02


POCKET LOVE

°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────




"Seminit. Cakap apa yang kau nak kita bincangkan," ujar Sunhwa dengan suara tegas dan menghampiri Taehyung yang sedang berdiri santai di hadapan meja. Dia berhenti betul-betul di hadapan jejaka itu, matanya tajam menikam pandangan Taehyung.

Sunhwa cuba menarik semula kertas pidatonya yang dirampas oleh Taehyung tadi.  Taehyung pula dengan senyuman sinis mengangkat kertas itu lebih tinggi daripada capaian Sunhwa.

"Seminit tak cukup. Satu jam, baru boleh." jawab Taehyung sambil tersenyum dan mengangkat kedua belah kening. Amacam?

Sunhwa mengetap bibir menahan rasa geram yang membuak. Menyampah!

"Lima minit." balasnya cuba memberi peluang walaupun jelas dia hampir hilang sabar. Namun Taehyung tetap dengan sikap mengadanya.

"Lima jam lah. Aku banyak benda nak cakap."

"Taehyung!" Sunhwa meninggikan suara. Nadanya penuh amaran. Kalau Taehyung loyar buruk lagi memang nak kena rembat!

Melihat Sunhwa semakin merah wajahnya, Taehyung akhirnya tertawa kecil dan itu membuatkan Sunhwa semakin angin. Dia terus mengemas semua buku dan kertas-kertas yang berada di atas meja. Tak lupa telefon pintar Eunsol juga turut diambil. Manalah budak tu pergi?

"Tak nak kertas yang ni ke?" tanya Taehyung melambai kertas itu tepat di hadapan wajah Sunhwa sambil tersenyum lebar. Dia sengaja melambat-lambatkan pergerakannya seraya memerhatikan wajah tegang gadis itu.

"Ambil lah. Aku ada salinan lain dalam Google Drive. Print lagi senang daripada layan kau." Sunhwa membuka langkah. Ingin cepat-cepat keluar dari bilik ketua pelajar ini.

"Oh, yeke?" Taehyung tersenyum sinis. Dia melangkah lebih dekat memegang kertas itu dengan sebelah tangan dan mengangkatnya ke paras bahu.

"Tapi aku rasa salinan ni lebih sentimental. Tangan kau sendiri yang tulis kan? Mesti kau perah otak nak bina ayat. Sayang betul kalau aku—" Dia tiba-tiba berhenti bercakap. Pura-pura meneliti kertas itu dengan teliti.

"...kalau aku campak dalam tong sampah." sambungnya sambil tersenyum nakal.

Sunhwa mengetap bibir. Kali ini tangannya menggenggam erat buku berperang dengan perasaan marah yang makin membuak. Tapi dia cuba untuk tenang.

"Okay." Taehyung berdiri tegak. Melipat helaian kertas itu menjadi segi empat dan dengan biadapnya dia menyentuh poket baju Sunhwa lalu dimasukkan kertas itu tanpa rasa bersalah. Tapi mujurlah dia tak renyukkan.

"Aku cuma nak ingatkan seorang ketua pelajar yang disegani, dihormati dan jadi contoh kepada pelajar lain... tak patut ada sikap—dengki, iri hati, busuk hati..."

Berkerut dahi Sunhwa mendengar tiap kata yang terbit dari bibir Taehyung. Apa pula dengki, iri hati dan busuk hati?

"Dalam sehari susah betul kau nak bagi aku bernafas dengan tenang. Ada je benda yang kau cuba buat supaya aku masuk ke dalam bilik pengetua ataupun sebenarnya kau cuba nak raih perhatian aku since aku tak pernah nak pandang kau..." panjang lebar huraian yang keluar dari bibir Taehyung semakin terbakar Sunhwa di situ.

"Dalam sehari ada je kesalahan yang kau buat dan aku cuma jalankan tugas atau sebenarnya kau yang cuba raih perhatian aku?" bidas Sunhwa semula sebelum benar benar melangkah keluar dengan buku buku masih elok kemas di dalam dakapannya.

