Soalan Lazim (FAQ)
🌺Apakah faedah menjadi seorang Ambassador?
👉Selain berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan Ambassadors anda yang lain, anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan beberapa individu yang membantu dalam menjalankan dan mengekalkan Wattpad. Ia sentiasa menyeronokkan untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku di sebalik tabir, dan Ambassadors juga sering kali membantu menguji produk baharu, mengusahakan projek-projek dengan para staf serta melihat bagaimana cara semuanya berfungsi. Anda turut akan dapat mempelajari pelbagai kemahiran baharu dan menjadi seorang Ambassador adalah dikira sebagai kerja kesukarelawanan (di mana ia sentiasa kelihatan bagus pada resume anda).
🌺Apakah yang akan berlaku jika Ambassador melakukan penganiayaan terhadap pengguna lain, atau menggunakan kedudukan mereka untuk tujuan memburukkan, merendah-rendahkan atau membuli ahli komuniti yang lain?
👉Penyalahgunaan kuasa adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam Ambassadors. Jika anda merasakan bahawa seseorang Ambassador itu menyalahgunakan kuasanya, anda boleh melaporkan mereka (sila rujuk Artikel Bantuan Cara melaporkan pengguna di Wattpad), dan/atau hubungi Ketua Ambassador Antarabangsa, Gavin. Gavin turut dikenali sebagai TheOrangutan di Wattpad.
🌺Adakah akaun saya akan dihukum atau ditanda hitam jika saya menghadapi sebarang perselisihan faham dengan Ambassador yang lain?
👉Ambassadors adalah pengguna juga. Kami tidak menjangkakan semua orang untuk bersetuju 100% dengan satu sama lain, tetapi kami menjangkakan sebarsng perselisihan faham akan kekal sivil serta selaras dengan Garis Panduan dan Tatakelakuan kami.
Jika anda tidak bersetuju dengan Ambassador yang lain, ia tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap pengalaman berterusan Wattpad anda, melainkan anda benar-benar melanggar Garis Panduan atau Tatakelakuan kami.
🌺Adakah Ambassadors akan menutup akaun saya jika saya banyak mengeluarkan kata-kata kesat?
👉Ambassadors tidak akan menutup akaun, tetapi sama seperti pengguna Wattpad yang lain, mereka boleh melaporkan akaun kepada pasukan Wattpad Trust and Safety jika mereka merasakan bahawa terdapat pengguna yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan terma dan syarat am. Kata makian ganjil tidak bermakna bahawa akaun anda akan ditutup oleh Wattpad, tetapi jika anda menggunakan bahasa dengan cara mengancam, maka terdapat kemungkinan besar akaun anda akan dilaporkan oleh rakan pengguna Wattpad yang lain atau Ambassador. Pasukan Trust and Safety di Wattpad akan memutuskan sama ada akaun anda memerlukan amaran, penggantungan atau akan ditutup.
🌺Adakah benar bahawa anda hanya boleh menjadi seorang Ambassador jika anda mempunyai kawan yang sudah berada dalam pasukan?
👉Anda tidak perlu mengenali atau berkawan dengan ahli Ambassadors yang sedia ada bagi diterima untuk latihan. Walaupun pasukan yang sedia ada boleh memberikan cadangan tentang individu yang mereka rasakan akan dapat menjadi Ambassadors yang hebat, kami sering mencari set kemahiran atau keupayaan khusus yang dapat melengkapi pasukan yang sedia ada (kemahiran yang berubah setiap penggal). Oleh itu, jika anda tidak diterima melalui beberapa permohonan awal anda, sila teruskan menghantar permohonan.
🌺Apabila seseorang itu telah berjaya memiliki lencana, mereka kelihatan seperti bebas melakukan apa yang mereka mahu, tanpa sebarang peraturan. Bukankah sepatutnya terdapat latihan atau bimbingan?
👉Semua Ambassadors perlu menandatangani dan menerima satu set Garis Panduan spesifik, dan kod Tatakelakuan. Mereka yang tidak bersedia untuk menandatangani dan menerimanya setelah menamatkan latihan, tidak akan dibenarkan untuk menyertai pasukan. Ambassadors perlu mematuhi set peraturan yang sama seperti mana-mana pengguna Wattpad yang lain, dan mana-mana individu yang tidak berbuat demikian akan diaudit oleh pasukan Trust and Safety serta Ketua Ambassador Antarabangsa.
Terdapat lebih 1000 orang yang memohon untuk menyertai Ambassadors setiap empat bulan. Daripada sekumpulan individu tersebut, pihak kami berhati-hati memilih sekumpulan pemohon untuk latihan. Latihan mengambil masa lebih kurang satu setengah minggu serta terdiri daripada pelbagai tugasan, kuiz, dan lain-lain yang perlu diselesaikan oleh setiap pemohon.
