FINALE
9 month later
Aerin menuju ke kubur Jungkook dengan sejambak bunga ditangan. Perutnya yang besar sudah mencecah 9 bulan itu membuatkan dia sukar untuk duduk.
Gambar Jungkook yang tersangkut itu dipandang lama sambil menghadiahkan senyuman manis.
"Kook apa khabar? Macam mana hidup kat sana? Mesti tenang kan?"
Senyuman Aerin mula kendur. Deras sahaja air matanya mengalir membasahi pipi.
"Aerin minta maaf sebab seksa Kook masa awak masih hidup. Aerin minta maaf sebab jadikan sisa hidup Kook menjadi neraka."
Tersendu-sendan dia menangis hingga tak mampu untuk meneruskan percakapannya.
"Aerin dah dapat balasan pon Kook. Tak ada siapa yang sanggup tanggung dan jaga Aerin dalam keadaan Aerin macam ni. Aerin terpaksa cari rezeki sendiri untuk tanggung kehidupan Aerin dan anak Aerin. Aerin reda. Memang patut pun Aerin dapat balasan macam ni. Balasan untuk Aerin sebab dera Kook dengan kejam dulu. Kook... Aerin minta ampun dengan Kook dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tolong maafkan Aerin... hm?"
Ibu mengandung itu tersenyum manis seakan mendengar yang Jungkook sudah memaafkan dirinya.
"Terima kasih Kook. Terima kasih sebab hadir dalam hidup Aerin. Walaupun Kook sangat jauh, tapi Kook tetap ada dalam hati Aerin. Dan percayalah, Aerin juga sayangkan Kook... lebih daripada seorang adik."
Seorang lelaki yang berpakaian putih itu mendekati Aerin lalu tersenyum manis. Namun Aerin tidak perasan akan kehadirannya dan tidak boleh melihatnya kerana lelaki itu adalah roh Jungkook.
Wajah Aerin yang basah dengan air mata itu diusapnya lembut. Wajah mulusnya ditatap dengan penuh rasa cinta.
"Dan percayalah, aku pon sayangkan kau Han Aerin."
Mereka tidak minta untuk dilahirkan atau hidup dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup normal seperi orang lain.
So we're the normal ones mestilah menyayangi dan memberikan layanan yang baik pada golongan istimewa kerana mereka juga ada hati dan perasaan.
If you think life is unfair because you were born imperfect like everyone else,
please think about 'them'.
~ End ~
VOTE
TRIMAS
______________________________________
Maceh uwollssyy :)
Love yahhh °♡°
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top