Chapter 7 : Botol Harapan
Wow... Dah sebulan.. O-O Sorry ye.. Chapter ni susah sikit nak buat...
Inilah Pulau Rintis. Tempat yang aman dan damai dan juga dipenuhi dengan super hero bumi. Sehinggalah satu jeritan seperti suara budak perempuan kedengaran tak jauh daripada kawasan jiran di sini.
"Guaaahhh!!!!!!"
"Jangan nak cuba larikan diri!!!"
Macam yang korang nampak, Fikri, anak sulong kepada Ain dikejar oleh satu-satunya pakcik atau pakciknya dari dimensi lain. Dan lebih teruk lagi, Boboiboy kejar dia masa dia jadi Halilintar. Boboiboy terlihat sangat marah. Hmm? Kalau tak ingat kenapa, baca semula di chapter yang lepas. Berbalik pada kucing bertopi dan tikus berbulu serabai..
"Uwaaaa!!! Aku tak nak mati!! Dah lah aku takde kuasa!! Mana aci!" Fikri buat anime cry sambil berlari. 'Manalah Aina bila aku perlukan kuasa dia tu?! Senang sikit nak tenangkan lelaki ni!!!'
Kesian Fikri... Tulah. Terlepas cakap lagi.
*
*
*
《Please Smile》
Sequel of You're..
By
AimiKohana
*
*
*
Hantu(?) Ain mengelap air mata dengan tangannya. Dia memandang pada Aina yang sejak dari tadi melihatnya dengan pandangan yang lembut. Mata mereka bertembung dan membuatkan Ain terus melihat ke bawah. Aina mencondongkan kepala kerana pelik dengan perangai maknya.
"Mama?"
"B-boleh tak jangan panggil saya macam tu....? Awak buat saya rasa macam orang tua lah..." Kata Ain dengan malu.
"Aaaaa!!! G-gomennasai!! Gomennasai!"
"T-tak mengapa! Awak boleh panggil saya macam tu kalau awak nak.."
"Takpe ke?" Aina memandang Ain dengan terkejut. Ain mengangguk dengan perlahan-lahan. Aina dapat rasa yang hatinya diselumbungi dengan perasaan gembira. "Kalau macam tu.. Mama!"
Ain tersenyum melihat gelagat Aina. Hanya Aina yang boleh nampaknya. Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang boleh nampaknya. Dia berasa kesunyian dan rindu terhadap abangnya dan kawan-kawannya.
#Flashback#
Ain tersedar di kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau. Dia bangun perlahan-lahan dan hampir terjatuh kerana dia masih lagi lemah. "Saya... di mana ni....?"
Ain hanya ikut ke mana kakinya membawanya. Dia berjalan dan berjalan sehingga dia ternampak kedai Tok Aba. Dia berada gembira sebab dapat berjumpa atoknya lagi tetapi kegembiraan itu serta-merta hancur apabila Yaya dan Ying berlari dari belakang Ain dan menembusinya. Matanya terbuka luas melihat dua orang kawannya berkata sesuatu dengan Tok Aba.
Ain memandang ke bawah, melihat tangannya yang menggigil. Tangannya... Dia boleh tengok nampak rumput dari tangannya. Dan satu perkara tiba-tiba memukulnya dengan kuat.
"Y-yelah..... Saya... dah mati...."
#End of flashback#
Seyuman Aina terjatuh apabila dia perasan Ain mempunyai raut wajah yang sedih. Dia menggigit bahagian bawah bibirnya sambil memandang ke bawah, matanya dilindung oleh rambut hadapannya. "Mama... Janganlah risau."
Ain melihat Aina dengan terkejut. Aina mengangkat kepalanya dan memandang Ain dengan matanya yang penuh keyakinan. "Kami pasti akan tolong Mama. Jadi, jangan bersedih lagi."
Wajah Ain yang terkejut, perlahan-lahan berubah menjadi senyuman yang lembut. "Un." Sekelip mata, hantu Ain berubah semula menjadi bebola cahaya tadi. Aina mengeluarkan satu rantai botol kaca yang kecil dari bawah tudung serba merahnya.
(Anggap takde benda dalam botol tu tau.)
Aina selalu memakai rantai tersebut kerana benda sekecil itu diberikan oleh Mamanya. Dia menganggap rantai tersebut sebagai takal bertuah.
Aina membuka botol tersebut dan bebola cahaya tadi masuk ke dalam botol itu. Dia menutupnya dan mengangkat botol itu ke atas. Botol kaca yang tadinya kosong, sekarang mengeluarkan cahaya berwarna biru muda. Cahaya tersebut sedikit malap tetapi tetap cantik bagi Aina. "Yosh."
#########################
Bagi situasi Fikri, dia memang malang. Dia masih lagi dikejar oleh Boboiboy Halilintar aka kucing bertopi hitam. Tapi kan... Patutnya, Hali dah boleh tangkap si tikus berbulu serabai tu. Pelik kan? Nak tau kenapa? Fikri tu kan anak sainstis. Mestilah ayah dia cipta benda untuk dia mempertahankan diri dia. Contohnya macam ni-
Kalau Hali tetiba muncul depan dia-
"Waaa!! Pistol slime!!" Fikri tembak pada Hali dan muncullah satu slime besar yang memerangkap Hali.
"Oi! Ape benda yang penyet aku ni?!"
