Raya Special Chapter ; Part 2
Pembuli Termasyhur Abad 21
AMARAN ; PART INI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR GEJALA BULI.SAYA TELAH MEMBERI AMARAN DAN TOLONG JANGAN CONTOHI ADEGAN-ADEGAN DALAM PART INI.TAK SERIUS MANA BULINYA TETAPI CUKUP UNTUK MEMBERITAHU ANDA BAHAWA BULI ADALAH SATU PERBUATAN KEJI DAN HARUS DICEGAH BERSAMA.(ewah dah macam iklan tv3)
SEGALA ADEGAN DALAM PART INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN ORANG SEBENAR YANG MEMBAWA WATAK-WATAK DALAM CERITA INI.MOHON JANGAN BASH JIMIN SANGAT.BAE I TU.
Maaf lambat post,author beraya sakan kejap.
Day 1 ;
"Saya tak boleh buat apa-apa lagi Soo Min.Lukisan tu dah terkoyak dan pemeriksa takkan terima markah yang saya bagi selagi dia tak tengok hasil kerja awak,"
Aku mendengus kasar.Segala usaha kerja aku,habis macam itu sahaja?
"Siapa yang koyakkan?"
"Maaf Soo Min.Saya tak tahu.Tapi saya pasti awak boleh fikirkan siapa dalang disebalik semua ini,"
"Tapi tarikh hantar kerja kursus tu akan tamat tak lama lagi.Takkan saya kena buat lukisan baru?Dah sebulan saya siapkan lukisan tu cikgu.Tolonglah saya,"
"Maafkan saya tapi saya tak boleh buat apa-apa.Sama ada awak buat lukisan baru,atau awak fail"
Aku menggigit bibir.Aku dah tahu siapa dalangnya tapi aku tak boleh menuduh secara melulu.
Kenapa?Kenapa dia koyakkan?
"Dah lah Soo Min.Kalau kau sedih pun bukannya kertas ni bercantum balik," Bit Na menepuk-nepuk bahuku.Selepas habis perbincangan aku dengan Puan Mari,Bit Na mengajak aku makan di kantin.
"Itu Jimin," bisik rakanku.Aku menandang Jimin sambil tangan menggenggam cebisan kertas lukisan yang telah dikoyakkan olehnya.
Semestinya hanya dia yang lakukan semua ini.
Akulah orang yang dia cadang untuk kenakan.
"Selamat pagi Soo Min," boleh lagi dia sapa aku dengan senyuman sumbing dia.Dia kemudian berlalu pergi.
Day 2 ;
"Auch!" kedengaran suara rakan-rakan Yoo Jung ketawa kecil setelah aku tersungkur.Main suka hati mak bapak dia je nak tolak-tolak aku.
"Dah weh dah.Teruk nanti kau kena" baru aku nak balas perbuatannya aku sudah pun dihalang Bit Na.
Day 3 ;
"Woi.Jimin kata kau boleh buatkan kitaorang punya homework,"
"Tapi kitakan tak sama gred..."
"Alah ni matematik kot.Sama ke tak sama gred ke kau boleh je kan buat?"
"Tah.Kau kan budak biasiswa.."
"Mesti boleh buat punya,"
"Lusa dah siap eh?Pergi dulu"
Tajam mataku menjeling empat senior lelaki itu.Lebih tepat lagi,rakan-rakan Jimin.Haih,aku rasa...aku dah jadi target buli rasmi sekolah ini.
Day 7 ;
"Bawa lah elok-elok lain kali!Habis sup aku dah tumpah,"
Aku mengetap gigi.Kalau tak kerana masih sayangkan diri,sudah lama rambut kawan Jimin ni aku botakkan.
Gila!Sudahlah suruh aku bawa dulang makanan diaorang.Siapa je boleh imbang 5 dulang dengan dua tangan?
Lain lah kalau aku dah pro kerja dekat restoran ke apa ke.
"Maaf," ucapku perlahan.
