PL3
Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Do you want to build a snowman
Do you want to build a snowman
Niat Aerin yang mahu melelapkan matanya terbantut. Dengan malasnya gadis itu bangun dari katil lalu menuju ke pintu utama. Rambut panjangnya dibetulkan sebelum tombol pintu dibuka.
"Aerin!"ucap Jungkook teruja.
"Ya Kook, nak apa?"soal Aerin sambil matanya digosok-gosok.
"Salji dah turun. Jomlah main salji dengan Kook."
Aerin pandang sekilas langit yang sedang dituruni salji itu lalu kembali memandang Jungkook yang sudah melompat kerana exited.
Gadis itu mengeluh kecil. Dia terlalu malas ingin keluar dari rumah pada saat ini. Difikirannya hanya mahu tidur sahaja. Penatnya semalam yang bekerja lebihan masa masih terasa.
"Kook pergi dengan orang lain boleh?Aerin malaslah..."
Senyuman bunny smile Jungkook perlahan mengendur. Dia tertunduk kecewa.
"Omma tak boleh keluar rumah sebab tak larat nak jalan. Kawan... Kook mana ada kawan."
Aerin hanya pandang sayu pada Jungkook yang masih tertunduk itu. Rasa bersalah sudah menyebulungi dirinya.
Haih, kesiannya. Tiada siapa mahu kawan dengan Jungkook dengan keadaan dia macam ni. Kalau ada pun, orang itu akan ambil kesempatan nak buli dia. Siapa lagi kawan yang dia ada kalau bukan aku yang satu satunya boleh terima dengan keadaan dia macam ni? Bisiknya sekadar dalam hati.
"Okay, Aerin teman."
Terus dia mengangkat muka memandang Aerin. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Sempat dia melompat lalu bertepuk tangan. Happy sangat nampaknya.
"Kook balik dulu, nanti Aerin datang rumah Kook."kata Aerin lembut.
Laju sahaja dia berlari menuju kerumahnya. Aerin hanya menggeleng perlahan sambil tergelak kecil. Ada-ada sahaja gelagat Jungkook yang dapat mencuit hatinya.
Tanpa membuang masa, dia melangkah laju kebiliknya untuk bersiap. Jaket berwarna putih yang tergantung disebelah almari bajunya dicapai.
Selesai sahaja, gadis itu menuju ke pintu utama lalu menguncinya. Rumah Jungkook yang hanya bersebelahan dengan rumahnya itu dijadikan destinasi.
Tok! Tok!
Beberapa saat menunggu dan akhirnya pintu dibuka dari dalam. Wajah cantik Aerin terpampam di muka pintu membuatkan senyuman manis terhias di bibir tua Makcik Jeon.
"Oh Aerin... masuklah. Kook hampir siap cuma makcik mahu pakaikan jaket aje."
Kepala Aerin dianggukkan lalu berdiri tegak di sebelah pintu. Dia bernyanyi kecil sambil menunggu Jungkook menyiapkan diri.
Baru sahaja Makcik Jeon ingin mendekati anak terunanya, Jungkook sudah berlari mendekati Aerin. Terkedek-kedek Makcik Jeon mahu mengejar anaknya itu.
"Anak omma... sini dulu. Jaket belum pakai ni... Nanti kesejukan siapa yang susah? Aerin noona jugak yang susah."
Lembut sahaja suara sang ibu memanggil anak tunggalnya namun tiada tanda-tanda yang Jungkook mahu berganjak. Jadi Aerin mendekati Makcik Jeon lalu mengambil jaket dari tangannya.
"Takpa makcik, biar Aerin yang pakaikan."
Makcik Jeon tersenyum nipis. Jaket bertukar tangan lalu mata Aerin beralih memandang Jungkook yang dari tadi ashik berkepit dengannya.
"Meh sini Aerin pakaikan jaket."
"Alaaa tak apa. Kook dah pandai pakai jaket sendiri. Aerin janganlah risau." Senyuman girangnya membuatkan Aerin tersenyum nipis. Namun Aerin tetap berkeras mahu pakaikan jaket pada Jungkook. Lelaki itu hanya akur.
"Kook... berapa kali omma nak cakap... Aerin noona kan lagi tua dari Kook jadi panggil 'noona' bukan 'Aerin'."kata Makcik Jeon tegas ingin menasihati anaknya.
