01
POCKET LOVE
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
••
- begin -
•
•
Helaian demi helaian muka surat diselak dan dibaca dengan penuh teliti. Otaknya ligat menyimpan semua maklumat yang diterima. Walaupun belum masuk bulan peperiksaan tapi untuk gadis bernama Sunhwa tidak akan ada masa untuk berenggang dari buku-bukunya.
Walaupun perjalanan ke sekolah hanya memakan waktu 10 minit jika menaiki kereta tetap Sunhwa akan habiskan waktu untuk membaca daripada mendengar ayahnya membebel sambil memandu.
"Kamu kena belajar rajin-rajin kalahkan semua anak-anak kawan appa. Paling penting sekali jangan biarkan Kim Taeyung dapat jatuhkan kamu walaupun dia tak pernah kan berjaya?" suara Tuan Gu mengetuk masuk gegendang telinga Sunhwa yang tidak memberi sebarang reaksi. Bayangkan tiap pagi hanya menerima kata-kata ini. Oh sakit sekali rasanya. MUAK!
Di kenderaan lain ada seorang lekaki lingkungan 40 tahun bersama anak terunanya dan juga seorang pemandu yang memandu kenderaan di hadapan. Santai si ayah membaca surat khabar yang tertera di telefon pintar.
Tertera nama di blazer baju sekolah Kim Taehyung sedang tertidur lena bersebelahan ayahnya. Walaupun perjalanan dari rumah ke sekolah hanya memakan waktu selama 12 minit tapi dia tak akan sia sia kan kesempatan ini. Berharap semua traffic light akan merah supaya waktu tidurnya akan terasa lebih lama.
"Macam-macam hal berita zaman sekarang ni kamu jan..." terhenti kata-kata Tuan Kim saat dia menoleh kepala ke sisi melihat Taehyung tertidur lena di sebelah. Haih, anak... anak!
Dan hadapan kereta yang dinaiki oleh Sunhwa dan juga Taehyung bertembung di perkarangan hadapan sekolah. Sorang dari barat sorang pula dari timur.
Pintu kereta kedengaran seperti dihempas kerana Sunhwa baru sahaja bertekak dengan ayahnya manakala Taehyung masih lagi terpisat-pisat dan menutup pintu kereta dengan malas.
Tuan Kim menurunkan tingkap kereta kerana ada sesuatu yang hendak disampaikan pada Taehyung.
"Taehyung peperiksaan depan ni kamu mesti kena kalahkan Sunhwa.." ucap Tuan Kim dengan nada yang tegas mengingatkan Taehyung. Dah berapa kami peperiksaan Tuan Kim memberi muka.
"Haa, appa tengok je nanti.." balas Taehyung dengan yakin untuk membuatkan ayahnya tidak terlalu khuatir. Jangan risau ini Taehyung!
Langkah kaki segera dibuka...
Blip! 𝄞⨾𓍢ִ໋♫
Pocket Love sent a notification
⋆˙⟡♡ good morning love connectors. today is perfect day to let love bloom 𓂃۶ৎ
Beberapa orang pelajar yang baru sahaja tiba di perkarangan sekolah juga mula berpusu-pusu masuk ke dalam bangunan yang besar itu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Ada di antara mereka sedang bermain dengan telefon pintar memeriksa notifikasi yang masuk.
Yang sudah mendaftarkan diri di aplikasi Pocket Love sememangnya akan sentiasa menerima notifikasi dari aplikasi itu. Mana yang belum boleh cuba download..
Buk!
Ketika ingin masuk ke dalam pintu bangunan sekolah bahu kanan Sunhwa berlanggar dengan bahu kiri Taehyung menyebabkan keduanya menghentikan langkah seketika dan saling berpandangan. Jelas riak tidak puas hati terpancar pada raut wajah Sunhwa.
Sakit hati dia melihat muka orang mengantuk ni...
Keduanya tidak membuka bicara. Taehyung menunjuk lagak dengan menepuk bahu kirinya tanda tidak mahu ada aura Sunhwa melekat pada dirinya. Sunhwa hanya menjeling dan kembali meneruskan perjalanan yang tergendala.
Baru sahaja dia sakit hati kerana ayahnya tak habis habis Taehyung, Taehyung dan Taehyung. Padahal jika dilihat prestasi Sunhwa jauh lebih baik dari lelaki itu. Apa lagi yang hendak ditakutkan?
"Hi, V!" perginya Sunhwa datang pula seorang perempuan mendekati Taehyung. Taehyung menoleh pandang dengan senyuman di bibir.
"Hi, Choi!" balas jejaka itu dan keduanya terus jalan bersama menuju ke kelas masing-masing sambil berbual mesra. Sunhwa masih jalan tidak jauh di hadapan dan Taehyung masih lagi berjalan bersama gadis bernama Choi.