"Dah-dah pergi sana.Habis hilang mood aku!" kata lelaki itu.
Eyyy,sup tumpah sikit je pun nak buat kecoh.Tumpah dekat lantai,bukan dekat kau.
Aku mengerling ke arah Jimin.Dia sekadar tersenyum kecil,seakan-akan menikmati aku dibuli oleh rakannya.
Day 10 ;
"Kau sure ke ni?"
"Iya Bit Na.Aku okay je.Kau baliklah dulu,"
Bit Na menggeleng kepala.Genggaman di tali beg sandangnya dikuatkan.
"Aku tengok kau ni dah makin pucat.Kalau dah hari-hari budak senior suruh kau buat kerja diaorang,kenapa kau tak nak report?"
"Aku tak nak buat kecohlah.Tak apa,diaorang kan dah nak habis sekolah.Dalam 2,3 bulan ni aku boleh tahan lagi"
Sekali lagi rakan aku menggeleng kepala.Sebenarnya dia nak stay dengan aku,tolong aku buat kerja sedikit.Tapi aku tak nak bebankan dia.
Aku tak nak orang lain nampak Bit Na tolong aku.Nanti diaorang pun kenakan dia juga.
"Bukan senior je tau.Freshman pun dah berani mengarah-arahkan kau.Soo Min,kalau benda ni dah tak terkawal,aku bagi tahu family kau"
Day 15 ;
Aku tak percaya aku kena buli sampai tahap ni.
Sampai tahap...
AKU KENA KOPEKKAN KULIT KUACI UNTUK JIMIN?!
Tajam aku merenung lelaki yang duduk bersilang kaki itu.Sedap je dia makan kuaci.
"Ada boyfriend?" tanya Jimin.
"Tak"
"Kenapa?"
"Sebab saya tak lawa"
"Haha.First time aku jumpa perempuan yang jujur pasal muka dia"
Jadi... dia setuju aku tak lawa?
Asshole.
"Ke,kau tunggu aku?"
Tengkorak kau!
"Awak yang koyakkan?"
Dia mengangguk.Tak perlu cakap lebih,dia sudah tahu aku cakap pasal apa.
"Kenapa?"
"Aku saja bagi mangsa buli aku petunjuk.Lagipun apa?Kau ingat aku nak hargai kau lukis gambar aku?"
Aku terdiam.Aku tak minta pun dia hargai aku lukis gambar dia.Kenapalah aku bodoh sangat pergi lukis dia?
"Saya kena buat lukisan baru"
"Dah tu?Nak mengadu dekat aku?"
"Sebab awak saya bakal fail" kataku dengan geram.Bungkusan kuaci yang kosong itu aku genggam kuat.
"Jadi?Bukan selalu kitaorang tengok budak biasiswa fail"
Aku membaling bungkusan kuaci itu tepat pada muka dia.Lantas aku bangun dan membuka pintu kelas kosong itu.
"Eh eh,nak pergi mana?Ni ada lagi satu bungkus.Kopekkan lagi,"
Aku menggulingkan mata ke atas.
Day 17 ;
"ARGH!" aku memegang bahu kananku.Sakit Ya Tuhan!
Yang tolak aku ni jentera ke manusia?
"Sakitlah!"
"Lain kali kau tengoklah kau jalan ke mana" besar mata Yoo Jung memandangku.Kalau dia besarkan mata dia lagi,aku pasti bebola mata dia tu dah boleh terkeluar dari muka.
"Maafkanlah dia.Terlanggar sikit je" aku mencubit lengan Bit Na,menyuruh dia supaya diam sahaja.
Bit Na menggeleng sambil menjelingku.Dia kembali menundukkan badannya berkali-kali kepada Yoo Jung.
"Ceh,kau nak back up dia ke?" aku sudah dengar suara Yoo Jung berubah.
"Alang-alang kau nak back up kawan kau tu,apa kata kau jadi hamba kitaorang juga?" Yoo Jung tersenyum sini.Tangannya disilangkan di dada.
