PXR 16


Suasana di dalam kapal terbang menjadi senyap, mungkin para penumpang yang lain tidur. Tapi tidak bagi Han dan Aisy, mereka bergaduh dari awal pertemuan mereka.

"Tak, tangan awak ni ke tepi boleh tak?" tangan Han dipukul menggunakan gulungan surat khabar.

Han mencebik. Garang tak sudah, tolong letakkan dia dalam kandang singa. Kita tengok siapa lagi garang.

"Bibir tu kenapa? Kena senggat tebuan ek." Aisy tersenyum sinis apabila wajah Han yang cemberut itu.

Seorang pramugara dan pramugari menghampiri kerusi mereka.

"Maaf puan dan tuan, tolong perlahankan suara ya. Penumpang yang lain sedang berehat." dengan lembutnya pramugari itu menegur.

Han dan Aisy mengganguk dan akur.

Aisy menutup matanya, terasa letih pula. Sudah beberapa hari, jadual tidurnya terganggu.

Apabila dengkuran halus Aisy didengari. Han segera menarik kepala Aisy ke bahunya.

"Sleep tight princess." lalu Han turut tidur.

******

Mereka tiba di Italy, rumah keluarga Ricci dituju.

Kakinya diatur ke taman kecil, badan ibunya dipeluk erat dari belakang.

"Dah sampai dah anak mummy." Tengku Riyya meleraikan pelukan itu, dan mengucup dahi puterinya beberapa kali.

Selepas itu, Aisy menuju ke Tengku Shahriezal, badan daddy nya dipeluk erat.

"Rindu daddy." ucap Aisy. Kemudian Aisy meleraikan pelukan itu.

"My, dy, ni Rayyan Farhan. Tunang Aisy yang kuat bebel tu. " kata Aisy dengan selambanya.

Han ketawa dan tersenyum.

"Awak ni mummy dan daddy saya. " sambung Aisy. Han berjabat tangan bersama Tengku Shahriezal dan dia senyum pada Tengku Riyya.

Mereka berbual - bual di taman kecil itu. Aisy memandang sekeliling, dimanakah kedua dua abangnya.

"Abang dan Zayyan mana?" Aisy menyisip air jus nya sedikit.

"Ada tu kat atas, Adreana pergi kejut mereka berdua. Kata ada tetamu dan mummy suruh." arah Tengku Riyya, peha puterinya ditepuk beberapa kali.

Aisy mengganguk, tingkat dua dituju. Pintu pertama diketuk seperti mahu roboh. Ia bilik Tengku Riyad.

"Abang bangun!"

Tiada sahutan.

"Abang, ada tetamu."

Tiada sahutan.

"Ni tidur mati lah ni." Aisy terus menyerbu bilik Tengku Riyad, betul sangkaan nya tentang abangnya tidur mati.

Habis bantal berselerak di atas lantai. Aisy menuju ke abangnya, dahinya dikucup dengan penuh kasih sayang.

Rindu.

Tapi lagi rindu dengan abang kandungnya, Asy Qairil Xavier.

Dia panjat ke atas katil itu, dan dia berdiri atasnya.

"3, 2, 1."

Aisy melompat- lompat di atas katil empuk itu, tak sampai beberapa saat badannya sudah terbaring di atas katil.

Tengku Riyad menarik kakinya.

"Aduh, nasib atas tilam." Aisy menggosok kepalanya dengan perlahan.

Tengku Riyad terus memeluk erat adiknya.

"Bila adik sampai? " Tengku Riyad merapikan rambutnya menggunakan tanganya.

"Tadi, dah bangun ada tetamu kat bawah."

Aisy beredar dan menuju ke bilik Tengku Zayyan. Kalini, dia tidak mengetuk pintu. Dia terus masuk ke dalam bilik itu.

Dia menghampiri abangnya yang sedang lena tidur. Songkok, baju melayu dan kain pelikat masih ada di badannya. Ia mesti selepas subuh, dia tidur kembali.

Songkok dibuka, kepala abangnya diusap perlahan.

Idea jahat muncul.

Aisy mengambil pistol air di dalam almari bilik Tengku Zayyan, kemudian diisikan air.

"Baaa." Aisy mula sasarkan air itu di dalam bilik air.

Tengku Riyad sudah berada di bawah.

"Riyad, mana Zayyan dan adik?" mummy memandang sekeliling.

"Ad pergi kejut Zayyan rasanya." Tengku Riyad menyisip air kopi itu sedikit.

Dengan perlahan-lahanya Aisy menghampiri abangnya.

Dan,

Hanya satu tembakan, muka dan dada abangnya basah kuyup. Aisy ketawa girang!