"Jeon Jungkook mana blazer?" tegur Sunhwa dari belakang selepas melihat Jungkook yang baru hendak masuk ke dalam pintu kelas tidak berblazer. Terhenti langkah kaki Sunhwa berdiri di hadapan Jungkook.
"Aaaㅡ em tu.." mata Jungkook tersorot ke arah Taehyung yang sedang berjalan bersama Choi melepasi mereka untuk menuju ke kelas masing-masing.
Wah, ada perempuan baru seh jantan tu..
"Hari ni perhimpunan. Pakai blazer." bicara Sunhwa tegas mengingatkan sebelum menyambung perjalanan dan berjaya memintas Taehyung dan Choi yang masih sibuk berborak.
Disebabkan kelas Jungkook bersebelahan sahaja Sunhwa sudahpun masuk ke dalam kelas dan Taehyung serta gadis bernama Choi tadi masih di hadapan pintu kelas.
"Kita jumpa rehat nanti." bicara Choi dengan senyuman manis.
"Sure." balas Taehyung tak kalah manis juga sebelum masuk ke dalam kelas dan Choi harus melangkah ke hadapan lagi untuk berjumpa dengan kelasnya.
Sunhwa menutup pintu locker selepas mengambil kunci bilik ketua pelajar untuk siap siap ke perhimpuanan. Dia dan Taehyung berselisih di hadapan pintu kelas. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut mereka. Sunhwa tetaplah Sunhwa tidak memandang siapa-siapa hanya fokus pada diri sendiri dan apa yang hendak dilakukan. Taehyung pula sekadar melirik gadis itu dan menuju ke tempat duduknya.
Beg diletak dan jejaka itu kembali melangkah keluar untuk ke kelas sebelah. Ingin berjumpa dengan Jungkook selagi loceng perhimpunan belum dihidupkan.
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
<Dingㅡdong>
Semua pelajar Seongnam High School berpusu-pusu turun ke tapak perhimpunan yang berada di sebelah kiri bangunan sekolah. Ada juga yang berjalan dengan santai seolah olah tidak takut dengan hukuman lambat yang bakal diterima. Ada juga yang sudah menggelibas lari tak cukup tanah sebab takut sangat imej sebagai pelajar berpotensi tercalar-balar.
"Kau nak tahu, bulan ni perfect match of pocket cinta siapa?" bermulanya gosip sementara mereka sampai di kawasan tapak perhimpunan.
"Cikgu Bob dan Cikgu Narae." belum sempat si rakan bertanya si pembawa gosip dah bagi jawapan dengan air wajah memainkan peranan yang cukup kuat sebagai kaki gosip.
"SeriusLAH!" dua orang rakan yang mendengar tadi terkejut sampai nak tercekik. Mata membulat sakan. Mereka bertiga berjalan sambil bergosip sampai ke tapak perhimpuanan.
Beberapa orang pelajar yang lain pula hanya berjalan tenang sambil membawa buku catatan dan ada juga jenis yang tangan kosong.
Sesampai sahaja mereka semua di tapak perhimpunan, masing-masing mengambil tempat duduk sementara menanti ketibaan pengetua yang terhormat. Kawasan itu seperti dihurungi lalat dan nyamuk kerana masing-masing tak berhenti dari bercakap. Ada yang juga yang sedang bercerita tentang mimpi, kerja sekolah tak siap dan hal kena marah dengan mak ayah. Begitulah kehidupan para pelajar, mulut memang tak reti nak zip!
Zingggㅡeiiiingggg! Dung!
Bunyi mic berlaga dengan begitu kuat dan nyaring tapi tak ada satu pun yang senyap dan menumpukan perhatian. Semua tengah sibuk lagi jadi nyamuk dan lalat. Berbual tak ke sudah. Ada je benda nak diceritakan.. RANCAK!
"Eherm!" deheman suara seseorang menghentikan suara suara lalat dan nyamuk. Masing-masing terdiam dan memandang ke arah pentas. Lantas mereka berdiri tegak dari tempat duduk dan bersedia untuk menerima arahan dari ketua pelajar.
Tertera tanda nama di blazer sekolah yang lain dari pelajar-pelajar di situ, dia Gu Sunhwa. Ketua pelajar sekolah yang disegani ramai kerana sikapnya yang tegas dan tak mudah memberi muka. Namun, di balik wajah tanpa perasaan dan sikap dingin bekunya dia merupakan seorang yang sangat mengambil berat tentang orang di sekeliling.
