PL7

"Huwaaarghhhhh!"

Kepala yang tak gatal itu digaru. Otak diperah habis untuk memikirkan cara mahu bagi Jungkook berhenti menangis. Adeh, susahlah macam ni!

"Kook sayang, janganlah macam ni... Aerin kena pergi kerja... Kalau tak nanti kita nak makan apa kalau Aerin tak pergi kerja hm?"

Kepala Jungkook diusap lembut. Cuba menenangkan Jungkook yang dari tadi tidak berhenti menangis.

"Kook tak kira! Kook nak ikut jugak Aerin pergi kerja!" Makin kuat pelukannya pada lengan Aerin.

Keluhan berat dilepaskan. Takkanlah nak bawa Jungkook pergi tempat kerja aku? Kang tak pasal-pasal aku yang kena pecat. Omelnya sendiri.

"Sayang... Hey, pandang Aerin."

Kedua belah pipi tembamnya Aerin pegang lembut. Jungkook mengelap hingusnya dengan tangan sebelum matanya pandang tepat kearah mata gadis itu.

Pengotor punya jebon.

"Aerin pergi kerja sebab Aerin cari rezeki, untuk makan pakai kita. Jangan risau sebab Aerin akan cuba balik secepat mungkin. Kook budak baik kan? Kook boleh dengar cakap Aerin kan?" Wajah mulusnya dibelai lembut.

Dia mengelap hingusnya sekali lagi dengan telapak tangannya lalu pegang kedua belah pipi Aerin.

Astaga hingus dia... Tabah jelah Aerin.

"Janji? Aerin akan balik cepat."

Gadis itu mengangguk laju. Senyuman manis ditayangkan.

Perlahan-lahan tangannya jatuh kebawah. Dia dah faham, Aerin tersenyum lega.

Aerin mengorak melangkah ke rak kasut lalu kasut sarung dipakai.

Jungkook hanya berdiri tegak dibelakang sambil matanya tak lepas dari melihat gadis itu.

Aerin berjalan hingga melepasi pagar. Sempat dia melambai tangan pada Jungkook yang berdiri tegak dihadapan pintu. Disebabkan tempat kerjanya tak jauh, jadi dia hanya berjalan kaki sahaja ke tempat kerja.

.

Badan dibongkok beberapa kali sambil mulut tak henti mengucapkan kata maaf. Lelaki yang perut boyot selaku owner restoran tempat kerjanya itu hanya menjerit dihadapannya melepaskan geram.

Mana tak geram kalau pekerjanya datang kerja lambat? Memang naik beranglah dibuatnya.

"Takkan masa kerja pon dah lupa?!"

Sekali lagi Aerin membongkokkan badannya tanda maaf.

"Saya minta maaf bos. Saya betul-betul lupa nak kunci jam."

Terpaksalah dia menipu padahal dia lambat kerana mahu memujuk Jungkook supaya berhenti menangis. Tapi... kenapa perlu menipu?

"Aku dah malas nak dengar alasan kau! Sebagai denda aku nak harini kau kerja overtime!"

Aerin yang dari tadi menunduk itu terus pandang figura dihadapannya terkejut.

"T... Tapi bos..."

"Pergi sambung kerja!"

Keluhan berat dilepaskan. Kalau aku kerja overtime, nanti masa lunch Jungkook kat rumah tu nak makan apa? Mesti dia tercari-cari aku nanti. Haih, harap tak cari sampai restoran sudah. Bisiknya sendiri.

Lemah sahaja langkahnya keluar dari bilik itu lalu menuju ke tandas perempuan. Bilik tandas yang ketiga itu menjadi pilihannya lalu pintu dikunci. Badan disandar pada dinding dan sekali lagi dia mengeluh berat.

"Aku dengar Aerin..."

Aerin tersentak apabila mendengar namanya disebut. Dia memasang telinga cuba mendengar perbualan mereka.

"dah kahwin."

"What? Seriuslah?" Seorang pekerja perempuan yang beruniform putih itu menutup mulut seakan tidak percaya. Dia yang menyampaikan berita itu mengangguk yakin.

"Takkan dia tak jemput kita?"

Gadis itu mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.

"Tapi aku ada dengar juga yang Aerin tu kahwin dengan lelaki yang ada masalah otak."

"Hah? Maksud kau?" Wajahnya berkerut kerana tidak faham dengan maksud kawan sekerjanya itu.

"Lelaki tu tak normal. Ala means, perwatakannya masih kebudak-budakkan."

"Maksud kau... lelaki tu cacat?"

Terus gadis itu menutup mulut kawan sekerjanya kerana suara dia yang kuat.

