PXR 28


PROMOTE

Title:

ketua gangster vs kawan 
-taena

"Te Amo"

[Buka video di atas tau]

Ramai tetamu yang hadir pada majlis Aisy dan Han. Warga Arcad yang dapat jemputan juga turut hadir.

Jurugambar tak berhenti mengambil gambar raja sehari itu.

"Apa gigil ni?"

"Rish takut lah, heels ni tinggi sangat. Kalau boleh Rish nak pakai selipar jepun boleh?" Aisy merayu, mata dikerdipkan beberapa kali.

Han menggeleng laju, gila bini aku ni. Ada ke nak pakai selipar jepun waktu majlis fuh, tak pasal-pasal masuk motif viral.

"Pegang lengan sayang kuat-kuat. Tak akan jatuh, trust me hun." Han mengusap kepala Aisy dengan penuh kasih sayang.

Aisy mencebik, alahai pakai selipar pun tak boleh. Patah kaki aku sebab kasut tinggi macam KLCC ni memang aku saman syarikat dia.

Bibir Aisy 

"Nak gantung handbag ke baju kat bibir tu?"

Aku memukul lengan sasanya!

"Sudah, jangan bergaduh." kata Emrys.

Apabila pintu dewan terbuka luas, mereka masuk.  Aisy memeluk erat lengan Han,
takut-takut kalau jatuh tarik sekali incik suami sekali.

Selepas makan, aku bangun meninggalkan sang suami dan yang lain. Aku menuju ke juruacara, di gagahkan juga berjalan dengan kasut tinggi ini.

Aku mengambil mikrofon itu, butang on ditekan dan lampu hijau bernyala.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari pada semua tetamu. Saya mahu mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis saya pada hari ini. Dan tidak lupa juga pada keluarga saya dan keluarga ibu mertua saya. Princesses Xavier dan king juga turut membantu saya, mereka lah yang banyak menguruskan majlis saya."

Mereka senyum.

"Mesti ramai yang bertanya bagaimana kisah percintaan kami kan?"

Mereka mengganguk dan bersorak.

"Siapa sangka ice princess boleh jatuh cinta pada buaya darat kan? Rayyan Farhan ialah musuh dan kawan baik Rish, banyak yang kami lalui bersama. Kisah cinta kami bermula dari kepahitan, kami berpisah lama. Dan dia setia menunggu saya walaupun terdapat beberapa khabar berita palsu mengenai kematian saya. Kalau dah jodoh tak kemana kan? Love you Rayyan Farhan."

Han tersenyum manis, panahan matanya sudah  tidak aku takut lagi untuk memandangnya.

"To my sisters, princesses Xavier also be my strenght. Although we always fight together. Macam-macam kami lalui bersama, dan Rish minta Shah, Isk dan Izzkal untuk menjaga mereka dengan baik! kalau diorang tersakiti sebab korang bertiga em you know what i mean right." aku ketawa nakal.

Terhambur ketawa mereka. Nama pun Qistina Airish, tak sah lah kalau tak tinggalkan ugutan.

"And thanks to all my family. To mum and dad, if you not be here and support me i think Rish tak akan berada di tahap ni. I wish my late brother Asy Qairil is here, see her lil sister grew up and today i m married. Really miss him." aku tersenyum paksa. Ia antara rela dan tak rela.

Bayangkan, kau ada seorang sahaja abang. Bila ibu bapa kau sibuk mencari rezeki, adik-beradik lah yang akan temani kau. Dia lah penghibur dan teman kita. One day, dia tak ada kau boleh rasa tak bagaimana rasanya kehilangan darah daging sendiri. Dan hidup kau menjadi kosong.

Tangan kasar itu menarik kepala ku ke dada bidangnya. Dengan lembutnya dia mengusap belakang badan ku.

"Jangan menangis girl." suara Han, betul-betul di tepi telinga aku.

Aku meleraikan pelukan itu dan tersenyum manis, aku kuat!

"And now he is my strenght."

Para tetamu ramai yang menepuk tangan dan bersorak kegembiraan.

Pasangan ini tidak lah menunjuk kebahagian mereka. Cukuplah sekadar mereka sahaja yang tahu tentang itu.