"Selamat pagiㅡ" Sunhwa memulakan ucapan dengan wajah datar. Tiada intonasi yang ceria hanyalah sebuah kata kata ditemani nada baku. Semua pelajar diam dan memandang ke arah Sunhwa.
"Cool!" puji seorang gadis dengan senyuman cerah di bibir mengundang reaksi kurang senang oleh rakannya.
"Kau rasa dia cool?" tanya Sofia Jung dengan bibir dicemik. Perempuan berkacukan darah belanda dan Korea. Cepat sahaja Lee Hani mengangguk mengiyakan pertanyaan Sofia.
"Eoh!" Hani masih lagi menatap Sunhwa dengan kagum sedangkan reaksi Sofia macam URGHH!
Tak dipungkiri sikap dan karakter Sunhwa mendapat perhatian daripada beberapa orang pelajar perempuan. Bagi mereka, Sunhwa sangat cool dan menarik seperti ada vibe girl crush. Namun, Sunhwa hanya popular di kalangan pelajar perempuan. Kebanyakkan pelajar lelaki akan tertarik dengan Sunhwa hanya pada pandangan mata pertama. Mestilah Sunhwa cantik dan comel, pakej dua dalam 1. Tapi setelah merasakan Sunhwa orang yang no fun dan memboringkan mereka akan menganggap Sunhwa sebagai flower without a scent. Cantik tapi tidak menarik!
"Saya Gu Sunhwa, ketua pelajar Sekolah Tinggi Seongnam melaporkan perhimpunan pada tarikh 3 haribulan dua dengan kehadiran 1109 orang pelajar." tutur Sunhwa memulakan tugasnya sebagai seorang ketua pelajar selepas mendapatkan data kehadiran bagi setiap kelas. Dia berdiri di hadapan mic stand dan bergerak sedikit ke hadapan ketika merasakan posisi berdirinya kurang selesa.
"Kita akan meneruskan perhimpunan pagi den..."
˚♬ ゚ Oh my, my, my. Oh my, my, my
You got me high so fast
Ne jeonbureul hamkkehago sipda
Oh my, my, my. Oh my, my, my
You got me fly so fast
Ije jogeumeun na algesseo ˚♬ ゚
Bunyi bising yang datangnya dari sebuah telefon pintar cukup mengacaukan keadaan yang tenang. Guru-guru yang berada di barisan memandang para pelajar untuk menganalisis si pengacau suasana. Burung yang santai bertenggek dekat atas pokok pun dah lari dulu dek tahu selepas ini pasti akan ada guru yang melibas dengan menggunakan rotan azimat.
Sunhwa ketap bibir rapat, matanya tajam memandang seseorang yang berada di tempat duduk belakang sekali. Sama juga manusia itu, dia memandang Sunhwa dengan bibir diketap juga. Pandangan mereka saling berlagaㅡ
DON'T EXPOSE ME!
Seperti itulah pandangan mata Kim Taehyung terhadap Gu Sunhwa, musuh tradisinyaㅡ
"Di dalam buku Shine Our Souls yang merupakan buku peraturan Sekolah Tinggi Seongnam di tulis oleh Puan Jia, pemilik sekolah. Muka surat 80, perenggan ketiga baris keenam tertulis dilarang membawa telefon ke perhimpunan yang diadakan pada setiap hari isnin jam 8:00 pagi. Kim Taehyung, keluarㅡ" tutur Sunhwa tenang dan profesional, walaupun bunyi telefon tadi sudah dimatikan dengan pantas tetap tidak boleh mengaburi mata dan pendengaran Sunhwa.
Sosok jejaka tampan itu dipanggil keluar dari tempat duduknya. Tempat Taehyung menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai. Semua pelajar menoleh pandang Taehyung.
"Taehyung kena denda.."
"Muka dia ni lagi.."
"Tak pelik kalau bukan dia."
"Kesiannya.."
"Taehyung mesti tak sengaja."
"KIM TAEHYUNG!" seorang guru dengan rotan di tangan menunding rotan buluhnya ke arah Taehyung untuk segera menyerahkan diri. MARI KITA PUKUL TAEHYUNG!
"Haih, Sunhwa..." Taehyung pejam mata seketika seraya menghela nafas berat. Boleh dikatakan ini adalah denda kali ke 100 diterima oleh Taehyung dan semua itu disebabkan Sunhwa. Padahal Taehyung betul-betul terlupa tentang telefon pintarnya.
Timbul rasa tak puas hati..
Oh dengan Jungkook kemahen ingatkan orang tu supaya pakai blazer?
Pernah Taehyung tak mengikuti peraturan etika pemakaian dengan betul dan Sunhwa tak tegur pun di luar perhimpunan. Tahu-tahu nama naik dekat perhimpuan. Oh ini memilih kasih!
