PL10

Hari berganti hari, bulan berganti bulan Jungkook menjadi hamba didalam rumah itu yang baginya neraka. Setiap saat dan tiap detik Jungkook didera, dimaki, ditendang, dipukul demi melepaskan amarah dan rasa bencinya Aerin pada Jungkook.

Aerin yang dulu seorang yang penyayang, berhati baik, caring... itu semua sudah hilang. Aerin yang sekarang berubah 100% menjadi pemarah, pendera, lepaskan amarah pada orang yang tidak bersalah dan tidak ada langsung belas kasihan dalam dirinya. Semata mata untuk kepentingan diri sendiri.

Namun Jungkook... tetap bersabar dan setia dengan Aerin.Dia biarkan saja isterinya berbuat kasar terhadap dirinya jika itu yang mampu membuat gadis itu gembira.

Ya, Jungkook sangat sayangkan isterinya. Baginya selain ibu, Aerin lah wanita kedua yang bertakhta didalam hatinya. Walaupun dia tak tahu apa itu jodoh atau cinta, namun dia tahu menghargai orang yang tersayang. Dan berusaha untuk membahagiakan si dia walaupun ia boleh menyakitkan dirinya.

"JUNGKOOK!"

Kelam kabut Jungkook menaiki tangga menuju ke bilik Aerin. Pintu dibuka dan dengan pantas Jungkook berdiri tegak dihadapan Aerin. Kepala ditunduk. Takut ingin bertentang mata dengan mata tajam gadis itu.

Aerin yang sedang baring diatas katil itu bangun lalu berdiri tidak jauh dari Jungkook. Tajam sahaja matanya memandang Jungkook.

"Dekat sikit."arah Aerin sambil jarinya memberi isyarat supaya lelaki itu mendekatinya.

Perlahan Jungkook melangkah mendekati Aerin sehingga berdiri betul-betul dihadapan Aerin.

"Asal lambat?!"

Kepala Jungkook ditolak kasar membuatkan dia hampir terjatuh. Nasib dia sempat mengawal badannya. Tangannya sudah tidak boleh duduk diam. Sekejap gigit kuku, pegang telinga, main rambut, pegang leher kerana dia berasa gementar dan takut.

"T... Tadi Kook kemas ruang tamu..."

"Banyaklah alasan kau! Sekarang ni aku nak kau basuh tandas tu." Jari Aerin ditunjukkan pada tandas yang tersedia didalam biliknya.

"T... Tapi Kook baru basuh tandas tu semalam."

Terus kepala Jungkook dipukul kuat tanpa belas kasihan.

"Buat jelah!"

Jungkook mengangguk akur sambil kepalanya yang sakit dipegang. Badan dipusing lalu melangkah kaki ke tandas itu namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara orang lain didalam bilik itu.

"Sayang... kenapa jerit-jerit ni? Nanti you sakit macam mana?"kata Taehyung yang dari tadi berselubung dibawah selimut.

Aerin tersenyum manis lalu mendekati cinta hatinya. Ruang kosong disebelah Taehyung dia baring lalu tangannya memegang dada Taehyung yang tidak berbaju itu.

"Sorry baby, I terlalu stress dengan budak cacat tu. Tapi bila tengok muka you, terus sejuk hati I."

Gadis itu tertawa kecil. Hidung Aerin dicuit lembut oleh Taehyung.

Wajah Aerin yang tersenyum manis itu terus bertukar bengis apabila melihat Jungkook masih berdiri tegak dihadapan tandas. Charger yang berada disebelahnya diambil lalu dibaling kuat pada belakang badan Jungkook.

Jungkook mengaduh kesakitan. Kesan sebatan pada belakang badannya semalam masih terasa.Air mata Jungkook sudah mengalir laju menahan sakit yang teramat.

"Kau tercegat lagi kat situ dah kenapa?!"

Laju sahaja langkah Jungkook masuk kedalam tandas. Pintu ditutup lalu dikunci. Dia sudah terduduk dan melepaskan tangisannya yang dari tadi ditahan. Mulutnya ditekup supaya tidak ada sebarang bunyi.

Bukan sekali dia nampak Aerin tidur dengan lelaki itu malahan tiap-tiap hari lelaki itu tidur sekatil dengan Aerin.

Dan tiap-tiap hari jugalah hatinya sakit, menangis, merintih melihat orang yang tersayang bahagia dengan lelaki lain.

Patutkah aku hilangkan diri dari dunia yang kejam ini? Rintih hati kecilnya.

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top