PXR 4
Kelas Akaun sudah bermula setengah jam yang lalu tapi bayang Tengku Ariana Raisya masih tiada lagi di dalam kelas.
Yang ada hanya Harith dan Isyraf. Daniel juga turut tiada disitu.
Princesses Xavier dan King berasa hairan, dimanakah gadis ini pergi?
Tokkk ..
Tokk ...
Pintu dewan terbuka luas dan tersembul wajah Tengku Ariana bersama Daniel.
Mereka menundukkan sikit badan mereka tanda hormat pada guru. Pensyarah itu hanya senyum.
Tengku Ariana dan Daniel duduk di kumpulan mereka, Han memerhati gerak geri Tengku Ariana.
Tamat sahaja kelas , pensyarah keluar terus Tengku Ariana membaringkan kepalanya di atas mejanya. Begnya dijadikan alas, penat nya harini!
DUSHHH!!
Tengku Ariana mendengus geram! Kalau tak kacau aku masa aku tidur tak boleh ke!
Dia mengangkat wajahnya.
Oh, perempuan sotong!
" Kau memang cari pasal eh! " jarinya menunding ke arah wajah Tengku Ariana.
Harith, Isyraf, Daniel, Princesses Xavier dan King hanya memerhati.
" Pakwe kau mengadu eh, em nama kau Poopy Rikky. Elok lah tu pakwe nama Kygo dan kau poopy. Ky poop bermaksud ky taik. Elok sangat! " sindir pedas Tengku Ariana.
Fikir aku kecut lah kau hentak hentak meja aku? Aku hentak kepala kau sekali koma terus!
Poopy Rikki ialah pelajar senior dan dia ialah Diva kepada universiti ini! Gedik nya emmn jangan kata beb!
" Habistu kau? Maksud kelas lambat tak apa pulak! Kau siapa perempuan. Bapak aku penaja utama kat sini! " jari tengah poopy menunjal dahi Tengku Ariana.
Wajah Tengku Ariana bertukar menjadi merah, mask dicabut. Leher Poopy dicengkam kuat!
" Kau fikir aku takut kalau bapak kau penaja utama kat sini? Dengar sini betina sundal! Aku bagi amaran, jangan nak masuk campur dengan hal aku! "
Harith, Daniel dan Isyraf merayu Tengku Ariana untuk melepaskan Poopy. Wajahnya sudah menjadi biru kerana tiada oksigen.
Han tergamam! Betul ke dia Rish?
Poopy terjatuh akibat Tengku Ariana menolaknya kuat! Kau salah orang lah!
DUSHHH !!
Pintu dewan disepa , wajah kumpulan Kygo menyapa mereka.
Tengku Ariana tersenyum sinis, Isyraf, Daniel dan Harith sudah bersedia berdiri dibelakang Tengku Ariana.
" Dedua takde otak! Patutlah bersama awh soo sweet. " sindir Tengku Ariana.
Kygo dan Poopy berasal dari Indonesia, tapi mereka fasih dalam bahasa Melayu.
Seluruh pelajar di dalam dewan menjadi bisu, mereka takut melihat senyuman Tengku Ariana.
Sebab?
Killer smile
Iphone 8 Tengku Ariana bergetar tanda ada panggilan yang masuk. Dilihatnya sekilas, Aliff Haikal menelefonnya. Dia tidak menjawap, telefonnya dicampakkan di atas begnya.
" Siapa suruh kau sentuh dia! "
" Jawablah betina! "
" Dah pekak ke ha?! "
" Aku taktahu lah macam mana kau lulus masuk sini. " sindir Tengku Ariana.
Kygo mengarahkan anak anak buahnya menyerang Tengku Ariana! Malangnya Isyraf, Daniel dan Harith lebih pantas dari mereka.
Mereka bertumbuk! Meja pensyarah terbalik. Okay nanti takya berlajar dah!
Tengku Ariana merapati Poopy yang masih berada di lantai. Tengku Ariana menyepak Poopy yang berada dihujung tangga kecil.
Poopy jatuh tergolek sehingga ke tangga yang terakhir!
Poopy dengan popia roll tak sama ke bunyi nya? Alang alang nama kau poopy, aku golekkan kau dulu.
Kygo berang!
Dia terus menerpa Tengku Ariana, tangan Tengku Ariana dipulas! Terpusing badan Tengku Ariana!
Princesses Xavier terkejut!
King? Sudah takut melihat gadis itu. Mereka yakin yang gadis ini bukan Airish Xavier.
Han? Hanya berdiri tegak dan berdiam diri. Banyak persoalan dimindannya.
Tengku Ariana dengan kudratnya dia memusingkan badanya menghadap Kygo.
Yey menjadi!!
DUSHHHHH !
Tengku Ariana menendang alat sulit Kygo dengan kuatnya! Tengku Ariana melompat kegembiraan!
