KOMBO DATIN GOJES
🌺KOMBO DATIN GOJES 🌺
5 BLURB DATIN GOJES
⬇️⬇️⬇️
B L U R B ❤️ DATIN AIRAA HAFEENA_by_EYRA SHAZLEYRA
Perkahwinan lapan tahun namun masih tak mampu menghadirkan seorang zuriat menjadi punca hubungan Airaa dan Azrif berantakan. Apatah lagi setelah mentuanya memberi kata dua.
Bawa diri yang sebatang kara setelah diceraikan, Airaa fikir dia mampu hidup dengan aman. Namun semuanya bertukar haru setelah dia bertemu kembali dengan Elhan.
“Depan mama aku, Airaa, aku nak lamar kau jadi isteri aku. Aku takkan berfikir lama sebab tahu peluang takkan datang bergolek.” – Elhan.
Puas menolak, Elhan tetap juga muncul dengan pelbagai cara. Padahal dia sudah teguh pada pendirian. Namun tetap tergoyah. Sedar tak sedar dia sudah terjebak menjadi isteri bersyarat Elhan.
Bertemu isteri baru Azrif yang sudah mengandung membuatkan Airaa berasa semakin kerdil.
"Alang-alang jumpa Airaa, mak nak jemputlah Airaa datang ke kenduri nanti. Nak buat majlis kesyukuran sikit sebab Nina dah mengandung sekarang. Alhamdulillah, tak lama lagi mak akan dapat cucu." - Emak Azrif.
Mengingati Elhan yang menjadi punca dia tersepit ke penjuru masalah itu telah menambah sakit dalam dada Airaa. Apatah lagi mentua barunya tetap berharapkan benda serupa.
“Mama bukan nak paksa Airaa. Tapi sebagai nenek yang dah lama mengidam nakkan cucu, mama harap sebulan lagi, mama akan dengar berita gembira.” - Mama Elhan.
Apa yang patut Airaa buat sedangkan dia takkan mampu mengandung? Walaupun Elhan memujuk mereka akan cuba semua cara yang ada, tetap payah untuk dia terima. Sehingga pada suatu hari, rahsia besar bekas suaminya telah terbongkar.
“Mak mintak maaf, Airaa. Mak tak tahu semua tu. Mak mintak maaf...” - Emak Azrif.
Apakah rahsia itu? Adakah membawa bahagia atau semakin menambah derita dalam hidup Airaa? Betullah dia seorang wanita yang takkan mampu mengandungkan zuriat suaminya sampai bila-bila? Atau dia perlu meletakkan kepercayaan pada Dato’ Elhan yang telah menjanjikan bahagia buat mereka.
⬇️⬇️⬇️
BLURB
DATIN AREN ARORA
ARENA YIDIN
KERANA amnesia, Aren Arora tidak mampu mengingati kisah silamnya bersama Ghazi, tunangannya. Dia kini sudah pun bergelar Datin apabila setuju berkahwin dengan lelaki korporat, Dato’ Indra Eskandar setelah berkawan selama dua tahun dengan lelaki itu.
Tidak diduga, Ghazi muncul kembali setelah dua tahun menghilangkan diri. Dengan mudah dia mempengaruhi Aren yang selama ini tidak mengingati masa silamnya agar kembali pada kisah mereka berdua.
Aren mulai buntu. Kemunculan Ghazi buat hubungannya dengan Indra sedikit goyah. Lelaki berstatus bekas tunangannya itu kembali dengan watak figura ganas sebagai peragut, bertukar menjadi gentleman saat mengakui pernah ada hubungan dengannya dalam pertemuan pertama mereka berdua tempoh hari.
“Kau jangan fikir, Indra tu jujur sangat dengan kau, Datin Aren Arora. Dia dapatkan kau pun dengan cara yang licik. Tak percaya, tanya dia.” - GHAZI
Apa daya, Aren mula terpedaya. Kerana itu hati Indra sedikit terluka. Namun lelaki itu tidak mengalah dengan mudah. Dia tahu Aren memang miliknya dari dulu.
Aren yang mula sedar dengan keterlanjurannya menyakiti hati Indra menuntut kemaafan. Dia mula berjuang untuk meluluhkan hati lelaki itu semula. Paling penting dia takkan berpaling kepada Ghazi semula, kerana lelaki tulah punca berlakunya tragedi kisah silamnya.
“Jadi you tak marah ni? Tak merajuk dengan I? Tapi you dingin dengan I, Indra. I rasa sakit. Sakit sangat.” DATIN AREN ARORA.