"Biarlah Kook nak panggil Aerin 'Aerin'. Lagipun nama Aerin 'Han Aerin' bukan 'noona'."jawab Jungkook selamba lalu tangannya disilang. Tidak lupa juga mulutnya dicebikkan. Merajuk lah tu...
Makcik Jeon hanya mampu menggeleng. Penat mahu menasihati anak istimewa ini. Kalau marah nanti, tak pasal-pasal budak tu mengamuk.
Aerin berfikir sejenak. Dia turut hairan sebenarnya. Dulu elok sahaja Jungkook memanggilnya 'noona' kerana Aerin tua setahun dari Jungkook tetapi baru-baru ini tiba-tiba sahaja dia panggil 'Aerin'.
"Aerin dengan Kook pergi dulu tau makcik."
Makcik Jeon tersenyum lalu mengangguk kecil. "Hati hati ye..."
Tanpa sahutan, Jungkook terus menarik tangan Aerin keluar dari perkarangan rumah itu. Gadis itu hanya membiarkan Jungkook menarik tangannya sehinggalah mereka sampai di tempat yang lapang iaitu tempat orang bermain salji.
Jungkook sudah mula membongkokkan badannya untuk mengambil segumpal salji lalu dibalingkan pada sasarannya.
Terkejut Aerin dibuatnya dengan tindakan Jungkook yang tiba-tiba.
"Oh, main kasaq nampak."
Jungkook tersengih.
"Siaplah dikau!"
Salji ditanah Aerin ambil lalu mengejar Jungkook yang sudah jauh berlari itu. Mereka berdua bermain salji bersama diselang dengan gelak ketawa. Orang sekeliling sudah pandang mereka pelik. Mungkin pelik sebab Aerin yang normal itu bermain dengan budak cacat?
Tetapi Aerin tidak pernah kesah dengan orang sekeliling sebab gadis itu sudah anggap Jungkook seperti adiknya sendiri. Entah kenapa dia tidak ingin berpisah dengan insan istimewa itu.
"Hah hah hah, penat."
Aerin sekadar tergelak kecil melihat Jungkook yang sudah tercungap cungap. Tangan Jungkook digenggam lalu dibawa ke bangku berdekatan. Mereka duduk bersebelahan dan tiada jarak langsung antara mereka berdua.
"Kook."
"Ya?"
"Kenapa sekarang Kook dah mula panggil Aerin dengan nama?"soal Aerin sambil pandang tepat kearah mata Jungkook.
Dia tersengeh. "Mana boleh bagitau, rahsia..."
"Ish Kook ni! Dengan Aerin pon nak berahsia. Merajuk ah macam ni!" Aerin sudah menarik muncung.
"Tak boleh."
"Ala... Kook bagitaulah bagitaulah..."
Gadis itu merengek sambil lengan Jungkook digenggam. Wajah comel ditayangkan. Jungkook sudah tersengeh suka.
Tangan Jungkook tu tak reti duk diam betul. Sekejap pegang telinga, sekejap tepuk paha, sekejap tepuk tangan. Normal lah kan untuk orang istimewa macam dia.
"Sebab..."
"Sebab?"
"Sebab... hehe."
"Sebab apa Kook? Cepatlah."
"Sebab Kook suka Aerin!"
Aerin tergelak kecil melihat wajah Jungkook yang sudah kemerahan itu. Malu mungkin?
"Kenapa Kook suka Aerin?"soal Aerin sengaja ingin mengusik.
"Sebab Aerin baik."
"Lagi?"
"Sudi berkawan dengan Kook."
"Lagi?"
"Cantik."
Gadis itu tersenyum manis.
"Aerin pon suka Kook kan?"soal lelaki itu sambil mata Aerin dipandanya serius. Aerin sekadar tersenyum manis padanya.
"Mestilah Aerin suka Kook. Kook ni comel sangat tau." Pipi gebunya jadi mangsa cubitan Aerin. Jungkook sudah mengadu sakit namun akhirnya dia tersenyum juga.
"Siapa nak banana milk?"
"Nak! Nak! Kook nak!"
Rambut Jungkook dibelainya lembut. "Tunggu sini tau. Aerin nak beli banana milk kat kedai depan tu jap."
