04

POCKET LOVE

°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────





Tempat duduk Taehyung dikerumuni pelajar perempuan sejurus melihat keadaan lelaki itu. Kaki kanan Taehyung yang berbalut cukup menggemparkan sekolah kerana ramai yang prihatin dan risau. Bukan dari rakan sekelas sahaja, dari kelas kelas lain pun ada yang datang semata mata nak melawat Taehyung. Ada juga yang datang dengan membawa buah tangan.

"Hmph, macam mana ni?! Taehyung cedera.. hiks." risau salah seorang perempuan di situ.

"Hmph, kesian dia. Aku risaula. Uri Tae terluka!" sahut yang lain pula. Mereka berdua mampu melihat dari jauh sahaja kerana manusia yang mengerumuni tempat duduk Taehyung bukan kaleng-kaleng,

"Ke tepi ke tepi!" Boyoung bersuara keras seraya menolak beberapa pelajar yang dekat di samping Taehyung. Terkejut mereka semua termasuk Taehyung yang senang hati melayan para peminatnya dari tadi.

"Awak okay tak Taehyung? Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa yang buat awak macam ni? Bagitahu saya Taehyung..." Boyoung terus duduk di samping Taehyung dan cuba memeriksa kaki Taehyung yang berbalut.

"Erk?!" Hani selaku rakan baik Boyoung hanya mampu menunduk menutup muka melihat rakan baiknya sebegitu dramatik. Tolonglah buat masa sekarang dia bukan kawan aku!

"Okay je, jangan risauㅡ" tutur Taehyung dengan senyuman tercetak di bibir. Taehyung memang begitu. Dia tidak pernah berkasar dengan perempuan kerana jika dia berkasar dia telah melanggar peraturan playboy sedunia. Playboy-playboy kenalah bersikap baik dan ramah dengan perempuan.

Tapi, lain pula jika dengan Gu Sunhwa. Automatik sikap manis di dalam diri Taehyung lenyap dan lesap jika berhadapan gadis itu. Almaklum, kawan gaduh dari kecil,

Tap Tap Tapㅡ

Secara refleks, bunyi bising yang memenuhi ruang kelas tadi bertukar sepi dan senyap. Mata mereka semua teralih ke arah Sunhwa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas dengan keadaan leher kurang baik. Gadis beku itu masih memakai alat penyokong di lehernya.

"Ommoㅡ" kemain mereka terkejut ketika melihat keadaan Sunhwa dan mata mereka terkalih pula pada kaki Taehyung yang turut berbalut.

Boyoung juga begitu, dia pandang Sunhwa dan Taehyung dengan kerutan di dahi. Ada apa yang berlaku?

Sunhwa pula tidak menghiraukan mereka dan terus berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia letak beg yang di bawa di atas meja lalu melabuhkan punggung di atas kerusi dengan berhati-hati. Beberapa buku dikeluarkan dari beg.

Kelas yang pada awalnya sepi tanpa suara kini sudah mula berbunyi semula. Apa lagi? Mereka semua bergosip lah dengan keadaan yang dialami oleh Sunhwa dan Taehyung.

Ada kaitan ke?

"Weh, semalam kan Sunhwa panggil nama Taehyung dekat perhimpunan. Aku syak dorang bergaduh pasal tu. Sebab tulah Taehyung patah kaki, Sunhwa patah leher. Ini teori aku." Julia berbisik pada Hara dengan mata mengecil mengutarakan teorinya.

"Boleh jadi, tapi tak mungkin sebab uri Tae tak pernah menyakiti seorang perempuan. Tak mungkinlah Taehyung buat macam tu." Hara membalas dengan rasa tidak setuju tapi masih dalam proses pemikiran apa sebenarnya yang terjadi.

Mata mata mereka tak lepas dari memerhatikan dua orang manusia yang sama tercedera itu. Sementara dua orang itu pula tidak saling berpandangan dan hanya melakukan hal masing-masing.

°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────

"Betul ke bukan Taehyung yang buat kau patah leher macam ni? Kalau ya, kau pass kat aku sekarang biar aku patahkan sebelah lagi tangan dia." tutur Eunsol penuh bersemangat wajar seraya menghulurkan telapak tangannya untuk meminta kebenaran Sunhwa pergi belasah Taehyung,

"Bukanlah, tak ada kena mengena dengan dia." balas Sunhwa sambil mengambil dulang makanan. Eunsol juga begitu, ikut je dia kat belakang Sunhwa.

Masing-masing hulur dulang makanan kepada makcik yang menjaga makanan di kantin.

"Habistu? Kenapa boleh hari yang sama korang kena macam ni? Tengok, tadi pun cikgu cikgu semua syak korang ada terlibat dalam pergaduhan atau kemalangan bersama." Eunsol masih tidak mahu mengalah.

