Chapter 4 : Parallel World

Yo. Amacam. Okay tak kat sekolah? Saya tak pasti sangat sebab tiba2 kena buat folio. Apapun, tolong vote and comment kay!

"Maafkan kami!" Kata Fikri sambil tunduk ala-ala jepun dengan Aina.

"K-kenapa minta maaf tiba-tiba ni?" Kata Boboiboy dengan rasa janggal.

"Kami tiba-tiba je lari keluar rumah dan buat susah-susah korang je nak cari kami! Maafkan kami! Maafkan kami!" Kata Fikri dan masih lagi tunduk macam orang jepun berulang-ulang kali. Aina hanya berdiri dan pandang ke bawah sambil peluk musang kecilnya.

"Dah lah tu. Kitorang tak kisah pun." Kata Boboiboy.

"Betul tu." Kata Ying.

"M-maafkan saya...." Kata Aina tapi suara dia slow sangat. Boboiboy pun hanpir tak dengan ape yang dia cakap. (Macam Fluttershy dari My Little Pony :v Ye. Saya pun tengok cite tu.)

"Aku tak dengar sangatlah ape yang kau cakap... Aku anggap kau pun minta maaf kan?" Kata Boboiboy dengan nervous nya.

Aina angguk sambil melihat ke bawah.

"Janganlah risau sangat. Kami tak marah pun. Lagipun, kami nak tolong korang balik." Kata Ochobot.

Fikri dan Aina memandang Ochobot dengan penuh harapan. Dan sekali lagi Fikri tunduk ala-ala jepun berulang-ulang kali. "Terima kasih! Terima kasih!" Jesh. Dia ni orang Jepun ke? Kali terakhir aku check, dia ni orang Malaysia.

Yang lain hanya bersweatdrop melihat orang 'bukan' jepun tu. Fang cepat-cepat gelengkan kepalanya dan menanya Fikri. "Nama kau Fikri kan? Boleh tak kau ceritakan lagi tentang dunia korang?"

Fikri berhenti tunduk dan kembali jadi serious. "Macam yang korang tahu, kami dari dimensi dimana Ain masih lagi hidup. Tapi, mesin papa tu dah bawa kami ke masa yang berbeza.."

"Korang cakap yang korang ni anak Ain kan?! Bagitau siapa ayah korang!!" Jerit Gopal.

"Oi, Gopal! Jangan tanya soalan tu macam tu je!!" Kata Boboiboy sambil pukul bahu Gopal. "Ouch! Dey! Aku nak tahu je! Siapa yang dapat kesenangan makan masakan Ain hari-hari hah?!" Kata Gopal.

Semua buat anime fall sambil bersweatdrop. Musang kecik tu pun anime fall jugak. Makanan je kau fikir, Gopal..

"Pasal papa... Aku tak pasti korang kenal ke tak, tapi nama dia Zikri." Jawab Fikri dan seluruh bilik jadi senyap. "Err.. Aku tersalah cakap ke?"

"Z-Zikri?!" Semua jerit dengan terkejut kecuali Boboiboy dan dua beradik tu.

"Zikri? Siape tu?" Tanya Boboiboy sambil menyengekkan kepalanya sedikit.

"Tulah kau.. Terkurung je dalam rumah. Zikri tu baru je pindah ke sini. Aku dengar dia tu budak gila dengan alatan canggih tau!" Kata Gopal.

"Gopal, Zikri tak gila lah. Dia cuma... Obses sikit dengan teknologi." Jawab Yaya dengan janggal.

"Heh... Papa tak berubah langsung. Dan papalah penyebab kenapa kitorang terperangkap kat sini. Separuh lagi salah si musang tak tahu nak diam ni!" Kata Fikri sambil cubit-cubit pipi musang kecil yang berada dalam pelukan Aina. Si musang tu terus gigit jari Fikri.

"......"

"Saakkiiiiiiiittttttt!!!!!!!!!"