Kygo terbongkok bongkok menahan rasa sakit.
Perut Kygo disepak dengan kuatnya.
" Dengar sini! Aku Tengku Ariana Raisya Jefrizal Ricci! Universiti ni milik bapak aku, jadi korang semua takpayah nak sibuk pasal kehidupan aku! Terutama kelas ni! Kepoci betul! Aku taktahu pulak bapak aku ada tambah jurusan hebahkan gossip dalam bangunan ni! Kau Poop, takpayah nak bising bising aku masuk kelas lambat! Bapak aku sendiri bagi kebenaran dan kau nak halang? Lupakan jerla! " dengan lantangnya Tengku Ariana menuturkannya dan dia menghadap kearah pelajar pelajar kelasnya.
Jelas dari riak wajah King, princesses Xavier dan Han kelihatan seperti kecewa melihat Tengku Ariana.
Hatinya dipagut rasa bersalah kembali! Maaf, sebab aku memang bukan Rish. Aku tak selembut dia!
Pelajar pelajar disitu tergamam!
Baru sahaja Kygo mahu melempang Tengku Ariana, ada tangan yang terhalang.
" Don't touch her! "
Suara garau itu! Aku berpusing , wajah dingin lelaki itu dipandang.
Pengawal tiba dan mereka meleraikan pergaduhan itu! Mereka menghalau Poopy, Kygo serta anak buahnya.
Tengku Ariana tergamam melihat jejaka yang berada dihadapannya.
Rambut hitam nya, ketinggian macam tiang lampu, badan yang tegap waw makin sado lah! Wajahnya tetap sama.
Rindu sama lu brader!
Tapi ia hanya mampu disebut di dalam hatinya.
Jejaka itu menghampiri Tengku Ariana yang sedang kaku disitu, jarinya menjentik dahi Tengku Ariana.
" Sejak bila jadi gangster dan mafia ni ? " soalnya
Tengku Ariana hanya diam tak mampu berkata apa apa, dia memandang segenap wajah lelaki itu.
Isyraf, Daniel dan Harith bersorak nakal bersama pelajar pelajar disitu.
" Haikal, dia mana berubah! Dia gangster weh habis budak budak ni dia lanyak. " adu Daniel.
Tengku Ariana menjeling tajam!
" Aku pinjam dia dulu dan sorry for the drama. " terus tangan Tengku Ariana ditarik. Mereka keluar dari dewan itu menuju ke kafeteria.
Pelajar pelajar bersorak nakal! Mereka suka melihat Tengku Ariana bersama Aliff Haikal katanya seperti pinang dibelah dua.
Han menahan rasa cemburu yang membuak buak! Kenapa bila dia memeluk Tengku Ariana, dia meronta ronta mahu dilepaskan.
Tapi bila dengan lelaki itu, dia tidak melawan mahupun memarahinya!
Pelajar pelajar beransur keluar dari dewan kuliah, untung dapat tengok drama percuma!
Harith, Daniel dan Isyraf mengemas barang mereka bersama barang milik Tengku Ariana.
Selepas itu, mereka terus menuju ke meja Princesses Xavier.
" Aku nak cakap sikit ni." ujar Harith.
Princesses Xavier mengganguk.
" Kau rasa dia tetap Qistina Airish Xavier ke? " soal Harith
Mereka diam!
King menggeleng.
Han? Diam seribu bahasa, rambutnya dikusutkan. Stress!
" Sebab dia memang bukan Qistina Airish Xavier! Dan lelaki tu tunang dia jadi Tengku Rayyan aku harap kau jangan ganggu dia." pesan Isyraf tegas.
Sian melihat Tengku Ariana yang menjadi mangsa keadaan!
Han tersenyum sinis .
" Aku rasa dia cinta aku."
Daniel menggeleng.
" Qistina Airish Xavier umur 18 kan? Dan Rai, umurnya 19 faham? Rai dari kecil membesar depan mata aku! takkan pulak dia berlakon jadi Rish. Lupakan tentang dia. " ujar Daniel dengan lembutnya.
Shah menggeleng.
" Kalau aku kata, korang tukar nama dan identiti Rish macam mana? Rai dari keluarga Ricci kan? Selepas Rish tinggalkan Malaysia, dia pergi jumpa keluarga Ricci. " ujar Shah dengan tenang.
Isyraf diam, taktahulah nak kata apa! Degilnya lahai!
" Rish dah lama tiada, tolong lah faham! Kalau aku kata Rai dari umur 10 tahun dah bawak syarikat keluarga dia, kau nak kata apa? Waktu terakhir dia jejakkan kaki kat Malaysia umur 7 tahun! Kau nak kata dia berlakon partime jadi Rish? " soal sinis Harith.
Mereka diam seribu bahasa, argh perit menerima kebenaran!!
