SINGLE SENANGNYA DALAM HATI
SINGLE SENANGNYA DALAM HATI
🌹🌹🌹🌹🌹
♨️BLURB I TAK TAMAK, YOU♨️
-AISYLOVE-
Benarlah bagai dikata. Wanita diuji bila susah. Lelaki diuji bila senang. ZEESHAN UQAIL sebelum bertemu dengan MARIA ZORA, dia hanyalah lelaki biasa yang tak miliki apa-apa.
Dalam satu kejadian, DIA dan MARIA dipertemukan sehinggalah seorang MARIA ZORA terpikat dan mengejar ZEESHAN. Dengan satu JANJI, mereka mengikat tali perkahwinan.
Siapa sangka dari tak cinta akhirnya ZEESHAN jatuh hati pada MARIA. Dalam masa yang sama TUAH menyebelahi ZEESHAN. DIA mula dikenali dan menjadi seorang yang hebat dalam kerjaya sehingga digelar Big bos yang berjaya dan kaya raya.
ZEESHAN pandai mengambil hati MARIA walau wanita itu miliki sikap PANAS BARAN dan PENGONGKONG hingga dijoloki HARIMAU BETINA namun bagi ZEESHAN, dia tahu bagaimana mahu menjinakkan HARIMAU jadian itu.
Dalam bahagia melayari bahtera RUMAH TANGGA, UJIAN datang menguji setia. BELLA LUNA hadir tanpa diundang. Datang mengetuk PINTU HATI ZEESHAN hingga tercetusnya SENGKETA di antara MARIA dan BELLA si gadis dari seberang itu. Mampukah kata MAAF dilafazkan ZEESHAN? Terhakiskah awan hitam di dalam HIDUP MARIA?
“Aku ni pun kau tak terlayan, ada hati nak menggatal dengan betina lain? Dasar miang! Dasar tamak. Tak cukup satu nak lagi satu!”-Maria
“Baba bee tak tamak, baby bee. Lagipun, suami kan ada empat kuota. Satu dah diisi, ada tiga lagi kuota kosong.”-Zeeshan
“Empat kuota hotak kau! Sini aku cukupkan empat tahun untuk kau melingkup dalam ICU!”-Maria
“Na... rimau tua ini udah keterlaluan ya.”-Bella
“Kau tu beruang gila. Biadap betul! Penyondol!”-Maria
Saat ikrar sumpah setia terlafaz, sekali lagi ikatan PERKAHWINAN mereka diuji. EMYLIANA HAYATI muncul sekali gus memporak perandakan sebuah JANJI SETIA.
“Isteri you garang kan? I boleh tenangkan hati you dengan menjadi isteri you. Itu pun kalau you tak kisah untuk jadi my honey.”- Emyliana
Ketika MARIA menuntut pembalasan, ZEESHAN ditimpa kecelakaan hingga ingatannya terganggu. Saat KIFARAH menghukum diri, mampukah sebuah IKATAN dipertahankan?
Antara MARIA ZORA, BELLA LUNA dan EMYLIANA HAYATI, SIAPAKAH pilihan ZEESHAN UQAIL? MAMPUKAH DUA HATI YANG DIMILIKI ZEESHAN MENJADI SATU?
EBOOK santai 'I TAK TAMAK, YOU' bakal MEMBONGKARKAN satu per satu JAWAPAN pada setiap PERSOALAN.
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
❤BLURB - OPERA VANILA❤
_SYAMEEN KHALILI_
RUMAH sebelah, sombong. Rumah depan pula terlebih ramah. Baru setahun dua memulakan kerjaya, Sakura dan Atikah terpaksa bertahan hidup berjiran dengan insan-insan yang pelbagai ragam. Jiran sebelah asyik mengajak mereka bergaduh macam anjing dengan kucing, jiran depan pula buaya yang amat bahaya.
Terserempak dengan Syukran dalam keadaan yang mencurigakan, dua wanita muda itu terpaksa bersepakat dengan jiran sebelah mereka, Qairi dan Ikmal. Tak cukup itu, kemunculan Habibah, isteri Syukran yang tiba-tiba meminta bantuan meletakkan mereka berempat dalam keadaan serba-salah.
"Kau fahamlah kan. 'Alpha male' macam abang, kena tunjuk pada perempuan-perempuan macam tu." - Syukran
“Kau nak tahu apa tujuan dia cerita semua tu pada aku?” - Qairi
“Saya tahu ini bukan hal kita untuk kita campur, tapi Kak Bibah dah macam kakak saya sendiri.” - Ikmal
“Kalau kau, kau nak cakap macam mana pada Kak Bibah? Betul kata jiran kita tu. Ini kes berat.” - Sakura
“Nak tutup satu penipuan, maknanya kena menipu berkali-kali!” - Atikah
Siapa yang tahu situasi sebenar Syukran dan Habibah? Apakah kebenaran akan membebaskan, atau hanya memerangkap Sakura dan Atikah? Apa yang boleh Qairi dan Ikmal lakukan? Apakah usaha mereka hanya akan memburukkan keadaan?
