12

Mia menyusun barang2 yang baru dibelinya tadi ditempat yang sepatutnya

Setelah berpuas hati berulah mia naik ke biliknya untuk menyegarkan diri

Jimin? Jimin dah lama terbongkang atas katil. Masuk2 rumah terus lari masuk bilik nak tidur. Katanya penat sebab banyak jalan.

Selepas sahaja selesai mandi,mia terus ke halaman rumah untuk menghirup udara segar.  Halaman rumah ni boleh dikatakan seluas padang jugak la. Di halaman rumah ni ada kolam yang ada air pancut. Di sebelah kolam ada kolam air  panas. Di penjuru halaman pulak ada kolam ikan dan garden bersebelahan dengan kolam ikan.

Mia terus menuju ke garden. Di garden ada banyak sangat bunga2 yang mia sendiri tidak pernah jumpa. Mia memang peminat setia bunga. Di rumahnya juga ada banyak bunga yang dia tanam sendiri. Ada satu bunga yang menarik perhatian mia dan tanpa berfikir mia terus memetik bunga tersebut dan membaunya.

Tiba2 ada satu tangan merampas bunga itu dari tangan mia. Mia terus menoleh ke arah empunya tangan tersebut dengan pandangan tajam

"Bagila balik bunga aku"mia ingin mengambil bunga itu dari tangan jimin tetapi jimin lebih cepat mengelak.

"Haish! Aku cakap bagi tu bagi la!" Marah mia

Mia tidak berputus asa dia terus cuba sedaya upaya untuk mengambil bunga itu dari tangan jimin

"Kau nak bunga ni?"soal jimin sambil bermain dengan bunga yang berada di tangannya

"Mestilah nak. Tu aku punya. Aku yang petik dekat situ dulu"gertak mia

"Boleh. Ambillah"jimin meletakkan bunga itu di mulutnya lalu menggigit tangkai bunga itu

"Macam mana nak ambil kalau kau gigit"soal mia

Jimin hanya mengangkat bahunya

Mia tidak puas hati lalu ingin mengambil bunga itu menggunakan tangannya tetapi jimin lebih cepat menghalang.

"Ambil guna mulut" arah jimin.

Mia terkedu seketika sebelum mendekatkan mukanya dengan jimin. Jimin memeluk pinggang mia untuk mendekatkan jarak mereka. Muka mereka teramatlah dekat sehingga mia boleh mendengar hembusan nafas jimin. Ketika itu muka mia teramatlah merah. Mia perlahan lahan mendekatkan bibirnya dengan bibir jimin. Apabila bibir mereka bercantum jimin terus melepaskan gigitannya pada bunga itu lalu mencium bibir mia rakus. Tanpa sedar Mia juga turut membalas ciuman tersebut. Bunga itu awal2 lagi jimin sudah alihkan dari mulut mereka.

Selepas beberapa minit mereka melepaskan ciuman tersebut sambil tercungap cungap.

Mereka berdua bertentang mata beberapa saat sebelum kedua duanya memandang ke arah lain kerana malu. Jimin segera melepas pelukan tersebuat apabila tersedar yang dia sedang memeluk mia

Mia yang tak tahan berlama lama disitu segera beredar dan tak lupa juga dia mengambil bunga yang berada di tangan jimin lalu segera masuk ke dalam rumah. Jimin hanya memerhati mia yang sudahpun masuk ke dalam rumah dan tanpa sedar mereka berdua mengukir senyuman

--------------------

Jimin yang baru turun dari tangga tiba2 terhidu bau yang enak dari dapur. Jimin terus menuju ke dapur dan dia lihat mia sedang memasak. Jimin terpegun seketika apabila melihat cara mia masak. Dia tak sangka mia ni handal memasak.

