8
Hari perkhawinan
Aku melihat pantulan diriku di cermin. Aku sudah siap mengenakan pakaian pengantin dan rambut pun sudah siap di salon
Kenapa aku rasa jantung ni aku berdegup kuat sangat ni
Mia..calm down mia.. Tarik nafas..hembus..tarik nafas..hembus..
Emylia:*buka pintu* mia dah siap ke belum
Mia: ah..nae nae dah siap dah
Emylia menghampiriku dan memamdang aku dari atas sampai la kebawah
Emylia: kau nampak cantik sangat harini mia. Jeles aku
Mia: eii merepek la kau ni. Aku tengok macam biasa je
Emylia: weyh sumpah aku cakap,kau nampak cantik dari hari lain
Mia: eii dahla kau
Emylia: hehehe kembang ke
Mia: takde masa nak kembang. Aku tengah nervous ni weyh
Emylia: rileks mia. Jangan fikir macam2. Sekarang jom
Mia: ehh nak pergi mana ni
Emylia: pergi ke garden la. Kau tahu tak semua orang tengah tunggu kau kat situ.
Ya garden. Aku buat majlis perkahwinan dekat garden. Garden ni bersebelahan dengan hotel kepunyaan jimin. Hebatkan. Muda2 dah ada hotel sendiri. Ni semua rancangan omma dengan mama jimin. Diorang cakap nak buat majlis ni nampak gempak so kitorang berdua just ikut je
Skip di garden
Jimin pov
Haihh lamanya dia bersiap. Tak larat nak tunggu dah ni.
Kaki pun dah nak kebas ni. Dahla nervous aku tak hilang lagi ni
Sedang aku merungut tiba2 terdengar orang ramai bersorak. Aku lihat mia sedang berjalan di atas red carpet yang disediakan
Aku terpegun seketika
Dia nampak cantik sangat hari INI. Tak!! Dia hari2 cantik but kalini dia memang cantik sangat
Sekarang dia betul2 berada di hadapan aku. Jantung aku tak berhenti berdegup.
Aku tak berhenti memandang dia dan dia juga sama, tak berhenti memandangku. Entah kenapa pandangan dia kali ni buat aku cair sangat. Jantung aku tak berhenti berdegup even sesaat
Kemudian aku terdengar paderi berdehem dan Serta merta ia membuat lamunan aku terhenti
Paderi: Park jimin,sudikah kamu menerima Kim Mia sebagai isteri kamu
Jimin: saya sudi
Paderi: seterusnya, Kim Mia adakah kamu sudi menerima Park jimin sebagai suami kamu
Mia: sa..saya sudi *gagap*
Paderi: dengan ini, kamu berdua disahkan sebagai suami isteri
Semua orang bertepuk tangan dan ada yang bersorak
Aku terus memeluk pinggang mia supaya dia lebih dekat denganku. Mia memegang dada Ku untuk menjarakkan sikit jarak antara kami
Mia: kau..kau nak buat apa ni
Orang ramai: KISS!! KISS!!
Jimin: kau dengarkan apa yang diorang nak
Mia: ta..ta
CUP!!
Belum sempat mia menghabiskan ayatnya aku terlebih dahulu mendaratkan bibirku di bibirnya
Orang ramai: WOHOOO!!*tepuk tangan*
Selepas 10 saat aku melepaskan ciuman. Aku mengahayati wajahnya yang begitu cantik. Aku nampak muka mia merah sangat2
Jimin: muka kau sebiji macam tomato. Kau kembar dia ke. Hahaha..auchh
Mia terus mencubit lenganku. Peegh macam ketam
Mia: sedap tak air tangan kembar tomato *sinis*
Aku hanya menjeling. Pergh garangnya. Malu tapi tak reti cover. Podeh
Skip
Mia pov
Aku terus mengahmpiri emylia dan memeluknya. Rasa macam nak menangis
Emylia: yah yah kenapa ni *terkejut*
Mia: aku dah jadi isteri orang weyh. Nanti tak boleh la nak lepak2 selalu dah dengan kau*lepaskan pelukan*
Emylia: la kau ni. Tu je ke. Kat cafe boleh je kan nak lepak.
Mia: hurm..
Emylia: btw tadi aku nampak kau dengan dia bukan main mesra lagi. Siap cubit2.
