11
Suasana di dalam kereta sunyi sahaja. Hanya kedengaran bunyi radio yang berkumandang. Masing2 buat hal sendiri.
Jimin yang fokus memandu tiba2 teringat akan perbualannya dengan rakan2 semalam
Flashback
"Sebenarnya ada banyak perkara yang korang tak tahu pasal aku dan mia..."
"Perkara apa hyung?"soal jungkook
Aku hanya berdiam diri. Aku dah tak sanggup dah nak ingat kenangan pahit itu. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa yang berlaku. Aku sendiri pening dengan apa yang terjadi
"Weyh! Bagitahu la kitorang. Kau tak percayakan kitorang ke hah"Desak taehyung
"Ani..aku percayakan korang tapi.."mataku dah mula berkaca
"Jimin,kalau kau tak bersedia nak beritahu kitorang tak apa. Kitorang faham. Tapi nanti kalau kau dah bersedia,kau terus beritahu dekat kitorang nae. Kitorang sentiasa ada untuk sokong kau"nasihat namjoon
Member yang lain pun mengangguk tanda setuju dengan apa yang namjoon cakapkan.
"Mi..mian.."kataku dan tanpa aku sedar air mataku mengalir perlahan lahan
Taehyung dan jungkook segera memeluk bahuku memandangkan aku berada di antara mereka
"Yah..yah jangan la nangis. Tak macho ah kalau pengantin baru kita ni nangis"pujuk taehyung
"Betul tu. Dah tak comel dah hyung kesayangan kookie ni"kata jungkook lalu mencubit pipiku
"Aku tak nangislah!"nafiku lalu mengelap air mataku yang mengalir dengan kasar
"Eyy tipu,tu ada air mata dekat pipi kau tu"gurau yoongi
Aku terus meraba raba pipiku untuk mencari air mata yang dikatakan yoongi
"Takda pun"kataku yang masih lagi maraba raba pipiku
🍁🍁🍁
"Hyung,aku nak tidur rumah kau boleh?"tanya Ku sambil memerhati jin hyung menyusun gelas2 di cabinet. Member2 yang lain semua dah balik termasuk pelanggan. Entah kenapa tetiba harini jin hyung nak tutup cafe awal.
"Wae? Kau kan dah kahwin and dah ada rumah sendiri. Isteri kau kat rumah tu macam mana?"soalan dibalas soalan
"Ala..boleh la,malam ni je." kataku sambil buat pout
"Haih,yelah2. Aku bagi je kau tidur rumah aku. Hari2 pun tak apa. Tapi isteri kau dekat rumah tu macam mana. Dia bagi ke?"soal jin risau
"Dia bagi je. Aku cakap dekat dia yang aku tak balik tadi and dia cakap okey je. Dia tak kisah pun"terangku sambil menolong jin menyusunn gelas2 tersebut
"Kalau macam tu takpala. Tapi kenapa kau cakap yang kau tak balik. Kau ada gaduh ke dengan dia tadi?"tanya jin sambil memerhati gelagat jimin
"Takdalah. Aku sengaja nak try test mia tu. Tadi aku cakap dekat dia yang aku nak jumpa kawan perempuan and aku nak tengok dia jeles ataupun tak kalau aku keluar dengan perempuan sampai tak balik2"
Jin hanya tersenyum mendengar jawapan daripada jimin. Bagi dia jimin dah berubah menjadi sorang dewasa yang mampu berdikari dan mampu menyelesaikan masalahnya sendiri. Walaupun jimin ni adik angkat dia,tapi dia dah anggap jimin ni sebagai adik kandung sendiri. Jimin membesar di depan mata dia sendiri. Perangai jimin semua dia dah masak.
End of flashback
"Kau memang tak balik ke semalam?" soal mia sambil memandang ke arah jimin
Jimin memandang mia sekilas
"Tak" jawab jimin sepatah
"Habistu kau tidur dekat mana?"
"Rumah kawan aku"
Mia hanya mengangguk kepala apabila mendengar jawapan jimin.
