PL11
Pregnancy test yang berada ditangannya digenggam erat. Mata dipejam rapat sambil nafas ditarik dan dihembus.
Perlahan matanya dibuka lalu melihat keputusan pada pregnancy test itu. Terlihat ada dua garis padanya yang menandakan positif.
Rambut blondenya diramas kebelakang. Dia mengeluh berat. Macam mana boleh jadi macam ni?
Dia melangkah keluar dari tandas lalu mengambil fon yang berada diatas katilnya. Nombor Taehyung didail lalu dilekapkan pada telinga.
Tut! Tut! Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat...
"Ish!"
Aerin merengus geram. Sekali lagi nombor Taehyung didail lalu dilekapkan fon pada telinga.
Tut! Tut! Maaf, nombor yang anda...
"Aku tak nak dengar suara kaulah perempuan!"
Terus fonnya dibaling kuat diatas katil. Rambutnya diserabutkan sambil berjalan mundar-mandir didalam bilik itu seperti cacing kepanasan.
"Mana kau ni Taehyung..."
Beg tangannya dicapai lalu melangkah laju ke pintu keluar. Kasut disarung lalu keluar melepasi pagar.
Teksi ditahan lalu dengan pantas dia masuk kedalam perut kereta. Rumah Taehyung jadi tempat destinasi.
"Ini anak dia. Dia kena tanggungjawab atas anak ni."
.
Ting! Tong!
Kini dah masuk 10 kali loceng rumah mewah itu ditekan namun tetap tiada sahutan. Aerin mendengus geram. Dia lihat langit yang gelap itu lalu jam tangan dikerling.
1.00 pagi.
Cuma satu sahaja tempat yang Aerin tahu dimana Taehyung selalu berada.
"Club."
Dia menuju ke club dengan hanya berjalan kaki memandangkan club itu tidak jauh darinya.
Setelah mengambil masa beberapa minit untuk sampai ke club itu, akhirnya gadis itu sampai juga. Bunyi bising dari dalam club sudah kedengaran dari luar.
Langkahnya laju sahaja masuk kedalam sambil mata meliar mencari kelibat Taehyung. Gigolo yang ramai itu membuatkan dia sukar untuk mencari figura lelaki itu.
Namun, tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang bercumbu dengan seorang perempuan dibilik VIP. Terus dia sergah masuk kedalam bilik itu dengan wajah berang.
"YAH, KIM TAEHYUNG!"
Taehyung yang sedang 'bahagia' itu tersentak lalu memandang gerangan yang tiba-tiba sahaja menjerit namanya.
"What are you doing?!"soal Aerin yang sudah mengepal penumbuk erat. Tinggal nak lepas kat muka lelaki hanat tu je.
Taehyung tertawa sinis. Dia mengelap bibirnya tenang.
"Siapa ni sayang?"soal seorang perempuan yang dari tadi berada di dalam pelukan Taehyung.
Lelaki itu hanya mengangkat bahu.
"Orang miskin mana entah tiba-tiba sesat."
Kata-kata Taehyung yang selamba itu membuatkan Aerin terkedu. Mulutnya seakan terkunci, tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Taehyung.
"Tae! Kenapa you buat I macam ni? I mengandungkan anak you tahu tak?"
"So?"
"What?!"
Taehyung tersenyum sinis. Dia berdiri dihadapan gadis itu yang wajahnya sudah merah padam. Mata hezel Aerin dipandangnya dalam.
"So you nak I buat apa? Tanggungjawab? Hell no. Darah miskin you tak layak untuk orang kaya macam I."
Aerin hanya diam. Menunggu kata-kata yang ingin keluar dari mulut Taehyung.
"Lagipun I cuma tak nak keturunan I kotor sebab perempuan kotor macam you. Sanggup tinggalkan suami cacat semata-mata sebab duit. Bagi you, duit adalah segala-galanya dari orang yang you sayang. Am I right Han Aerin?"
Air mata Aerin sudah mengalir laju dipipi.
"K... Kenapa you gunakan I?"soal Aerin dengan suara sebak. Sungguh dia tidak sangka yang dia akan kembali miskin seperti dulu.
Dagu Aerin dipegang lalu didongakkan supaya matanya selaras dengan mata lelaki itu.
"Sebab I suka layanan you. I suka badan you. Tapi disebabkan you dah mengandung, kita dah tak boleh jadi macam dulu sayang."
Senyuman manis ditayangkan. Dengan pantas Aerin menggenggam tangan lelaki itu erat. Mata Taehyung ditatap meminta simpati.
"Tolonglah jangan buat I macam ni. I sanggup gugurkan anak ni kalau itu yang boleh buat kita kembali macam dulu. Please... I cintakan you..."rayunya sehabis mungkin.
Mata Taehyung masih ditatap. Berharap yang lelaki itu masih ada belas kasihan terhadap dirinya.
"YOU TAK CINTAKAN I, AERIN! YOU CINTAKAN DUIT I! YOU TAMAK! SELFISH! KAU TU TAK LAYAK UNTUK AKU LAH PEREMPUAN!"
Habis bilik VIP itu bergema dengan suara garau Taehyung. Terhinjut bahu Aerin dengan jeritannya. Perempuan simpanan itu pun sudah berlari keluar dari bilik itu kerana suara Taehyung yang lantang itu.
"Kau keluar sekarang dan jangan tunjuk muka kau lagi kat depan aku."
"Tae..."
"I SAID GET OUT!"
Regret then is useless
VOTE
TRIMAS
______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top