"Qistina Airish is my favourite girl since i was highschool. She change me a lot, from the playboy into a cringe boy. Hati dia tetap dingin sampai sekarang. Dan dia ialah idola saya sehingga sekarang, dia kuat walaupun dia lemah di saat itu. Dia tabah hadapi dugaan, dan saya tabik dengan isteri saya kerana setiap usaha nya berbuah menjadi kejayaan sekarang. Saya rasa seperti fantasi kerana pada umurnya 15 tahun, dia sudah ada segalanya."

Aku tersenyum bahagia.

Dia ialah pelindung ku.

"Dalam satu hari dia jadi pelajar kemudian model dan CO-Ceo di syarikat Xavier. Kalau kita dengar mesti rasa seperti tipu kan? tapi itulah hakikatnya. Dia gilakan dunia perniagaan, saya sendiri tak mampu untuk menaikkan nama syarikat sehingga worldwide, tapi untuk Qistina Airish dia mampu. I'm proud of you princess." Han mencium dahi ku lama.

Pipi ku mula berona merah, dah lah depan orang ramai ni. Malu!
Siulan usikkan dari King dan princess Xavier membuatkan aku bertambah malu.

Aku merampas mikrofon dari Han, suis on ditekan kembali.

"Bakat Rish mungkin lebih kepada dunia perniagaan dan bukannya pada dunia law seperti dad dan mum dengan dunia fesyen. Mungkin Rish seperti moyang terdahulu, gila dengan binaan bangunan. I m still Last princess Xavier, once you mess with me you will regret. Thankyou." aku hanya tayang senyuman senget.

Kata-kata ku amat mendalam.

Para tetamu terus diam, dia tetap dingin kerana dia ialah gadis dingin Xavier.

Hatinya beku.

Seperti berada di dalam ketulan ais.

Han dan Aisy bergerak ke meja demi meja. Mereka berkenalan dengan ahli keluarga yang lain.

Tiba sahaja di meja keluarga Ricci, Aisy berlari anak dan memeluk Tengku Riyya dengan eratnya.

"Jatuh jugak bini aku ni kang."

Han bersalaman dengan Tengku Shahriezal, Tengku Zayyan dan Tengku Riyad. Mereka berbual-bual mesra.

"Jaga adik aku, kau sakitkan dia. Aku bunuh kau."

"Aku tahu tuh."

"Baguslah macam tu."

Aisy terus memeluk erat Tengku Riyad.

"Rindu abang!"

Tengku Riyad hanya ketawa, dari dulu dia memang manja. Maklumlah, seorang sahaja puteri kan?

"Eh Riyad je, aku?" soal Tengku Zayyan dengan sinisnya.

Aisy terus memeluk Tengku Zayyan dengan eratnya, "miss you like, miss Asy Qairil."

Tengku Zayyan terkedu. Aisy meleraikan pelukan itu, senyuman manis menghiasi bibir merah itu.

****

Aisy dan Han naik ke bilik apabila tetamu sudah pulang. Penat, itulah perkataan yang mampu mereka gambarkan.

Aku duduk di birai katil, kaki diurut perlahan. Sakit kakinya tidak terkata, ia pedih dan perit.

Han menghampiri aku, kaki aku disentuh lembut dengan perlahan-lahan jarinya mengurut kaki aku.

"Feel better?"

Aku mengganguk, baru sahaja mahu baring. Han memaksa aku untuk mandi.

Aku hanya akur, kang tak cium bau syurga pulak nanti. Tak elok lawan kata suami.

Dengan perlahan-lahan aku berjalan menuju ke meja solek. Satu demi satu jarum peniti dibuka, tudung yang tersarung dibuka dan terlerai lah rambut panjangku.

Aku memandang ketepi, melihat sang suami sedang tidur. Patutlah suruh mandi dulu.

Nasib baik dah solat berjemaah di bawah tadi.

Towel dan baju dibawa masuk kedalam bilik air. Zip dibelakang baju ini menyukarkan untuk aku membukanya.

"Adu, leceh nya!"

Aku keluar dari bilik air, rambut disanggul tinggi. Aku mengatur langkah ke katil.

Lama juga aku berfikir, sama ada mahu mengejut Han atau tidak. Kalau tak kejut, tak mandi dah lah bau kambing.