Tok Aba terjah masuk dengan tiba-tiba. "Kenapa bising-bising ni? Ade tetamu ke?"

"Takdelah, Tok. Mereka kata yang mereka tu anak Ain je." Kata Fang dengan nada bosan sambil tunjuk pada Fikri yang masih menderita dengan jarinya dan Aina.

"Oooh- Apeeee?!!"

*
*
*
《Please Smile》
Sequel of You're..
By
AimiKohana
*
*
*

Jadi. Tulah apa yang terjadi. Fikri hampir menangis sambil melihat jarinya dibalut jadi mumia. Aina sweatdrop apabila melihat tingkah laku yang dikatakan 'abangnya' itu. Dan Ochobot mengibaskan kertas kipas pada Tok Aba yang sedang pengsan.

"Dey, tu pun sakit ke?" Tanya Gopal sambil menahan ketawanya.

"Sakit tau tak!! Jari comel aku ni hampir nak putus tau!!"

"Bukan berdarah pun." Kata Yaya.

"Grrr... Auntie Yaya tetap sama walaupun dari masa yang berbeza.." Bisik Fikri.

Malangnya, Yaya dengar ape yang Fikri kata. "Siapa auntie hah?!" Yaya glare kat Fikri.

"Hie!! T-takde ape-ape!"

"Fikri.... sudahlah tu...... Saya nak balik..... Dan terus peluk mama...." Kata Aina dengan suara yang lemah sambil memeluk musang kecilnya dengan lebih erat.

Fikri melihat ke arah adiknya dengan rasa bersalah. Dia menampar kedua-dua pipinya dan Boboiboy dan kawan-kawannya melihat Fikri dengan terkejut. "Jangan risau Aina. Aku pasti kita akan balik ke dunia kita." Kata Fikri kepada adiknya.

Aina melihat abangnya yang ade kesan merah di muka abangnya disebabkan tamparan yang abangnya baru buat. Dia ketawa kecil. Ya... Dia tak perlu risau lagi... Abangnya selalu menemani dia. Dan Nozomi pun.

"Kenapa dia tampar diri sendiri tetibe ni?" Bisik Gopal pada Boboiboy. "Jangan tanya aku. Tanyalah orang lain." Bisik Boboiboy balik.

Dan bermulalah pengembaraan Gopal dalam mencari jawapan kenapa Si Fikri tu menampar dirinya sendiri. Gopal pun menanya Fang dan jawapan Fang- "Aku tak tau." Selepas itu, Gopal menanya Ying pula dan dia jawab- "Wei. Ingat aku tahu ke ape dia pikir." Dan pastu Yaya. "Um.. Aku pun tak tahu." Dan lepas tu Ochobot dan dia kata- "Kenapa kau interview semua orang ni?" Tanya Ochobot dengan muka =_=

"Eh?! Kau boleh dengar ke?!" Tanya Gopal sambil memakai muka terkejutnya. Semua dalam bilik tu kecuali Gopal bersweatdrop. "Kitorang boleh dengarlah." Kata Fikri dengan nada datar.

"Owh.. Buat malu aku je..." Kata Gopal dengan cahaya dramatik muncul tiba-tiba. Yang lain hanya gelak kecil sambil bersweatdrop lagi.

"Korang betul boleh tolong kitorang ke? Lagipun.. Kitorang ni kan dari parallel world.." Tanya Fikri kepada Boboiboy and the geng.

"Tak mengapa Fikri! Kami boleh mintak tolong kat Ramenman!" Kata Ochobot. (Sorry. Saya tak ingat ape nama si alien berambut ramen tu. Anggap je tu nama dia :v)

"Betul ni! Yokatta ne, Aina?" Kata Fikri sambil memberi senyuman pada adiknya. Aina hanya membalas senyuman yang kecil sambil menutup kedua-dua matanya.

