PL5
"Banyak ke barang dapur yang dah habis kat rumah you?"soal Taehyung pada Aerin sambil matanya tertumpu pada bahan masakan di rak.
"Ya, licin habis barang dapur kat rumah I tu."jawab gadis itu sambil tangan sibuk membelek sepeket tepung.
Mata Taehyung beralih ke arah troli yang sudah penuh seperti gunung itu.
"Siapa nak bayar semua ni? Mau lebih 57ribu won ni."
(57ribu won=RM200)
Aerin toleh memandang Taehyung lalu tersengih kambing padanya. Puppy eyes ditayangkan meminta simpati.
"You lah yang bayarkan. Boleh kan biy?"
Lelaki itu tersenyum nipis lalu bibir Aerin yang cantik itu diciumnya sekilas. "Anything for you sayang."
Aerin sudah tersenyum suka. Ciuman hangat dihadiahkan pada pipinya. "Thanks biy!"
"I nak pergi rak sebelah jap tau. Nak ambil jajan."
Gadis itu hanya membalas dengan anggukan.
Sedang sibuk memilih bahan mentah, mata Aerin tertumpu pada lobak merah yang tak jauh darinya. Lobak merah dicapai lalu ditatapnya lama.
Perlahan bibirnya mengukirkan senyuman.
Teringat pula pada Jungkook yang suka sangat makan lobak merah. Kalau boleh setiap masa nak makan carrot. Comel aje.
Tapi...
Di manakah dia sekarang? Sihat ke tidak? Dengan siapa dia nak main selain aku? Soal Aerin sendiri.
Tidak dapat dinafikan yang dia benar-benar rindu pada Jungkook. Namun entah apa silapnya, Jungkook menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Jungkook, Aerin rindu dengan Kook... Bisik hati kecilnya.
"Tolong... Lapar... Nak makan..."
Tiba-tiba Aerin terdengar bunyi suara seseorang di rak sebelah. Berkerut dahi gadis itu. Suara itu seperti familiar baginya.
Takkanlah...
.
"Tolong... Lapar... Nak makan..."
Taehyung yang sedang sibuk mencari jajan favoritenya itu terbantut apabila terdengar seperti seseorang sedang meminta makanan tidak jauh darinya. Kepalanya ditoleh ke kanan untuk melihat gerangan itu.
"Nak makan..."
Wajah Taehyung bertukar bengis. Kakinya laju sahaja melangkah mendekati gerangan itu. Baju yang lusuh itu digenggam kuat olehnya.
"Kau berani eh tunjukkan muka kat depan aku? Kau memang menempah maut kan budak cacat?"
"L... Lapar."jawab Jungkook takut-takut. Dia sudah menutup mukanya kerana takut Taehyung akan menumbuknya.
"Lapar? Nak makanan?"
Jungkook mengangguk laju.
Taehyung tersenyum sinis. "Alololo kesiannya. Meh sini makan makanan aku!"
Taehyung sudah bersiap sedia mengangkat penumbuknya. Namun belum sempat tumbukan Taehyung hinggap dipipi Jungkook, seseorang sempat menahannya.
"KIM TAEHYUNG!"
Perbuatan Taehyung terhenti lalu toleh pada gerangan itu. Kelam kabut dia melepaskan tangannya dari kolar Jungkook. Wajah tegang Aerin dipandanya cemas.
Gadis itu menolak badan Taehyung kuat lalu mendapatkan Jungkook yang sudah menggeletar kerana takut. Orang ramai yang melihat mereka itu diendahkannya.
"What the fuckin stupid are you doing, Kim Taehyung?"
"No sayang, listen. Dia yang tampar I dulu..."
"Follow me." Mendatar sahaja suara Aerin lalu melangkah laju ke kereta Taehyung sambil menggenggam erat tangan Jungkook.
Lelaki itu mendengus geram. Dengan terpaksa dia hanya mengikut Aerin dari belakang.
Terbutang mata Taehyung dibuatnya apabila Aerin menyuruh Jungkook untuk masuk ke dalam kereta mewahnya. Sempat dia menahan lengan Aerin sebelum gadis itu sempat masuk ke dalam perut kereta.
"What are you doing?"
"What?"soal Aerin kembali.
"How dare you suruh budak cacat tu sentuh kereta mewah I?"
"And how dare you call him 'budak cacat'?"
"Sayang..."
"Tumpangkan Jungkook balik.
"Hell no!"
"Just do it!"
Tajam sahaja mata Aerin memandang anak mata Taehyung. Rambut lelaki itu diramas kebelakang. Sempat dia mengeluh sebelum matanya kembali memandang wajah Aerin yang tegang itu.
"Fine!"
Taehyung masuk kedalam perut kereta lalu pintu kereta ditutup kuat. Aerin juga masuk kedalam kereta namun gadis itu duduk di seat belakang bersama Jungkook.