“I nak you kuat, Aren. You pernah disakiti. Kali ni I nak ajar you jadi kuat sekali pun cara I ni buat I nampak jahat di mata you. Itu tak ada kesan pada I sebab I tak takut pada Ghazi. Dia memang takkan mampu untuk rampas you daripada I. That’s never happened because I’m your man, sayang. You tahu itu.” DATO' INDRA ESKANDAR.
Dalam nada brutalnya, masih terselit rajuk Dato’ Indra dalam diam. Mampukah seorang Datin Aren Arora mengembalikan bunga cinta dalam rumah tangga mereka berdua? Di mana pula tempat Ghazi berada?
⬇️⬇️⬇️
BLURB DATIN AISY AMARYLLIS: HOMICIDE CASE
Penangkapan pembunuh dan penculik psiko adalah impiannya sejak berusia 12 tahun. Dengan itu dia mengumpul maklumat dengan teliti dan hati-hati untuk menangkap mereka. Seseorang yang tidak mengenal erti lelah dalam penyiasatan hingga ke titisan terakhir meski nyawa galang ganti demi keamanan negara. Dia Datin Aisy Amaryllis berpangkat ACP dalam pasukan petugas khas.
Meneliti membongkar rahsia di sebalik pembunuhan psiko serta mengesyaki sesiapa yang mencurigakan atau lain-lain kes adalah makanannya dalam dunia perisikan dan penangkapan penjenayah terancang. Kebiasaannya tekaan yang dibuat pasti tepat. Meski dikelirukan penjenayah dia tak mudah menyerah kalah. Itulah Raes Hayder yang berpangkat SP dalam dunia pasukan petugas khas.
Setiap titis air mata keluarga mangsa yang keluar membuat hati mereka makin berkobar dan menyimpan tekad mahu mencekup hidup-hidup mereka yang berlaku kejam pada manusia tanpa hati nurani itu. Buruan si Lunatic Asylum dilakukan besar besaran. Berjayakah mereka menangkap si psiko itu?
“Kami harap pembunuh tu berjaya ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal! Pembunuh gila! Psiko! Kami takkan maafkan kau, bedebah!”
“Lunatic Asylum? Ya Allah, kenapa manusia kejam sangat?”-Datin Aisy Amaryllis
“Tenang, Aisy. Kita mesti tangkap pembunuh tu!”-Raes Hayder
Meski mendapat gelaran ‘Big Shark’ dan ‘Crazy Tiger’ dari orang ramai kerana berjaya menumpaskan banyak penjenayah, mereka juga manusia biasa yang tak lari dari ditimpa masalah peribadi dalam perhubungan.
Datin Aisy tertangkap suami yang dicintai selama hampir tiga tahun Dato’ Nabhan Gilbert sedang berpelukan dengan perempuan lain di lapangan terbang.
“Janganlah marah, sayang. I tak curang dengan you, okay?”
“Hold hand and she cuddles your hand. You're not even tempted to reject the woman who cuddles you!”-Datin Aisy Amaryllis
"Fine, I accidentally cheat. That's what you want to hear, right? Allayed?" -Dato’ Nabhan Gilbert
Pedih hati Datin Aisy mendengar pengakuan dari mulut suami sendiri. Dadanya berombak-ombak.
Hayder yang mendengar turut ditimpa kejutan dan tumpang bersimpati dengan nasib buruk yang menimpa sahabatnya.
Tangis pilu mendayu-dayu. Apakan daya kehendak Yang Satu. Kini semua berlaku di hadapan mata tanpa ragu.
“Takpe, menangislah puas-puas sekarang. Semuanya akan okey lepas ni.”-Raes Hayder
Hayder sentiasa ada saat suka dan duka Datin Aisy. Mampukah Datin Aisy tempuhi dugaan itu sepertimana dia berjaya harungi cabaran dalam penangkapan jenayah yang berleluasa?
⬇️⬇️⬇️
BLURB : DATIN MIYA INARA
PENULIS : MIYA HAMARA
TERBITAN : NOVEMBER 2023
Salin tikar atau ganti tikar dua gelaran yang membawa maksud serupa.
Miya Izarra si kembar Miya Inara, merupakan isteri kepada seorang lelaki bergelar Dato’.
Memiliki kehidupan bahagia namun empat tahu selepas melahirkan sepasang anak kembar, Miya Izarra disah kan mengidap lukiemia tahap 4. Dan akhirnya meninggal dunia sewaktu si kembar Rara dan Mika berusia empat tahun.
