PL8


Aerin menghempaskan punggung disofa. Rambut panjangnya diselak kebelakang dengan kasar. Keluhan berat dilepaskan.

Dah 10 bulan gadis itu terperap di dalam rumah. Sebab apa? Sebab dia dipecat akibat kejadian lepas dimana Jungkook bergaduh dengan seorang lelaki kerana salah faham.

Pening,

Pening sebab fikir tentang kehidupannya yang sudah tidak terurus. Dengan bil elektrik dan bil air yang tak bayar lagi. Sewa rumah dah 3 bulan tak bayar. Pemilik rumah sampai dah bagi last warning dah pun.

Yang lagi membuatkan dia pecah otak,semua duit simpanannya sudah habis. Nak tunggu gaji? Tch, kerja pun tak ada memang taklah gaji nak masuk.

"Dahlah tuan rumah tu nak duit secepat mungkin. Mana aku nak cari semua duit tu?"

Tok! Tok!

Aerin hanya pandang sekilas pintu utama itu. Dia merengus kasar. Tu mesti tuan rumah nak mintak duit sewa rumah ni.

"Urgh! Tolonglah aku tak ada duitlah!"

Tok! Tok!

Sekali lagi pintu diketuk. Terpaksalah dia bangun dari sofa untuk bersemuka dengan tuan rumah itu. Selagi pintu tak dibuka, selagi itulah dia ketuk pintu sampai roboh.

Pintu dibuka namun mulutnya seakan terkunci. Diam tak berkutik. Sangkaannya tuan rumah yang datang tapi...

"Taehyung?"

Lelaki yang berdiri tegak dihadapan Aerin itu tersenyum manis.

"Miss me?"

Aerin senyum sinis. "What are you doing..."

Aerin terdiam apabila Taehyung tiba-tiba sahaja memberikannya sejambak bunga lavender kesukaannya.

"Baliklah Tae."

Baru sahaja Aerin ingin menutup pintu, Taehyung dahulu yang menahan. Aerin merengus kasar.

"Apa you nak?"

"Okay okay, I tahu you marahkan I. But, can we talk? I ada benda nak bincang dengan you."

Wajah Taehyung benar-benar serius dan berharap yang Aerin akan membenarkan mereka berdua berbincang.

Namun Aerin hanya diam sambil pandang Taehyung tajam. Ya, dia masih benci dengan lelaki itu. Lelaki yang sanggup tinggalkan dirinya hanya untuk kepentingan diri sendiri.

"This is very important, Aerin."

Aerin mengeluh berat. Akhirnya dia benarkan juga Taehyung masuk kedalam rumahnya.

Aerin melabuhkan punggung disofa dan menyuruh Taehyung untuk duduk dihadapannya. Taehyung tersenyum sambil mengangguk faham. Dia mengambil tempat dihadapan Aerin lalu sejambak bunga yang ingin diberikan pada Aerin itu diletakkan diatas meja kopi dihadapannya.

"So, apa you nak cakap?"soal Aerin tanpa senyuman terukir dibibirnya.

"Sebenarnya I cuma nak..."

Tiba-tiba Aerin meletakkan jari telunjuknya dibibir. Taehyung memandang Aerin hairan.

"Jangan cakap kuat sangat. Jungkook tengah tidur kat atas."

"So you betul-betul kahwin dengan Jungkook?" Serius saja wajah Taehyung menyoal. Cemburu mungkin?

"You ingat benda yang I cakap haritu main-main ke?"

Taehyung terdiam. Memang sangkaannya yang kata-kata Aerin tempoh hari hanya gurauan. Dan dia juga berharap dulu yang Aerin akan mencarinya namun Aerin tidak pernah terlintas untuk kembali padanya.

Taehyung menghulurkan sekeping sampul surat pada Aerin. Dahi Aerin berkerut jadi dia hanya mengambil sampul surat itu tanpa banyak bunyi.

Sampul surat dibuka lalu mengambil isi didalamnya. Terus Aerin memandang tepat kearah mata Taehyung.

"Cek? 28juta won? For what?"

(28juta won=RM100 000)

"Okay I tahu you tengah dalam kesusahan. So I cuma nak tolong you."

"For what, Kim Taehyung?"

"Cause I still love you."

"What?"

Taehyung mula datang dekat pada Aerin lalu tangannya diraih lembut. Wajah cantik Aerin dipandang lama oleh Taehyung dengan pandangan sayu.

"I still love you Han Aerin. I'm aware of all my mistakes. Please give me a chance. A chance to love you again with all my heart."

Gadis itu menarik kasar tangannya daripada genggaman Taehyung. Badannya dijauhkan dari lelaki itu dari terus merapatinya.

"You sedar tak yang I ni dah ada suami?"

"Suami jenis apa kalau hanya you je yang berkerja keras? Suami jenis apa kalau dia biarkan you tanggung masalah ni sorang-sorang?"

"Dia tak normal Tae. Dia tak mempu berbuat apa-apa tanpa pertolongan orang."

Taehyung mengeluh berat. "Aerin..."

Perlahan Taehyung mendekati Aerin hingga dia berdiri tegak betul-betul dihadapan Aerin.

"You sanggup ke tahan semua ni? You tak nak ke hidup senang macam orang lain? And you tak pernah ke impikan kebahagiaan?"

Aerin diam tak berkutik. Ya, dia mahukan semua itu. Siapa sahaja yang tidak mahu bahagia seperti orang lain? Bebas dari masalah wang dan hidup dengan senang?

Ya, dia memang mahukan semua itu. Tapi Jungkook...

"Aerin... Don't force yourself, it hurts. Carilah kebahagiaan sebenar you. Kalau you hidup dengan I, you akan dapat segalanya. Dan you tak akan hidup dengan hutang keliling pinggang. Don't worry, I'm always there for you. It's because I sincerely love you."

Aerin pandang anak mata Taehyung lama. Mencari segala jawapan yang belum terjawab didalam mindanya.

Patutkah aku hidup semati dengan Taehyung dan...

tinggalkan Jungkook?

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top