"Jangan libatkan dia," aku berdiri di hadapan Bit Na.Walaupun tinggi aku sedikit pendek berbanding Yoo Jung yang tingginya seperti model,aku tetap beranikan diri untu merenung matanya.
Orang kata,walaupun kita takut,kita kena nampak berani.
Aku cuba.
Day 22 ;
"Soo Min,kamu okay tak ni?" aku mengangguk dengan kepala yang masih menunduk.
Sedaya upaya aku menutup wajahku dengan rambut.Aku tak nak mak nampak muka aku.
"Dah tu menunduk macam leher patah tu kenapa?"
"Penat kot.Kak,buatlah pai epal untuk Soo Min.Penat budak tu sekolah"
"Eh kau ni.Cakap je lah kau yang nak makan pai epal sebenarnya.Mengada!"
Pak cik Chanyeol ketawa kecil.Setelah memastikan kelibat mak hilang,pak cik memandangku dengan wajah suram.
"Errr hai...hehe" aku melambai kecil ke arahnya.
"Muka tu,tak nak bagitahu mak?" soalnya secara berbisik.
"Kenapa dengan muka saya?Pak cik,saya mandi sekejap" sebelum pak cik sempat soal siasat aku lagi,aku dah berlari ke atas.
Bila pintu bilik tertutup rapat,aku menghembus nafas lega.
Pak cik dah nampak.Habislah kalau dia bagitahu mak dengan ayah.
Kenapa dengan muka aku?
Kisahnya,tadi aku melawan cakap Yoo Jung.
Balasannya,dia baling telefon dia dekat muka aku.
Mahu nak patah hidung aku ni dibuatnya.
Day 26 ;
"Aku dengar Yoo Jung dengan Sehun dah couple" bisik Bit Na.Kami sekarang berada di belakang sekolah,rawat muka aku yang ada luka baru muncul ni.
"Kau ni,tu pun nak gossip"
"Iyalah.Lama kot Sehun tu nak terima Yoo Jung.Kau tahu tak?Sehun terima dia pun sebab Yoo Jung menangis depan kantin"
"Lah,bila dia menangis?"
"Minggu lepaslah.Kau dengan aku kan dekat bilik air,rawat luka lagi"
Aku mengeluh.Sejak dua tiga minggu ni,diaorang dah naikkan level buli diaorang.
Mula-mula,aku tak terasa sangat aku kena buli.Tapi bila dah lima,enam kali kena tampar,tolak dengan pukul,terasa terus buli tu.
Bit Na jugalah yang tolong rawat luka-luka aku ni.
"Sehun tak suka dia ke?" soal aku.Nak juga tahu kenapa Sehun payah sangat nak terima Yoo Jung.
"Sehun kan tak macam diaorang.Walaupun dia kaya,tak adalah dia tu buli orang ke apa ke.Sebab tu dia tak terima Yoo Jung mulanya.Kau tengok jelah nanti,tak bertahan lama diaorang tu"
Day 30 ;
"Kau cakap apa dengan Sehun?"
"Ta-tak ada a-apa apa lah.Lepas-kan ak-u" aku cuba meleraikan cengkaman Yoo Jung dileherku.
Yoo Jung masih lagi berdegil.Dek kerana cerita Jimin yang nampak Sehun berbual dengan aku,aku kini terperangkap dengan dua ekor singa buas ni di dalam bilik stor.
"Sehun tu aku punya.Kau jangan menggatal nak dekat dengan dia!" Yoo Jung menjegilkan matanya.
"Dah lah tu Yoo Jung.Kau nak dia mati ke?"
"Tapi abang Jimin—"
"Kalau dia mati,kau tanggung"
Akhirnya Yoo Jung melepaskan aku.Terbahak-bahak aku terbatuk.Aku cuba mencari nafas sementara mereka keluar daripada bilik stor itu.