Setahun kemudian, Miya Inara yang ketika itu sudah tamat pengajiannya di Canada pulang. Melihatkan si kembar begitu akrab dengan Miya Inara, Dato’ Syed mencadangkan agar Dato’ Eidsyar berkahwin dengan Miya Inara.
Puas menolak dengan berbagai alasan hingga bekas iparnya itu sanggup membayarnya sebagai mummy ganti pada Mika dan juga Rasa. Namu Miya Inara tetap berkeras.
Mengenangkan nasib si kembar, Miya Inara akhirnya akur dengan keputusan dengan beberapa syarat. Untuk tidak mengecewakan kedua keluarga, Dato' Eidsyar bersetuju dengan syarat-syarat Miya Inara. Berkahwin tanpa sebarang majlis hanya akad nikah di pejabat agama.
Melihat riak dan sikap dingin Miya Inara, Dato’ Eidsyar memberikan cadangan agar mereka kekal menjadi bff dan menyuruh Miya Inara menganggap perkahwinan mereka sebagai latihan sebelum gadis itu betul-betul menempuhi alam perkahwinan dengan pilihan hatinya.
Namun dalam pada itu Dato’ Eidsyar juga meletakkan syarat yang andai salah seorang dari mereka jatuh cinta, maka rencana perceraian akan terbatal sama ada suka atau tidak, mereka terpaksa meneruskan perkahwinan mereka.
Sejak itu hubungan mereka kembali hangat dan berjalan seperti pasangan lain hinggalah Dato’ Eidsyar mula meluahkan rasa hatinya pada Miya Inara.
Kerana kecewa, terjadi pertengkaran diantara keduanya hinggalah Dato’ Eidsyar pergi dengan alasan Dato’ Eidsyar mahu mencari kepastian kenapa dia jatuh cinta dengan Miya Inara.
Pun begitu dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan daddy kepada anak-anaknya.
Dalam tempoh mengasingkan diri, Dato' Eidsyar telah diganggu oleh kehadiran Wan Dalisha dan seorang lelaki yang ingin membunuhnya.
“Kalau Nara ada pak we macam mana? Dia mesti kecewa. Mesti tuduh Nara tak setia. Lagi pun Nara nak letak dia dekat mana?”...Miya Inara.
“Letak je dekat Zoo.” ---Dato' Eidsyar
“Zoo tu sesuailah dengan abang sebab abang dah tua.” --- Miya Inara.
Apakah perasaan sebenar mereka?
Bagaimana pula dengan kehadiran Wan Dalisha?
Siapakah sebenarnya lelaki yang mahu menematkan Dato' Eidsyar?
Dan siapakah pelindung dan penyelamat Dato' Eidsyar?
Jangan lupa dapatkan karya santai MIYA HAMARA dari PENULIS TEAM MAMA GOJES.
⬇️⬇️⬇️
BLURB : Datin Orkid Raihana: Hanya Kamu Yang Satu
Raihana dan Hakim dipertemukan setiap kali lelaki itu menghadapi masalah. Dan Raihana selalu sahaja menjadi penyelamat lelaki itu sehinggalah suatu hari Raihana ditimpa kecelakaan juga gara-gara hendak melindungi Hakim.
Hakim sangka itu pertemuan terakhir mereka. Cukuplah Raihana bergadai nyawa untuk menyelamatkan dia. Takdir Tuhan tetap mendekatkan mereka. Masih ada lagi pertemuan antara mereka. Dan pengikat hubungan mereka ialah perkahwinan walaupun pada asalnya Raihana beria menolak.
"Apa nama penuh kau?" - HAKIM
"Orkid Raihana binti Abdullah." - RAIHANA
Hakim keras kejung. Nama itu... ialah bakal isterinya?
Trauma masa lalu menghantui fikiran Hakim. Dia sangat berdendam dengan pemilik nama itu. Kerana sebaris nama itu, dia tidak dapat merasai kasih sayang mamanya hampir 20 tahun lamanya.
Kerana nama itu, badannya habis dipukul oleh papa. Segala kata carutan, cacian dan makian dia terima. Bahkan datuk dan nenek juga membencinya.
"Kenapa ya awak berubah lepas kita kahwin? Dulu kemain keluar ayat untuk tackle saya?" - RAIHANA
"Sampai masanya nanti kau akan tahu jugak." - HAKIM
Raihana jadi pusing. Dia keliru dengan sikap si suami. Tak ada angin tak ada ribut Hakim dingin dengannya. Bagaimanakah kehidupan mereka selepas berkahwin? Mampukah Hakim membalas dendam selepas mendapat tahu identiti Raihana yang sebenar? Dan adakah mama Hakim masih hidup?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top