Kejung mereka dibuatnya apabila melihat figura yang keluar dari bilik tandas ketiga itu. Mata mereka berdua tak lepas dari pandang Aerin yang sedang basuh tangan di singki dengan wajah tenang.

"Korang tercegat lagi kat sini kenapa? Tak sambung kerja?"soal Aerin dengan suara mendatar.

"A... Aku nak basuh tangan, ha basuh tangan."

"A... Aku pon."jawab mereka berdua gelabah lalu tangan pantas membuka pili paip.

"Orang tak normal pon patut disayangi."kata Aerin lalu melepasi mereka berdua dengan wajah tenang.

Wajah Aerin tenang sahaja melayan semua pelanggan didalam restoran itu namun tak mampu ditafsirkan betapa sakitnya hati gadis itu apabila dia terus dipandang hina oleh orang sekeliling disebabkan insan istimewa itu.

Salah ke ape yang aku buat?
Salah ke keputusan yang aku buat?

.

Jam dinding yang berada ditangan Jungkook itu dipandang lama. Wajahnya didekatkan pada jam itu kerana dia masih tak tahu cara mahu tengok jam. Kepala yang tidak gatal itu digaru, lama dia berfikir.

"Jarum pendek kat nombor 8, maksudnya dah pukul 8. Langit kat luar dah gelap, maksudnya dah pukul 8 malam lah kan? Yeay! Kook pandai!"

Dia menepuk tangan teruja sambil memuji diri sendiri. Namun, senyumannya perlahan mati.

"Kenapa Aerin tak balik lagi? Aerin janji nak balik awal."

Suasana menjadi senyap seketika.Bibirnya mula dicebikkan lalu kepalanya dipukul melepaskan geram.

"Aerin tipu! Kenapa Aerin tak nak balik! Kook nak jumpa Aerin! Kook rindu Aerin! Kenapa Aerin tipu!"

Tiba-tiba perbuatannya terhenti. Matanya membulat memikirkan sesuatu.

"Entah-entah, Aerin kena culik! Tak boleh jadi, Kook kena selamatkan Aerin. Aerin dalam bahaya!"

Terus dia bangun dari duduk lalu meluncur laju kearah pintu keluar. Selipar lusuhnya dipakai lalu berjalan laju melepasi pagar.

Namun,tiba-tiba langkahnya terhenti sambil mata bulatnya memandang suasana sekelilingnya yang gelap dan suram.

Setapak demi setapak dia kebelakang. Kakinya sudah menggeletar kerana suasana malam yang hanya bertemankan lampu malap.

"K... Kook takut... semua gelap... Nanti ada hantu serang Kook macam mana? Kook takut..."

Dia termenung seketika. Tiba-tiba dia kembali berdiri tegak lalu dada sasanya didepankan.

"Aerin dalam bahaya jadi Kook perlu berani! Kook budak berani! Kook budak kuat! Kook tak takut dengan hantu! Kook boleh buat!"

Kata-kata semangat dilontarkan sendiri untuk menguatkan dirinya. Dengan berani, dia melepasi jalan sunyi itu dengan dadanya yang masih kedepan.

Orang sekeliling mula pandang Jungkook pelik. Ada yang tengok dia atas bawah. Dan ada yang mata dia melekat pada dada Jungkook yang sasa itu.

Almaklumlah masa Jungkook kecil-kecil dulu selalu angkat benda berat.

Jungkook tersenyum bangga. Mungkin bangga sebab dia berani dan berotot? Ingat budak comel tak berotot ke haa?!

.

Aerin yang sedang sibuk melayan pelanggan itu terkejut apabila terdengar bunyi kecoh tidak jauh darinya. Semua mata didalam restoran itu hanya tertumpu pada kekecohan itu. Disebabkan rasa ingin tahu, dengan langkah berhati-hati Aerin mendekati orang ramai yang sudah berkerumun itu.

"Kau siapa nak kacau anak aku?"jerkah lelaki itu sambil memegang kolar baju Jungkook erat. Budak perempuan yang berumur 5 tahun itu hanya menyorok dibelakang bapanya sambil menangis.

Orang sekeliling mereka tidak membantu malahan merakam kejadian itu tanpa rasa bersalah dan belas kasihan.

"M... Mana ada Kook kacau dia.Kook cuma nak pinjam patung barbie dia aje."

"Berani kau lawan cakap aku haa cacat?!"

Lelaki itu sudah mengangkat penumbuknya. Jungkook hanya mampu menutup mata rapat.

"STOP!"

Semua mata teralih pada seorang perempuan yang beruniform putih itu. Dia sedang cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

"Mohon bersabar encik. Benda boleh bincang kot, tak payahlah sampai nak bertumbuk bagai."

Lelaki itu melepaskan kolar baju Jungkook dengan kasar. Rambutnya diramas geram lalu bercekak pinggang. Dia cuba sekali lagi mengawal kemarahannya.