"Eh? Mana aci rembat ayat orang.." Taehyung mengejar dari arah belakang dan langkah keduanya terhenti tepat di hadapan pintu atau lebih tepatnya di hadapan Jungkook dan juga Eunsol.

"Err Eunsol ah?" Sunhwa memanggil dengan ragu. Adakah saya menggangu drama seplosen anda berdua yang masih tidak mahu melepaskan pandangan mata dari tadi?

"Eo? Jungkook ah?" Taehyung turut bersuara dan anak mata mereka saling berlaga. Drama apa seh anak Jeon ni cuba buat?

Cepat sahaja Jungkook dan Eunsol melepaskan antara satu sama lain dan menjauhkan diri dengan wajah merah padam.

"A-ada gula gula getah lah. Gula getah siapalah yang aku terpijak ni?!" Jungkook sengaja beralasan sebelum beredar pergi dengan rasa malu... cepat cepat jejaka itu lari setelah berjalan beberapa tapak. Dia ambil laluan ke kanan.

"Eung? Ah .. ehh lupa pulak. Nak kena pergi perpustakaan pulang b-bu buku.." disebabkan kalut dan malu terputus putus lontaran kata Eunsol. cepat pula Eunsol memulakan perjalanan dengan bergerak ke laluan kiri. Dia berlari anakㅡ

Namun kedua orang manusia itu berpatah balik dengan larian kecil mereka.

"Lupa, tandas sebelah sana..." Jungkook tersengih memandang Taehyung dan Sunhwa yang masih berdiri bersampingan dengan memandang rakan-rakannya pelik. Nampak juga macam ada tanda soal besar dekat atas kepala masing-masing. Apa yang berlaku ni?

Eh? AKU TAK FAHAMLAH!

"Hehehe perpustakaan kat sanaㅡ" begitu juga dengan Eunsol. Gadis itu sempat memberikan sengih kekok buat rakan-rakannya.

Jungkook dan Eunsol berlari melepasi antara satu sama lain di mana Eunsol ke laluan Jungkook tadi dan Jungkook ke laluan Eunsol.

"Drama apa yang dorang cuba buat?" Taehyung bersuara. Masih pelik dengan tingkah mereka. Tapi dia tak sedar dia lah yang tolak Eunsol pada Jungkook tadi sehingga drama murahan itu tercetus.

"Tak tahu, mungkin Eunsol tengah feeling jadi heroin dalam drama dia." Sunhwa sekadar mengangkat bahu dan memulakan langkah kaki untuk pergi. Buat apa dia berbual dengan Taehyung dekat sini? Buang masa dan tenaga.

"Huh? So Jungkooklah heronya? Tak cukup menarik untuk perempuan macam Eunsol." perjalanan Sunhwa tidak tenang apabila Taehyung masih mengekori. Sunhwa menghentikan langkah dan memberikan Taehyung sebuah pandangan yang cukup tajam seolah ingin memberitahu Taehyung supaya lelaki itu berhenti dan berambus.

Langkah Taehyung turut terhenti dan tiada secalit riak bersalah pada wajah tampan itu. Malah, Taehyung menjungkit kening dengan muka bertanya...

kenapa pandang macam tu?

"Hidup ketua pelajar ni membosankanlah. Kau pun kena cuba ada drama sikit dalam hidup kau. Baru hidup ni menarik.." Taehyung masih tak reti nak diam.

Sunhwa menatapnya dengan mata yang hampir menembusi sebelum melangkah ke hadapan.

"Okay fine, tapi aku taknak karakter kau ada dalam drama aku. Berhenti ikut aku, Taehyung." Suaranya dingin penuh peringatan.

"Setapak kau ikut lagi... aku akan buat kau menyesal!"

"Haa, nak buat apa tu?" Taehyung tersenyum lebar sengaja melangkah lebih dekat pada Sunhwa.
Langkahnya lebih besar memendekkan jarak di antara mereka. Sunhwa terpaksa mundur beberapa tapak untuk memberi ruang. Gadis itu kelihatan semakin tertekan. Jika dia tidak bergerak pasti kini tiada ruang di antara mereka.

