Chapter 8 : Permintaannya


Berlalunya kejadian khinzi- maksud saya, Gopal terbang, Aina mencari Gopal di kawasan itu tetapi tak nampak pun bayang Gopal di mana-mana. Jadi dia pun pergilah balik ke kedai Tok Aba. Harap-harap tak sesat lagi.

Dia berjalan sambil memegang botol kecil yang tergantung di lehernya. Cahaya di dalam botol itu akan menjadi lebih terang jika Aina menyentuh botol itu. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya, Ain dah okay. Berjumpa dengan mini Ain pun dah buat Aina berasa lega.

Sesudah sampai di kedai Tok Aba, Aina mengeluh dengan perasaan lega kerana dia tak sesat lagi. Dia ternampak satu kelibat berambut serabai terbaring atas rumput di depan kedai Tok Aba.

Bila dia tengok betul-betul, kelibat tu Fikri kan? "Eh? Fikri? Kenapa tidur kat sini?" Aina menanya kepada si mayat yang dikatakan tidur tu.

Fikri membuat bunyi yang Aina pun tak tahu bunyi apa tu dan memandang pada Aina dengan muka tak puas hati. "Eh takde lah. Saje- Mestilah TAK!! Kau nampak aku ni macam jenis suka tidur tempat kotor ke!? Banyak benda jadi lepas kau hilang tau tak?!"

"Gomen..."

Melihat Aina kemurungan membuatkan Fikri mengeluh. Dia meletakkan tangannya di atas kepala Aina untuk buat Aina berasa lebih baik. "Aku tak marah. Cuma bengang sikit. Kau dah jumpa apa yang kau cari?"

"Un." Aina menunjukkan rantai botolnya yang mengeluarkan cahaya.

"Ini ke energy kuasa mama?" Tanya Fikri sambil menyentuh botol kecil itu.

"Lebih kurang macam tulah.. Fikri, bileh tak kau tanya mama pasal ni? Saya nak sangat tolong mama dari masa ni." Kata Aina, memegang botol itu dengan erat.

"Jadi.... mama-?!" Fikri melihat ke arah adiknya yang mempunyai ekspresi wajah yang serius. Dia terus menutup mulutnya, tahu apa yang adiknya sedang fikir. "Okay! Aku akan tanya! Percayalah kepada abang kau ni ye?" Kata Fikri sambil buat tangan okay.

Aina tersenyum dengan riang lalu memeluk abangnya dengan tiba-tiba. "Arigatou Fikri!"

Fikri tersenyum semula dan memeluk adiknya balik.

"Hmm.. Cemburunya aku."

Mereka berdua tersentak apabila nampak satu jembalang bernama Boboiboy. Boboiboy memandang mereka dengan pandangan kosong, hampir nampak api kemarahan dalam matanya.

"Uhh.... Aina, jom lari."

"E-eh?"

Sekelip mata, dua beradik itu hilang. Urat merah kembali muncul di dahi Boboiboy.

"Oi!! Jangan nak larilah!!!!!"

*
*
*
《Please Smile》
Sequel of You're..
By
AimiKohana

*
*
*

Senyap~

Ruang tamu di rumah Tok Aba tiba-tiba senyap sejak Yaya seret Boboiboy masuk ke dalam rumah. Aina dan Fikri masuk ke dalam rumah selepas Yaya heret Boboiboy ke dalam. Mereka berdua betul-betul penat selepas dikejar oleh kucing bertopi.

Tok Aba pun masuk ke ruang tamu dan berasa pelik dengan suasana rumahnya. "Aik? Ape pasal rumah ni macam tempat perkuburan je? Senyap je ni."

"Ni Tok Aba. Boboiboy main kejar-kejar dengan tetamu kita." Kata Yaya sambil glare kat Boboiboy.

"Boboiboy."

"Atok, diorang tak nak bagitau pasal Ain!" Kata Boboiboy.

Fikri bangun dari tempat duduknya dan glare kat Boboiboy. "Bukannya kami tak nak bagitau! Bagilah masa sikit untuk kami berfikir! Tetibe kejar aku.."