Tengku Zayyan terus bangun, muka yang basah di lap menggunakan selimutnya. Dia terus mengejar adiknya.

Mereka berkejaran satu rumah, tiba di dapur. Aisy cari tempat perlindungan.

Dia lihat Han sedang ambil gelas, terus dia berlari ke belakang Han.

Tercungap - cungap dibuatnya. Han memandang Aisy dengan peliknya.

"Sayang, are you okay?"

Aisy mengganguk laju.

"ADREANA AREESA!" jeritan Tengku Zayyan bergema satu rumah.

Aisy berlari ke arah Tengku Shahriezal dan Tengku Riyya. Dia terus duduk di atas pangkuan ibunya, tangan ibunya dililitkan di pinggang nya.

"Apa lari - lari ni?" mummy mengesat peluh yang berada di wajah aku.

Tengku Zayyan tiba dengan pakaian lain.

"Bagus dah turun, dah makan." kata Tengku Shahriezal.

"My, adik kacau Zayyan tidur. Dia pakai pistol Nerf then tempat tidur Zayyan basah." adu Tengku Zayyan.

Han ketawa melihat teletah adik beradik ini. Comel sungguh.

"Tak lah, adik cuba je." tipu Aisy, gila nak mengaku? Tak fasal - fasal mummy bebel nanti.

"Ad, kamu nak sambung belajar kat mana ni?" soal Tengku Shahriezal.

Aisy diam.

Iphone 8 nya yang berada di atas berbunyi. Aisy segera menjawap nya.

"Thanks, see you soon."

Terus Aisy mematikan telefonnya. Dia bangun dan terus meraih tangan Tengku Riyya.

Tangan itu dikucup lama dan badan wanita itu dipeluk erat. Selesa dan selamat itulah perasaan Aisy pada waktu sekarang.

"My, Ad ada hal jap tau. Jangan pergi mana - mana nanti Ad balik. Harini tak payah pergi Empire Ricci tau." pesan Aisy dengan bersungguh - sungguhnya.

Aisy menhampiri Tengku Shahriezal, dia mengucup tangan itu dengan penuh kasih sayang. Dan dia berlaga pipi dengan Tengku Shahriezal.

"Daddy, cuti tau harini. Tak sempat nak manja dengan mummy dan daddy. " runggut Aisy.

Han berjabat tangan dengan Tengku Shahriezal, Zayyan dan Riyad.

Tengku Riyad dan Tengku Zayyan berdehem.

"Eh, dah lupa abang ke?" sindir Tengku Riyad, Aisy tayang sengihan nya.

Dipeluk erat Tengku Riyad dan Tengku Zayyan.

SKIP

Aisy menuju ke rumah keluarga Tengku Ariana.

Di dalam perjalanan mereka ke sana, hanya cengkerik yang menemani mereka. Han dan Aisy melayang dunia masing - masing.

"Sayang, ni rumah siapa?"

"Ni rumah gadis yang awak pernah gilakan dulu. Ni rumah Tengku Ariana Raisya Qistina." balas Aisy. Keretanya sudah masuk perkarangan rumah Tengku Ariana.

Han memandang Aisy dengan riak muka terkejut. Aisy terus keluar dari keretanya.

Pintu rumah itu terbuka luas, Tengku Ariana terus memeluk Aisy dengan erat.

"Are you okay beb?"

Aisy mengganguk dan tayang wajah dinginnya. Dia masuk ke dalam rumah itu, dan mencari Mia di bilik atas.

Dia buka sahaja pintu bilik itu, badannya dipeluk erat. Dan tangisan kecil Mia didengari. Aisy memujuk dan menceritakan segalanya.

Mereka duduk di ruang tamu. Haikal turut ada juga tika itu. Mereka menunggu arahan Aisy.

"So how Adreana Areesa?" soal Haikal.

Wajah Aisy yang serius itu membuatkan yang lain gerun. Tiada langsung senyuman di bibirnya.

"Kerahkan semua orang untuk berkawal for our parents and grandparents. Dan intip Kygo serta pergerakan syarikat Zedd. Aku nak syarikat tu muflis dan kena tutup as soon as possible. Selebihnya, biar aku uruskan." arah Aisy dengan nada tegasnya.

Mereka mengganguk tanda faham.

"I need help from mafia. Little mafia," Aisy tersenyum sinis apabila melihat Tengku Ariana ketawa.

"Princesses Xavier perlu hilang untuk beberapa hari. Demi keselamatan mereka." Han mencelah.

"Termasuk King." sambung Aisy.

Han diam, takkan dia mahu biarkan tunangnya berseorang diri.