"Dendam apa kau dekat aku?" bisik Taehyung perlahan sebelum telinganya ditarik.
"ARK!" jatuh imej WOI!
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
"Mana Sunhwa?" tanya Taehyung sejurus dia melihat Eunsol yang baru sahaja keluar dari ruangan bilik ketua pelajar sekolah. Pastinya Eunsol baru sahaja lepas berjumpa dengan Sunhwa yang merupakan rakan baik gadis berambut pendek itu.
Membulat mata Eunsol ketika Taehyung menerjahnya secara tiba tiba. Baru dia nak pergi ke kantin sekejap membeli makanan dan makan bersama Sunhwa yang sedang banyak kerja.
"Apa?! Mana ada Sunhwa kat sini. Ke tepi!" Eunsol tolak dada Taehyung dengan sikunya supaya mundur dan cepat cepat dia mendepakan tangan untuk menghalang Taehyung dari mendekati pintu! DILARANG!
"Eh, aku tak bodoh. Aku tahu Sunhwa ada kat dalam.." ucap Taehyung masih berkeras mahu berjumpa.
"Okay, kau tak bodoh tapi kau pekak ke?" perli Eunsol tetap tidak membenarkan Taehyung menganggu Sunhwa kerana jika Taehyung sudah mengusik Sunhwa pasti mood Sunhwa akan moody seharian.
"Hey budak! Baik kau ke tepi dan bagi Taehyung jumpa Sunhwa. Kau tahu tak, bontot Taehyung ni dah berbirat kena sebat dengan cikgu. Tu semua sebab Sunhwa!"
Cepat Taehyung memberi pandangan tajam padan Jungkook. Apa ni buka aib?
Hajat Jungkook yang nak mempertahankan Taehyung tidak diterima oleh lelaki itu. Jungkook yang rasa seperti dimarah cepat sahaja menunduk seperti kucing kena herdik.
"HEYYYY!" jeritan Eunsol berjaya buat Taehyung dan Jungkook terkejut dan secara automatik kepala mereka berdua ke belakang dengan mata membulat kerana Eunsol mendekatkan wajah ke hadapan dan bercekak pinggang, jari telunjuk ditunding tepat ke arah lubang hidung Taehyung lalu beralih ke arah lubang hidung Jungkook. Terkembang kempis hidung jejaka jejaka tampan itu.
"Korang berdua ni memang tak faham bahasa ke?" mata Taehyung dan Jungkook mengikuti gerakkan jari telunjuk Eunsol.
"Itu masalah kau tau. Sunhwa hanya menjalankan tugas." sambung Eunsol lagi.
"Hah!" Taehyung tersenyum sinis seraya melepaskan keluhan kecil. Budak ni menguji kesabaran. Tak ada masa nak bertekak dekat sini.
"Jeon. Tolong settle!" tanpa membuang masa Taehyung menolak Eunsol ke arah Jungkook dan terus sahaja menolak pintu bilik itu. Eunsol yang tertolak di dakapan Jungkook mendongak pandang jejaka itu begitu juga sebaliknya.
EONJAEJUMIKKANDASHIGEUDAHAMAJOYO
Brak!
Taehyung masuk ke dalam ruangan. Langkah kaki Taehyung berhenti tepat di hadapan sebuah meja. Sunhwa masih tidak mengendahkan apa yang terjadi pada sekelilingnya walaupun kelibat Taehyung betul-betul sudah berada di hadapan mata.
Sunhwa masih duduk di tempat duduk dan fokus menulis serta menghafal teks untuk pertandingan pidato yang bakal diwakili olehnya pada bulan hadapan. Wakil sekolah 4 tahun berturut dan selama itu dia adalah juara yang telah mengharumkan nama sekolah.
"Sunhwa, aku rasa kita berdua patut berbincang." Taehyung membuka kata dan menanti respon dari gadis yang sedang duduk di hadapannya.
Malang, Sunhwa seakan tuli dan bibirnya terkumat kamit membaca teks pada kertas bersama muka tanpa riak.
Keegoan lelaki itu kian tercabar. WAHH!
Lantas kertas yang dipegang oleh Sunhwa ditarik begitu sahaja oleh Taehyung. Sunhwa mendongak kepala dengan kening bertaut geram.
Blip!
Pocket Love sent a notification
⋆˙⟡♡love is all about discovering the right match. sometimes the most unexpected connection lead to the most meaningful ones.𓂃۶ৎ
Skrin telefon pintar milik Eunsol yang terbuka di atas meja dijeling sekilas sebelum masing masing kembali berlaga anak mata sebagai pengakhiran episod pertama mereka.
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
T O B E C O N T I N U E !
✨✨✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top