10
Author pov
Mia bangun dari tidurnya apabila terdengar bunyi phonennya yang tak henti berdering. Mia terus mengapai telephonnya dan meletakkan di telinga.
"Yeobseyo?"soal mia dalam keadaan mamai
"Yah! Mia. Berabad kau tahu tak nak tunggu kau angkat phone. Penat sangat ke malam semalam sampai tak larat nak angkat phone kau tu. Kau tahu tak nak habis kredit aku semata mata nak call kau ni."
Bebel emylia di dalam talian. Mia hanya mendengar sahaja bebelan kawannnya kerana pada waktu itu dia berada dalam keadaan sedar tak sedar sahaja. Dan tak sampai satu saat mia tertidur balik
"Btw mia,harini kau nak datang kerja tak? Kalau kau tak nak datang pun tak apa sebab miss lily bagi kau cuti dua hari sempena perkahwinan sorang. Tapi kalau nak datang pun miss lily tak kisah tapi kena info dulu dekat dia la" Sambung emylia lagi selepas penat membebel
Seminit...
Dua minit...
Tiga minit...
"YAH! MIA! KAU DENGAR TAK APA AKU TANYA TADI ?! " marah emylia apabila soalannya tidak dapat sahutan dari mia.
Mia terus tersedar dari tidurnya apabila mendengar jeritan emylia dari telephonnya. Dia terus lihat nama si pemanggil
"Emylia. Kau dah kenapa ni. Gila ke apa tetiba nak marah orang tak tentu pasal"kata mia sambil menggaru kepalanya yang terasa gatal itu
"What! Kau kata aku gila" kata emylia dengan nada tak percaya
"Yerla. Call orang lepastu nak marah2. Kan gila namanya tu" kata mia yang masih lagi menggaru kepalanya. Dah sah ada kutu
"Aku marah kau bukan sengaja okey. Tadi aku tanya kau lepastu kau tak jawab2. Mana tak marahnya aku ni"emylia masih lagi dalam keadaan marah
"Bila masa kau tanya aku. Aku tak sedar pun?"soal mia pelik
"Huh. Dah sah kau tak dengar apa aku cakap tadi. Takpalah. Biar aku ULANG SEMULA nae" sengaja emylia tekankan perkataan 'ULANG SEMULA' kerana dia masih lagi geram dengan mia
"He he. Mian" kata mia sambil tersengih
"Harini kau nak datang kerja tak? Kalau kau tak datang pun tak apa sebab Miss lily bagi kau cuti dua hari sempena perkahwinan korang. Dia nak suruh kau luang kan masa kau dengan suami kau. And kalau kau datang kerja pun tak apa. Miss lily okey je but aku rasa better kau luangkan masa kau dengan suami kau tu. Kenal hati budi masing masing ke"terang emylia dengan panjang lebar
"Eyy tak mahu la aku luangkan masa dengan tu. Buat rugi je. Better aku layan pelanggan dekat cafe tu daripada nak layan dia. Tapi dah alang2 miss lily bagi cuti so aku on je. Aku still penat and lenguh tulang belakang aku ni " kata mia sambil mengurut bahunya yang terasa lenguh itu
"Hurm kalau macam tu tak apa lah. Nanti aku beritahu dekat miss lily yang kau tak datang tau. Kalau ada pape hal kau roger aku okeyh. Anneyeong"kata emylia dan terus menamatkan talian
"Huish tak menyempat si emylia ni. Baru je nak gossip"omel mia
----------------
Selepas selesai sahaja mandi. Mia terus menuju ke dapur untuk membuat breakfast. Mia membuka peti sejuk untuk mengambil barang basah dan apa yang mengejutkan mia ialah di dalam peti sejuk itu kosong. Tiada langsung barang basah mahupun minuman. Mia membuka almari untuk lihat ada tak makanan kering tapi itu semua menghampakan mia. Mia merengus kasar
'Habis tu nak makan apa kalau satu habuk makanan pun tak ada. Harap rumah je besar' kutuk mia dalam hati
Mia terus bersiap untuk breakfast di luar. Alang2 tu dia juga mahu beli barang2 dapur. Kalau dia nak suruh jimin beli,rasa menyusahkan la pula sebab belum tentu jimin tahu barang2 dapur ni.
Mia bersiap ala kadar dan terus keluar dari biliknya. Rambut mia dibiarkan lepas. Kelibat jimin masih lagi belum kelihatan di dalam rumah. Kereta dia pun tiada
Selepas sahaja mia mengunci pintu,sebuah kereta memasuki perkarangan rumah. Mia hanya buat tak tahu sahaja sebab dia tahu tu kereta siapa
"Kau nak pergi mana" soal jimin yang baru sahaja keluar dari keretanya
"Makan" jawab mia malas
"Asal tak makan dekat rumah je" tanya jimin yang mengahampiri mia
"Kalau barang dapur ada,takda masa aku nak keluar ni"kata mia sebelum melangkah pergi
Jimin terus menyambar lengan mia. Dan serta merta langkah mia terhenti
"Kau nak pergi naik apa"soal jimin yang memegang kemas lengan mia
"Jalan kaki jelah. Bukannya jauh pun kedai" kata mia sambil menghadap jimin
"Tak boleh,jangan mengada nak jalan kaki. Kau ingat tak bahaya ke jalan kaki sorang2 kat sini. Dah sekarang ni kau naik kereta dengan aku" kata jimin tegas
"Huh,taknak aku"mia terus menarik tangannya dari pegangan jimin
"Jangan degil boleh tak"jimin terus menarik semula lengan mia dan menarik mia untuk memasuki keretanya
"Yah!aku cakap taknak tu taknak la"marah mia dan ingin keluar dari kereta
Jimin terus menahan mia yang meronta2 mahu keluar dari kereta itu. Mia tidak mengalah dan bertegas mahu keluar. Dia terus menolak badan jimin. Tetapi jimin lebih cepat,dia terus menolak mia dipintu kereta dan satu kucupan hinggap di bibir mia. Mia terus berhenti dari kelakuannya kerana terkejut dengan apa yang berlaku.
Jimin melepaskan kucupannya dan merenung mata mia
"Boleh tak kau dengar cakap aku. Kalau aku kata tak boleh tu maknanya tak boleh buat la. Sekarang ni aku nak kau duduk dalam kereta diam2. Bagi aku masa lima minit untuk siap. Kalau aku nampak kau lari, siap kau. Malam ni kau tahu la apa yang aku akan buat dekat kau"jimin terus meniggalkan mia yang masih terkejut itu. Mia perlahan lahan memegang bibirnya yang dikucup tadi
Baru sahaja jimin ingin memasuki rumah,dia baru teringat sesuatu. Segera dia berpaling ke arah mia
"Mia"laung jimin
Mia yang berada di pintu kereta segera berpaling menghadap jimin.
"Tangkap"jimin membaling kunci keretanya pada mia dan mia menangkapnya
"Start enjin kereta tu. Aku takut nanti kau mati lemas pulak dalam kereta"sambung jimin lalu dia terus memasuki rumahnya
Mia bagai dicucuk hidung. Dia ikutkan sahaja arahan jimin kerana dia rasa jimin ni ada bermacam macam perwatakan. Tapi dalam banyak2 perwatakan jimin yang jimin ada yang tadi paling menakutkan. Bila tengok mata dia tadi,huih seram
********************
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top