Dia mengangguk faham. Aerin bangun dari duduk lalu menuju ke kedai yang dimaksudkannya.
Jungkook menggoyang-goyangkan kaki sambil tangannya ditepuk dek teruja. Mungkin teruja sebab nanti dapat banana milk?
Tiba-tiba 6 orang lelaki datang kearah Jungkook lalu menolak badannya kuat hingga terjatuh. Sakit disikunya yang sudah berdarah itu ditahan. Wajah 6 orang lelaki dipandangnya tajam.
"Asal kau orang tolak aku ha!"
Mereka berenam tergelak besar.
"Wow wow wow! Budak cacat tengking kita guys."
Wajah sinis ditayangkan. Jungkook sudah berundur kebelakang. Dia merasakan seakan dirinya berada dalam keadaan bahaya.
"Weh Tae, ni ke budak yang selalu rapat dengan girlfriend kau tu?"soal salah seorang dari mereka berenam itu, Min Yoongi.
Lelaki yang bernama Kim Taehyung itu mengangguk lalu tersenyum sinis.
Jungkook sudah bangun mahu melarikan diri namun sempat salah seorang dari mereka, Park Jimin menarik jaket Jungkook yang membuatkan langkahnya terbantut.
"Kau nak lari mana ha budak cacat?!"
"Lepaslah."Jungkook meronta ronta ingin dilepaskan namun Jimin hanya tersenyum sinis.
"Hoseok, kau tolong Jimin pegang budak cacat ni jap."pinta Taehyung lalu lelaki yang bernama Jung Hoseok dan Jimin mengeratkan lagi genggamannya pada lengan Jungkook.
Perlahan Taehyung mendekati Jungkook yang sedang ketakutan itu. Sempat dia tersenyum sinis lalu tumbukan padu hinggap dipipi tembam Jungkook.
Jungkook sudah terbatuk batuk mengeluarkan darah. Dia sudah tidak mampu manatap mata tajam Taehyung.
Tuhan, selamatkanlah aku. Rintih hati kecilnya.
"Jangan kau berani nak dekat dengan Han Aerin. Dan kalau kau nak mati awal, cubalah bagitahu Aerin apa yang aku buat apa kat kau, faham!"tegas Taehyung memberi arahan.
"Faham ke tak!"
Terhinjut bahu Jungkook dibuatnya. Dengan terpaksa dia hanya mengangguk.
Taehyung menepuk pipi Jungkook lembut lalu tersenyum sinis. "Bagus. Sedar diri tu sikit budak cacat."
Jungkook terdiam tak berkutik. Kata-kata yang keluar dari mulut Taehyung itu membuatkan hatinya sakit. Terlalu sakit walaupun sudah biasa digelar sebegitu oleh orang lain.
Taehyung memberi arahan pada 2 orang kawannya untuk melepaskan Jungkook. Jimin dan Hoseok menghempaskan Jungkook jatuh kuat ke tanah. Sempat Taehyung menghadiahkan tendangan pada perutnya. Sekali lagi Jungkook menyeringai kesakitan.
Mereka berenam tersenyum puas.
"Thanks geng."kata Taehyung pada 5 orang kawan sekepalanya.
"No problem bro."jawab salah seorang dari mereka, Kim Namjoon dengan lesung pipit dipipinya.
"Dasar budak cacat." Sempat Kim Seokjin, salah seorang dari mereka meludah kearah insan istimewa itu. Mereka berenam meninggalkan Jungkook dengan hati yang puas.
Aerin yang baru melangkah keluar dari kedai itu terus berlari mendapatkan Jungkook yang sudah terbaring menahan sakit.
"Kook, kenapa ni? Siapa buat Kook macam ni? Bagitahu Aerin!"
Jungkook tidak menjawab namun tak henti dia menangis dibahunya. Terkedu Aerin melihat pipi Jungkook yang lebam dan berdarah itu.
Dia mengeluh berat. Memang macam ni ke layanan manusia terhadap insan yang istimewa macam Jungkook? Dibuli tanpa belas kasihan walaupun dia tak bersalah?
Gadis itu tekad! Dia akan terus jaga Jeon Jungkook dengan penuh kasih sayang dan tiada siapa yang akan buli Jungkook lagi. Itu janjinya.
Hanya kata-kata janji yang berakhir dengan penipuan.
VOTE
TRIMAS
______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top