Mia: yahhh!!!mana ada mesra. Tadi dia yang cari pasal dengan aku dulu,so itula balasan dia
Emylia: acewah..yerlatu
Mia: eyy betulla*geram*
Emylia: hahaha yerla yerla. Mia,suami kau tu handsome jugak eah. Tapi betul la apa yang kau kata haritu yang dia ni lebih kepada comel. Dengan rambut warna pink. Omo aku melting weyh. Untung la kau dapat suami macam jimin tu. Kalau aku dapat suami macamtu dah lama aku
gomol-gomol pipi dia yang comel tu.
Mia: sudahla tu puji dia. Kalau dia dengar mesti dia kembang
XXX: siapa kata aku kembang
Aku terus kalihkan pandangan terhadap pemilik suara itu. Dan orangnya ialah jimin. Patutla macam kenal je suara
Jimin: gossip kenapa tak ajak
Jimin memandang mia dan emylia silih berganti sambil tersenyum
Emylia: kitorang mana ada gossip la. Hurm!!mia aku gerak dulu. Jangan lupa bagi aku anak buah nanti tau
Emylia terus meninggalkan aku dengan jimin sambil ketawa. Haish nak je aku cubit2 si emylia ni.
Jimin: kau sembang apa tadi
Haih ni lagi sorang..
Mia: adala. Sibuk je nak tahu
Jimin: ceh,aku tahu la kau cakap pasal aku tadi.
Mia: dah tahu kenapa Tanya
Jimin: biarla. Lagi satu,kawan kau tu cantik jugak eah
Mia: eyy gatal jugak kau ni
Jimin: eh eh jeles nampak
Mia: huh takda masa nak jeles.
Aku terus meninggalkan jimin disitu. Malas nak layan
End pov
--------------
Sebelum sesi pengambaran bermula, mia dan jimin diminta menukar pakaian di dalam bilik yang disediakan khas untuk mereka berdua.
Selepas sahaja jimin selesai menukar pakaiannya,kepala jimin tiba-tiba berdenyut. Denyutan di kepala semakin lama semakin kuat. Jimin yang tak tahan terus terduduk. Mia yang baru sahaja selesai menukar baju terus mendapatkan jimin yang tiba2 rebah
"Yah kau ok tak ni!"tanya mia lalu memegang bahu jimin
"Ke..kepala aku sakit"adu jimin sambil memicit kepalanya yang tidak henti berdenyut
Mia kelihatan resah apabila keadaan jimin semakin lama semakin teruk.
"Kejap,aku nak minta tolong someone. Kau baring dulu atas katil" mia terus memapah jimin untuk duduk di atas katil
Jimin kemudian memegang erat tangan mia
"Ak..aku okey. Kau jangan risau. Kau pergilah bersiap. Kau beritahu diorang yang aku nak rest kejap je. Nanti aku datang bila dah okey"rayu jimin
"Kau sure ke ni okey"mia masih lagi teragak agak
"Ye..aku okey. Kau jangan beritahu diorang yang aku sakit tau"
"Hurm..nae. Dah jangan banyak gerak. Nanti sakit kepala kau makin teruk" mia terus membaringkan jimin
Selepas sahaja mia keluar dari bilik itu,jimin terus memejam matanya lalu tertidur
"Chim chim,cantik tak cantik tak baju pengantin yang yoora unnie pakai tu"mia menunjuk ke arah yoora yang sedang berjalan di at as red carpet
"Cantik! Wae? Mia pun teringin nak pakai ke?"
"Mestila teringin. Nanti kalau mia nak kahwin mia nak beli baju pengantin yang sama macam tu"
"Mia nak kahwin dengan siapa bila besar nanti?"
"Mestila dengan chim. Bila besar nanti mia janji yang mia akan kahwin dengan chim. Chim tunggu tau"
"Janji! " jimin menghulurkan jari kelingkingnya sambil tersenyum gembira.
Mia terus menyatukan jari kelingkingnya dengan chim chim sambil tersenyum
"Mia tunggu!! Jangan pergi. Bahayalah mia"laung jimin
"Ani! Mia kena tolong kucing tu. Dia dalam bahaya."mia berlari menghampiri kucing yang sedang terkulai di atas jalan raya itu. Kucing itu kelihatan tak bermaya. Mungkin tak makan beberapa bulan sebab badannya nampak kurus kering
"Yah!! Mia kenapa degil sangat"jimin terus menghampiri mia yang berada di tengah tengah jalan raya. Nasib waktu tu kereta tak ada kereta yang lalu lalang. Lampu isyarat pun merah
"Mia,jom. Nanti kena langgar macam mana"jimin menarik lengan mia supaya dia mengikut langkahnya
"Nae..nae mia nak angkat kucing ni kejap"mia mengangkat kucing itu perlahan lahan
"Mia!! Chim chim!! Buat apa tengah2 jalan tu. Bahayalah!!"laung appa mia yang baru tiba di bahu jalan
"Appa! Mia ni yang degil sangat. Chim dah cakap dah jangan. Dia tetap nak buat jugak" adu jimin lalu menarik lengan mia supaya membontoti langkahnya
Tiba²
PIN!!!!!!!!!!!!!!!