KLIK!
Tak!Tak!Tak!
"Jangan kunci!Buka pintu ni!" aku mengetuk pintu kayu itu sekuat hati hanya untuk mendengar Jimin ketawa puas.
"Cakap lagi dengan lelaki lain.Habis kau aku kerjakan"
Day 35 ;
"Soo Min,awak okay?" lembut suara Puan Mari menyapaku.
Dia cuba mencari mataku yang aku sorok dibalik juntaian rambut.
"Soo Min?Awak tahukan awak belum hantar—"
"Ya saya fail.Saya tahu" aku menggigit bibir.Sedih bila aku tak dapat membuat lukisan yang baru.
"Soo Min,kalau ada apa-apa yang jadi,ceritakan pada kami.Atau cikgu kaunseling—"
"Budak-budak yang sebelum ni pun ada jumpa cikgu kaunseling.Apa yang diaorang dapat?" berderau darahku mendengar perkataan 'kaunseling' itu.
Diaorang tu sekadar memberi nasihat.Bukannya buat apa-apa tindakan.Sebab itu kawan-kawan aku sebelum ini buat keputusan untuk keluar sahaja.Nak tunggu cikgu?
Huh.Sampai sekolah ni dibubarkan pun budak golongan atasan tetap menang.
Puan Mari terdiam.Aku tahu aku tak patut cakap macam tu dekat Puan Mari sebab dia baik sangat dengan aku.Tapi aku dah tak tahu nak luahkan kepada siapa lagi selain Bit Na.
"Apa kata awak pergi bilik kesihatan?Rawat lebam dekat mata tu"
Aku terus keluar dari bilik seni.Hari ini Bit Na tak dapat datang.Katanya ibu dia sakit.Jadi aku berseorangan.
Dan bila berseorangan maknanya ia adalah peluang bagi pembuli sekolah ini untuk kenakan aku.
Hari ini,Yoo Jung tumbuk aku sebab dia nampak Sehun senyum dekat aku.
Kenapa perempuan tu obses sangat huh?
Day 40 ;
"Aish" aku mengumpul semula buku-buku latihan yang terjatuh dari peganganku.
Tiba-tiba,muncul seseorang yang menolongku mengumpul buku yang berselerak itu.
"Senior Sehun?" dia memberikan senyuman kepadaku kemudian senyumannya pudar setelah dia melihat buku-buku yang aku bawa tadi.
"Kenapa buku-buku ni bukan nama awak?"
"Ohh,saya...saya" aku cuba mencari idea.Tak mahu Sehun syak ada apa-apa yang berlaku.
Aku tak nak cakap dengan dia lama-lama.Nanti aku kena lagi.
"Saya nak hantar dekat bilik guru"
"Yang hantar buku cuma ketua kelas Soo Min.Lagipun ni ada nama-nama senior.Diaorang suruh awak buat kerja diaorang ke?"
Dia memandangku tajam.Tak guna kalau nak sorok,tapi tak guna juga kalau nak mengadu.
"Awak!Kenapa cakap dengan dia?" Yoo Jung yang entah dari mana muncul menarik lengan Sehun sehinggakan lelaki itu berdiri.
"Yoo–Jimin?" ternyata,Park Jimin juga ada.
"Korang ke yang suruh Soo Min buat kerja sekolah orang lain?"
"So what?Awak tahukan dia ni mangsa—"
"Boleh tak hentikan?Saya penatlah dengar 'mangsa-mangsa' ni " Sehun berdiri membelakangi ku,tapi aku dah dapat bayangkan muka dia.
Mesti muka dia bengang gila.Kenapalah bukan dia yang jadi ketua pengawas?
"Awak ni dah kenapa nak bela dia pula?"
"Awak tahu tak buli ni tak baik?"
"Jadi apa masalah kau bro?Yang buli bukannya kau,kitaorang.Ke...kau suka Soo Min"
Wajah Yoo Jung bertukar menjadi merah padam.Aku menjeling Jimin.Memang sengaja dia nak marakkan api kemarahan Yoo Jung.