Mia yang sedar akan kehadiran seseorang terus mengalihkan pandangan ke arahnya

"Wae?"tanya mia apabila jimin tidak berhenti memerhatinya. Sejujurnya dia masih lagi kekok akan hal petang tadi

"Takde pape. Kau masak apa tu?"tanya jimin lalu menghampiri mia

"Nasi goreng kimchi je"balas mia

"Ouh..bau sedaplah"puji jimin

"Haha..yerlatu"mia tertawa kecil apabila mendengar pujian itu

"Betulla. Bau sedap"jujur jimin

"Bau je sedap tak semestinya rasa dia sedapkan"soal mia sambil fokus ke arah masakannya

"Belum Cuba belum tahu"balas jimin

"Ceh. Btw kau nak aku masakkan apa2 ke?"soal mia sambil memandang jimin disebelahnya

"Boleh ke?"soal jimin pula

"Kalau aku tahu aku masaklah"jawab mia selamba

"Kimbab"kata jimin dengan nada perlahan

Mia terus memandang jimin apa bila dia terdengar jimin seperti cakap sesuatu

"Kau cakap apa tadi?"soal mia meminta kepastian

"Kimbab. Aku nak kimbab. Kau boleh buatkan tak?" Tanya jimin lalu memandang tepat anak mata mia

Mia perlahan lahan mengukirkan senyuman

"Ofc la aku boleh buat sebab tu makanan favorite aku tau"mia tersenyum riang

"Dulu kimbab tu makanan yang paling aku benci sebab kalau aku makan je mesti aku muntah. Satu hari tu,dekat tadika aku kena buli. Pembuli tu curi makanan aku waktu rehat and aku menangisla sebab lapar. Tiba2 ada sorang budak perempuan ni dia bagi aku kimbab. Awal2 tu aku tolak sebab aku tak suka makan kimbab,tapi dia paksa aku makan sebab takut aku sakit. Jadi aku pun terpaksa makan sebab takut sakit. " cerita jimin sambil memerhati cara mia memasak

"So lepas kau makan tu kau tak muntah?" Soal mia yang tertarik akan cerita jimin

"Tak, sebab dia suruh aku tarik nafas perlahan lahan dan kunyah kimbab tu perlahan lahan. Aku ikut apa yang dia cakap dan ya. Cara dia tu berkesan. Aku dah tak muntah dah bila makan kimbab. So sejak itu,aku selalu makan kimbab sama2 dengan dia waktu rehat dan kitorang pun mula jadi rapat waktu tu. kimbab pun dah mula jadi makanan favorite aku"terang jimin

"Pandai dia kan. Dia tahu macam mana nak elakkan orang dari muntah"puji mia

Jimin hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya

"So,kau dengan budak perempuan tu macam mana. Kau still contact dengan dia tak sekarang ni?"tanya mia lalu memandang jimin

Jimin hanya diam apabila mendengar soalan mia. 

"Jimin!"panggil mia apabila jimin tidal menjawab soalannya itu

"Hurm"jimin memandang mia

"Aku tanya yang kau still contact dengan budak perempuan tu lagi tak"tanya mia sekali lagi

"Ani! Aku dah tak jumpa dia dah sebab dia kena pindah sekolah Lima bulan lepastu"bohong jimin

Mia hanya mengangguk kepala apabila mendengar jawapan dari jimin

'Mia,kalau kau nak tahu. Kau la budak tu. Tapi kalau aku beritahu benda ni mesti kau tak percayakan'getus hati jimin sambil memerhati raut wajah mia

"Dahla,kau masaklah dulu. Kalau dah siap panggil aku tau. Aku nak tengok tv"kata jimin sebelum beredar

"NAE..suamiku"perkataan 'suamiku' sengaja mia perlahankan sebab takut jimin dengar he he

Sesampainya jimin di ruang tamu,dia terus mengeluarkan phonenya dari poket lalu mendail nombor seseorang

"Hello hyung,kau sibuk tak. Aku nak jumpa kau. Ada benda aku nak cerita dekat kau. Kau datangla rumah aku. Sekarang pun boleh. Okey,aku tunggu kau"Jimin terus menamatkan panggilan.

Dia mengeluh perlahan.

'Hyung,aku rasa mesti kau tahu dalang disebalik semua ni kan. Dan mesti ada banyak benda yang kau dah rahsiakan dari aku' getus hati jimin

Tbc


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top