BLURB REVAMP EBOOK
BLURB 4 EBOOK REVAMP OCT 2023
♥♥♥
BLURB
TAK SANGGUP DENGANMU( REVAMP)
ARENA YIDIN
Dia inginkan yang sempurna hingga lupa akan segalanya. Dhani punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Dia juga terlalu obses dengan kebersihan hingga dicop OCD tegar. Suka ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Hanya kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang.
Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia reda dengan jalan hidupnya.
Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu.
Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa.
“Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor? Mana penutup hidung dan mulut doktor?” DHANI.
Keegoan Dhani membawa padah kerana nyawa anaknya menjadi taruhan. Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi.
"Mulai hari ini, Sya dah buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Kalau macam ni, lebih baik Sya pergi!" AISYA
Demi Tuhan, Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri?
Dua-dua dia sayang.
Dua-dua cahaya hidupnya. Namun kesalahan yang dipikul di bahunya terlalu besar untuk dimaafkan.
Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama. Mampukah dia membawa kebahagiaan kepada Aisya semula? Sanggupkah Aisya menjadi ratu di hati Dhani semula? Hanya takdir yang menentu segalanya.
♥♥♥
BLURB ANNYEL by AISYLOVE(REVAMP)
Di setiap helaan nafasmu adalah milikku...
ALISA, seorang gadis yang malang. Yang sering mengalami mimpi-mimpi aneh sejak kecil lagi. Saban malam, dia mendengar suara pensyair gemersik seseorang bersama alunan indah serunai malam yang sungguh merdu untuk didengari.
Gangguan itu yang membuatkan hidupnya jadi tak tentu arah. Tiap kali dikhabarkan pada kedua orang tua,sama sekali mereka tidak mempercayainya dan menganggap dia hanya berhalusinasi kerana dia tidak suka bergaul dengan orang di sekeliling.
Hanya Zain Khairin satu-satunya lelaki yang sudi berteman dengannya sejak kecil dan diamanahkan papa Lisa untuk menjaga anaknya.
Tak diduga sesuatu yang sering mengganggu Alisa hadir tonjolkan diri buat gadis itu terkelu campur takut.
‘Janji tak dipatrikan anak galang ganti.’ Ayat yang sama sering didengari buat Alisa tertanya-tanya.
“Janji apa?”-Alisa Khalid
Alisa dibawa pergi ke sebuah alam seperti yang dikatakan susuk tak berjisim itu mengejutkan ahli keluarga dan sahabat baiknya Khai.
“Aku akan bawak kau balik, Lisa. Aku janji!“-Zain Khairin
“Kak Lisa, Jennie akan selamatkan akak tak kira apa pun jadi!”-Jannah Khalid
“Semua ni angkara Lisa tu kita semua terjebak sama diperangkap makhluk jahanam tu!”-Baekhyun
Berjayakah mereka keluarkan Alisa dari alam sana? Perjanjian apakah yang disebut-sebut hingga mengganggu emosi Alisa saban waktu?
♥♥♥
BLURB : KAU YANG MENYEMPURNAKAN(REVAMP)
PENULIS : MIYA HAMARA
TERBITAN : OKTOBER 2023
AYASH, lelaki limited kerana sikap malunya akan naik seoktaf bila berhadapan dengan perempuan lebih-lebih lagi dengan gadis nakal itu. Dari lancar percakapan tiba-tiba boleh tergagap. Itu semua gara-gara gadis nakal yang baru dinikahinya.
Tiya yang memang terkenal dengan sikap kuat menyakat, selalu buat Ayash terdiam dan malu sendiri.
Hari pertama mereka diijab kabulkan pun Tiya dah buat onar. Hampir-hampit terjadi sejarah pengantin lelaki lari menyorok di belakang rak pakaian gara-gara disakat oleh si isteri.
Ayat mujurlah perempuan tak boleh kahwin empat, merubah hidup Ayash. Perasaan malu dia buang jauh-jauh ke tengah laut.
Harapannya, dia mahu beri yang terbaik kepada Tiya.
Elok saja melayari bahagia, Zana muncul mahu menuntut hak. Sampaikan Ayash dan Tiya pergi berbulan madu pun dia ikut semata-mata nak gagalkan bulan madu suami isteri itu.
Fatin yang awalnya menganggap Tiya seperti kakaknya juga sekelip mata berubah bila Zana mula meracun akal gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia itu.
“Jangan tengok saya macam tu.”_ AYASH FIRDAUS
“Kenapa? Tak boleh atau awak akan cair?”_TIYA MAISARA
“Bukan tak boleh tapi awak buat lidah saya kelu.”_AYASH FIRDAUS
“Habis tu, awak nak Tiya pejam mata ke bila bercakap dengan awak?”_ TIYA MAISARA.
Ayash mengatasi rasa malunya? Apakah yang terjadi bila Ayash bertukar menjadi suami bukan pemalu? Bagaimanakah TIYA DAN AYASH mengatasi orang ketiga yang bukan diundang oleh AYASH? JANGAN LUPA DAPATKAN EBOOK SANTAI KAU YANG MENYEMPURNAKAN.
♥♥♥
BLURB SEMUA TENTANG KITA by EYRA SHAZLEYRA(REVAMP)
“Putus cinta bukan bermaksud hidup dah tak ada makna. Awak kena bangun, bukannya terus jatuh.”
“Awak apa tahu? Awak tak apalah ada kereta mahal, muka hensem. Saya?”
“So jadilah girlfriend saya. Boleh naik kereta besar, dapat pakwe hensem.”
“Saya tak nak jadi girlfriend awak. Nak jadi isteri terus. Lepas saya habis belajar, pergi pinang saya.” - Nik Fariha.
“Okay. Deal.” – Riyaz Amsyar.
Lafaz yang tak sengaja, terlahir dari jiwa yang terluka mengheret aku pada pertemuan demi pertemuan. Kehadiran seorang lelaki yang tak pernah aku impikan. Aku orang miskin, anak yatim piatu pula. Mana mungkin dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan dia yang jelas-jelas anak orang kaya. Tapi dia tetap muncul demi tak mahu menjadi manusia munafik.
Hakikatnya bukan semua yang kita impikan akan menjadi nyata. Hubungan itu walaupun aku tak pernah angankan, tetap ia mendapat halangan.
“Riha adik aku, Riyaz. Amanah arwah ayah dengan ibu aku. Kau jangan harap aku nak bagi dia dekat kau, walaupun kau anak orang kaya, ada duit berjuta-juta.” – Fikri.
“Dengar sini Riha, kalau kau terima dia jugak, maknanya kau bukan adik aku lagi.”
Lalu aku memilih dia, kerana dia abang, manusia yang sanggup berkorban segala demi aku, adiknya. Sehingga kemunculan seorang lelaki berwajah ‘Riyaz’ pada suatu hari telah memporak perandakan keadaan. Memaksa aku menerima seorang manusia yang seratus peratus telah berubah.
Siapa dia? Kenapa juga aku yang dia pilih dan dipaksa untuk menurut segala?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top