"Rajin ek kau datang sekolah dalam keadaan macam ni? Kenapa tak ambil cuti je?" tanya Eunsol lagi. Sunhwa yang sudah selesai mengisi makanan ke dalam dulangnya segera berlalu pergi menuju ke meja makan.

"Yak yak tungguㅡ" laung Eunsol dengan kuat dan kembali memandang makcik kantin.

"ahjumma tolong cepat sikit!" Eunsol mengarahkan makanannya segera di isi sebelum mengejar Sunhwa dari belakang.

Bak!

Eunsol letak dulang yang di bawa ke atas meja tepat di hadapan Sunhwa yang tampak kelakar bila menyuap masuk makanan ke dalam mulut. Tegak je. Tapi kelakar pun kesian juga.

"Okay sekarang, cerita."

"Aku datang sebab tak nak terlepas ujian mingguan yang Cikgu Kang buat. Malas nak repeat dan .... Aku tak boleh kalah." akhirnya Sunhwa membuka bicara juga tapi tu masih belum mencapai kehendak Eunsol.

"Okay, sebab kau jadi macam ni pula apa? Ada kaitan dengan Taehyung? Korang berdua memang jenis tak nak kalah kan dalam pelajaran?"

"Hmph, kitaorang accident. Bukan gaduhㅡ semalam keluarga aku dan dia ada acara dekat riding horses. Kuda yang aku naik tu tiba naik gila jadi aku terbabas dan Taehyung pun sama." disebabkan Eunsol tetap nak korek rahsia akhirnya Sunhwa bagitahu juga apa yang terjadi. Cuma tak lah terperinci. Sekadar ingin menutup mulut bising Eunsol sahaja.

"Haa kan senang kau bagitahu aku. Bukan aku nak heboh satu sekolah pun. Adoi, oke dah lah makan makan . Aku lapor ni." cepat-cepat Eunsol menyuap masuk makanan ke dalam mulut setelah mengetahui cerita. Bukan apa, benda yang dah jadi persoalan di benak fikiran tak boleh disingkirkan dengan mudah selagi tidak mendapatkan jawapan.

Lagipun tak pelik lah Eunsol, sebab Taehyung dan Sunhwa memang tak ngam!

Sunhwa hanya dia sahaja selepas itu tidak memberitahu bahawa disebabkan Tehyung cuba menyelamatkan dirinya lah kaki Taehyung tercedera.

Blip!

Pocket Love sent a message <3

Dengan kunyahan yang masih belum dihentikan, Eunsol mengeluarkan telefon pintar dari poket baju blazer sejurus mendengat satu bunyi yang datangnya dari telefon sendiri. Kemain membulat lagi mata ketika melihat notifikasi dari Pocket Love. Kunyahan makanan semakin perlahan.

"Yah, Sunhwa ah... aku ada rahsia nak bagitahu kau." kata Eunsul seraya memandang kiri dan kanan sebelum menumpukan pandangan pada Sunhwa yang menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh Eunsol.

"Aku masuk jadi ahli Pocket Love."

"Huh?" jelas kerutan di wajah Sunhwa menandakan dia tidak tahu apa itu Pocket Love.

"Link yang tengah viral sekarang untuk orang macam kita. Dia boleh tolong kita untuk cari pasangan. Kalau kau malu nak bagi crush kau hadiah. Kau boleh je minta bantuan dia. Dia akan uruskan... emph... Kejap lagi kan kita dah nak habis sekolah. Jadi kita kena ada pengalaman bercinta sebelum habis sekolah supaya bila cucu cicit kita tanya kita tak adalah sejarah forever alone sepanjang masa. Betul tak?"

"Tch... petua mana yang kau pakai ni?"

"Tak tak, ini bukan petua. Tapi aku cakap benda yang betul, Normal kalau kita ada rasa nak bercinta sekarang. kau ingat tak masa kejadian depan pintu bilik pengawas tu. A-aku sebenarnya emmphh.." tiba tiba pipi Eunsol bersemu kemerahan bersama chopstick di tangan dipusing pusing atas meja. Malu nak cakap.

"K-kau jangan cakap yang kau suka anak Jeon tu." Sunhwa cuba meneka tapi dia rasa tekaannya betul dan tepat apabila Eunsol memberi jawapan dengan bentuk senyuman malu malu kucing.

"Kan tak ada rahsia di antara kita. Aku ... emph ehek tak tahulah. Tiba tiba aku rasa Jungkook comel! Aku macam eiiihhhhh hati aku... aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi dia macam eihhhhh arghhh uhuk uhuk uhuk!" disebablan tak rilek, Eunsol tersedak di hujung ayatnya manakala Sunhwa hanya menghela nafas berat dan hulur tisu buat gadis yang sedang dilamun cinta itu.

"Haih, dalam ramai ramai budak lelaki dekat sekolah ni. Anak Jeon juga yang kau nak?"

