyeramkan itu.
“Lisa...”
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang menyeru nama gadis tersebut membuatkan Lisa tersentak. Lalu dia terundur ke belakang. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Alunan serunai malam lenyap begitu sahaja.
Zas!
Pada waktu yang sama, Lisa mengalami visibel apabila manik matanya dapat menangkap lintasan kelibat hitam dari arah jendela. Dia terkejut. Kelopak matanya tersengkang luas dan renungannya menjangkau jauh ke luar jendela. Mahu memastikan sendiri, apakah ia?
“Apa benda tu?” Jantung Lisa berdegup kencang.
Dia mulai rasa meremang dan ketakutan. Apakah yang mengganggu dirinya tika ini? Sungguh dia tidak mengerti.
“Lisa...” Kedengaran lagi suara lunak lelaki yang menyeru namanya.
Menggigil tubuh Lisa tika ini tidak dapat dikawal lagi. “Mama... papa... Lisa takut...” Lisa merintih sendiri.
“Mengapa dikau takut? Mengapa dikau resah? Usah gentar usah resah. Dengari aku dengari syairku. Dengari siulan serunaiku. Pasti kau bakal jatuh hati. Wahai si jelita...”
Suara gemersik itu sekali lagi hadir dengan mendendangkan syair indah. Namun, tidak pada pendengaran Lisa. Baginya, ia amat menyeramkan. Lisa menekup kedua-dua belah telinga. Ada air jernih mengalir dari tubir matanya.
“Pergi! Jangan ganggu aku!” jerit Lisa cuba mengusir suara syair dan alunan serunai malam yang sering mengganggunya saban malam.
Alunan serunai makin menjadi-jadi bergema ke seluruh genap ruang peribadinya.
“Di… diam! Per… pergi!” bentak Lisa dalam nada terketar-ketar kerana ketakutan akan suara ghaib itu.
Suasana sepi. Lisa yang merasakan suasana sepi, menjatuhkan tangannya dari menekup telinga. Hatinya kian berasa lega apabila suara syair ghaib dan juga alunan serunai sudah tidak didengari lagi.
Lisa bingkas bangun mahu menutup jendela. Khuatir jika ada sesuatu akan menjengah masuk ke situ.
Sebaik jemarinya menggapai cermin jendela mahu dikatup, dengan tidak semena-mena gadis tersebut terasa angin bayu menampar keras wajahnya. Saat itu, automatik bulu romanya dari seluruh anggota badan mencanak naik.
Sekali lagi keseraman menyelubungi diri Lisa. Pantas, lengannya diusap-usap dengan laju. Berharap bulu roma yang mencacak naik itu bisa terlentur dengan kadar segera. Sungguh dia tidak suka dengan perasaan itu.
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang...
Suara tadi kembali lagi beralun. Kali ini bukan lagi syair cinta seram itu. Tetapi, lagu zaman P. Ramlee, Tanya sama pokok. Amat menggerunkan. Yang lebih menakutkan, setiap bait yang didendangkan seiring dengan apa yang terjadi di luar jendela. Pokok bergoyang. Angin menjengah dengan tiba-tiba. Lebih kuat dari tadi menyapa tubuh Lisa yang sedang berdiri di jendela.
“Apa pulak kali ni?” Lisa mengundur setapak demi setapak.
Matanya meliar ke serata tempat. Risau jika sesuatu yang tidak diingini muncul di sekitarnya.
“Hmph!”
Kedengaran dengusan kasar menyapa halwa pendengaran Lisa membuatkan gadis tersebut terasa bagaikan terbang semangatnya jauh entah ke mana.
“Apa benda yang kacau aku ni? Tolonglah jangan ganggu aku...” rayu Lisa bersungguh bersama tangisan kecil.
Beberapa saat kemudian, keadaan menjadi seperti sedia kala. Tiada lagi angin. Tiada lagi pokok bergoyang. Suara nyanyian itu juga menghilang. Tubuh Lisa masih menggetar dilanda ketakutan. Dia masih tidak dapat mengawal dirinya dari terus menangis di situ. Kakinya yang lemah terkulai jatuh terduduk di atas lantai kayu jati.
“Apa benda semua ni? Aku tak fahamlah!” Lisa meronyokkan rambutnya, hampir jadi tidak waras dengan gangguan seperti itu saban malam.
Disangkanya keadaan sudah reda. Lisa cuba gagahkan diri untuk bangun dan berniat mahu menutup cermin jendela semula. Dengan tangan yang menggeletar, Lisa berjaya mencapai cermin kaca jendela dan mahu ditutup. Tiba-tiba…
Zas!
Satu cahaya terang benderang datang menyerang Lisa dari hadapan menyebabkan silau gadis itu hingga naik berpendar mata. Keadaan itu membuatkan Lisa terkejut lalu…
“Mama! Argh!” Lisa menjerit sekuat hati dan pandangannya makin kabur.
Tidak sampai seminit terasa tubuhnya seakan melayang dan terjatuh ke atas sesuatu. Pandangan Lisa kelam dan sepi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top