Mereka berbincang baik baik tentang Tengku Ariana, Han hanya mengeluh dari awal hingga tamat perbincangan itu!
Hatinya kembali kosong.
Rish, i need you now hmm.
Tengku Ariana dan Aliff berada di kafeteria. Tengku Ariana hanya menundukkan kepalanya kerana Aliff merenung dia!
Takut seh! Mata dah lah tajam! Kalau aku pandang tu mahu buta weh! Daddy lah ni masa aku kecil bukak cerita Mafia ataupun gangster! Kan dah terikut.
" Perangai tak pernah ubah kan." tegas suara Haikal
Tengku Ariana mendengus geram, dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat anak mata Haikal yang tajam itu.
" Habistu Haikal kata ada test bagailah! Tup tup kat sini! Er penipu betul." marah Tengku Ariana.
Haikal tersenyum.
" Tulah orang call taknak angkat kan ! Sibuk nak jadi gangster , boo ingat boo sado sangat? " sindir Haikal dengan tawanya.
Tengku Ariana mengetap giginya.
" Dia lah cari pasal! Siapa suruh, padan lah muka. Rai dahla penat dengan meeting dekat luar lepastu masuk kelas lagi. Dah habis kelas Rai nak lah rehat! Tiba tiba dia kacau, memang menguji tahap kesabaran Rai lah" adu Tengku Ariana, airmata bergenang.
Haikal tersenyum manis, alahai manjanya tunang aku ni! Tengku Ariana memang begini, jika dia terlalu keletihan dan orang menggangunya pasti hidup orang itu akan tak aman.
Selepas itu, dia akan menangis untuk melepaskan rasa keletihannya.
" Heyy baby girl, don't cry. I m with you now. " pujuk Haikal.
Tengku Ariana senyum manis.
" Rai rasa letih je, macam macam jadi hm. Tengku Rayyan tu lagi. " gumam Tengku Ariana perlahan
Tapi Aliff dapat mendengar setiap butir perkataan yang ditutur oleh gadis ini walaupun perlahan.
" Kenapa dia buat apa? " soal Haikal dengan nada tegas.
Gulp!
Air liur kesat ditelan, habislah Rai mahu Haikal suntik ubat sawan dekat Tengku Rayyan . Aluff Haikal bukan boleh dipercayai sangat.
Dahla kuat cemburu!
Tengku Ariana menarik nafas panjang dan menceritakan semuanya pada inchik tunang.
Berkerut kerut mukanya.
"Berani dia peluk boo? Nak kena pijak dengan sayang ke! " marah Haikal.
Dan mula lah Haikal membebel! Hampir cair lah taik telinga aku.
" Nak buat macam mana kan? Dah muka Raisya macam Rish " ujar Tengku Ariana dengan senyuman manisnya.
Mereka berjalan beriringan menuju ke dewan kuliah , tapi Haikal hanya mendiamkan dirinya dan lebih fokus pada telefonnya.
" Sombong nya! Datang sini semata mata nak menghadap telefon? " Tengku Ariana geram melihat tunangnya yang diam.
" Nak pergi tandas jap, pergilah masuk dewan dulu." arahnya lalu Haikal beredar menuju ke tandas.
Tengku Ariana geram!
Baliklah kau, er nak mengajuk macam ni! Borak lah kau seorang diri malam kang! Kau tunggu aku block kau.
Tengku Ariana dengan geramnya menuju ke dewan kuliah seorang diri. Dia terus mencapai begnya, pergerakan nya diperhati.
" Aliff Haikal mana? " soal Bal.
Tengku Ariana mendengus geram.
" Dia palau aku, bukan nak cakap dengan aku pun! Aku tak tahula macam mana aku boleh suka dengan dia ey! Dahla kuat bebel, garang ey! " adu Tengku Ariana.
Meletus tawa Isyraf, Daniel, Harith dan princesses Xavier.
" Haikal pergi jumpa Han." ujar Isyraf dengan nada tenangnya.
Pasti sepupunya akan mengamuk macam gorilla!
King juga tiada disitu, hanya sepupunya dan princesses Xavier berada disitu.
Membulat anak mata Tengku Ariana.
" Asal tak halang?! Kau gila ke , mahu Haikal suntik ubat sawan dekat Tengku Rayyan nanti! Dia dahla tiada mood kalah gegirl ey." beg diambil lalu dia terus berlari keluar dari dewan.
Daniel senyum manis.
" Jangan risau Haikal waras lagi, dah jom kita tengok drama." seloroh Daniel.
Terus meletus tawa Princesses Xavier. Mereka jalan beriringan keluar dari dewan dan mencari drama percuma itu.
TO BE CONTINUE
VOTES N COMMENTS 👑
Agak agak apa yang Aliff akan lakukan pada Han ?
Haa teka tekaa , apa yang akan terjadi k 😉
BY - QUESTN 🐻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top