🌺Adakah anda hanya membenarkan seseorang individu itu untuk menyertai Ambassadors jika mereka mempunyai ramai pengikut atau jumlah bacaan yang tinggi?
👉Jumlah pengikut atau bacaan yang dimiliki oleh pengguna adalah tidak relevan dalam penyertaan pasukan Ambassadors. Sesetengah ahli pasukan adalah sangat terkenal di platform, manakala yang lain mempunyai pengikut dan bacaan yang sangat sedikit dan kami mengambil kira segala-galanya di antaranya. Kami berminat pada individu tersebut, bukannya angka yang dimiliki oleh mereka.
🌺Adakah Ambassadors bekerja untuk Wattpad di Toronto? Adakah mereka dibayar?
👉Wattpad mempunyai kakitangan yang sangat pelbagai dari seluruh dunia. Begitu juga dengan Ambassadors, dan kami memiliki Ambassadors di lebih 50 negara yang berbeza.
Seperti yang telah dinyatakan, Ambassadors adalah sukarelawan. Kami meminta mereka untuk memberikan 4 jam masa dalam seminggu untuk membantu komuniti dalam melakukan peranan yang tidak berbayar. Walau bagaimanapun, sesetengah Ambassadors berpeluang untuk memiliki sedikit wang tambahan apabila kami memerlukan kemahiran khusus yang tidak dimiliki oleh ahli dalam pasukan Wattpad ataupun melalui kerja kontrak. Kami juga akan cakna bahawa peranan yang dibayar itu adalah pengecualian bukannya norma kebiasaan, serta majoriti Ambassadors tidak dibayar pada bila-bila masa.
🌺Adakah Ambassadors akan disemak latar belakang mereka sebelum menyertai pasukan?
👉Kami mempunyai proses penyaringan yang ketat untuk memastikan bahawa kami hanya menerima individu-individu yang memiliki kepentingan terbaik Komuniti Wattpad. Sebaik sahaja penyerahan permohonan dilakukan, pemohon akan disemak melalui pangkalan data kami untuk memastikan kami tidak memilih troll ataupun pelakon yang jahat.
🌺Adakah Ambassadors membantu dalam sokongan teknikal, mengemas kini perkhidmatan atau menolong dalam membaiki gangguan atau pepijat?
👉Ambassadors proaktif dalam melaporkan pepijat dan gangguan apabila ia muncul. Tetapi, walaupun sesetengah Ambassadors mungkin cukup mahir dari segi teknikal untuk membantu disebabkan oleh kerja harian mereka, Wattpad mempunyai pasukan teknikal yang melakukan semua kerja di belakang tabir. Pada dasarnya, Ambassadors tidak membantu secara langsung dalam membaiki perkara-perkara di Wattpad, serta mereka tidak mempunyai akses kepada mana-mana sistem dalaman.
🌺Adakah Ambassadors mengawal jenis ciri yang ditambah atau dialihkan dari Wattpad?
👉Ambassadors kadang kala membantu dalam menguji ciri-ciri baharu atau memberikan maklum balas terhadap idea-idea produk, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas perkara yang ditambah atau dibuang daripada produk. Sebarang keluaran atau kemas kini produk yang baharu akan diserahkan kepada pasukan Wattpad, bukannya Ambassadors.
🌺Adakah Ambassadors mempunyai akses terhadap akaun atau butiran kami?
👉Tidak, sama sekali tidak. Ambassadors tidak boleh log masuk ke akaun anda, dan mereka tidak boleh mengakses atau mengubah mana-mana maklumat peribadi anda.
🌺Adakah Ambassadors memantau setiap gerak-geri kami, mengintip kami dan melihat cara kami berkelakuan?
👉Kami tidak mempunyai bilangan Ambassadors yang mencukupi dalam pasukan untuk memantau keseluruhan pangkalan pengguna kami yang terdiri daripada 90 juta pengguna aktif bulanan. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, mempunyai soalam, atau mungkin memerlukan dorongan lembut ke arah yang betul, maka itulah tujuan Ambassadors wujud. Mereka bukan pengintip ataupun polis.
🌺Sebagai seorang Ambassador, adakah anda lebih berkemungkinan untuk memenangi Anugerah Watty, ditampilkan secara khas, memenangi peraduan, atau menyertai program Creators?
👉Menjadi seorang Ambassador sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan potensi diri anda untuk memenangi Watty, ditampilkan secara khas, atau menjadi penulis berbayar. Ambassadors tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk perkara-perkara seperti itu.
🌺Adakah Ambassadors boleh disenyapkan/disekat?
👉Ambassadors mahupun kakitangan tidak boleh disenyapkan/disekat oleh pengguna lain. Jika anda merasakan seseorang Ambassador itu menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri mereka maka mereka boleh dilaporkan.
🌺Adakah Ambassadors boleh mendapatkan pekerjaan dengan Wattpad?