"Awak suka Soo Min?"
"No Yoo Jung!Saya tak suka sesiapa.Boleh tak awak jangan obses sangat?"
Aku mendengar suara bisikan ramai orang.Makin lama,makin ramai pelajar berkumpul di sekitar kami berempat.Aku segera bangun tapi buku-buku dibiarkan bersepah di lantai.
"Awak tak suka sesiapa?Awak tak suka saya?" riak wajah Yoo Jung bertukar daripada marah kepada terkejut.
Sehun meruap mukanya.
"Tak"
Day 48 ;
"Bit Na!" aku memanggil Bit Na tetapi rakan aku itu langsung tak menoleh.Kebelakangan ini,aku perasan Bit Na semakin menjauhkan diri dia dengan aku.
Mungkin,dia takut dia pun kena buli?
Aku mengabaikan Bit Na,biarlah dia nak tinggalkan aku daripada dia pun jadi mangsa.
Ketika aku berjalan di kaki lima,aku bertembung dengan Yoo Jung.Mata dia masih lagi merah tanda dia baru lepas menangis.
Dia merenung aku tanpa berhenti sehinggalah dia berjalan melepasiku.
Apa masalah dia?
Day 50 ;
"Baru 2 minggu couple dah break," aku mendengar seseorang berbisik.Sekarang ini kelas aku dan kelas kedua berada di perpustakaan.
"Oh,senior Sehun dengan Yoo Jung ke?"
"Ha ah"
"Senior Sehun kan tak suka Yoo Jung.Buat apa lagi dia nak tahan kan?"
"Tah.Kalau aku pun tak nak si Yoo Jug tu.Dia famous pun sebab dia selalu melekat dengan senior Jimin dari dulu"
"DIAMLAH!" dari jauh aku terdengar suara Yoo Jung menjerit.
"Han Yoo Jung!Awak tahukan ini perpustakaan?" pengawas perpustakaan yang separuh abad itu memarahi Yoo Jung.Bercekak pinggang dia memandang gadis itu.
"Lantaklah!Bukannya perpustakaan ini bapak kau yang punya!"
Aku ternganga.Berani gila dia tengking pengawas perpustakaan.
Aku pun tak berani weyh.
"DETENTION ROOM NOW!"
Day 53 ;
SEBAB KAU AKU MALU PEREMPUAN TAK GUNA!KAU TUNGGU JELAH NANTI.KALAU AKU BOLEH BUAT KAWAN KAU TINGGALKAN KAU TAKKAN AKU TAK BOLEH SAKITKAN KAU
Jari aku menggeletar.Tak pernah-pernah Yoo Jung mesej aku,hari ini dia hantar mesej pula?
Jadi betullah Bit Na dah tinggalkan aku?
Aku tak buang mesej itu.Kalau apa-apa jadi,benda ni boleh jadi bukti.
Senior Sehun pun dah tak tegur aku.
Sedih gila bila hidup kau macam ni.Dah lah kena buli,tak boleh bagitahu sesiapa pula tu.
Peliknya,aku berjaya rahsiakan perkara ni daripada ibu bapaku.Aku dah jarang sarapan dan makan malam dengan mereka.Aku takut nak berbual dengan mereka.
Sebab tu aku dah kurus sampai cikgu-cikgu tegur pasal kesihatan aku.
Day 57 ;
Lama Jimin dan Yoo Jung tak buli aku.Tapi aku masih disuruh buat kerja sekolah orang lain.Aku takut kalau diaorang ada rancang sesuatu.
Tak kena buli risau,kena buli risau.Haih.
TING!
Aku terima satu pesanan mesej daripada Bit Na.Aik?Dah lama tak berbual dengan aku,tiba-tiba dapat seru nak mesej dengan aku?