Tangan Jungkook ditarik oleh Aerin supaya berdiri dibelakangnya.Mulut Jungkook diam tak berkutik.

"Budak CACAT ni yang kacau anak aku sampai menangis. Salah ke aku nak bagi pengajaran kat budak cacat ni?"

"Boleh tak encik berhenti panggil dia ni 'budak cacat'? His name is Jungkook. Saya ulang, JUNGKOOK! Lagipun Jungkook cuma nak main dengan anak encik je tapi anak encik yang sombong plus kedekut!"

"Apa kau cakap?" Lelaki itu sudah naik berang dengan kata-kata pedas Aerin namun Aerin hanya tersenyum sinis.

"Kau simpan fon kau sebelum aku hilang sabar."

Aerin pandang pada satu persatu wajah sekelilingnya yang sedang sibuk merakam itu. Namun mereka seperti teragak-agak ingin menyimpan fon mereka.

"Aku kata simpan tu SIMPAN LAH! Aku nak korang padam video yang korang rakam tadi dan kalau aku JUMPA video tu lagi, penjara tempat kau orang tidur."

Wajah mereka mula takut lalu dengan pantas mereka memadam video itu kerana takut tidur di dalam penjara.

Aerin pandang semula wajah lelaki yang sedang menahan marah itu dengan pandangan tajam.

"Tolong ajar semula anak encik jadi manusia berguna."

Terus Aerin melepasi mereka semua sambil menggenggam erat tangan Jungkook. Semua pelanggan didalam restoran itu memandang mereka berdua dengan mata tak berkedip namun Aerin hanya endahkannya. Rumah jadi tempat destinasi.

"Woah! Hebatnya Aerin lawan lelaki jahat tu! Macam superwomen."kata Jungkook melompat sambil bertepuk tangan teruja.

Namun Aerin hanya diam sambil langkahnya laju menuju ke rumah dengan wajah tegang. Dia sudah tak tahan dengan mata orang sekeliling yang pandang mereka pelik.

Sampai sahaja dihadapan rumah, pintu ditolak kasar lalu melangkah masuk ke dalam namun mata Aerin membulat apabila melihat rumah dan dapur yang bersepah.

Penumbuk digenggam erat. Wajah Jungkook dipandangnya dengan pandangan maut.

"Padan muka lelaki jahat tu kalah. Siapa suruh tuduh Kook macam-macam, kan dah kena..."

"JEON JUNGKOOK!"

Jungkook telan liur. Dipandangnya wajah Aerin dengan pandangan takut. Badan Jungkook mula menggigil.Dia memeluk lututnya. Tidak mampu untuk menatap mata Aerin yang tajam itu.

"APA KAU BUAT DENGAN RUMAH AKU HA! MACAM MANA DAPUR TU BOLEH BERSEPAH? AKU DAH CAKAP DUDUK DIAM-DIAM KAT RUMAH SAMPAI AKU BALIK! KENAPA KAU DEGIL SANGAT NI HA?"

Rumah yang kecil itu hanya dipenuhi dengan jeritan Aerin. Jungkook sudah memeluk lutut erat. Tangannya menutup kedua belah telinganya kerana suara Aerin yang nyaring itu.

"K... Kook lapar jadi Kook c... cuma nak cari makanan je. J... Janganlah jerit kat Kook. Kook takut..."

Aerin mengeluh berat lalu wajahnya diraup kasar. Nafas ditarik dan dihembus cuba menenangkan dirinya.

"Kook.."

Setapak Aerin mara kehadapan mendekati Jungkook, namun lelaki itu berundur kebelakang.

"Jungkook..."

Tangannya dipegang lalu diusap lembut. Cuba untuk menenangkan Jungkook yang sedang dalam ketakutan. Kemudian badan sasanya ditarik ke dalam dakapan Aerin. Rambut Jungkook dibelai lembut dengan penuh kasih sayang.

"Aerin minta maaf. Aerin tak sengaja. Aerin terlalu stress. Maafkan Aerin ye?"

Jungkook yang berada didalam dakapan Aerin itu hanya kaku. Mungkin masih takut dengan perubahan Aerin sebentar tadi.

Disebabkan Jungkook tiada respon, Aerin memberikan ciuman lembut pada pipi dan bibirnya. Kemudian, Aerin kembali pandang anak mata Jungkook dengan tatapan lembut.

"Maafkan Aerin?"

Jungkook mengangguk laju. Aerin tersenyum manis lalu kembali memeluk Jungkook erat.

Gadis itu sendiri keliru dengan perasaannya.

Benarkah aku hanya sayang Jungkook sebagai adik?

Atau aku sayang Jungkook kerana cinta sejati?

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top