Taehyung semakin mendekat sehingga belakang tubuh Sunhwa menciumi tembok. Gadis itu masih mendongak mencerlung tajam wajah Taehyung sedangkan Taehyung sudah berasa dirinya menang dan berjaya menaikkan kemarahan gadis itu.

Taehyung sengaja mengusik kerana ingin membalas semua perbuatan Sunhwa terhadap dirinya. Ini yang dia mahu dia nak Sunhwa RIMAS!

"Tak sabar nak rasa menyesal." sambung Taehyung dengan nada perlahan tetapi penuh provokasi. Perkataan 'menyesal' diucapkan dengan penekanan, membuatkan Sunhwa semakin tertekan. Nafasnya turun naik. Dada gadis itu kelihatan bergerak dengan pantas menahan rasa marah yang hampir memuncak. Pandangan mereka saling berlaga sorang mendongak sorang lagi terpaksa menunduk dek ketinggian mereka yang berbeza.

"Tepilah!" sebelah bahu Taehyung ditolak kasar sebelum Sunhwa melangkah pergi. Membawa diri untuk jauh dari lelaki itu. Gatal tangan nak lempar buku dekat muka Taehyung.

"HAHA!" Taehyung tertawa melihat figura Sunhwa dari belakang. Gadis itu tampak tertekan, langkahnya laju. Seronok juga dapat usik Ketua Pelajar!


°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────

"Sun, dah download app Pocket Love?" bisik Eunsol perlahan. Ingin mencuri peluang berbual dengan Sunhwa meskipun guru sedang berdiri di hadapan kelas. Nadanya penuh dengan rasa ingin tahu, matanya melirik ke arah Sunhwa. Berharap dapat menarik perhatian sahabatnya itu.

Namun, Sunhwa tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya masih terpaku pada guru dan tangannya masih laju mencatat nota. Fokusnya terlalu dalam. Seperti biasa dia tidak terganggu oleh apa-apa pun di sekelilingnya.

"Aku baru download semalam." Eunsol menyambung. Tidak putus asa untuk membuka bicara. Suaranya semakin perlahan tetapi tetap penuh dengan semangat.

"Tapi aku tak guna lagi... hari ni aku macam rasa nak cuba sebab you know ada someone yang aku target." Senyuman nakal terbit di bibirnya, cukup untuk menunjukkan keterujaannya.

Sunhwa akhirnya membuka mulut masih tanpa mengalihkan pandangan dari buku notanya.

"Jungkook?" soalnya ringkas. nadanya tenang seperti tiada apa-apa. Tetapi cukup untuk membuatkan Eunsol terpinga-pinga.

"Eh? M-mana ada!" Eunsol separuh berbisik separuh berteriak kecil. Pipinya memerah dan dia segera memandang ke sekeliling memastikan tiada yang mendengar selain Sunhwa.

"Cikgu!" tiba-tiba satu kelas dikejutkan dengan suara Taehyung yang duduk di belakang kelas. Jejaka itu mengangkat tangan seolah-olah ada sesuatu yang hendak diutarakan.

"Ya, Kim Taehyung?" Cikgu lelaki yang berkumis tipis itu menghentikan penyampaian ilmu buat sejenak untuk memberi perhatian pada Taehyung.

"Saya tak boleh fokus." satu kelas menoleh pandang Taehyung ingin tahu apa iklan yang hendak dicipta oleh jejaka itu.

"Dari tadi Sunhwa bising." Sunhwa ketap bibir rapat ketika namanya dipetik. Guru yang dikenali sebagai Mr Lim memandang Sunhwa dengan ragu. Tak pernah Sunhwa buat hal.

"Sunhwa ah?" guru Lim mendekati Sunhwa. Meja Sunhwa dan Eunsol berada di hadapan sahaja. Eunsol pula meneguk liur dengan perit. Serbasalah sebab dia yang ajak Sunhwa berbual tapi tak sangka Taehyung selicik ini.

"Maaf cikgu, saya cuma tanya Eunsol apa yang saya tak berapa faham tadi dan saya dah catat apa yang Mr Lim sampaikan." Sunhwa memberi alasan dengan tenang seraya menghulurkan buku notanya.