[ Bit Na ]
< Hye
Hmm? >
< Sorry aku dah lama tak cakap dengan kau
Oh okay >
< Kau marah?
Dah tu aku suka ke? >
< Sorry sangat-sangat Soo Min
< Kau tahukan diaorang ugut aku
Aku tak tahu >
Tapi aku tahu kau tinggalkan aku >
< Soo Min...
Kau nak apa ni? >
Cakaplah cepat.Aku tengah buat kerja >
< Urmmm tolong aku boleh tak?
Dah susah baru nak cari aku? >
< Please Soo Min.
< Aku nak jumpa kau untuk kali terakhir
Kenapa? >
< Aku pindah esok
< Sebab tu aku mesej kau
< Aku nak minta maaf
Kau dekat mana? >
Malam dah ni >
< Dekat workshop ayah aku
< Aku dah buka pintu ni
Kenapa dekat workshop? >
Kau tak kenakan aku kan? >
< Tak serious
< workshop ayah aku kan dekat dengan rumah kau
Okaylah.10 minit aku datang >
< Okay.
< Aku ada bawa kek beras ni
Aku biarkan mesej Bit Na tak terbalas.Itulah perangai dia.Kalau aku merajuk mesti dia belikan aku kek beras.
"Mak!Soo Min nak keluar kejap"
"Pergi mana?Dah malam ni,"
"Jumpa Bit Na kejap.Esok dia nak pindah"
Tanpa menunggu jawapan mak,aku terus keluar daripada rumah dan berlari ke arah workshop milik ayah Bit Na.
Tempat itu tak jauh sangat.Mungkin memang betul sebab itulah Bit Na nak jumpa aku di situ.
"Bit Na,aku dah sampai ni"
Aku memasuki tempat itu melalui pintu yang sudah terbuka.
Terang tempatnya.Tapi sedikitpun kelibat Bit Na aku tak nampak.
Aku dah mula risau.
"Bit Na!Jangan main-mainlah"
Aku sumpah.Kalau ini ada kena mengena dengan Jimin dan Yoo Jung,aku takkan maafkan Bit Na.
Tempat itu menjadi gelap secara tiba-tiba.Aku menjerit kecil apabila pintu kedai itu terhempas kuat.
"Kau ingat kau dah selamat?" seseorang mencengkam lenganku dan memaksaku duduk di sebuah kerusi kayu.
Tubuhku diikat dengan tali tapi aku tak nampak siapakah dalangnya.
"Lepaskan aku!Bit Na!"
"Diamlah perempuan!Kawan kau tu tipu kau pun kau tak tahu!Bodoh"
Suara itu...suara Yoo Jung.
Mata aku tertutup rapat di saat satu sinaran cahaya dihalakan ke arah ku.
Akhirnya aku nampak satu-persatu wajah yang 'menculik' aku sekarang.
Park Jimin
Han Yoo Jung
Dan rakan-rakan mereka.
"Apa aku dah buat hah?Tak cukup ke buli aku dekat sekolah?" marah aku kepada mereka.
"Sebab kau!Sehun tinggalkan aku"
"Eh dia tak suka kaulah.Kau tak faham ke?Bukan sebab aku.Tapi sebab dia sendiri tak suka kau" gertak aku.Degil betul minah tak faham bahasa ni.
"Ah kau diam!Mana arak?" aku terdiam disaat gadis itu menyebut arak.
Apa dia nak buat dengan arak?Jangan dia bakar aku sudah.
"Rekod ni abang Jimin," pesan Yoo Jung sambil berjalan menuju ke arahku dengan lima botol arak ditangannya.
Mulut aku dicengkam dan dia mula menuang arak itu ke wajahku.
Aku meronta,cuba untuk melepaskan diri namun tali yang mengikat aku itu sungguh kuat.
Aku dengar mereka ketawa.Dan aku sangat benci yang aku sangat lemah sekarang.
"LEPASKAN!"