"Kita perlukan bantuan kerabat lain untuk ambil saham." kata Haikal.

"Phoenix ada, Tengku Airiel sudah ada kat Malaysia, Violet pun ada di Malaysia sekarang. Mereka hanya tunggu arahan aku untuk muflis kan Zedd." kata Aisy.

"Arisya and Han will back to Malaysia by this evening. I and Rai will handle Poopy."

Han dan Mia memandang Aisy dengan pandangan sukar ditafsir.

"Awak, perlu balik dengan Mia jugak. Bahaya jika, awak duduk dengan last princess Xavier." kata Aisy dengan senyuman nipisnya.

*****

Han dan Mia sudah sampai ke Malaysia. Dua hari sudah berlalu, Aisy masih berada di Italy lagi.

Aisy sibuk.

Itulah hari - harinya.

Demi keselamatan keluarganya, dia sanggup menghabiskan tenaganya.

Beberapa hari selepas itu, Aisy pulang ke Malaysia bersama Haikal dan Tengku Ariana.

Tiba sahaja di lapangan terbang, mereka terus menuju ke Zedd Holdings. Haikal sahaja menuju ke tempat lain.

"Dah la baju sama, rupa sama. Macam kembar dah." kata Tengku Ariana, tanganya memaut manja lengan Aisy.

Aisy ketawa, hilang terus perwatakan dingin mereka berdua.

Pengawal - pengawal menghalang mereka bertiga dari masuk ke dalam bangunan itu.

"Kau nak aku bakar bangunan Zedd Holding depan mata kau ke?" Tengku Ariana tersenyum sinis.

Pengawal - pengawal itu menelan air liur kesat. Takut melihat senyuman sinis dan mata yang tajam itu.

"Move or you will regret?" kata Aisy dengan wajah dinginnya. Pengawal itu semua ketepi.

Mereka tahu tentang Qistina Airish Xavier, dia menakutkan kerana penyakit split. Anak matanya galak pekat dan dia menakutkan.

Semua pekerja memberi laluan kepada dua gadis ini. Mereka terkejut melihat kemunculan last princess Xavier.

Aisy dan Tengku Ariana serbu bilik CEO. Dan Aisy duduk di kerusi CEO.

"Tak bahaya ke kita guna kelemahan Zedd?"

"Tak, syarikat ni dah banyak berhutang dengan Tyler Cullen. Sebab kerabat dia, ramai yang terseksa. Kalini, aku nak hapuskan kerabat Zedd."dibibir Aisy terlakar senyuman sinisnya.

Tengku Ariana dapat merasakan, keperitan dan kemarahan Aisy. Perwatakan Aisy jugak berubah, anak matanya bertukar warna.

DUSH...

Pintu terbuka luas, wajah Poopy dan Kygo yang merah sedang diperhati oleh Tengku Ariana dan Aisy.

"Pintu tak reti ketuk. Kat tadika kau belajar apa je?" Tengku Ariana tersenyum sinis. Poppy menolak Tengku Ariana dengan kasar. Tengku Ariana terus memulas lengan Poopy kebelakang.

"Kau nak aku patahkan lengan kau ke?" ugut Tengku Ariana. Dia menggengam kuat lengan Poopy. Dia mengaduh kesakitan.

Aisy main pusing - pusing di atas kerusi. Dia berasa bosan melihat drama Poopy.

Aisy menghampiri Kygo, Aisy mencekak kolar leher Kygo. Anak matanya mencerlung tajam ke arah Kygo.

"Syarikat ni dah muflis dan dah dijual."

Kygo menolak kasar bahu Aisy.

Phoenix dan Violet masuk ke dalam bilik itu. Mereka tersenyum sinis melihat Kygo dan Poppy.

"We're back."

Phoenix yang berpakaian kemeja kolar serta blazer. Penampilan mereka memang dapat mengusik jiwa perempuan.

"Ssup."

Violet berpakaian tuxedo, mesti mereka baru habis di mana-mana majlis. Jika perempuan melihat mereka, pasti akan tertarik.

"Oh Phoenix dan Violet pun ada." Kygo tersenyum sinis.

Tengku Airiel dan Raid mendekati Kygo.

"Syarikat ni dah kena jual, sila berambus." kata Raid dengan sinisnya.

Pekerja- pekerja Zedd Holding sudah dilatih untuk menjatuhkan syarikat lain seperti Blue Iv dan Phoniex Holding. Sebab itu gaji setiap pekerja mencecah ribuan ringgit.

Kygo terus menembak Tengku Airiel. Dia rebah,

Darah memercik sana - sini.

"RIEL!"

TO BE CONTINUE

VOTES N COMMENTS 🎆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top