Mum! tolong Rish.

Aku menggoncang lengannya. Keningnya  berkerut, matanya masih tertutup rapat.

"Awak... tolong bukak kan zip." pinta ku.

Matanya digosok dan Han bangun dari pembaringannya. Aku duduk di tepinya.

"Tak mandi lagi?" soalnya.

Aku menggeleng laju, matanya terbuka besar dan halkumnya bergerak ke atas dan kebawah melihat aku.

Argh sudah, apa hal nih!

Dia terus menarik zip di belakang bajuku. Terselah badan putihku dan baju dalam ku.

Aku masih dapat merasai jarinya yang berada pada belakang badan ku. Halkumnya jelas bergerak ke atas dan kebawah lagi sekali.

Aku bangun dan terus lari!

Dengan pantasnya aku menutup pintu dan menguncinya. Tawa Han dapat didengari, ee suka betul sakat aku!

Seusai sahaja mandi, aku keluar dari bilik. Dan melihat Han sedang sibuk dengan komputer riba nya.

"Awak mandi lah."

Han memandang aku dengan pandangan sukar ditafsir. Matanya tidak lepas memandang aku.

Towel di rak di ambil, aku menghulurkan towel itu pada Han. Towel itu bertukar tangan, baru sahaja aku mahu beredar, tangan Han lebih pantas menarik aku sehingga kan aku terduduk di atas ribanya .

Entah bila pulak laptop dia berada di tepi!

Baru sahaja aku mahu bangun, tangan nya memeluk erat pinggangku.

"Awak mandi." rambut ku yang menutup muka diselitkan di belakang telinga.

"You're so beautiful sayang." Han mencium pipi kiriku.

"Cepat lah mandi kambing." marah ku.

Han ketawa, "apa kambing?"

Pinggang ku menjadi sasaran nya. Aku merayu sehabis yang baik, itulah titik kelemahan aku.

"Okay-okay maaf." pinta ku.

Mukanya disebamkan pada leherku, deruan nafasnya jelas didengari di telinga kiri ku. Ciumannya mula menjalar di leherku.

"Rayyan Farhan...,"

Akhirnya dia berhenti, fuh. Tangannya meleraikan pelukan itu, aku bangun dan dia terus mandi.

Aku mengurut dada ku perlahan. Fuh, jantung macam nak terkeluar dah!

Aku terus baring di atas katil, novel diambil. Dengan penuh khusyuk nya aku membaca, kadang-kadang tersenyum dan ketawa.

Baru aku perasan Han sedang menyisir rambut. Sejak bila dia dekat situ?

Eh jap, wangi nya dia! sabun apa dia beli ni? bau haruman itu menusuk hidungku.

Dari jauh, aku dapat menghidu bau itu.

Aku sambung membaca cerita itu. Tanpa aku sedar, Han sudah berada di tepi aku.

"Argh!" Mulut ku ditekup oleh Han. Dia tidak memakai seurat benang pun di badannya!

Tahu lah badan lawa, tapi!

"Pakai lah baju." marah ku.

Han terus menarik ku berbaring. Tangannya menarik badan ku agar rapat denganya. Akhirnya, kepala aku berada di atas dada bidangnya.

Aku diam, sedikit terbuai dengan rentak jantungnya.

"Kenapa laju?"

"Sebab bila Rayyan Farhan berada dekat dengan sayang ia jadi laju."

Aku diam, jeda.

"Rish...,"

Aku hanya mengganguk.

"Cuba panggil Han, abang."

Aku berpusing, menghadapnya. Mata hazelnya ditatap lama.

"Kita kan sebaya."

"I'm your husband sayang."

"I know, tapi kekok lah."

"Try your best wife."

Aku diam, tangan kasarnya mengelus rambut ku.

"Tidur lah, mata abang tak boleh bukak tu." aku baring di lengannya.

Matanya lama meratah wajah ku. Aku sedikit terbuat dengan matanya, kemudian jatuh kepada bibir merahnya.

Bibir merah itu singgah lama dibibir ku.

"I m yours abang." aku mengenyit mata dengan nakalnya.

Seusai Han membaca sepotong doa. Pada malam itu, bintang menjadi saksi segalanya.