Taehyung hanya pandang tajam pada mereka berdua yang terlalu rapat itu melalui cermin pantulan lalu dia memulakan pemanduan.
"Kook sihat?" Aerin menyoal sambil rambut Jungkook dibelai lembut.
"Lapar."
Terus tangan Aerin sibuk mencari makanan di dalam handbagnya lalu dia menghulurkan roti pada Jungkook. Laju sahaja lelaki itu mengambil roti dari tangannya.
"Kenapa Kook lapar sangat ni?"
"Omma tak bangun dari katil, ashik baring aje. Omma nak masak tapi omma tak larat.Makanan dekat dapur semua dah habis. Jadi Kook terpaksa keluar cari makanan sendiri."
Sayu sahaja Aerin memandang Jungkook yang sedang melahap makan itu.
Kesiannya awak, Jungkook. Aerin minta maaf sebab tak ada dengan Kook selama ni. Aerin minta maaf sebab biarkan Kook tanggung semua ni bila Aerin tak ada.
Aerin...
janji akan jaga Kook hingga mati yang memisahkan kita.
Aerin janji, Jeon Jungkook. Bisiknya sekadar dalam hati.
.
.
Dear Aerin,
Bila Aerin dah baca surat ni, bermakna yang makcik dah takda. Bermakna yang tanggungjawab untuk menjaga Jungkook akan digalas oleh Aerin. Makcik minta maaf sebab pilih Aerin untuk jaga anak istimewa makcik, sebab makcik cuma percaya Aerin sahaja yang boleh bahagiakan Jungkook dan tak biarkan Jungkook menderita lagi macam dulu. Memang bagi Aerin yang permintaan makcik ni sangat berat tapi makcik minta tolong sangat dengan Aerin untuk sayang dan jaga Jungkook dengan... berkahwin dengan Jungkook. Makcik minta tolong sangat dengan Aerin untuk layan Jungkook dengan penuh kasih sayang seperti makcik jaga Jungkook. Cuma Aerin sahaja yang makcik boleh harapkan.
Terima kasih Han Aerin.
-Makcik Jeon-
Surat itu kembali dilipat lalu memandang Jungkook yang sedang tidur dengan mata bengkak. Bengkak kerana penat menangis dengan kehilangan ibu tercintanya.
Keluhan berat dilepaskan. Memang gadis itu berniat mahu menjaga Jungkook tetapi patutkah dia berkahwin dengan Jungkook? Mampukah dia jaga Jungkook dengan hidupnya yang tak berduit ini?
Tiba-tiba dia merasakan seseorang menarik kuat tangannya lalu dibawa hingga ke kereta mewahnya.
Wajah lelaki itu dipandangnya tajam. Dengan pantas Aerin menarik tangan dari genggamannya kasar.
"Apa yang you buat ni?"
"Masuk."
"No!"
"Baik you masuk dalam kereta sebelum I..."
"Sebelum apa? Nak tinggalkan I? Go on! I akan tinggal dengan Jungkook dan takkan sesekali tinggalkan dia. Full stop!"
"You ni gila ke apa? Apa yang ada kat budak cacat tu sampai you sanggup nak jaga dia? You nak kahwin dengan dia ke? You cintakan dia?"
"You yang gila! You fikir I tak tahu ke yang you and geng hanat you tu pergi buli Jungkook yang tak bersalah tu sampai dia pindah rumah? Dia jadi macam ni sebab you tahu tak? And yes! I akan kahwin dengan Jungkook dan I cintakan dia. Puas hati you?!"
Taehyung tersenyum sinis. Tengkingan gadis itu langsung tidak dapat menyentapkan hati batunya.
"Really? You yakin boleh bahagia dengan budak cacat tu? You yakin boleh jaga Jungkook dengan gaji you yang seciput tu?"
Aerin terdiam tak berkutik. Dia cuba bersuara tetapi lidahnya kelu.
"Heh, now we're over and goodluck for your sad life."katanya sinis lalu masuk kedalam kereta. Laju sahaja kereta mewah Taehyung hilang dari pandangan Aerin.
Dia termenung seketika.
Mampukah aku?
"Aerin."
Kepala Aerin ditoleh kebelakang. Wajah Jungkook yang kemerahan kerana baru sahaja lepas menangis itu dipandangnya sayu.
"Betul ke Aerin akan berkahwin dengan Kook?"
Gadis itu tersenyum nipis lalu mendekatinya. Badan sasa Jungkook ditarik ke dalam dakapannya. Aerin mengangguk kecil sambil belakang badannya diusap lembut.
"Aerin akan jaga dan sayang Kook macam Aerin jaga nyawa sendiri. Dan Kook takkan keseorangan lagi, okay?"
"Janji?"
"Janji."
Jangan pernah berjanji kalau kau tak boleh tepati.
kerana....
ia akan jadi penderitaan buat si dia.
VOTE
TRIMAS
_____________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top