"Kalau aku nak Taehyung lagi kau tak bagi kan? HAHAHㅡ" seloroh Eunsol dengan tawaan besar menghiasi bibirnya. Sunhwa rasa nak cucuk chopstik tu dalam mulut Eunsol!

°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────

"Wuuuiuㅡ" satu kelas bersorak mengusik ketika Sunhwa melangkah masuk ke dalam kelas di ikuti Eunsol di belakangnya. Sunhwa ketap bibir rapat ketika melihat sejambak bunga di atas meja belajar.

"Woww, bunga?!" Eunsol turut teruja ketika mengetahui ada seseorang yang menyukai Sunhwa di dalam diam. Kali pertama dapat hadiah secara rahsia ni. Uyoo!

Sunhwa melabuhkan punggung duduk di kerusi belajar begitu juga dengan Eunsol. Suasana kelas masih lagi riuh dengan bunyi bising. Almaklum, cikgu yang mengajar selepas waktu rehat masih belum munculkan diri.

"Psst, siapa yang bagi?" tanya Eunsol dengan penuh keterujaan sementara Sunhwa hanya memandang bunga itu tanpa perasaan.

get well soon :) <3

Mata Sunhwa tersorot melihat kad kecil yang bertulis ucapan yang sangat ringkas. Wajah dingin dan tegaknya tadi kini berubah dan bibirnya ingin sahaja mengukirkan senyuman. Walaupun dia kelihatan dingin, tapi Sunhwa tetap seorang gadis yang mempunyai hati yang lembut. Cuma siapa yang bagi dan agak menakutkan jika tidak tahu siapa Tuannya?

"Wuuuuu Sunhwa blushing Sunhwa blushing!!!" ada sahaja usikkan dari rakan sekelas.

"PfftHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHJAHAHAHAHAHHAHAHAH!" satu kelas memandang ke arah Taehyung yang tertawa lepas selepasnya! Kemain bahagia Taehyung!

"Kelakarlah." ucap Taehyung masih dengan tawaannya. Bersusah payah Sunhwa menoleh ke arah belakang untuk melihat Taehyung. Alay penyokong leher ni menyerabutkan dan melambatkan pergerakkan Sunhwa.

Tapi dah kenapa dengan Taehyung tergelak macam orang gila?

"Hahahah, macam tak sesuai je Sunhwa ada secret admire." tutur Taehyung lagi dan disambut baik oleh budak lelaki yang lain. Dua orang perempuan yang duduk bersebelahan dengan Taehyung turut tertawa mengejek.

"Eoh?! Betul! Aku pun rasa macam tu sebab tu lah aku nak tergelak bila nampak bunga atas meja Sunhwa. Macam tak pernah pernah. HAHAH!" budak budak lelaki mula tertawa menyakat dan membahan Sunhwa.

"Kan? Macam pelik pun ada, kalau bercinta dengan Sunhwa mesti kaku je. Cakap sepatah balas sepatah. Saiko.." kemain rancak yang lain menyambung membahan dan menyakat gadis itu.

"Macam bercakap dengan dinding!"

"Macam bercakap dengan cardboarlah!"

"Eh, dahlah aku cakap sikit je korang lebih lebih pula. Tengok tu, dah nak menangis ketua pelajar kita." bibir Taehyung termuncung menunding ke arah Sunhwa yang cepat cepat mengalihkan pandangan ke hadapan kerana semua pelajar sudah menumpukan perhatian ke arahnya pula.

Bunga yang dipegang digenggam erat dengan rasa geram. Rasa mendidih darah dalam badan.

"Yahh!" Eunsol bangkit untuk mempertahankan rakannya sedangkan Sunhwa hanya diam. Dia masuk jambakkan bunga di bawah meja dan keluarkan buku untuk mengulangkaji pelajaran.

"Korang semua ni kenapa? Apa yang tak puas hati sangat?" Eunsol membentak untuk mempertahankan kawan baiknya. Dah kali kedua Sunhwa dihentam sebegini dan semua itu kerana Taehyung.

"Korang takpaya layan Eunsol tu, Park Jimin ada dekat kelas sebelah woi!" tetiba seorang budak perempuan bertocang dua datang memberitahu seisi kelas.

Terkejut mereka semua mendengar berita gempak itu. Masing-masing terus berlari keluar dari kelas untuk melihat sama ada betul atau tidak.

"Seriuslah?! Park Jimin?!" tak terkecuali Eunsol juga turut serta untuk melihat idol kesayangan ramai yang kini sudah mendaftar masuk ke dalam sekolah mereka.

Suasana kelas yang pada mulanya riuh rendah kini sudah sepi bagai suatu malam kubur berasap. Hanya tinggal Sunhwa yang sememangnya tidak ambil tahu tentang hal sebegini dan Taehyung yang terkedu kerana perempuan di kiri kanannya tadi pun dah hilang dek dengar berita idola ternama itu.



°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top