"Boboiboy, diorang ni dah ada banyak masalah yang difikirkan. Janganlah tambahkan lagi masalah." Kata Yaya.

"Betul tu! Kita kena tolong diorang, bukan berikan lagi beban." Kata Ying dengan marah.

Fang menjeling. "Tah. Kau ni superhero bumi ke?"

Tok Aba mengeluh sambil mengurut kepalanya. " Boboiboy, atok ni dah tua. Atok tahu sejak kematian Ain, kamu susah nak kawal emosi kamu."

"Tapi atok-!"

"Boboiboy! Cuba fikir. Ape yang Ain nak yang terbaik untuk kau?" Kata Tok Aba dengan nada lembut. Boboiboy membuka matanya dengan luas lalu pandang ke lantai. Dia teringat permintaan terakhir Ain..

"Ain nak abang musnahkan kuasa Ain. Ain tahu yang Ain akan mati.. Tapi ini untuk keselamatan semua! Jadi.... Sentiasa tersenyum gembira dengan Yaya dan lain-lain okay."

"Boboiboy faham... Maafkan aku.. Fikri.. Aina. Aku terbawa-bawa dengan emosi aku."

Muka Fikri dari marah berubah ke muka sedih. 'Uncle Boboiboy mesti terfikirkan tentang mama...' Fikir Fikri dalam hati. "Tak mengapa. Kitorang tak marah pun."

Aina mendiamkan dirinya. Dia fikir kalau dia cakap, akan tambahkan lagi kesedihan dalam diri Boboiboy. Nozomi lompat dan duduk di atas pangkuan Aina. Aina memberikan senyuman sedih dan membelai bulu Nozomi.

"Dahlah tu. Jangan sedih-sedih! Lebih baik korang balik. Dah nak senja ni." Kata Tok Aba.

"Baik Tok Aba!"

"Kejap, mana Gopal?" Tanya Ochobot.

Sementara itu, di tempat Gopal berada...

"Aduh.... Musang tu diperbuat daripada besi ke apa...." Kata Gopal sambil gosok punggung dia yang sakit.

"Eh kejap... Aku kat mana ni?"

ಠωಠ ಠωಠ ಠωಠ ಠωಠ ಠωಠ ಠωಠ

Sudah berlalunya senja, Tok Aba menyediakan makanan dibantu oleh Ochobot dan Boboiboy.

"Uwaa! Gulai lah! Dah lama tak makan gulai!" Kata Fikri dengan nada ceria.

"Sup lobak merah!" Mata Fang bersinar-sinar melihat sup lobak merah di atas meja tu.

"Ayah dengan anak sama je.." Dan Fikri terlepas cakap lagi. Semua mata melihat ke arah Fikri dengan muka terkejut.

"......"

"Aku ada anak?!"

"Eh?!"

"Fikri, lain kali jaga mulut tu.." bisik Aina kepada Fikri, membuatkan Fikri mengeluh. "Malam ini akan menjadi malam yang panjang...."

Tiba-tiba Gopal muncul dari bawah meja membuatkan mereka semua terkejut lagi. Fikri berterima kasih pada Gopal dalam hati. "Umm!! Gulai!" Kata Gopal sambil menghidu gulai yang dihidang di atas meja.

"Gopal! Apasal kau asyik makan kat sini?" Tanya Ochobot.

"Tak boleh ke? Boboiboy kan kawan baik aku." Gopal memberi alasan. Ochobot facepalm dengan alasan itu. "Itu bukan masalahnya..."

"Sudah lah tu. Kalau kita halau pun, Gopal takkan pergi punya. Jom makan." Kata Tok Aba, dia ambil pinggan dan duduk atas kerusi.

"Hai.." Fikri jawab dengan malasnya. Dia ambilkan pinggan untuknya dan Aina. "Nah."