"Kalau kitaorang lepaskan kau Soo Min,apa mak bapak kau fikir nanti?Anak diaorang keluar malam-malam lepastu terbaring tepi jalan dalam keadaan mabuk.Aku rasa,tak semua budak biasiswa ni baik"
Hidung dan mulutku sudah kebas dan minda aku tak boleh berfikir dengan lurus.Yoo Jung asyik menuang arak-arak itu ke mukaku tanpa henti.
Ada yang termasuk dalam mulut dan aku rasa macam nak bunuh diri sahaja sekarang.
Aku tak nak apa yang Yoo Jung katakan itu berlaku.Aku tak nak mak dengan ayah aku jumpa aku dalam keadaan macam ni.
Tali dileraikan dan aku terjatuh dari kerusi.Sekali lagi mereka tergelak cuma kali ini suara Jimin tak kedengaran.
"Larilah.Kata nak suruh aku lepaskan kau sangat,"
Aku buat apa yang Yoo Jung katakan.
Aku lari.
Tapi mereka mengekoriku.
Sampailah keluar daripada premis itu,aku berlari.Langkah aku sudah tak terkawal dan aku asyik jatuh di atas jalan tar.
"REKOD WOI REKOD AHHAHAHAHA"
"Alah comelnya dia lari hahaha!"
Setitis dua titis air mataku jatuh,bercampur dengan arak yang membasahi mukaku.
Aku memeluk tubuh sambil berlari anak.Ke mana aku tuju pun aku tak tahu.
Aku cuma nak tamatkan semua ni.
Tolong Tuhan.
Tolong tamatkan semua ini
HONKKKKKK!
4 minggu kemudian
"Minta maaf sekarang" terkedu aku memandang Encik Park yang sedang merenung tajam anaknya itu.
"Saya minta maaf"
Aku menutup mata rapat.Kalau aku boleh bercakap,dah lama aku ucapkan segala jenis sumpah seranah terhadap Jimin dan Yoo Jung.
"Yoo Jung.Salam Soo Min.Minta maaf dengan dia" kini ibu Yoo Jung pula yang memaksa anaknya meminta maaf dengan aku.
Dengan keterpaksaan,dia menghulurkan tangannya.Lama aku biarkan hulurannya tak disambut sehinggalah mak mencubit lenganku.
"Saya minta maaf.Saya janji takkan buat lagi," ucapnya dengan nada serius.
Dia melepaskan tanganku dan kembali berdiri menjauhi katil.
"Puan Song,Encik Yang,Soo Min,saya minta maaf dengan perangai anak saya.Saya tahu mereka ni dah melampau dan terima kasih sangatlah sebab tak failkan tuduhan terhadap mereka.Saya janji saya akan kenakan tindakan sendiri terhadap anak saya"
"Saya juga minta maaf kepada Encik Yang sekeluarga.Saya akan bayarkan bil hospital Soo Min sebagai tanda rasa bersalah saya terhadap encik.Kalau encik nak kenakan tindakan terhadap Jimin,saya tak kisah.Memang dia ni dah tak boleh dikawal,"
"Tak apalah.Benda ni dah jadi.Jangan berlaku lagi sudah" ayahku bersuara.Kalau aku jadi ayah,aku takkan sebaik itu nak maafkan diaorang.
Tapi baiknya ayah Jimin dan ibu Yoo Jung,diaorang tak riak seperti anak diaorang pun.Mungkin sebab itu ibu bapaku lepaskan mereka berdua.
"Soo Min,bila awak balik sekolah nanti,saya akan pastikan Yoo Jung akan berbaik dengan awak.Saya akan pastikan mereka dah tak buli awak.Rehatlah secukupnya.Saya betul-betul menyesal"
Dan lepas aku dah keluar hospital,aku langsung tak balik ke sekolah itu lagi.
Disebabkan mereka berdua,aku dilanggar.Aku koma buat sementara waktu,aku trauma dan aku tak boleh bercakap selama setahun.
Hanya kerana mereka berdua.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top