PL4
Pin! Pin! Pinnnnnnn!
"JUNGKOOK!"
BBAM!
Aerin terjaga lagi untuk ke sekian kali mimpi ngeri itu mendatanginya. Sungguh dia benci apabila mimpi itu kerap kali muncul mengganggu tidurnya.
Mengapa tidurnya tidak pernah aman seperti orang lain? Dia juga mahukan ketenangan seperti orang lain. Sangat indah hidup mereka tanpa perlu menghadapi mimpi-mimpi ngeri.
Aerin toleh ke kiri memandang ke luar tingkap. Tingkap dari bilik Jungkook dipandang lama. Sunyi aje rumah itu.
Dia turun dari katil lalu menuju ke dapur. Bahan masakan dikeluarkan lalu bersiap sedia mahu masak untuk dihantar ke rumah Jungkook.
Sudah seminggu mereka berdua tidak bersemuka. Sebab apa? Sebab gadis itu pergi bercuti dengan teman lelakinya, Kim Taehyung.
Bercuti? Heh, aku tak rasa pun kami bercuti namun kami pergi hanya untuk memuaskan nafsu lelaki itu sahaja. Dan aku hanya layankan aje. Sebab Taehyung selalu bagi aku duit. Kalau aku tak layan, nanti dia tak mahu bagi duit. Bila dia tak bagi duit, aku nak hidup macam mana? Gaji aku tu pon cukup untuk beli makanan je. Bisiknya sendiri.
Aku sayang dia? Hmm, maybe aku lagi sayangkan duit dia. Bisiknya lagi. Senyuman sinis terukir dibibirnya.
Nasi goreng kimchi yang masih berasap itu diletakkan ke dalam bekal lalu ditutup dengan penutup bekal. Jaket dicapai dan kakinya melangkah ke pintu keluar bersama bekal ditangan. Rumah Jungkook menjadi tempat dituju.
Sampai sahaja dihadapan rumah Jungkook, gadis itu seakan terkaku. Tidak percaya apa yang dilihatnya pada papan tanda yang terpacak itu.
"Rumah untuk disewa? No, no. This is impossible."
Dia menggeleng laju. Tanggapan negatifnya sedaya upaya dijauhkan. Dia berfikir yang Makcik Jeon dan Jungkook sudah berpindah jauh dari sini. Namun didalam hatinya tidak henti berdoa agar tanggapannya benar-benar salah.
Aerin melajukan langkahnya ke rumah jiran yang lain untuk mencari kebenaran.
"Makcik Cha!"
Wanita yang berumur dalam lingkungan 50an itu ditegurnya. Tangannya yang sedang sibuk menyapu halaman rumah itu terhenti. Kepalanya ditoleh ke kanan memandang Aerin yang sudah bernafas tercungap-cungap.
"Oh, Aerin. Ada apa ni?"
Makcik Cha datang mendekati Aerin dengan senyuman manis.
"Kenapa rumah Makcik Jeon kosong?Makcik Jeon dengan Jungkook pergi mana?"
Makcik Cha berfikir sejenak.
"Jeon? Oh anak dia yang cacat... ops! Anak dia yang istimewa itu ke?"
Mata gadis itu membulat. Tidak sangka yang Makcik Cha juga sama sahaja seperti orang lain dengan menggelarkan Jungkook 'cacat'.
Haish, memang tak reti nak panggil elok sikit ke? Dasar orang tua tak sedar diri. Ops,sorry terkurang ajar. Bisiknya sekadar dalam hati.
"Ha betul lah. Rumah Makcik Jeon yang ada anak ISTIMEWA itu dan bukan CACAT."tegas sahaja Aerin berkata.Geram sangat nampaknya.
Makcik Cha sudah pandang gadis itu atas bawah namun Aerin hanya mengendahkan.
"Dia orang dah pindah sejak 6 hari lepas."jawabnya malas.
"Pindah mana?"
"Entah."
Aerin mengeluh berat.
Kenapa tiba-tiba Makcik Jeon dan Jungkook pindah? Dia orang pindah sebab apa? Makcik Jeon dengan Jungkook ada masalah ke? Masalah apa?
Pelbagai soalan yang bermain diminda Han Aerin kini.
Jungkook-ah, saya rindukan awak.
Hanyalah luahan palsu semata-mata.
VOTE
TRIMAS
______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top