Dua hati bercantum kembali. Hati yang lama terluka sudah mula diubati dengan kasih sayang.

****

Selepas subuh, Aisy turun ke dapur untuk mengemas dapur rumahnya. Han dan Aisy sudah berpindah rumah, mereka tinggal di rumah Aisy.

Han sambung tidur selepas solat subuh. Matanya tidak dapat dibuka, puas Aisy memujuk nya untuk tidur dan akhirnya dia tidur selepas di dodoikan oleh Aisy.

"Mana Aventador, R8, Ferari Italia aku."

Garaj dibuka, yang tinggal hanya Aston Martin sahaja.

"Mana pulak kereta sports aku."

Aku berlari masuk ke dalam rumah. Bunyi percikan air di kolam membantutkan jalan ku.

Han sedang berenang rupanya. Aku menghampiri nya.

"Awak!"

Han menoleh dan tersenyum sinis.

"Apa tak dengar."

Aku menghentak kaki beberapa kali.

"Awak, mana kereta Rish!"

Han tidak menghiraukan aku.

"Abang!"

Dia ketawa, "iya sayang."

"Kereta Rish mana?" aku mendengus geram.

Nasib suami, kalau bukan ni memang aku pijak dia. Kecik besar je aku nampak dia ni.

"Abang jual."

Air mata mula bergenang secara tiba-tiba. Dia jual? aku diam, jeda.

Baru sahaja aku mahu beredar, ada tangan yang melingkari pinggang ku. Dagunya berada di atas bahu aku.

Jelas badannya sedang gigil kesejukan.

"Kenapa marah ke?"

Aku diam.

"Jawap sayang."

"Terkesima je." balas ku ringkas.

Han mengeratkan pelukan itu. Ia seperti tidak mahu lepaskan aku.

"Lepas ni, Rish pergi kerja abang hantar. Abang risau kalau Rish bawak kereta macam nak race. Bukan abang tak tahu, yang awak suka race dekat highway kan? selagi boleh tekan pedal tu, nak tekan. Bahaya tau, nak gugur jantung abang tengok Rish memandu. Tak tahulah, macam mana Rish boleh dapat lesen kereta."

Aku ketawa, "dari umur 15 tahun, Rish macam tu. Rilek lah."

Pipi kanan ku dicubitnya.

"Rilek? lepasni nak pergi mana-mana abang hantar. No more drive."

Aku terus pusing menghadapnya. Matanya ditatap lama, dia lah pengubat jiwa ku.

Serata wajahku diciumnya.

"I love you sayang."

"I love you more."

****

Empat bulan kemudian...

Aisy dan princesses Xavier menjaga Blue Iv dan suami mereka menguruskan Blue Aqua.

"Minah tu sumpah biadap!" Bal merengus geram.

Dah lah minta bergabung, lepas tu banyak pulak permintaan nak diskaun lah.

"Aku nak je tarik subang kat bibir dia, kalau gantung tudung kat bibir dia bagus jugak." sambung Fatin dengan nada sinisnya.

Mereka berempat berada di bilik mesyuarat.

"Aku perhati je perangai dia. Mengada gila, nak kopi tak nak susu lah. Nak letak madu lah, geram aku. Lepas tu tadi, dia panggil aku bibik fuh." merah muka Mia, api amarahnya tidak mampu dikawal lagi.

"Apa lagi, pergi lah sabotaj." kata Aisy dengan sinisnya.

Mereka bertiga memandang Aisy dengan senyuman nakal. Kalau dah dapat kebenaran, semuanya settle!

Mereka berbincang, segala stratergi sudah disusun oleh Aisy.

Mia berlakon menjadi bibik, air yang telah dibancuhnya sudah dicampurkan dengan cicak yang sudah mati.

Mereka menyuruh pak Samad, mengambil cicak yang sudah mati ditepi almari itu.

"Menjilat jari air ni." Mia ketawa sinis.

Pekerja-pekerja disitu hanya ketawa, perangai sabotaj princesses Xavier mereka sudah lali.

Kasut tumit tinggi gadis itu diambil. Tumit itu dipotong oleh Fatin, kemudian dicantumnya chopstik pada tempat tumit itu.