"Wow!" Mr Lim berdecak kagum ketika melihat buku nota Sunhwa yang kemas dan setiap apa yang dia ajar dari awal tadi dicatat walaupun tiada di papan putih.

Taehyung membuang wajah ke laur tingkap melihat dua pasukan bola sepak pelajar junior di bawah sana sedang berjuang sampai ke titisan peluh. Muak betul apabila guru-guru di sekolah ini menyanjung Sunhwa terlalu tinggi.

Dapat dijangka Cikgu akan berpihak pada Sunhwa juga.

"Taehyung, nampaknya kamu cuma salah faham. Tak apa nanti kamu boleh jumpa Sunhwa dan catch up balik apa yang kamu tak dapat nak fokus tadi." serta merta pandangan Taehyung terkalih semula ke arah sang guru.

"Perang dunia ketigalah jawabnya." sakat Hoseok mengekeh ketawa. Satu kelas tahu bagaimana Sunhwa dan Taehyung bahkan adegan tadi pun entah entah cara Taehyung untuk balas dendam terhadap apa yang Sunhwa lakukan di perhimpunan pagi tadi.

Reaksi satu kelas mula berbisik-bisik antara satu sama lain ada juga yang rasa berterima kasih atas iklan ini dapatlah juga skip sekejap dari dengar cikgu bebel pasang bahan ilmiah. Nak rehatkan otak kejap dengan menyelusuri drama yang dicetuskan oleh Taehyung.

"Eoh? Korang bergaduh ke? Jangan bergaduh sangat nanti.."

"Ah, okay baik cikgu balik nanti saya akan ajak ketua pelajar study sama-sama." potong Taehyung cepat sebelum gurunya merepek meraban.

Apa nanti nanti?

Nanti tu tak akan wujud dalam kamus hidup Taehyung!
Buat apa bercinta dengan perempuan yang kaku, beku dan membosankan? Ah, hambarnya hidup Sunhwa..

Laju pula Sunhwa menoleh ke belakang melihat tempat Taehyung dengan cerlungan tajam. Tolong katakan ini hanya satu penipuan dan helah untuk mengaburi mata cikgu. Study sama sama? Oh tidak!

Mata Taehyung yang pada awalnya berlaga dengan milik Mr Lim kini dialih kepada Sunhwa dengan senyuman manis diberi.

"Cikgu tolong ya pujuk dia, sebab ketua pelajar kami ni kedekut ilmu." berdesing telinga Sunhwa mendengar perlian yang diberikan. Eunsol juga tak kalah hebat rasa amarah dah bermaharajalela. Lebih-lebih pula kau Taehyung!

Taehyung pula rasa puas apabila boleh dikatakan seisi kelas sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh dirinya tadi.

"Betul juga, Sunhwa sombong cikgu tak pernah nak bergaul dengan kami."

"Mana boleh rebut no satu dia tu."

"Dia mana boleh orang lain lebih dari dia..."

"Biasalah acah je.."

"Dia kan terpaling pandai, terpaling berdedikasi."

"Kalau bukan suara kami dia pun bukanlah siapa siapa."

"Betul bila bila masa boleh lucut jawatan."

"Tak harga langsung suara rakyat!"

Sunhwa ketap bibir rapat mendengar semua perlian yang masuk ke dalam telinganya. Sudah dia duga memang dirinya tidak disenangi ramai.

Taehyung pandang seisi kelas dengan mata terkedip kedip.

Amboi!

Aku bagi sikit je apahal semua lebih-lebih ni?

"Sudah semua, saya yakin Sunhwa boleh je tunjuk ajar kamu semua kalau kamu semua rajin bertanya." lagi sekali diri Sunhwa dipertahankan oleh guru. Dia memang terkenal dan sangat disenangi oleh guru guru.
Disebabkan itu juga timbul rasa tidak puas hati di dalam diri pelajar lain.

Semuanya mengeluh berat. Again dipertahankan! *guling biji mata

"S-sorry Sunhwaaa." bisik Eunsol bersalah sebelum menoleh ke belakang pandang Taehyung dengan tatapan membunuh.

°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:

────୨ৎ────

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top