"Untung jelah tu bukan haiwan!!!!" Kata Fikri sambil melarikan diri. Betul ape yang dia kata. Untung benda yang keluar dari pistol tu bukan benda hidup sebab ade pernah sekali Fikri tembak, benda hidup yang tidak dapat dikenal pasti yang keluar. Geli bila Fikri ingat semula kejadian itu.
Walaupun begitu, Hali tetap dapat keluar dari smile gergasi itu. Hali kan. Jadi, Fikri guna pistol melekit, pistol graviti, pistol licin, pisto- Apehal semua pistol hah?! Si Zikri tu takde idea lain ke?!
"Manalah aku tau!!! Papa memang macam tu!!!!" Jerit Fikri sambil berlari dari Hali.
"Kau cakap dengan siapa tu!!?"
"Takde siape!! Aku cakap sorang-sorang!!! Dan jangan kejar aku lagi!!!!!!" Jerit Fikri lagi tetapi tak diendahkan oleh Hali. "Uwaahh!!! Kaki aku dah letih ni!!!!!!"
"Bagitau aku dulu, ape kena mengena Aina dengan Ain hah?!"
"Kan aku dah kata aku tak boleh bagitau!!!!!! Tanyalah Aina sendiri!!!!"
"Kau kan abang dia!"
"Aku ni abang yang tak boleh diharaplah!! Aku pernah curi patung pikachu dia masa dia kecil!!!!"
"Masa tu kau kecik lagi kan?!!! Cepat bagitau aku!!!"
"Aku.... Aku pernah kencing dalam seluar!!!!"
"Aku kata pasal Ain lah!!!"
Yeeeep.. Mereka bercakap (menjerit) sambil berlari. Hebatlah duo tu.
(`∀')Ψ╰ひ╯
Berbalik kepada Aina, dia sedang dalam perjalan ke kedai Tok Aba. Yelah. Nak pergi mana lagi? Aina menyentuh botol kaca kecil yang sekarang ni terlihat seperti rantai.
"Di masa depan pun... Mama selalu ada raut wajah yang sama dengan raut wajah tadi....." Kata Aina dengan nada yang perlahan. Dia teringat ekspresi muka Ain tadi. Dia tak nak Ain buat muka itu lagi.
Sewaktu dia berjalan, dia tiba-tiba tersantung pada sesuatu dan terjatuh. Aina sempat menyelamatkan botol kaca itu sebelum badannya menghempas pada tanah. Tapi pelik... Kenapa dia tak bangun-bangun lagi?
Tak jauh dari Aina, muncullah seorang lelaki gemuk bernama Gopal berjalan dengan riangnya tak ingat dunia pun. Gopal terpijak sesuatu semasa berjalan. "Eh? Ape benda yang aku pijak ni?" Dia tengok bawah dia dan-
"Uwaaahh!!!! Ade orang mati!!!!!" Jerit Gopal.
Aina bangun perlahan-lahan dan mengubah posisinya daripada baring ke posisi duduk.
"Waaaa!!! Mayat hidup semula!!!" Jerit Gopal lagi.
Aina masih lagi memegang botol kaca rantai yang dipakainya. Dia hampir menangis kerana sakit terjatuh tadi. Gopal yang tadi menyorok sebab takut mula mendekati Aina apabila dia nampak Aina hampir sahaja menangis. "K-kau... Aina kan? J-janganlah nangis!"
Sewaktu Gopal memujuk Aina, si musang kecil milik Aina bernama Nozomi baru sahaja sampai ke tempat yang Aina jatuh tadi. Dia tidak bersama Aina kerana dia pergi mencari sesuatu kat tempat tadi. Musang itu tengok sana-sini untuk mencari Aina. Akhirnya, Nozomi jumpa Aina tetapi apa yang dia nampak ialah sesuatu yang buat dia rasa marah sangat. Musang kecil tu nampak Aina hampir menangis dan glare pada orang yang dia percaya pembuat Aina menangis. Musang itu buat bunyi marah lalu dia pergi headbutt Gopal kat punggung Gopal sehingga Gopal terbang ke langit.
"Sakiiiiiiiiitttttt!!!!!!!!"
Aina terkejut dengan perangai musangnya. "N-Nozomi!?"
Sementara itu...
"Fikri, cepat jawap soalan aku!"
"Eeerrr... Eto...." Fikri melihat ke sana sini dan ternampak bende kat langit. "Tengok tu! Ba- Khinzir terbanglah!!" Kata Fikri sambil tunjuk ke arah langit. Nampak sangat dia terhampir sebut perkataan b**i. Yelah. Kalau mak dia tahu, habislah dia.
"Khinzir terbang?! Eh kejap... Tu kan... Gopal?!" Boboiboy tengok ke arah langit dan nampak kawan baiknya terbang kat langit. Dia boleh dengar lagu 'I believe I can fly' kat latar belakang dan bersweatdrop.
"Hei, Fikr-"
*krik* *krik*
"Dia dah larikan diri......... Datang sini baliklah Fikri pengecut!!!!!"
[To be continue]
Maaf ye... Saya sibuk sikit dengan buku saya yang lain. Tak lupa juga kelas online. Tapi saya akan cuba untuk update secepat yang boleh!
Terima kasih sebab baca cite ni! Don't forget to vote dan komen!
Sore ja.. Bye bye!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top