Bush!!!!
"Arghhhh...MIA!!!"
Jimin terus bangun dari lenanya. Air mata tiba2 bergenang di tubir matanya apabila teringatkan akan mimpi tadi.
Jimin memeluk lutut lalu menyembam mukanya di lututnya itu
"Mi..mia..mian. Aku min..minta maaf..tsk..tsk"jimin menangis tersedu sedan. Sakit di kepalanya masih lagi tidak beransur pulih malah lagi bertambah teruk.
Disebabkan tidak tahan,jimin terus jatuh pengsan di atas katil
Mia berjalan ulang-alik di tepi pokok. Sambil2 tu kepala dia menjenguk mencari jimin. Dia masih lagi risaukan keadaan jimin. Dah 20 minit jimin duduk dalam bilik tu. Photoshoot lagi setengah jam.
"Mia,kenapa nampak gelisah sangat ni. Mia okey tak?"soal mama lalu memegang bahu mia
"Ah. Mia okey je mama"mia menayangkan senyuman palsu
"Kalau okey kenapa tadi mama tengok mia macam tercari cari someone je. Mia cari siapa?"
"Eh, mia tak cari sesiapa pun. Mia saja nak exercise " mia terut merenggang renggankan badannya
"Haha. Ada2 jelah kamu ni. Ni mama nak tanya,kamu nampak jimin tak. Dari tadi mama tak nampak datang hidung dia"soal mama sambil tercari cari kelibat jimin
Mia terus terkaku.
"Erm..jimin ada dekat bilik lagi kut. Tadi dia kata dia nak rest kejap. Mama nak mia panggilkan dia ke?"soal mia
"Boleh jugak sebab ada tetamu nak jumpa dia"
"Okey. Mia gerak dulu eah mama"mia menunduk sedikit lalu menuju ke bilik yang disediakan khas untuk mereka
Masuk sahaja bilik,mia segera menghampiri jimin yang berbaring di atas katil sambil mata elok terpejam. Mia terus duduk di sebelahnya
"Jimin.."panggil mia
Jimin masih lagi tidak sedar
"Jimin!"
Kalini suara mia ditinggikan sedikit
Jimin masih lagi dalam keadaan yang sama
"Jimin! Bangunlah!"mia terus menepuk-nepuk bahu jimin
Jimin sedikit pun tidak bergerak dan itu membuat mia risau
"Jimin..!!! Bangunlah. Janganla main2"mia terus menggongcangkan bahu jimin
Mia terus cemas apabila lihat jimin masih lagi dalam keadaan sama
Mia memeriksa nadi jimin.
Bergerak!
Baru sahaja mia ingin bergerak meminta pertolongan tiba2 dia terdengar suara desahan. Terus terbantut niatnya
"Ah!"
Jimin membuka sedikit matanya
"Jimin! Kau okey tak ni?!"soal mia apabila lihat jimin sudah membuka sedikit demi sedikit matanya
Jimin terus memandang mia disebelahnya. Perlahan lahan jimin bangun dari pembaringan
"Kau okey tak? Sakit sangat ke kepala kau? Kalau sakit aku nak belikan ubat." Mia membantu jimin bangun
"Mi..mia"panggil jimin dengan suara serak
"Nae. Kau nak apa2 ke?" Mia terus memandang jimin yang turun memandangnya
Tiba2 jimin menarik mia ke dalam dakapannya. Mia terkejut dengan tindakan jimin
Jimin menyembam wajahnya di leher mia
"Mi..mia. Aku minta maaf. Ni semua salah aku. Aku yang buat kau jadi macam ni. Aku yang salah..." Jimin mengeratkan lagi pelukan itu
Mia yang tak faham dengan situasi itu hanya membalas sahaja pelukan itu
"Mia...maafkan aku"suara jimin terus bertukar sebak
"Nae..nae aku maafkan kau. Dah jangan sedih2"mia mengusap lembut rambut jimin
Tbc
Ni just untuk infomation
Mama=panggilan untuk mama jimin
Omma=panggilan untuk omma mia.
Author takut nanti korang confuse mana satu omma and mama
Ok yang tu je bubye. Selamat membaca ye jangan lupa vote hehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top