👉Wattpad mempunyai siaran pekerjaan sepanjang masa, sama seperti syarikat lain, dan jika anda mendapati pengalaman serta pendidikan anda relevan terhadap jawatan terbuka maka anda dialu-alukan untuk memohon. Anda tidak perlu menjadi seorang Ambassador untuk memohon pekerjaan di Wattpad. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut maka anda boleh menyemak halaman Jobs.
🌺Adakah ahli pasukan memberi respons terhadap Support tickets yang dihantar melalui Helpdesk?
👉Helpdesk diusahakan oleh kakitangan Wattpad sahaja, jadi semua maklum balas yang diterima oleh para pengguna kami daripada mana-mana tiket yang dihantar adalah daripada kakitangan Wattpad, bukannya pasukan Ambassadors.
🌺Adakah Wattpad menggunakan bot untuk menjawab soalan, atau menggunakan bot untuk menguruskan profil dan bukannya Ambassadors?
👉Maklum balas mengenai profil kendalian Ambassador adalah daripada Ambassadors sendiri. Tiada bot yang digunakan pada mana-mana profil kendalian Ambassador.
🌺Jika anda adalah seorang Ambassador, adakah anda bertanggungjawab untuk membantu pengguna dengan penulisan mereka, membaca cerita-cerita mereka, mengikuti mereka dan sebagainya?
👉Pada dasar yang utama, Ambassadors adalah pengguna Wattpad. Walaupun mereka dilatih untuk memberikan bantuan apabila diminta,mereka tidak bertanggungjawab untuk membaca apa-apa yang mereka tidak mahu baca, mengikuti orang atau memberikan kritikan sastera.
🌺Adakah Ambassadors Wattpad dibenarkan untuk menggunakan logo Wattpad atau aset lain untuk kepentingan diri mereka sendiri?
👉Ambassadors mempunyai lencana di Wattpad untuk membolehkan mereka menjalankan urusan mereka sebagai Ambassadors. Lencana itu hanya boleh diguna pakai bagi peranan mereka sebagai Ambassadors Wattpad, dan tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi.
🌺Adakah Ambassadors boleh menutup akaun, dan jika mereka berbuat demikian, adakah mereka boleh memilih individu yang dialih keluar?
👉Ambassadors tidak dibenarkan untuk menutup akaun atau mengalih keluar cerita atas sebarang sebab. Ambassadors kami dilatih untuk kekal neutral serta tidak berat sebelah, dan jika mana-mana Ambassador mempunyai sebarang jenis konflik kepentingan, kami menjangkakan mereka untuk mengisytiharkannya serta meminta Ambassador lain untuk menangani situasi tersebut. Penggunaan hak admin adalah terhad kepada kakitangan bergaji dan kontraktor sahaja serta dipantau dengan ketat oleh pasukan Trust and Safety kami.
🌺Adakah seorang Ambassador itu boleh mengembalikan semula cerita yang telah dipadamkan?
👉Ambassadors tidak boleh mengembalikan semula cerita yang telah dipadam. Mengembalikan semula cerita yang telah dipadamkan perlu dilakukan melalui pasukan Trust and Safety kami dengan menghantar tiket. Anda boleh melakukannya di sini.
Sesebuah cerita itu hanya akan dikembalikan semula jika pasukan di Wattpad bersetuju bahawa cerita tersebut telah dipadamkan secara tidak betul.
Anda boleh membaca artikel ini untuk maklumat lanjut.
🌺Adakah Ambassadors mengawal Hotlists?
👉Tidak, perkara itu semua dilakukan oleh algoritma yang rumit dan hanya beberapa individu di HQ sahaja yang benar-benar tahu tentang cara ia berfungsi.
🌺Adakah Ambassadors yang menentukan cerita mana yang memenangi Wattys?
👉Pemenang dipilih melalui gabungan sains data dan pertimbangan editorial. Ambassadors kami sering terlibat dalam proses tersebut, tetapi keputusan akhir untuk menentukan cerita yang menang terletak di tangan kakitangan Wattpad.
🌺Siapakah individu yang saya boleh bertanya jika saya mempunyai soalan tentang Program Ambassador?
👉Gavin. Beliau ialah Ketua Ambassador Antarabangsa untuk Wattpad dan bertanggungjawab ke atas semua Ambassadors kami di seluruh dunia. Pada masa penulisan kami hanya mempunyai 500 Ambassadors yang meliputi 50+ negara dan bahasa. Gavin dikenali sebagai TheOrangutan di Wattpad. Beliau tidak berwarna oren atau berbulu, tetapi beliau sentiasa gembira untuk menjawab segala persoalan yang anda ada berkaitan Ambassadors, atau perkara-perkara yang mereka lakukan atau anda boleh meninggalkan soalan di penghujung bab Tanya Kami Apa-apa (yang seterusnya selepas ini).
👉Alanna. Beliau adalah seorang Ambassador dari tanah air yang menubuhkan dan menjayakan AmbassadorsMY, alam khas untuk penulis dan pembaca daripada Malaysia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top