"Woo bitch."

Bal dan Aisy hanya menabur paku tekan pada pintu bilik ruang menunggu itu.

"Kau ok tak Rish, dari tadi muntah?"

"Okay, cuma tak sarapan je tadi." balas Aisy, tekaknya mula berasa mual.

Mereka berempat berkumpul di tepi bilik ruangan menunggu. Tidak sampai lima minit jeritan perempuan itu mula didengari.

Kemudian, dia terjatuh akibat kasutnya. Dan lebih peritnya, badannya terkena paku tekan itu. Jeritannya, kuat sehingga kan setiausaha nya yang berada di tandas boleh mendengar jeritannya.

Mereka berempat sudah terbahak-bahak ketawa. Aisy memaut tiang disitu, matanya mula kabur.

Dan akhirnya, dia rebah.

****

King dan princesses Xavier berada di hospital.

Han tidak berhenti mundar-mandir, hatinya risau jika berlakunya apa-apa pada cinta hatinya.

"Serabut aku tengok kau, duduk tak boleh ke?" marah Fatin.

Shah mengusap belakang Fatin dengan perlahan.

"Duduk Han, Rish okay je tu." pujuk Isk.

"Korang buat apa tadi?" soal Izzkal.

"Tak buat apa-apa pun." tipu Mia.

"Baik mengaku." Shah mula menggertak princesses Xavier.

Han memandang tiga wanita itu.

"Rish bagi kebenaran, apa lagi sabotaj lah minah tindik tu." balas Bal dengan selambanya.

Mereka berempat menggeleng perlahan, perangai tak berubah.

"Minah tindik?" soal Han.

"Dia tindik lidah, hidung, telinga, bibir. Aku rasa boleh jadikan tempat gantung hanger pada lubang tindik tu." balas Fatin.

Mereka berempat ketawa kecil. Mesti perempuan tu cari masalah, kalau tak princesses Xavier tak akan lakukan sesuatu.

"Well, princesses Xavier right."

Doktor Qhal, keluar dari bilik pemeriksaan.

"Tengku Rayyan?"

"Ya saya."

Semuanya berdiri serentak, wajah doktor itu dipandang lama.

"Tahniah, Tengku akan jadi ayah tak lama lagi. Bagi puan Airish rehat dulu ya, dia kepenatan. Kandungan nya susah cecah dua bulan. Saya beredar dahulu."

Yang lain diam dan ketawa.

"Alhamdulilah! aku nak jadi daddy dah." Han tersenyum kegembiraan.

Mereka terus menuju ke Aisy.

Han terus memeluk erat isterinya. Dahi Aisy dikucup lama, "terima kasih sayang."

Aisy hanya tersengih.

Princesses Xavier peluk Aisy dengan eratnya. Kini, pewaris-pewaris princesses Xavier yang akan mewarisi segalanya.

"Kita tengok boboy or gegirl." ujar Shah dengan tawanya.

"Harap perempuan lah. Anak aku, Cat, Bal semuanya lelaki nak jadi hero melaya. Nak juga pewaris perempuan." kata Mia.

Yang lain mengganguk tanda setuju.

"Kalau macam tu, kita kena usaha lebih lah ni sayang. Nak pewaris perempuan kan?" usik Isk dengan tawanya.

Terhambur ketawa mereka semua.

"Gatal nya." Mia mencubit pinggang Isk.

Aisy mengucup dahi Han.

"Sayang abang."

"Sayang Rish, jantung abang."

Pewaris Han dan Aisy?

Anak kecil itu akan menjadi
'lil Xavier' seperti ibunya. Dia lah penyambung warisan keluarga itu.

Adakah mereka akan menjadi seperti ibu bapa mereka?

Dingin? playboy? heartless?

Princess Xavier Return?

kerana dia sudah berada di sisi keluarganya walaupun perlu melalui kepahitan.

- END -

- Maka tamatlah Princess Xavier Return. -

* Votes n comments *

Votes banyak banyak untuk unlock buku ketiga! nak tahu tentang puteri kesayangan Han dan Airish? Amra Zahra Rayyan?

Siapa nak buku ketiga? Comment gais!

Yey dah tamat buku kedua. Really happy!

BY - Questn 👐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top