"Arigatou.." Jawab Aina lalu mengambil pinggan itu dan meletakkan nasi. Dia terhenti apabila dia melihat Boboiboy sedang mengambil lauk dengan senyap. Sejak tadi, Boboiboy tidak bercakap sepatah pun. Itu membuatkan Aina berasa risau, dalam masa yang sama, botol kecil yang tergantung pada lehernya menyala.

Dan berlalunya makan malam tadi. Tok Aba membenarkan dua beradik itu untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu. Boboiboy sudah lama masuk ke dalam biliknya. Itu menjelaskan ketidakberadaannya tadi.

Fikri dan Aina pun duduk di atas katil dengan penatnya. Tok Aba berikan mereka untuk tidur di dalam bilik tetamu itu. Cuma masalahnya.... Ada satu katil je!!

"Err... Biar je aku tidur atas lantai." Kata Fikri.

"Takpe ke? Tidur atas katil lagi selesa daripada tidur atas lantai." Kata Aina.

"Takpe! Aku kan lelaki! Perempuan perlu diutamakan!"

"Kalau macam tu... Yelah.."

(ㆁωㆁ)(ㆁωㆁ)(ㆁωㆁ)(ㆁωㆁ)

Sekarang sudah pukul 12 tengah malam. Semua orang dalam rumah itu sudah tidur, kecuali dua orang. Boboiboy dan Aina.

Boboiboy tak boleh tidur disebabkan perkara yang sama. Ain. Tapi Aina lain cerita. Dia tak tidur lagi sebab Ain yang berada di dalam botol kaca itu nak bercakap dengannya.

Aina membuka penutup botol itu, sekelip mata, cahaya di dalam botol itu keluar dan muncul Ain di depannya.

"Aina..." Ain melihatnya dengan perasaan bersalah. (A/N : Sebenarnya, hanya Aina je yang boleh dengar Ain sebab Aina ada sebahagian kuasa yang sama Ain ada. Ini bermakna yang orang lain tak boleh dengar Ain cakap.)

"Tak mengapa. Saya pun selalu tidur lambat." Kata Aina sambil melihat bintang-bintang dari tingkap. Ain duduk disebelah Aina dan melihat Fikri yang sedang tidur. "Dia abang awak?" Tanya Ain.

Aina angguk kepalanya tanda ya. "Saya takde kawan kat sekolah sebab saya ni tak banyak bercakap. Saya takut sangat nak bercakap... Fikri selalu tolong saya.. Saya dapat berkawan dengan sepupu saya pun disebabkan dia. Fikri memang kadang-kadang buat benda pelik tapi dia tetap abang yang terbaik." Aina meluahkan perasaan terhadap abang sambil memandang abang dengan lembut.

Ain tersenyum kecil kerana hubungan antara Aina dan Fikri teringat dia tentang abangnya, Boboiboy. "Yelah kan... Abang-abang selalu buat perkara yang kita tak faham.. Tapi disebabkan merekalah kita gembira kan?"

"Un."

Aina menyandar pada tingkap dan melihat ke arah langit yang dipenuhi dengan bintang. Banyak perkara terjadi sejak dia dapat tahu yang dalam badannya ada kuasa yang sama dengan mamanya. Sejujurnya, itu memori yang indah. Walaupun ada perkara buruk terjadi, ia tetap memori yang dia tak akan lupakan.

"Ne Aina..."

Suara Ain membuatkan Aina kembali ke dunia nyata.

"Boleh tak saya pinjam badan awak?" Tanya Ain sambil mengusap bulu Nozomi. Matanya memfokuskan pada musang kecil itu.

"Eh?"

Ain berhenti mengusap dan memandang tepat pada mata Aina. "Untuk sementara je..."

[To be continue]

Sorry for the late again.. (・ัω・ั)

Saya.... *sigh* Sebab yang sama.. Bila tengok banyak anime ni, minat kat Boboiboy semakin menurun. Sekarang ni saya obses sangat dengan kembar dua orang kat gambar atas tu!

Tapi saya akan cuba untuk complete buku ni sebelum akhir tahun sebab form 4 mesti jadi lagi sibuk (╥﹏╥)

Anyway, matta ne!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top