♨️♨️♨️♨️
BLURB
MADU DARI NERAKA
-JIJAH ORKID-
Sara cintakan Rafi dan Rafi juga cintakan Sara. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Semuanya indah pada awal perkahwinan.
"Abang hanya akan setia dengan Sara seorang je. Kalau abang tak tunaikan janji abang, abang doakan supaya hidup abang takkan bahagia sampai bila-bila." - RAFI
Ayat tu buatkan hati Sara terbuai. Namun siapa sangka keluarga Rafi langsung tidak ikhlas menerimanya.
Cacian?
Makian?
Semuanya telah dia hadap. Demi suami tercinta dia telan semua keperitan itu.
"Nak bayar barang COD aku nanti pakailah duit kau dulu. Duit kau tu pun duit anak aku jugak.- NORMAH
Sampailah pada suatu malam, dia menerima berita suaminya telah ditangkap khalwat dengan bekas kekasihnya dahulu. Sara terus hilang arah.
Berbuih mulut Rafi menjelaskan bahawa dia dan Shika telah diperangkap. Yang peliknya kenapa keluarga Shika dan Rafi mengadakan majlis perkahwinan pasangan itu secara besar-besaran? Tak malu ke jika kes anak mereka tersebar kepada orang luar?
Atas dasar cinta, Sara butakan mata. Suatu hari dia telah diusir dari rumah atas apa yang tidak dia lakukan. Kerana terlalu percayakan mak dan isteri keduanya, Rafi menceraikan Sara dan menghalau isterinya. Dia kemudian melayari bahagia bersama Shika.
Selang beberapa tahun, muncul pula watak Sophia. Wajahnya sebijik Sara namun perwatakannya berbeza sama sekali. Dengan Sophia, Rafi rasa tertarik. Aura Sophia lain macam. Lantaklah wajah dia macam Sara sekalipun. Dia langsung tak kisah. Akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin.
Shika mula rasa diduakan. Apa tidaknya sekarang dia pula sedang merasai kesakitan yang pernah dirasai oleh Sara suatu ketika dahulu.
"Dulu, kau buat Sara menderita sebab kau dah rampas suami dia. Sekarang ni, apa perasaan kau bila aku pulak yang rampas suami kau? Amacam best tak? - SOPHIA
Apakah Shika terlibat dengan tragedi pengusiran Sara? Lalu siapa pula Sophia? Adakah Sophia ialah Sara yang datang untuk membalas dendam kepada mereka sekeluarga?
♨️♨️♨️
BLURB
RAMPAS SAJA SUAMIKU
-FAHIZAH REENA-
Dikira panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan.Kebahagiaan yang dibina hancur berkecai tatkala, hadir orang ketiga dalam hubungan Sofea dan Aryan.
Hasrat Aryan ingin berkahwin lagi sekali gus memadukan Sofea dengan musuh ketatnya sejak di bangku sekolah benar-benar meremukkan hati Sofea.
"Fea... Abang silap, maafkan abang ya? Abang tak boleh putus dengan dia. Abang sayangkan dia."- Aryan Zafran.
"Abang, Fea sayang abang. Abang tak boleh menduakan, Fea."- Sofea Anara.
Puas Sofea tegah dan... puas Sofea cuba menghalang. Namun, pendirian Aryan tetap tidak berubah untuk menjadikan Lisa sebagai isteri keduanya. Apa pilihan yang Sofea punya? Mahu berpisah, hatinya masih lagi sayang. Mahu terus mempertahankan, hatinya sudah parah terluka.
Namun, kerana sayang... Sofea rela menelan segala kepahitan yang ada walaupun pahitnya umpama hempedu. Bahkan, Sofea juga rela meskipun, kepahitan itu perlahan-lahan bagaikan membunuh jiwanya sendiri. Sofea tidak sanggup kehilangan Aryan kerana dia mahu tetap berada di sisi suaminya itu sehingga ajal memisahkan.
Kemunculan kekasih lama bagai membawa satu sinar baru buat Sofea. Tetapi, sebagai isteri, Sofea memilih untuk terus setia. Mustahil dia mahu berpaling tadah sementara dia masih bergelar isteri orang.
"Oh, isteri orang... Tapi, tak salahkan untuk berteman?"- Zeth Rayzen.
"Saya tak berminat..."- Sofea Anara.
Salam persahabatan yang cuba dihulurkan oleh Zeth ditepis tanpa berfikir panjang. Kerana baginya, boleh jadi Zeth juga sama sahaja seperti Aryan tidak cukup dengan satu perempuan!
Pada akhirnya, Sofea memilih untuk kekal setia. Andai kata, suatu hari nanti Aryan sudah tidak sudi maka, Sofea sendiri akan undur diri. Buat apa terus setia andai luka yang ada semakin bernanah. Jika Lisa mahukan Aryan hanya untuk dia seorang. Rampas saja! Kerana Sofea rela. Sofea juga mahu bahagia.
www.wasap.my/601116229207/SINGLEsenangnyaDalamHati
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top