PL2

1 years ago

"Omma! Kook pergi dulu tau!"

"Hati-hati jalan tu!"jawab Makcik Jeon dari dapur.

"Okay!"

Seorang lelaki yang berumur 22 tahun itu dengan riangnya berjalan sambil membawa bekal ditangan. Senyuman bunny smile sentiasa terukir dibibir nipisnya. Hatinya bagaikan berbunga-bunga ingin berjumpa si pencuri hatinya.

Beberapa minit berjalan, akhirnya lelaki itu sudah berdiri tegak dihadapan pintu rumah seseorang. Tangan ditepuk-tepuk kerana rasa tidak sabar untuk bertemu dengan si dia.

Tok! Tok!

"Aerin! Aerin-ah! Kook datang ni!"

Aerin mengambil langkah laju menuruni tangga. Pintu utamanya dituju lalu tombol pintu dibuka. Melihat seseorang yang berdiri tegak dihadapannya membuatkan senyuman manis terukir dibibirnya.

"Eh Kook, buat apa datang rumah Aerin?"

"Hehe, nah..."

Mata gadis itu teralih pada bungkusan yang dihulurkan oleh Jungkook. Dia mengambil huluran itu lalu senyuman manis ditayangkan.

"Omma Kook masak ape pula ni? Mesti sedap kan?"soal Aerin sambil bekal dibelek-belek untuk melihat isi didalam.

Tiba-tiba Jungkook menghentak kakinya kuat tanda protes. Aerin pandangnya terkejut.

Kalau nak sembang dengan Jungkook ni tak boleh ada tersalah cakap sikit. Kang tak pepasal dia mengamuk.

"Itu bukan omma lah yang masak."

Berkerut dahi gadis itu dibuatnya. Cuba memahami maksud insan istimewa itu.

"Habistu?"

"Kook lah yang masak sendiri!"

Mata Aerin terbutang. Seakan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Jungkook dipandangnya Aerin atas bawah.

"What? Seriously?"

Seriuslah budak istimewa ni yang masak? Haih, ape jadilah kat dapur rumah dia tu. Kesian Makcik Jeon kena kemas.

Air liur terasa perit pula ditelan apabila Jungkook pandang gadis itu tajam.

"O... Okay nanti Aerin makan. Kook baliklah dulu."kata Aerin cuba untuk menyelamatkan dirinya.

"Tak nak! Kook nak Aerin makan dulu baru Kook balik."

Mulut Jungkook sudah dicebikkan tanda merajuk. Mahu tak mahu, terpaksalah juga gadis itu menuruti kehendak dia.

"Okay okay, meh masuk."

Terus dia tersenyum lalu lompat dengan teruja. Laju sahaja langkah dia meluru ke meja makan. Aerin yang melihat keterujaan Jungkook itu sekadar menggeleng perlahan. Tergelak kecil dibuatnya dengan kecomelan Jungkook tanpa lelaki itu sedar.

Aerin mengambil tempat dihadapan Jungkook lalu penutup bekal itu dibuka. Sudu dicapai lalu bubur nasi itu disuapkan kedalam mulut.

Membulat mata gadis itu apabila rasa bubur itu sangat tidak disangka-sangka. Jungkook yang sedang bermain sudu itu dipandang lama seakan tidak percaya.

"Kook."

Perbuatannya terhenti lalu pandang Aerin dengan mata bulatnya.

"Betul ke Kook yang masak?"

Dia mengangguk laju.

"Serius?"

Sekali lagi dia mengangguk.

"Okay kalau macam tu, macam mana nak masak bubur ni?"

"Masukkan."

"Masukkan apa?"

"Masukkan jelah bahan yang omma bagi pada Kook lepastu masukkan dalam periuk lepastu dah siap."

Jungkook menepuk meja dek teruja. Terasa bangga pula dengan dirinya.

Gadis itu tergelak kecil. Patutlah sedap,mak dia yang buat. Mustahillah kalau budak istimewa itu masak sesedap ini.

"Sedap kan? Kook dah pandai masak..."katanya sambil dada ditepuk dengan bangga.

Aerin hanya mengangguk. Senyuman manis ditayangkan pada Jungkook. Layankan sajalah.Asalkan dia bahagia.

Aku baik? Heh,semua tu takkan lama.

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top