"Asal kau sibuk nak tahu"soal jimin kemudian memandang mia dengan tanda ingin tahu
"Ala...aku saje je tanya. Sebab semalam kan kau cakap yang kau jumpa kawan yeoja kau so aku ingat kau tidur dekat rumah dia la"jawab mia sambil bermain dengan jari jemarinya
"Kalau aku tidur dekat rumah dia pun kenapa"
Jimin memandang mia sekilas
"Takde pape. Kau tidur jelah rumah dia. Bukannya aku kisah pun"bohong mia. Entah kenapa dia rasa sedih bila jimin rapat dengan yeoja lain dan bukan dirinya. Dari semalam lagi dia sedih bila jimin sebut pasal yeoja lain. Etah kenapa perasaan ini muncul
'Aduh mia,mestilah dia tak rapat dengan kau sebab dia bukannya suka kau pun. Aduh pabo betulla kau ni mia'getus hati mia
"Betul ke tak kisah?"
"Betulla!"
"Yeke. Ataupun kau jeles"
"Ewh! Takde masa aku nak jeles."mia terus buat muka cemberutnya.
Jimin terus ketawa apabila lihat wajah cemberut mia. Bagi dia mia nampak comel bila marah. Sebabtu dia suka buat mia marah.
"Kenapa kau gelak"soal mia polos
"Tak,kau nampak comel la bila buat muka macam tu. Meh sikit nak cubit pipi tu" jimin terus mencubit pipi mia
"Eee jangan la main pipi orang. Suka hati dia je nak main pipi orang" mia terus menarik tangan jimin daripada mencubit pipinya itu
"Biarlah. Siapa suruh kau comel sangat"jawapan jimin membuatkan pipi mia serta merta merona merah. Jimin yang perasan akan perubahan muka mia terus gelak
"Eh eh ada orang blushing la bila kena puji"sakat jimin
Serta merta satu cubitan hinggap di paha jimin. Jimin terus mengaduh kesakitan
"Auch!! Sakitla!"
"Padan muka. Siapa suruh cari pasal" mia terus meletakkan tangannya di dada tanda marah
"Muka mana boleh padan"jawab jimin selamba
Mia merengus kasar. Dia dah malas nak layan perangai jimin tu. Buat sakit hati je
🍁🍁🍁
Selepas sahaja mereka makan,mereka terus ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Padanya mulanya mia ingin pergi sendiri tapi jimin terus menentangnya. Katanya bahaya la, ada orang culik la, dan macam2 lagi. Mia give up dan benarkan dia ikut sekali
Ketika mereka memilih ikan,jimin tak habis2 tanya
"itu ikan apa?"
"Kenapa ikan tu macam tu. Mata dia warna merah la?"
"Eww kenapa bau dia busuk?"
Mia yang dah tak tahan dengan perangai jimin terus memandang jimin
"Kau boleh diam tak. Susah la aku nak pilih kalau kau tak habis2 tanya itu ini"marah mia
"Ala..biarlah. Aku bukannya pernah datang pasar raya. Ni first time tau datang" kata jimin
"Serious ah. Habistu siapa yang slalunya beli barang dapur ni"soal mia tidak percaya
"Bibik"
Mia menganguk anggukkan kepalanya apabila mendengar jawapan jimin. Dia akui yang jimin tu kan anak orang kaya. Kesemua benda,mesti ada orang lain yang uruskan
"Hurm..so mulai saat ni aku nak kau belajar beli barang dapur. Sebab nanti lepas kita berpisah and mungkin kau dah ada keluarga baru,kau boleh tolong isteri kau cari barang2 dapur ni"
Kata2 mia membuatkan jimin tergamam. Entah kenapa bila mia sebut perkataan berpisah,dia rasa sedih. Dia memang tak harapkan perpisahan daripada mia tapi dah itu yang mia mahu. Dia nak mia sentiasa berada di sisinya. Dia tak sanggup lagi berpisah dengan mia.
PAP!
Bunyi petikan jari mia mematikan lamunan jimin. Mia memandang jimin yang terkebil-kebil di hadapannya
"Kau OK tak. Asal mengelamun jauh sangat..aku ada cakap benda yang salah ke tadi?"soal mia
"Ani..aku OK je. Dah jom,aku tolong kau cari barang lain nae" jimin menayangkan senyuman kepada mia lalu menolak troli ke arah lain. Mia hanya menganguk lalu mengikut jimin dihadapnnya
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top