MR. KING YAMYALI(EBOOK)
Video teaser ada di atas. Silalah klik.
*AISYLOVE*
(MR. KING YAMYALI) 👇
http://www.wasap.my/601116229207/MrKingYamyaliAL/order
♥♥♥
BLURB MR. KING YAMYALI BY AISYLOVE
Mr. King Yamyali mengisahkan tentang impian dan keinginan Putera Tutamghii Yamyali untuk merentasi alam dimensi lain sebelum ditabalkan sebagai Maharaja di alam Andikaratna.
Keinginannya telah disuarakan pada ayahanda, Raja Samsamaail dan bondanya, Permaisuri Balqis.
Tentu sekali ditentang Raja Samsamaail kerana mustahil untuk tunaikan permintaan mengarut anakandanya.
Puas dipujuk rayu dan mendapat nasihat dari Tuan Penasihat diraja Adzkwan, barulah Maharaja Samsamaail setuju tetapi dengan tiga syarat. Seandainya Putera Yamyali melanggar salah satu syarat atau kesemua, dia akan menerima hukuman yang akan buat dia menyesal seumur hidup.
Demi merealisasikan impiannya, dia setuju.
Disangkakan masuk ke dimensi lain, kehidupannya akan berubah. Ternyata, lagi parah bila bertembung dengan manusia berhijab terbuka si influencer atau lebih tepat lagi si penjejak hantu, Elnur Yara Syarahil dengan rakan-rakannya ahli kumpulan Ghost Scan si Nur Ain Fasiha dan Muhammad Zayden.
Dia dikejar dan dijejak oleh mereka semata-mata kerana mahu naikkan rating aktiviti paranormal mereka. Puas elak sembunyi dan memerangkap, tak mampu juga melelahkan mereka.
“Oh, kau menyamar jadi burung. Patutlah kitorang cari tak jumpa.” ~Muhammad Zayden
“Kan betul firasat aku, yang burung tu sebenarnya dia.” Elnur Yara Syarahil
“Kenapa ganggu aku?” ~Putera Tutamghii Yamyali
“Kalau kau bagi kerjasama, kami semua takkan ganggu kau lagi lepas ni,”~ Nur Ain. Fasiha
Bagi Yara, mengenali Putera Yamyali bagaikan satu keajaiban.
Tidak suka didekati tetapi sentiasa hadir membantu di saat dia dalam kesusahan hingga dia menggelarnya…
“My little monster si Yali yang baik dan hensem!”~Elnur Yara Syarahil
Sikap gila-gila si Yara telah menarik perhatian Putera Yamyali dari hari ke hari.
‘Hangatnya renungan matamu menyentuh lembut ke dasar hatiku. Kaulah yang membuat aku melihat sekuntum bunga mekar di rimba menghijau ini. Adakah ini cinta? ’~ Putera Tutamghii Yamyali
Apakah pengakhiran cerita? Berjayakah susuk Yali tempuhi syarat-syarat ayahandanya dan melayani sikap gila-gila Yara juga rakan-rakan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top