"Eh jap. P-papaya world tu ape?" Tanya si Gopal tu.

Yaya dan lain-lain pun facepalm. "Aduhai kau ni.. Bukan papaya world. Parallel world lah." Kata Boboiboy.

"Oo.. Papallel world tu ape?" Tanya si Gopal tu lagi. Dan lagi sekali mereka facepalm.

"Pa-ra-lel World! Parallel World tu lebih kurang macam dimensi lain. Mengikut teori, dunia ni mempunyai pelbagai dimensi. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada kesannya. Sebagai contoh, ada dunia di mana Boboiboy tak datang ke Pulau Rintis dan takdelah Superhero Boboiboy. Dan contoh lain, ade dunia di mana kita ni bukan superhero tapi supervillain." Jelas Yaya terang menderang.

"Eh?! Ade ke macam tu?!" Kata Gopal dengan terkejut sambil besarkan matanya.

"Ye ade.. Kami ni sebagai bukti.." Kata Fikri dengan nada rendah. "Kami dari dimensi dimana Ain tidak dibunuh oleh Muahaha."

Boboiboy menggenggamkan tangannya sambil melihat ke bawah. Ini semua salahnya.. Kalaulah dia lebih kuat masa tu... Ain takkan mati... Tiba-tiba, tangannya yang dipegang oleh seseorang. Dia mengangkat kepalanya dan melihat orang yang pegang tangannya. "Aina..."

Aina melihatnya dengan pandangan yang sama dengan Ain. Aina betul-betul teringatkan dia dengan Ain. Aina membuka mulutnya tetapi hanya Boboiboy yang boleh dengarnya.

"Tak mengapa.. Kalau mama sama dengan Ain di sini.. Dia taknak Boboiboy salahkan diri sendiri.. Mama... mesti salahkan dirinya sendiri sebab buat Boboiboy sedih kan?"

Boboiboy mengecilkan anak matanya. Betul juga ape yang Aina kata. Ain pasti akan buat macam tu.. Boboiboy melihat tepat pada mata Aina sambil tersenyum. "Terima kasih ye, Aina."

Aina terus melepaskan pegangannya dan melihat Boboiboy dengan perasaan malu. "U-un."

Fikri tersenyum apabila melihat interaksi Boboiboy dan adiknya. Baguslah.. Aina semakin terbuka dengan orang lain.

#########################

Tak jauh dari mereka, seorang remaja lelaki berambut serabai sedang melihat alat canggihnya dengan serious.

"Tanda bacaan ini... berbeza dengan lain.. Ade sesuatu yang dah terjadi ke?" Katanya pada diri sendiri sambil memegang janggut imaginasinya.

"Zikri!! Boleh tak tolong mak sekejap!!" Jerit maknya dari jauh.

Remaja lelaki tersebut bernama Zikri menyimpan alat tersebut ke dalam begnya dan jawab maknya balik. "Baiklah Mak!!"

~Di dimensi lain~

"Zikri!!! Kan saya dah kata banyak kali, JANGAN BUAT BENDA NI TANPA KEBENARAN SAYA!!!!!" Marah Ain versi dewasa kepada Zikri versi dewasa.

"T-tapi-"

"Takde tapi-tapi! Anak-anak kita tu kat dimensi dimana-entah tau tak!"

"Uu... Sejak jadi mak ni, Ain makin garanglah..."

"Hah? Ain tak dengarlah~ Boleh tak ulang Zikri-kun~" Kata Ain sambil senyum dengan manisnya tetapi aura hitam menyelembungi Ain membuatkan Zikri menggigil dengan ketakutan.

"Semoga aku tak mati selepas ni." Doa Zikri diam-diam.

[To be continue]

Sorry sebab lambat update. Sekolah kann.. Uuu.... ;-;

Tapi terima kasih pada mereka yang baca buku ni! Kalau ade soalan, boleh je tanya!

Anyway, Aimi Out!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top